Vacancy: Field Engineer & Planning Engineer

Salam Yus,

I am looking for the following engineers:

Planning: Minimum 6 years in O&G and proficient in Primavera P6.

Field engineers:

Mech/piping: Minimum 7 years in O&G and must have offshore experience

E&I: Minimum 7 years in O&G and must have offshore experience.

Preferably with valid BOSIET.
Rgds,yem.

Reliablitity-engineering-contact

Please email your CV to: yem@desb.net

Aku contractor, kau client..

Salam 1 offshore.. pfffhhh…

Aku tak pernah bermimpi untuk engage dengan seorang client ni. Dia seorang perempuan, umur belum pun sampai 30 tahun, experience dalam bidang oil and gas construction ni baru 3-4 tahun. Masih lagi junior engineer di situ. Sebelum ni aku dah dengar banyak cerita pasal dia ni, seorang yang strict, stingy, celupar dan boleh tahan dia punya bekeng tu. Bagus lah tu, client mesti strict, mesti tegas tapi bagi aku kalau nak celupar mulut tu tak bleh la kan.. buruk sangat, apa tah lagi kalau dia tu seorang perempuan. Kalau bekeng tu, takpa, aku suke.. wakaka.

Ditakdirkan, dan aku rasa memang dah nasib aku untuk jaga dia punya project. Tak apa lah, kerja bro.. bagi aku tak kisah lah sapa-sapa punya project andaikata aku diberi kepercayaan, aku akan pikul amanah itu. Reputation dengan boss dan client tu penting, mesti cakap OK, dan mesti kena OK kan apa-apa issue sekalipun.. kalau tak OK mesti ada option lain untuk settle kan sesuatu issue tu. There will be no ‘I dont know’ .. itu aku lah. Aku kan contractor.

Berbalik kepada client representative ni, memang korang nak tau lebih detail kan pasal dia. Tak perlu kut, cukup lah aku cakap dia ni dah kahwin dan ada anak pun. Cantikkk.. putih seleput kata orang sebelah Tegganu ni. Cukup.

Mula-mula aku diberitau aku kena jaga dia punya project, berdebar juga bro gua kena engage dengan seorang perempuan. So far client aku kebanyakkannya lelaki, jadi takde masalah untuk aku deal, daily communicate atau nak bersocial di luar. Anyway aku anggap itu satu pengalaman berurusan dengan client perempuan.

Pandangan pertama, OK lagi lah lagi pun aku baru kenal dia. Call hampir setiap hari, email pun boleh di katakan sentiasa ada. Aku cuba sebaik mungkin untuk pelihara hubungan ini. Kalau dia miss call, aku akan call back. Kalau dia sent email, tak pernah aku tak reply, dan response aku sudah pasti NOTED atau aku akan tulis explanation sekadar untuk dia tahu. Boleh dikatakan juga aku sentiasa updatekan kerja aku pada dia, itu pun kalau dia tanya. Kalau dia tak tanya pun, aku update juge. Aku kan contractor wakaka..

Awal perhubungan tu, semuanya OK.. walaupun ada bunga-bunga api menyala tapi cepat-cepat aku tiup.. puhhhhh! Aku tolong padamkan. Reputation kena jaga bro.. yer rezeki di tangan Tuhan tapi kalau segaja nak cari pasal nak tutup periuk nasi sendiri, apa kejadah kan. Di pendekkan cerita, aku belajar untuk banyakkan sabar, tahan melayan karenah dia. Walaupun terpaksa bermuka-muka, terpaksa senyum dalam derita (wakaka..) aku tak pernah sanggah dia, sebab apa yang dia cakap tu adalah satu instruction seorang client kepada seorang contractor seperti aku. Aku kan contractor :)

Mungkin betul lah kata mat rempit, client is always right. Well bro, true. She shows me that the client is always fucking right.. walaupun benda yang dia suruh tu sesuatu yang poyo. Poyo ke, tak poyo ke, shes fucking right! … kadang-kadang aku mengeleng kapala duk fikir arahan poyo yang datang dari brain dia. Aku akur, aku buat jugak walaupun aku bengang giler. Camana lah dia ni boleh jadi engineer ekk.. takpa lah, aku pun dulu asalnya junior engineer jugak kan.

client

Fikir punya fikir patutlah mereka sebelum ni tak tahan dengan semek nih, banyak sangat dia punya karenah.. cuma aku nih boleh bertahan lagi sebab aku selalu mengalah dan jadi pak angguk. So, aku mesti lebih mengetahui dari dia, lebih updated dari dia dan lebih active dari dia. Kalau tak mesti aku kena sergah punya. Ada sekali tu aku spin explanation dia di email, tak perlu tunggu 1 jam, 2-3 minit je blekberry aku berbunyi terus dia fuck aku. Nak fuck semula, dah memang silap aku pun, telan je lah kan. Nak spin tak guna jugak, memang terang-terang aku silap. Macam budak kecik kena marah, diam sambil tunduk ke tanah. Naik jugak lah tekanan darah gua bro, tapi takpa lah aku spin tu pun sebab jaga nama company aku. Aku senjaga buat silap tu pun bersebab, sebab tak nak libatkan management dalam urusan tu. Aku explain kat boss pasal kes tu, boss faham, boss kata sabar je lah nak buat guana. Aku kan contractor.

