Aku bercuti panjang..

By Sunday, October 26, 2008 24 No tags Permalink 0

Salam semua,

eddyra.net akan bercuti panjang mulai esok 27hb October 2008, sebab nak balik kampung. Bukan nak celebrate Devali tapi nak rilex kepala otak sambil-sambil menanti anak ketiga aku yang dalam perut tu yang entah bila ler nak tengok dunia ni.. kalat ikut estimation date yang doc beri tu esok 27hb October. Jadi aku tak nak ulangi sejarah 4 tahun lepas anak kedua aku tu, subuh tu wife aku sakit.. aku on emergency lamp dan pecut kete dari Kemaman sampai ke Kuala Terengganu, 1 1/2 jam jer.. nasib baik aku tak jadi bidan hari tu.

Plannya lepas 3 hari dia bersalin, aku hantar dia berpantang di Kota Bharu sampai hujung tahun, dan aku pun kena berpantang sama.. hek eleh.. biasa la kan macam korang tak pernah rasa hahaha.

So kepada pembaca dan pengunjung setia blog ni, terima kasih di atas keperihatinan anda semua, doa kan keselamatan untuk kami.

Insyallah 3rd November kita jumpa lagi.

Wassalam.

Tangkap khalwat..

By Saturday, October 25, 2008 15 No tags Permalink 0

Kawan aku call, dia kata ada orang sebelah rumah dia bawak balik seorang perempuan, confirm bukan bini dia. Kawan aku kata perkara ini sudah lama berlaku, dan dah ramai dah perempuan datang ke rumah tersebut. Dia mintak tolong gi serbu.. wahaha

Maka aku pun start moto gi masjid kampung aku jumpa gang dan pak imam, mari kita pergi tangkap orang yang buat kerja-kerja tak senonoh tu.

Maka berkatalah pak imam, “Mana buleh gi serbu gitu, saloh!.. Kita kena beri alamat rumoh tu kepada Pejabat Ugama, dan mereka akan dapatkang warang (waran daaa) untuk memasuki rumah tersebut”..

“kalau kita masuk tanpa waran, kita boleh dituduh menceroboh rumah mereka….”

Adehh.. bayangkan.. bayangkan .. malas aku nak cakap banyak-banyak.. apa kejadah..

Life as an oil and gas engineer

By Tuesday, October 21, 2008 90 No tags Permalink 0

Aku dah hampir nak masuk 12 tahun bekerja sebagai engineer di oil and gas construction company ni. Selama 12 tahun tu dah 3-4 company aku joined, dan semua kerja yang aku buat tu sama jer cuma aku hanya bertukar company. Bila company tu tamat contract dengan client, aku join company baru yang win contract tu. Cuma tukar baju saja lah kan, kerja dan client sama jer. Client aku Petronas Carigali, Petronas Gas dan sekarang ni Exxonmobil.

Bercerita tentang pengalaman ni, aku rasa kawan-kawan aku yang sewaktu dengan aku ni mungkin ada pengalaman yang sama dengan aku. Pengalaman mengajar kita jadi lebih matang.. betul ehh. Gaji pertama aku masa tu RM1,900.00.. lepas tolak EPF, tax, socso dapat lah RM1,600 lebih.. murah yang amat. Gaji welder masa tu pat lima nam kali ganda mahal dari aku.

Dari hari pertama aku joined company ni, satu haram benda pun aku tak tahu dan tak kenal, aku kenal stud bolt and nut jer, bayangkan…

Sebagai junior engineer, junior la kan bebudak fresh graduate.. biasa lah nak ilmu mesti kena tunduk kepala punye. Kalau dapat tok guru yang baik tu then OK lah, kalau dapat tok guru sesat tu kena tipuuu je memanjang. Masa tu client pun tak recognize kita lagi, alah budak mentah katakan. Masa meeting pun diam macam burung sejuk, nak nyampuk tak reti, nak tambah satu haram tak tau.. kang salah cakap karang boss tembak pulak.

So belajar lah slow-slow kenal barang fabrication.. dari sekecil-kecil nut sampai lah sebesor-besor batang pipe .. masa study dulu tak de ajar menatang ni pun. Pipe air rumah tu tau lah.. barulah ku tahu gastung tu pipe wrench, kat kampung aku sebut gastung jer wahahah.. spannar hidup tu adjustable spannar dan macam-macam lagi lah.

