Aku nak balikkk..

By Friday, February 27, 2009 12 No tags Permalink 0

Aiyahh.. hari ni 27th February 2009, sudah 3 minggu aku di Pulau Labuan bah.. Lama tu 3 minggu tu. Aku nak balik hari ni.. flight MAS jam 17.20hr sampai KLIA jam 19.40hr. Balik Labuan semula Monday 2nd Mac 2009… bayangkan dapat tengok muka anak bini kejap jer..

Aku nak balikkk. Duk Labuan 3 minggu perabih pitih je.. dah lah sampai gelap muka aku makan kat kedai mamak jer.. panas Labuan bro..

Selamat tinggal sumandak-sumandak semua hahahah..

Selamat tinggal Labuan..

Jatuh cinta di Kundasang

By Monday, February 23, 2009 57 No tags Permalink 0

Rilex la bro.. itu title je bah :P

21st February 2009 – Saturday

Dari Labuan, beli ticket RM15.00 dan check in. Nak beli ticket pun kena tunjuk IC bro, takde IC payah lah nak beli ticket. Aku naik speed boat to Menumbuk (Sabah) jam 10.30am dan sampai kira-kira 25 minutes kemudian. Tiba di Menumbuk, amik taxi Unser bayo RM35.00 sorang.. mahal la tu. Kalao naik bas baru RM15.00 ke Kota Kinabalu.

Sepanjang perjalanan ke Kota Kinabalu tu, aku rasa macam baru boleh bernafas panjang, yer lah duduk lama-lama kat pulau Labuan yang tak tahu nak kemana. Perjalanan tersebut mengambil masa selama 2 jam dari Menumbuk ke Kota Kinabalu.

Dalam perjalanan tu boleh tengok kawasan-kawasan penempatan masyarakat setempat, aku tengok tak banyak bezanya pun dengan style rumah di Terengganu, especially kawasan pendalaman atau sebelah hulu darat.. ya lah kan sama-sama negeri miskin walaupun Terengganu ni banyak duit royalti..

Sebenarnya, perjalanan aku ni sepatutnya berdua dengan member aku dari Miri, company yang sama juga tapi entah apa punya cengkadaklah sampai mencancel plan nak ke Kundasang. So memandangkan aku entah bila lagi akan sampai ke sebelah Malaysia Timur ni, aku proceed je lah walaupun terpaksa mengembara sendirian..

Aku pun tak tau bagaimana aku nak pergi ke kaki Gunung Kinabalu tu memandangkan aku first time kat situ. Tapi aku teruskan juga, lagipun apa nak ditakutkan.. sedangkan Colleseum di Italy, Windmill di Amsterdam pun aku dah sampai.. inikan kan pulak Gunung Kinabalu.. ceh!


Rumah atas air..

OK bah kalokau.. sampai di KK bus station sekitar jam 2.00 petang, punyalah laju brader tu bawak unser taxi dia, kalau lah accident ka apa ka perhhh.. keluar nanti dalam Metro.. seorang engineer dari Terengganu menemui jodoh opss.. menemui ajal di Sabah.. nauzubillah. Yer lah kan.. kita nak suka-suka jalan-jalan tup-tup jadi gitu..


..antara landmark bandar KK..

Dari KK tu aku berjalan kaki hinggalah sampai di station taxi dan bus entah apa nama area tu tapi betul-betul dah tengah bandaraya KK lah… Aku tanya bus nak ke Kundasang kat dia orang tu dan dia orang tu tunjuk lah mini bus ke Ranau. Ooo Kundasang tu dalam daerah Ranau eh.. Tak sempat nak snap gambo pasal mini bus tu dah nak jalan dah.

Nasib aku kira baiklah sebab masa aku sampai tu dah ngam-ngam 11 orang dalam mini bus, driver mini bus tak akan jalan kalau tak cukup quota.. rugi lah dia kan. Tapi bayangkan kalau kita orang yang pertama duduk dalam mini bus tu dan terpaksa menunggu lama hanya untuk menunggu mini bus tu penuh.. ha ha ha.. berpeluh lah.


Permandangan sepanjang perjalanan..

Sundung piah amu nosongodou hilo’d kundasang nga nagayat tomod ginawoku om tulun ngawi osuau. Awagat ginawoku tumongkiad mantad kundasang om miagal d auh oku otumbayaan nokointutun oku songulun sumandak kundasang olundus om osuau opintar… gumuli oku kawagu insan tadau…

Bersambung..

Aku di Labuan part 5

By Wednesday, February 18, 2009 38 No tags Permalink 0

Sampai part 5 aku goreng cerita ni, tak tau lah OK ke tak, harap tak hangus lah.

OK sambung lagi cerita kita.