Suatu hari, aku tak ingat date tu dia call. ‘You buat apa kat office hari-hari?’. Keras suara dia bro. Erkk.. tergamam gua bro, rasa macam nak luruh jantung. ‘You tau tak apa yang berlaku di site bla bla bla bla.. you ada masalah dengan multitasking ke?’ …. tengah-tengah panas tu berdesing telinga aku bro, tapi aku stay cool explain apa yang berlaku di site. Aku SMS boss aku pasal aku dah tak leh tahan dengan mulut dia ni, boss aku kata, sabar. Aku kan contractor.

Start dari kejadian tu, aku dah jadi tertekan dengan job aku ni. Pantang ada silap, mesti aku kena fuck kaw kaw.. benci sangat kat aku ke apa perempuan ni. Takpa, selagi aku boleh bertahan, aku layan je peel perempuan sorang nih. Andaikata ada peluang, aku akan fuck dia, tak berdendam tapi please show some respect lah, aku pun ada hati dan perasaan. Kalau lu seorang yang banyak experiance atau seorang yang firm dengan idea lu, wa akan tabik lu dan wa akan respect lu, wa akan terima kritikan dan makian lu secara proffessional tapi lu green la sis. Semua ini poyo. Ada jugak aku bertanya pada contractor lain yang berurusan dengan dia ni, rupanya dia orang pun kena fuck jugakkk.. memang dia ni kaki fuck orang pun. Technical fail.. nasib lah coverall kau warna kuning, orang tak lawan lu.

Masalahnya selepas kena maki hamun tu, esok lusa dia akan call aku, baik je suara dia.. stim je suara. Pedih tak abis hilang lagi, tak pa, aku terima call dan jawab baik-baik, aku kan orang dah berumur, dah tua kena lah tunjuk tauladan kepada dia kan.. tak rugi pun aku buat cam tu. Kalau takde issue, kita orang akan berbual baik-baik bagai tiada apa-apa yang berlaku, dalam hal ni dia memang professional, lepas maki aku, esok lusa dia akan call bagaikan lupa apa yang dia dah cakap kat aku sebelum tu. Aku terima dengan hati yang terbuka tapi tetap rasa berbulu. Aku kan contractor.

Crew aku pun satu hal buat peel, dah tau makcik tu cam tu pandai-pandai lah cover line, korang slow aku kena fuck, material tak sampai aku jugak kena fuck, korang lelebih sangat aku jugak yang kena fuck.. walhal bukan kerja aku pun nak check setiap jam korang duk buat apa kat sana.

Setahun pun berlalu.. banyak kenangan pahit dari manis, rata-rata opismate aku dan dia punya opismate tau ketegangan antara aku dan dia, tapi masing-masing tak timbulkan hal ni sebab dia orang pun sibuk dengan tasks masing-masing. Entah apa cerita-ceriti aku dengan dia di opis dia orang tu aku tak tahu, tapi kalau dikalangan opismate aku, memang dah maklum sangat stress yang melanda gua ni bro.. masing-masing menyepi kalau aku offer untuk ganti tempat aku, semua tak nak, semua tak sedia. Malas nak deal dengan makcik ni.. agaknya selagi makcik ni tak dapat hidayah selagi tu lah orang lain tak akan sanggup terima job aku ni. Kadang-kadang aku jeles dengan orang lain, dapat client representative yang senior, yang berpengalaman, yang cool dan very understanding. Aku? Semua tu poyo. Takpa, sampai satu masa, aku akan letak surat resignation, cari kerja dengan orang yang lebih professional dan berpengalaman.. baru best.

Masa pun berlalu, dari sehari ke sehari sehingga lah……. suatu petang, aku perlu present scope of work kepada end user. Dalam keadaan aku tak cukup tido untuk siapkan semua material semalaman sebelum tu, ditambah dengan beratus-ratus scope yang perlu aku buat dalam satu schedule, perempuan ni duk ganggu aku present. Kejap-kejap sanggah, kalau dia tau apa yang dia sanggah tu OK juga, ni technical pun tak reti, duk marah-marah dan komen yang bukan-bukan, sepatutnya lu back-up gua sebab work scope ni lu yang bagi, tapi gua yang survey, lu kat opis mana lu turun kat site sis.. panas gua bro. Secara tak sengaja aku sudah SOUND dia, depan client yang lain dalam meeting room tersebut. ‘Kalau you nak present, you present lah… payah lah kerja dengan dia ni.. dari dulu asyik marahhh jer, nak buat kerja pun payahhh..’ Sekali terpancul bro dari mulut gua, gua pun terkejut jugak camana gua boleh cakap cam tu.. takpa lah, dah lama sangat bengkak.