Dari hari ke hari, bahasa kampung dah diconvertkan kepada bahasa standard industry, paling bodo pun plastic sampah kena tulis garbage bag kalau nak order. Kereta kura (kereta tolak la tambii) dah jadi wheel barrow.. nak tak nak kena le kenal dan faham satu-satu, ya la aku ni kan orang kampung, tak macam korang lahir-lahir je kat Kay El nu.. adeh apa punya mengarut lah aku ni..

Dulu aku study Manufacturing System Engineering, abis degree joined oil and gas constuction dan offshore platform maintenance, susah bang memang susah nak cover ‘syllabus’ baru .. umur pun dah meningkat otak pun dah slow nak belajar benda-benda baru ni, tapi.. biasa la aku kan hero dalam cerita ni jadi semua berjalan smooth belaka.

First year tu nothing bagi aku, cuma dapat peluru-peluru hidup dari boss dan senior-senior aku, dan peluru berpandu dari client! Kaboomm!! Kita bekerja dengan national punya asset kan, kita deal dengan client yang uruskan kazanah negara, silap sikit boleh screw up oil and gas production. Memang critical deal dengan platform yang macam timing bomb ni. Everything mesti sharp, smooth dan ontime.. letih nak melayan client ni.

So apa yang aku pelajari dari senior-senior dan boss boss aku, aku belajar macamana nak jadi seorang engineer, macamana nak berhadapan dengan boss, amik hati boss dan client, aku belajar macamana nak kelentong client, macamana nak deal dengan client… dan bagaimana nak corrupt!! Gaji tak besar tapi nak mewah-mewah so kalau kita corrupt .. banyak lah duit masuk, betul tak, tak kira lah halal ke tak.. tapi itu lah caranya. Fabrication material memang mahal-mahal so memang aku terdedah dengan ‘offer’ dan conflict.. tepuk dahi tanya nak ke tak. Duit bang.. duit.

Well satu pengalaman yang begitu bermakna ketika berhadapan dengan client, material delivery tak meet. Nak cakap kita silap? Mesti kena peluru hidup punya, berasap la punggung bang.. nak tak nak mesti kena kelentong client punya, jawapan default is ON THE WAY.. hidup-hidup kena kelentong atas darat kering..

Kalau aku buat proposal untuk satu-satu job, biasa lah job lump sum mesti letak price yang kaw-kaw punya, kalau kena present memang aku kelentong kaw-kaw, dapat client yang cerdik memang aku kena tembak, kalau dapat client yang cap ayam.. dapat lah GOOD JOB dari boss aku. Hidup aku selama 12 tahun berhadapan dengan client ni.. auta hari-hari hahaha.. Kalau lah ditakdirkan aku jadi client, jangan lah kelentong aku.. aku dah faham sangat seni kelentong tu hahaha.

Satu lagi, client ni peel ni nakal sikit. Tak kira lah salah dia orang sekalipun, dia akan pusing pusing pusing… akhirnya kite jugak yang salah.. percaya lah cakap aku. Ada satu case memang clearly salah client, aku fresh lagi masa tu.. aku jugaak yang kena..

Client ni peel dia orang nak kita respect dan ngaku salah depan dia. Kalau ada satu-satu issue yang 50-50 kita betul dan kalau argue pun kita boleh menang, jangan harap dia orang nak tunduk.. aku dah biasa berhadapan dengan mender-mender ni, jawapan paling bodoh dari aku, its ok .. my fault! Lepas tu abis cerita! Kelakar kan puak-puak ni..

Dengan puak-puak client ni, jangan sekali-kali cakap i dont know, walaupun kita memang dont know.. cakap jer I’ll check.. check la esok lusa, aku bukannye jenis yang rajin sangat pun hahaha..

Ok lah walaupun begitu namun ada juga client yang cukup membantu, berhati mulia dan very supportive. Ada seorang brader PCSB ni dari hari pertama aku menjejakkan kaki aku di Platform Tiong sampailah ke hari ni aku bergelar engineer, dia tetap menjadi sifu aku sehinggalah resume aku tertera nama dia sebagai reference.

Life sebagai oil and gas engineer seperti aku mungkin berbeza dengan engineer-engineer di bidang oil and gas yang lain, aku lebih cenderung kepada office dan management, so field experiance tu kurang lah sikit. Kalau field engineer, aku amik contoh Schlumberger punya engineer dia orang ni duk kat offshore 2-3-4 minggu buat kerja kat sana, balik kejap naik semula. Bini kat rumah tolong abiskan duit jer.. bulan-bulan masuk puluh-puluh ribu bang nak-nak kalau dapat job bonus. Thats the real engineer, at least to me. Silap gak dulu tak apply Schlumberger, padahal tepi company aku jer. Kalau tak sekarang aku dah jadi manager dah agaknya kuang3x!