Hari minggu yang penuh boring, aku pusing town kemudian balik hotel, aku pusing town dan aku balik hotel semula. Dahh.. aku dah tak tau apa aku nak buat lagi di sini, bayangkan 30 minit sudah cukup untuk aku pusing bandar Labuan, permandangannya sama saja bah, deretan kedai kemudian ada kedai runcit, kedai jual tax free product, bar & pub, kedai jual kain baju… boleh kata sama je lah.. takde satu pun yang tak ada di Semenanjung. Jalan-jalan jumpa orang local, orang Tagalog, orang indon, orang sabah, orang sarawak.. tapi entahlah aku tak kenal yang mana satu local, yang mana satu philiphino yang mana satu sabah atau sarawak. Muka nak sama jer aku tengok, aku agak-agak dia orang pun ingat aku ni orang philiphino jugak lah.. he he he.. belasah jer lah, cuma kalau aku nampak awek perut boyot itu confirm philiphino.. wahahaha..

Dalam aku merayap-rayap di town Labuan tu aku mencari-cari wajah-wajah gadis local. Aku selalu dengar cerita kawan-kawan aku bercerita pasal ni, di Labuan, Sabah dan Sarawak ni terlalu banyak kaum dan keturunan, ada Kedayan, Melayu Brunei, Kadazan Dusun, Bugis, Bajau, Suluk, Iban, Murut, Bisaya, orang sungai, orang gunung dan aku pun tak tau dah.. so aku mencari-cari benarkah gadis-gadis suku kaum di sini cantik-cantik, kulitnya putih halus mulus giteww.. cari punya cari.. na’ada bah.. :P .. tentu wife aku gumbira menbacanya he he he.. Mungkin aku perlu ke Kota Kinabalu untuk melihatnya.

Aku naik bilik layan cerita apa entah, serius bosan nak mampus bah.

Lepas Asar aku turun lagi harap-harap ada sesuatu yang menarik di Labuan, aku akhirnya sampai lah di Siswazah Corner kat tepi Terminal Ferry Labuan. Aku macam orang bodo, duduk kat satu bangku dan order kopi O dan goreng pisang. Kopi O tak best, goreng pisang pun tak best, tawar bah.. kat Semenanjung orang jual goreng pisang nangka, best bro.. di Labuan dia orang jual goreng pisang tak sedap.. entah apa nama pisang tu, takpa aku beri nama “pisang tak sedap”.

Aku nak balikkk…

Maka duduk lah aku di situ sambil bertaffakur mengadap muara sungai, banyak kapal oil and gas kat sini masuk longside, vessel, workboat etc.. OK lah at least aku rasa teruja jugak dengan permandangan tu. Tapi aku cukup boring, tak tau nak bercakap dengan sapa, mati kutu aku dibuatnya. Aku terus mematikan kutu di situ sambil melihat orang-orangan lepak di kawasan tersebut.. entah sampai bila aku boleh bertahan di pulau ini. Tak terkira boringnya..

Aku nak balikkkk…!

Abis sessi mematikan kutu tu, aku naik bilik hotel, tengok dari tingkap.. itu jer lah dunia aku. Di Labuan pukul 6.30 sudah masuk waktu maghrib, waktu subuhnya entah lah pukul berapa, aku biasanya bangun dah nak abis subuh hahahaha.. astaga kata orang Labuan.

Malam tu, entah lah.. aku masub pub keluar pub, masuk lounge keluar lounge.. aku rasa semua tempat-tempat maksiat tu aku dah masuk dah di Labuan ni.. tapi apa yang aku cari? Apa yang aku dapat? Aku tak dapat apa yang aku cari di Labuan ni.. aku tak lah mencari Al Ghazali dalam pubs tu, karut lah korang ni.. astaga.

9th February 2009 Monday

Hari pertama di Labuan Yard, terletak di Kg Rancha-Rancha, kenapa nama dia gitu jangan tanya aku.. sama juga dengan nama Patau Patau, aku pun tak tahu kenapa nama tempat tu gitew.. :P

Apa yang berlaku di yard, malas lah aku nak cerita bah, nanti naik darah tinggi aku kuang kuang kuang.. but anyway orang local di yard memang friendly dan yes dia orang memahamkan aku beberapa slange dan patah perkataan yang perlu aku tahu yang biasa di gunakan di Labuan..

bersambung…

Aku di Labuan part 4

By Monday, February 16, 2009 18 No tags Permalink 0

OK lah .. hari ini aku mc bah so aku datang ke cybercafe untuk check email dan update blog ni untuk tatapan korang lah. Aku silap campur ubat tahan sakit sampai jadi mabuk aku bah langsung rasa ketar-ketar, mual-mual.. orang ganu kata kenaling.. ketor kenaling bah jangan cari dalam kamus, naada bah.. Aku turun kat bazar belakang Global Hotel dan dapat lah sebiji kelapa muda, bawak naik bilik dan minum airnya.. kasi tawar itu ubat bah..