Sabar pun ada limit juga kan. Lu nak blacklist gua, lu blacklist lah.. memang oil and gas ni mak bapak lu punya. Gua tak dapat join next contract pun takpa.. so gua teruskan presentation gua, abis part tu gua terus keluar. Bengang giler.. gua nekad, gua akan cari kerja lain. Selagi gua dengan company gua sekarang, gua akan hadapi perempuan ni sampai abis contract. Hari-hari stress, balik rumah stress. Kadangkala bawak balik paperwork, buat kerja ngadap laptop sampai 3-4 pagi, adakala satu hari tak tido duk buat paperwork untuk client representative kesayangan aku ni.. kalau tak siap, esok aku kena fuck. Hari cuti pun gua kerja, siang malam pun gua ngadap dan layan kerja, wa betul-betul letih. Jumpa doctor setelah wa rasa selalu nak pitam, doctor sahkan wa dah hyperstress.. giler.

So, apa lu nak buat bila life lu dah miserable cam ni bro? Lu nak tunggu lagi ke? Wa wait no time, wa siapkan resume cantik-cantik. Alhamdulillah wa dapat offer, hari tu jugak client ni suruh join, tapi tak bleh la bro wa kena handover kerja wa pada successor wa kan.. masalah wa seorang pun tak sanggup terima task yang wa nak handover tu wakaka..

Anyway, itu lah pengalaman gua berhadapan dengan seorang client perempuan.. client tetap client. Dia nak sentiasa menang, biarkan dia.. Aku kan contractor :)

Happy New Year 2013

Forget the pains, sorrows, and sadness behind. Let us welcome this new year with big smile. Thank you so much for the supports through last year and before. Hopefully this year things will be getting better and better for all of us, cheers!

Have a great and happy prosperous new year to all.

Puisi buat scandal

Dia ni dah berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan dua orang anak. Bekerja dan menetap di KL, berasal dari sebelah utara tanahair. Usia lingkungan 30an. Laki dia seorang executive, usia awal 40an. Diawal perkahwinan mereka, laki dia buat hal. Laki dia masih berhubung dengan janda lamanya beberapa tahun selepas perkahwinannya dengan dia ni. Perhubungan intim mereka ditafsirkan dengan status mereka di facebook, gambar-gambar percutian mereka dipublish. Bodo, nak berscandal tak pandai simpan elok-elok, kabaret sungguh. Laki dia kena belajar dengan aku kalau nak berscandal, aku ada bukak tuisyen.

So, dia ni bercerita lagi.. janda tu tak juga kahwin-kahwin selepas mereka berpisah sebab masih duk tunggu duda dia tu, masih duk mengharap agaknya. Dua orang perempuan ni saling berchit-chat dan bercerita tentang apa yang berlaku. Di pendekkan cerita lah, malas aku nak tulis panjang-panjang la bro.. si janda ni baru tau bahawa bekas laki dia ni dah kahwin dengan dia nih, sedangkan duda tu tak pernah ngaku dia dah kahwin untuk kedua kalinya. Itu lah, tak pandai nak berscandal.

Masuk bab horny sikit, kata janda ni tak ada apa-apa yang berlaku sepanjang perhubungannya dengan bekas lakinya, cuma geli-geli cam tu jer. Rilex la bro, aku perlu tanya dengan detail sebab aku nak tau apa masalah dia ni kan.. kalau tak, aku tak boleh nak faham apa yang dah berlaku, betul tak. Orait.. laki dia akhirnya mengaku bahawa dia masih berhubungan dengan ex bini dia. Mengamuk lah dia, habis terbang barang-barang dalam rumah.. mental betul dia nih. Pastu, dia gi ngadu kat rumah mertua dia. Mertua dan ipar dia tak pulak terkejut, rilex jer seolah-olah tau apa yang berlaku antara anak dia dan ex bini dia, lagi lah tensen bro. Nak ngadu kat mak ayah di kampung, tidak sama sekali. Maka pendamlah seribu duka dalam hati. Laki dia, minta maaf atas apa yang berlaku dan berjanji tak akan ulangi lagi. Biasalah, janji seorang jantan kabaret.

Sebagai pendengar, aku beri pandangan aku pada dia. Laki dia tak bersalah dalam hal ini, itu hak laki dia nak ada perempuan lain selain dia. Dia nak bawak balik madu untuk dia pun, takde salahnya. Bawak la madu 3 sekalipun.. tak de masalah. Lain la kalau laki dia ada buat maksiat kan. Aku cuba sekolahkan dia, sebab dia ni macam dah sakit mental. Sambil aku sekolah kan dia, aku tanya sikit sikit.. then aku perasan ada something yang tak kena dengan cerita dia ni, ada yang dia sembunyi beberapa info penting. Betul bro, firasat aku macam ada yang tertinggal sebab dari apa yang dia ni cerita, macam dah critical sangat dah. Dia tak dapat lari dah, terperangkap dengan cerita dia sendiri. Rupa-rupanya mereka ni dah cerai sekali disebabkan kes ni, tapi rujuk semula. Adoyai..