Waktu bekerja 8-5, tapi kadang-kadang sampai malam pun ada. Paling bengang kalau terima call dari offshore mintak itu mintak ini.. hari ni mintak esok nak.. ingat KFC ka apa. Ingat supply boat dan chopper tu mak bapak aku punya ker.. wahaha.

Paling tension kalau time platform nak shutdown.. sebulan atau dua bulan sebelum shutdown client dah bagi scope of work untuk shutdown tu.. adakalanya sampai beratus-ratusssss list yang kita nak kena buat dalam time frame yang dia orang beri. Kena buat schedule, planning, workscoping and workpacking, presentation, manning, equipment, consumable, material, drug and alcohol test, safety briefing… zzzzz.. letih bang letih, dah lah nak concentrate pasal shutdown, kerja-kerja yang current pun masih berlambak-lambak atas meja. Kejap-kejap gi meeting kat PCSB, kejap-kejap meeting dengan boss.. boss pulak memang jenis jaga punggung, kalau punggung dia panas, berasap lah punggung aku. Kalau dia kena tembak dek client, for sure dia divert peluru tu kat aku.. ceh!! Ingat best ke jadi engineer, kita ni macam tempat kolam taik, ada masalah jer boss campak kat kita, client pun campak kat kita, ada problem kat site pun campak kat kita.. seriusss aku cakap.

Kadang-kadang itu yang buat aku jadi biul tak tentu arah tu, dulu sekali aku tumbuk laptop company, pecah bang.. stress giler. Semua nak cepat, semua nak adhoc.. kita pulak budak baru belajar.. itu tak reti ini tak reti..

Tapi itu lahh.. pengalaman mendewasakan kita, setahun setahun berikutnya kita kenal kerja kita, kritikan, complaint dan peluru-peluru sesat boss dan client akhirnya berjaya menjadikan kita dah tak rasa apa-apa.. kita tau apa nak buat, camana nak buat, bila nak buat.. bila perlu kita auta bila perlu kita bercakap dengan jujur.. bagaimana nak berfikir sebagai engineer dan sebagainya. Kalau title engineer tapi bercakap dan berfikiran sempit baik tak payah jadi engineer. Bagi aku engineer mesti smart kepala otak dia, at least itu pendapat aku. Orang yang berjaya nampak jalan penyelesaian, tapi loser nampak jalan mati .. aku biasa nampak jalan bersimpang siur dengan traffic light, last-last jumpa jalan mati jugak. Biasa lah aku ni, kerja je engineer tapi aku ni malas.

Aku dah terdidik oleh sifo-sifo aku, kerja mesti smart, otak mesti smart. Kalau nak auta pun mesti penuh bergaya! Tapi aku lebih suka simple dari smart, sebab tu lah aku masih duk memerap kat Kemaman ni, batch aku yang jadi engineer sama dengan aku semua dah terbang satu dunia, aku jugak lah yang masih di sini.

Hari ni.. aku masih lagi belajar untuk bekerja, oil and gas technology bukan berhenti setakat itu bahkan terus berkembang dengan technology terkini hingga aku sendiri tak sempat nak kejar. Dah hampir 12 tahun aku buat kerja ni, aku rasa dah sampai masanya untuk aku tukar field ni.. jadi client best gak kan.. boleh rilex-rilex, meeting, makan, meeting, melawa….

Tak tau apa cerita..

By Monday, October 13, 2008 67 No tags Permalink 0

Apa cerita kita.. aku pun tak tau nak bukak topic apa dah.. idea tu banyak tapi putus-putus.. macam iklan susu otak budak yang sel-sel dia bersambungan tu.. kena minum susu nampaknya..

Nak cerita pasal politik.. nyampah la.. bosan abis. Dua tiga hari ni semua cakap baik-baik, maklumlah nak suruh vote dia. Malas aku nak tulis.

Nak cerita pasal jiwang karat, baru je tulis.. topic ni best jugak ramai yang comments.

Cerita pasal sex.. alah tak cerita pun memasing dah pandai pun.

Pasal offshore, oil and gas banyak boleh tulis tapi mesti berkaitan dengan kerja kan.. aku kalau benda-benda yang berkaitan dengan kerja ni, aku jadi slooowww jer, macam kure-kure.

Tau tak apa nak cerita.. any idea?

Boleh kita share kat sini..