Dan cerita ini bersambungan lagi rupanya bro.. letih gua nak tulis ni. Selepas kejadian itu, laki dia berubah la sikit kekaberetannya. Ex bini dia pun dah berkahwin tak lama selepas tau bekas laki dia ni berkahwin lagi. Abis lah cerita pasal mak janda itu. Dia akui laki dia ni baik, cuma nakal sikit. Tergelak lah juga aku, di mana yang nakalnya kalau ada scandal, biasa la kan.. bukan dia ‘tapau’ pun janda dia.

Setelah kejadian ini, dia mengambil keputusan untuk melupakan peristiwa tersebut. Dia cuba jadi yang terbaik, mungkin selama ini dia tak beri layanan yang sepenuhnya pada laki dia. Banyak yang dia cuba ubah, semata-mata untuk memperbaiki keadaan rumahtangga dia yang pernah berkecai. Dengan tubuh badan dia sekali dia kasi upgrade bro. Tak payah la aku detail, gi google lah cara-cara nak upgrade jadi cam wowwwww tu. Sekali lagi dia mengandung. Anak no 2. Anak no 2 ni dibuat khas untuk laki dia, nak amik hati laki dia.

Pas tu, anak no 2 tu pun selamat lah dilahirkan kedunia. Bagai tiada apa-apa yang berlaku, rumahtangga mereka aman damai. Makan minum anak-anak dan laki terurus dengan sempurna. Bagus la kan.. aku pun tumpang gumbira.. Tiba-tiba suatu hari dia menerima call dari seseorang perempuan … jeng jeng bermulalah cerita seterusnya.

Perempuan itu perkenalkan dirinya sebagai girlfriend laki dia. Wah.. aku suka bab ni. Bercerita lah perempuan tersebut, dia dan laki dia dah lama berhubungan dan saling cintai menyintai, aku tambah je ni. Lebih menghancurkan hati, perempuan tu sanggup menjadi isteri no 2 kepada dia. Ini pun aku suka. Maka bengang lah dia dengan cerita perempuan tersebut, dan yang lebih menyayat hatinya bila ditanya, perempuan tu jawab dah buat semuaaaa sekali dengan lakinya, kecuali yang itu sahaja belum. Apa kejadah, budak tadika boleh lah ko kelentong..

Berbalik kepada lakinya yang kabaret ni, secara gentleman dia mengakui bahawa cerita perempuan itu adalah benar. Benar perempuan itu scandal dia, dan benarlah apa-apa yang dia orang dah buat kecuali tuut.. laki dia menangis. Menangis atas apa yang berlaku, memohon maaf dari dia. Tak nak ulang lagi, janji untuk perbaiki keadaan itu. Tapi, bini ni dah tak boleh terima keadaan ini. Nak mengadu pada siapa? Takde tempat nak mengadu. Mak ayah jauh sekali lah. Pendam lah seribu derita di dalam jiwa. Sekali lagi macam kena rasuk di hantu, pecah abis barangan dalam rumah. Siap dengan pukul dan tumbuk laki dia bro.. perghhh ngeri wa nak imagine. Mesti siap dengan tumbukan pada kat mana-mana yang patut. Senak.

Lafaz cerai terucap lagi untuk kali kedua, pastu rujuk semula … zzzzz.. apa lah korang ni.

Derita. Pilu dan macam-macam perasaan menghiris. Rumahtangga kian terabai, kasihan anak-anak. Mandi tak basah, makan tak kenyang.. sampai kurus dia. OK apa.. slim woww.. macam model London Weight Management tu bro.. tak lah cam tu kan.

Bila dah derita sampai body kurus camtu, jadi menarik la pulak kan. Betul tak bro.. mungkin dulu dia ni berisi sangat kut, gedebeh, perut terjurai ke bawah dan dada sampai ke pusat.. wakaka saje je wa nak kasi panas line. Entah camana, secara tak sengaja dia boleh berbaik-baik dengan seorang lelaki ni. Mula dengan senyum-senyum, hai hai .. dipendekkan cerita mereka pun bertukar no henpon.. hubungan whatsapp pun bermula. Lelaki ni dah berkahwin, tapi bini duk jauh. Umur lebih kurang aku lah, muda lagi la dalam 40an cam tu.

Aku rasa korang boleh agak apa yang berlaku seterusnya. Yes, dia meluahkan masalahnya kepada lelaki tersebut. Cerita lah apa yang berlaku dari awal sampai akhir. Ketika dia cerita ni pada aku, aku macam boleh agak apa yang akan berlaku sepanjang hubungan mereka ni. Tak apa lah, biarlah dia cerita dulu kan..

Dia telah dicounseling kan oleh lelaki beriman niiii.. tak tau lah apa yang lelaki ni dah nasihat pada dia, boleh agak la kan jangan gitu jangan gini.. standard orang beri semangat dan nasihat. Akhirnya, dia jatuh hati pada lelaki yang beriman ni, solat tak tinggal, nasihat-nasihat ugama. Katanya ini lah lelaki yang dia cari selama ini, ada rupa, ada ugama dan berstatus dalam career. Dia sanggup meminta cerai lagi untuk sekalian kalinya kalau lelaki ini sedia untuk fuck eh silap, untuk mengawini dia.. Masalah di rumah, biarkan. Dia dah tak layan laki dia, tak lagi sediakan makanan, gosok baju dan seumpamanya. Dia dah takde perasaan lagi pada laki dia yang sah ni. Tapi, tanggungjawab atas katil berjalan seperti biasa, kata dia. Apa punya cerita la dia ni.

Dia stop bercerita dan aku sekolah kan dia pulak.. tak baik lah duk ada affair di belakang suami. Camana pun, laki dia tetap laki dia yang sah walau apa dah laki dia buat. Dia perlu taat, selagi laki dia tu tak suruh buat benda yang berlawanan dengan syarak..

Untuk sekalian kalinya, aku agak ada sesuatu yang tak kena bila dia kata, dia syok tengok body lelaki itu yang tinggi, hensem etc. Sekali lagi, dia tak dapat nak sembunyi dari aku. At last, dia mengaku hubungan dia dan lelaki ‘beriman’ ini dah sampai ke atas katil. WTF..

Akhirnya, hubungan mereka ni tak lama sebab dia tahu lelaki beriman ni nak amik kesempatan di atas masalah yang berlaku. Bengang giler dia, dah lah ajak kahwin tak nak, atas katil nak, maka dia slow-slow tinggalkan lelaki tersebut, walau dalam hati masih ada sayang. Cerita dia la kan. Pada masa yang sama, hati dia benar-benar dah tak nak lagi pada laki dia yang sah tu. Benci dan kalau boleh nak tinggalkan dia. Hanya ada satu talak sahaja lagi bro..

Bro, masalah menjadi semakin kusut bila laki dia tahu pasal scandal bini dia dengan ‘lelaki beriman’ ni. Sekali lagi laki dia menangis, menangis sebab menyedari semua kejadian yang berlaku adalah berpunca darinya. Masing-masing dah buat silap, masing-masing ada scandal.

Hari ini setelah hampir 5 tahunn berlalu, keadaan dia masih begitu.

Eh malas la aku nak sambung.. sorry title tak kena haha..

PCSB 2013 major shutdown – Job vacancy

Salam,
Sesiapa berminat untuk participate dalam PCSB 2013 major shutdown dengan PFCE Sdn Bhd, Telok Kalong (TSM) bolehlah hadir ke company yang tertera di bawah ini. Bawa CV, gambar, dan IC copy. Ada copy NIOSH card dan BOSIET pun bawak sekali bang.

Segala pertanyaan sila tanya dia orang, jangan tanya aku ya..

Aku dah letih..

Salam semua,

Setiap hari aku ke opis, sandang bag laptop, kadangkala bersama-sama 2-3 files di bawa keluar dari kereta, blackberry dalam poket dan 2 kotak Dunhill. Aku patut masuk opis jam 8.00am, kadangkala 8.30am adakalanya terbabas pukul 9.00am baru jejak kaki di opis. Memang dari dulu pun aku bukan seorang yang punctual ke tempat kerja. Letak bag bawah meja, keluarkan laptop dan letakkan atas meja. Click MS Outlook untuk download semua email yang belum masuk, walaupun di blackberry aku dah tau apa email yang dah masuk. Buat air di pantry, letak air di meja aku. Pakai safety helmet, berjalan ke fabrication yard, check apa-apa yang patut berkenaan dengan progress.

Blackberry ringing .. client tanya status..
Blackberry ringing .. crew di terminal tanya pasal fabrication, bila bole hantar ke site.

Masuk opis semula, check dengan procurement. PO dah issued pada supplier ke? Kenapa belum issue, oh boss belum sign. Kalau PO dan issue, check dengan material coordinator pulak, dah sampai semua ke?

Email masuk di blackberry .. client email drawings, urgent katanya. Issue drawings pada fabrication supervisor, ini urgent! Cari material coordinator, tolong cari material, urgent nih!
Masuk opis, submit request to procurement untuk beli pipe fitting.

Blackberry ringing .. client follow-up pasal drawings tadi. I dah submitted pada fabrication, tengah cari barang untuk start fabrication.

Balik semula ke meja, reply email. Dear client, Noted, I will update you later.

Blackberry ringing .. wife call, saje call geli-geli..

Gi semula kat logistic department, bila boleh hantar spool/structure ke site? Petang sikit boh, lorry ada kerja. Ambik kunci kereta, bawak drawings sekali, start kereta drive slow-slow melalui Kijal, Kerteh dan sampailah akhirnya di Paka. Stop di Kerteh, breakfast nasi lemak kerang.

Masuk TCOT jumpa crew, tanya khabar. Camana dangan progress.. gini lah gitu lah.. bila spool/structure sampai bohh? wat naik gaji sikit lagi bohh.. OK chow.. keluar TCOT, masuk OSC pulak, tengok progress.. !@#$#$%^%..

Blackberry ringing .. opis call tanya bila nak masuk opis, banyak document nak kena sign nihhhh.. OK letak atas meja nanti saya sign.

Blackberry ringing .. Crew OGT call, guana kalau gini.. guana kalau gitu.. OK boh.. terima kasih.

Email masuk di blackberry.. info only.
Email masuk di blackberry.. client nak tu nak ni.. Noted, thank you.

12.30pm drive home. Laju sikit, tapau nasi untuk anak-anak. Mandi. Solat Zohor. Hantar anak ke KAFA. Masuk opis semula 2.30pm.. check fabrication status yang urgent, update client, update crew terminal. Received email, blackberry ringing, reply SMS bla bla bla…

Boss panggil meeting.. tup-tup client hantar invitation meeting esok, balik ke meja buat preparation untuk meeting. Copy drawings, copy itu copy ini… update status tu dan ini, update project planning.

Client fuck me WTF you too slow bro??? Call sub contractor WTF are you doing so slowww mannn..

Bro, bila barang nak sampai?
Boh coverall ni koyak, nak replacement.
Boh esok kasi hantar 5 set scaffoldings to TCOT.
Boh lorry takdok, esok la kita hantor deh?

Pukul 5.30pm aku shutdown laptop, blah. Kalau boleh blah awal, pukul 4.30pm aku dah blah, itu pun bila aku dah rasa tepu sangat.

Malam, buka laptop semula. Siapkan MOM, siapkan workpack, siap kan update untuk boss dan untuk client..

Blackberry ringing .. “Ada keje kosong tak?” Siapa bagi no saya ni? Si polan si polan..
Blackberry ringing .. bla bla bla… ok esok saya hantar..

Hmm.. aku dah letih bro. Seriously aku dah letih. Tenaga pun dah slow-slow takde macam lampu lip lap ultraman. Apa yang aku story di atas tu, betul dan bukan rekaan pun, macam tu lah boleh dikatakan hari-hari. Seminggu 2-3 kali aku perlu ke Paka, check itu dan ini, discussion, meeting dan sesekali buat spot check. Everything is on me.. aku boleh jadi Field Engineer, adakala aku akan jadi kerani cabuk untuk fotocopy drawings, copy itu ini.. paling bodo pun gunting kertas kecik-kecik untuk buat penanda divider. Mana clerk aku? Aku takde clerk bro. Assistant? Jangan harap.

Ada kala aku akan jadi rigger untuk angkat barang-barang kalau payyahhh sangat barang tu nak bergerak sendiri, kalau seterusnya payah juga aku akan secara automatic akan jadi driver untuk hantar barang-barang tersebut ke site. Aku tak kisah.. sebab kalau aku tak buat ni, takde orang yang akan buat.. dan aku mesti kena buat. Kalau aku tak buat, aku akan bermasalah.

Dulu pun macam ni juga, sama saja tapi mungkin dulu lain sikit, masih muda. Entah la bro, akhir-akhir ni aku rasa letih sangat, tido pun lewat nak siapkan kerja opis. Stress sampai tak leh tido.. itu yang kadang-kadang kat opis aku tetiba hilang mood. Kemas barang terus blah.

Mungkin, mungkin sudah sampai masa untuk aku update resume.

New Requirement – Carigali HESS

(From email)

Dear All,
Please be informed that at this moment, we received new requirement from Client & the details as per below :-

If you interested, please contact the sender with details below latest by 9th November 2012 :-

Updated CV
Expected salary: RM______/permonth (gross salary)
Letter of Consent (must have your signature. Cannot use the computerized)
Availability
Height
Weight
Birth place

Really appreciate your prompt reply.

Best Regards,

Siti Norbaiyah bt Hussin
Unit 203,205 & 206,
2nd Floor, Wisma TKT,
2/4 Jalan Dang Wangi,
50100 Kuala Lumpur
email : siti_norbaiyah@epintl.com
contact no : 03-26932255 ext 109

Aku Dia dan Lagu

Salam sejahtera semua,

Dah lama aku nak bercerita tentang lagu.. lagu-lagu yang mengiringi kita sedari kita kecil sampai lah dah masuk usia 40 ni. Not because the song is good bro but because it reminds us of specific times in our lives.. sebab ada juga lagu yang tak sedap tapi kalau kita dengar semula pada hari ini maka kita akan teringat sesuatu pada zaman itu. Kita tau lagu-lagu tersebut dan kita mendengarnya di dalam jiwa kita ni, so sebab itu lah andaikata kita terdengar lagu-lagu lama tu, maka secara automatic men-trigger-kan memori lama. Kalau menurut kajian, di dalam otak kita ni ada prefrontal cortex yang mampu call back semua cerita lama ni. Apa benda prefrontal cortex tu sila gi google.

Bro, aku yakin sesiapa yang seusia aku pernah dengar lagu-lagu lama ni dari corong radio mahupun dari TV hitam putih sebab kita tak ada pilihan lain ketika itu, takde internet takde ASTRO dan hanya bergantung kepada RTM. Masa kita kecik, sebelum masuk sekolah rendah sekitar 1978 dan sebelum tahun-tahun tersebut rasanya antara lagu yang pernah kedengaran ialah lagu-lagu Flybaits, Quinary M, Uji Rashid, DJ dave etc manakala lagu-lagu P.Ramlee tu tak usah cakap la sampai hari ni pun masih kedengaran lagi.

Setelah memasuki alam sekolah rendah, sekitar penghujung 70an lagu-lagu Jamal Abdillah, lagu-lagu Alleycats seperti, Hingga Akhir Nanti dan Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi mengiringi kita sambai masuk sekolah menengah. Micheal Jackson – Beat it, Lionel Richie – All Night Long dan banyak lagi lah. Aku sendiri tak boleh nak ingat satu-satu tapi yang pasti memang kenangan zaman sekolah akan muncul kembali.

So, apa yang menarik pasal lagu-lagu ni, bukan sebab tunes atupun liriknya tetapi otak kita (otak aku la, korang aku tak pasti) akan trigger ke zaman itu. Kadang-kadang masa-masa free tu aku ter-click lagu lama di youtube.. rasa macam baru lagi aku dengar lagu tu dan kenangan pun satu-satu bermain di minda. Itu yang kadang-kadang sampai sejam duk browse dan layan lagu-lagu lama. Penting sangat ke nak ingat semula zaman tu, tak la macam tu tapi bagi aku zaman tu adalah zaman yang paling paling indah dalam hidup aku. Zaman budak-budak sekolah yang clean, happy dan yes sudah tentu berbeza dengan kehidupan kita hari ini.. see bukan sebab lagu sedap atau tak tapi kenangan tersebut. Kalau baca comments di youtube tu memang ada yang kata lagu-lagu dulu best, lagu hari ni macam entah apa-apa, actually pada aku bukan sebab lagu, tapi kenangan yang ada ketika lagu-lagu itu didengar. Lain orang lain lah ceritanya kan, mungkin ada orang yang bila terdengar surah al quran boleh mengembalikan nostalgia lalu, wallahuaklam.

Anak-anak kita sekarang ni mungkin duk hafal lagu Najwa Latif Cinta Muka Buku, atau pun tampal gambar Justin Bieber kat dinding bilik.. err aku tepek gambar Ella bro. Ini zaman anak-anak kita dan kalau umur mereka panjang mungkin mereka akan ingat 40 tahun akan datang lagu-lagu zaman mereka ni. Cuba tanya mak ayah kita lah aku percaya mereka masih terngiang-ngiang lagu Pop yeh yeh, walau pun tak ingat lirik tapi sedikit sebanyak mereka terkenang ketika pakai kain ketat, seluar ketat zaman muda mereka. He he selongkar semula album lama mereka. Surat cinta aruah ayah aku untuk Ma aku, masih tersimpan rapi dalam almari, biarpun setelah hampir 50 tahun berlalu!

Usia terus meningkat dan kita memasuki alam remaja. Sekitar pertengahan 1980an Yahudi berjaya menyerap irama rock ke Malaysia, dan aku turut sama hanyut. Hanyut bro.. kenangan berkasut Aliph, seluar ketat dan baju lambang matahari Jepun.

Masing-masing cuba untuk mengikut identiti rockers, rambut panjang, seluar sekolah hijau tu ditempah macam seluar jean poket kat luar, kepala tali pinggang tengkorak, baju sekolah style western ada bucu kat bahu. Bag sekolah warna hijau tali panjang lepas tu penuh dengan lukisan lambang loudness. Haram jadah bro.. cikgu dicipline potong rambut sampai ‘sepeng’ orang Ganu kata. Cikgu gunting kaki seluar kalau tak telus botol kicap.

Bayangkan waktu sekolah macam tu, di luar waktu persekolahan lagi lah macam hippies punya pakaian. Kenapa sampai jadi macam tu bro, no comment tapi itu lah zaman remaja aku dan aku yakin ramai yang macam tu. Aku siap panjat pagar hostel, semata-mata nak gi stadium Sultan Ismail nak tengok concert Search dan Gersang..

Ketika irama rock menjadi gila babi sekitar penghujung 80an, aku sempat jadi mat rock kampung. Kalau gi bandar Kuala Terengganu masa tu, pasti ramai yang nampak mat-mat rock ni lepak di bus stand KT tu. Duit takde tapi duk ngepau duit-duit budak-budak sekolah bro. Masa tu motor pun tak mampu apatah lagi kereta, mat rock ni naik bus je dari Jerteh, dari Marang dan set-set kampung Kg Batu Enam, Kg Manir, Chabang Tiga, budak-budak Kg Losong, set-set Kg Ladang dan macam-macam puak kampung ni memenuhi bus stand KT. Kadang-kadang terfikir juga tengah-tengah panas duk pakai jacket kulit hitam, rock sangat la tu.

Kalau nak follow 100% macam artis rock, memang tak mampu. Maka mat-mat rock kapak cari pakaian kat bundle. Jean lusuh, t-shirt tak kisah lah asalkan ada gambar rock band dari oversea, Metallica, DIO, Loudness, Iron Maiden, ACDC.. kalau ada gambar hantu kubur lagi best. Nak beli seluar kulit tak mampu, beli kiwi hitam dan sapu seluar jean sampai jadi kilat macam seluar kulit.


Gambar aku amik di internet.. – Gambar Hiasan

Lagu-lagu rock Melayu muncul selepas rock bands Melayu banyak terbentuk. Lefthanded, Wings, Search, May, SYJ, semua tu otai-otai rock kapak zaman awal 90an. Apa lagu kita bro.. Langit dan bumi, Kejora, Isabella, Misteri Mimpi Syakilla, Sejati, Intan ku kesepian, Srikandi Cintaku, Tiada lagi Kidungmu. Siap hafal lirik. Kalau kaset mahal, bole dubbing lima posen satu lagu. Lepas tu bagi hadiah kat awek atau balak dia orang. Aku tak buat la macam tu, dia orang je lah buat kerja bodo tu.

Rock yang kotor, penganut irama rock berpakaian selekeh, rambut panjang, berpuak-puak, dan ramai yang dipengaruhi dengan dadah. Ketika itu jugak kalau tak silap aku muncul geng-geng baru yang lebih selekeh dari mat rock ni. Hancur bandar KT masa tu dengan mat rock dan mat trash ni. Pakaian dah berubah, kalau dulu seluar ketat dari konek sampai ke buku lali, masuk puak-puak giler ni ketat sampai lutut lepas tu besar di bawah, bell bottom giteww.. Tapi aku tak sempat berubah jadi macam tu, sebab aku tengok buruk sangat pakaian dia orang, macam puak-puak homeless. Siap bersubang telinga dan sudah tentu ada rantai hippies di leher. Giler betul, aku sempat pakai rantai hippies ni.. cuma tak sempat cucuk hidung jer. Kalau lah malaikat amik nyawa aku masa tu, payah nak menjawab dengan Tuhan wooo..


Ketika zaman jahiliah ni..

Lepas tu muncul pulak geng-geng GQ dan mat bros. Geng-geng ni nampak clean sikit, lepak kat restoran A&W. Kumpulan mat bros ni anti mat rock dan begitulah sebaliknya, contra bro maka sering sangat lah bus stand KT tu menyaksikan pergaduhan tumbuk menumbuk antara mat rock dan mat bros ni. Banyak pulak muncul puak-puak rappers selepas rap song bertapak di Tanah Melayu ni, namun aku tetap memilih rock sebagai gaya hidup.. phuiii. Sakit mata tengok pakaian mat-mat bros, mat GQ dan puak-puak rappers nih, apa tah lagi kalau terdengar lagu gagap rap dia orang. Sakit telinga..

Operasi pembersihan mat rock berambut panjang di jalankan sekitar bandar KT maka ramai la mat rock yang berambut pendek. RTM turut banned artis yang berambut panjang untuk keluar di TV. Perlahan-lahan imej rocker berubah jadi rock bersih. Jeans dan t-shirt, rambut dah pendek paras bahu. Lagu masih lagi berirama rock tapi rock meleleh gitew. Suci dalam debu, Masih aku terasa, C.I.N.T.A, Cinta Untuk Nabila, Umpama Mimpi dalam Mimpi dan banyak lagi.

Usia aku mencecah 18 pada tahun 1990, aku keluar dari Terengganu belajar di ITM Shah Alam. Aku dah tak selekeh lagi dah, smart pakai slack dan kemeja, sesekali pakai jean local, mana ada duit nak beli ori bro. Baju-baju rock dan seluar fit dah dibuang. Sampai di KL ni rupanya lagi la giler bro.. pusat segala fesyen. Tapi aku dah berubah jadi orang normal dengar lagu slow rock jer. Itu lah sedikit sebanyak kenangan lagu-lagu ketika aku remaja dulu. Yang pasti, kalau terdengar lagu-lagu lama ni terbayanglah masa-masa lalu.

Vacant Position For Snr Structural Engineer at EPIC Mushtari

(From email)

Bro, Need your kind of asisstance to advertise this below vacant Position:

Position – Snr Structural Enginerr (1 Pax)
Qualification : Bachelor in Civil & Structural Engineering
Experience – 8-10 Years and above in Oil & Gas especially with Hook-up & Commissioning related to structural works.

Project : Booster Compressor Project Carigali Hess
Duration : 2 & 1/2 years
Salary- More than 10K
Others Remark: Willing to work offshore and onshore PMT Office – EPIC Mushtari Office Teluk Kalong
Required : A.S.A.P

Forward your cv to: hashim@epicgroup.com.my or hashimw@yahoo.com