8th February 2009 Sunday
Hari yang menggembirakan sebab hari ni aku boleh jalan-jalan melihat keadaan bandar di Pulau Labuan. Bangun entah pukul berapa, tak ingat aku sembahyang Subuh ke tak pagi tu rasanya tak.. he he he teruk betul aku ni kalau bini takde :P hancuss bro.. tu lah korang yang bujang-bujang tu elok lah kahwin dari terus membujang.

Sebab tu lah ramai orang jantan dari Semenanjung berkahwin seorang lagi bila sampai di Labuan ni.. sebab nak elakkan dari benda-benda macam ni lah.. bayangkan duduk di Labuan setahun baru boleh balik ke Semenanjung jumpa anak bini, paling kerap pun setiap 6 bulan, atau 3 bulan sekali, mana tahan bah. Pulak tu dapat pulak gadis-gadis seksi cantik putih kulitnya ayu jelita menawan kalbu perghh.. ramai bro yang mendarat di Labuan ni akhirnya mendarat lah di atas gadis-gadis cantik manis ini bak satu lagu yang buat pertama kalinya aku dengar di sini ..

Tinggi tinggi gunung Kinabalu..
Tinggi lagi gunung di dada mu..
Biru biru hujung Kinabalu..
Tengok dari jauh hati saya rindu..

Dah jadi blog lucah la pulak blog aku ni.. tapi kalau aku serious kang nampak bodo pulak kan..

Adeh kat mana tadi, oh ya.. dari pagi sampai tengahari aku merayap sekitar bandar Labuan. Bandar Labuan ni tak lah dipenuhi dengan banggunan pencakar langit macam di KL tu, nak compare dengan Kuantan pun jauh lah.. alaa nama pun pulau bah kecik jer. Bangunan yang tinggi pun boleh dibilang dengan sebelah jari jer.

Pulau Labuan berkeluasan 98 km2 dan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah.. kalau makan di Mavilla Yacht Club boleh nampak daratan Sabah, dekat jer dengan Pekan Menumbuk. Pulau Labuan ni menjadi pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Nama asalnya pelabuhan atau “Labuhan”. So free tax zone kan.. apa yang best 4 jenis barang akan secara automatic jadi murah: rokok, beer, chocolate and parfume.. dan aku tambah sikit ayam. Ayam murah kut compare to KL, kat KL berapa yer? Ayam yang mana satu ni bro? .. adehhh ..

Menurut sejarah la kan Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei setelah British menggunakan pulau itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara pulak. Dipendekan cerita pada 1 Januari 1906 Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Gitu lah lebih kurang, aku malas nak tulis panjang-panjang.. nak baca panjang-panjang baca je kat wikipedia, aku pun copy paste dari sana jugak wakaka..

Aku sambung semula la yer.. he he he

Aku di Labuan part 3

By Sunday, February 15, 2009 12 No tags Permalink 0

Salam semua,

Aha aku tau korang memang nak baca pasal ayam arroyo ni kan, OK aku ceritakan tapi sorry aku tak akan cerita di mana untuk dapatkan ayam ni, salah tu bro..

Di pulau ni, kalau kita masuk pub ka, karaoke ka, lounge ka kita boleh perhati di satu sudut ada sekumpulan ayam-ayam sedang lepak. Camana nak cam ayam ni mudah je, pakaiannya memanglah seksa sampai yang nak terjojol pun ada bah. OK katakan kita masuk, order minuman dan start layan music. Kemudian dalam ramai-ramai ayam arroyo tu ada ler yang kita berkenan, tak kira lah berkenan dari sudut apa pun, kasut dia cantik ke, muka cam artis ke atau apa-apa sekali pun, kita panggil dia untuk teman kita minum. Bila dia duduk jer, dia order air minuman dia.. ingat, itu air kita kena bayar bro… Kalau minuman dia tu RM28.00.. RM8.00 itu dia punya commission.

Oooo kejap-kejap… kalau korang confuse antara orang local dengan arroyo ni senang jer, arroyo ni biasanya perutnya memboyot sikit sebab banyak tunggang beer bro, lagi banyak boyot tu maknanya banyak lah commission yang dia dapat dari tokey pubs, discos etc. Kalau dia orang pakai corset Beautiful nak lindung perut boyot dia orang tu aku tak sure lah sebab aku tak pernah raba pun ayam tu, tongkeng ayam kat pasar ayam tu aku tau lah bro he he he..

Berceritalah salah seorang arroyo ni pada kawan aku.. pada mulanya arroyo-arroyo ini dibawa oleh satu agent pekerja asing dari Philiphino dengan menjanjikan pekerjaan di Malaysia, in this case di Pulau Labuan ni lah. So bila masuk Labuan ni, mereka di jual kepada mummy atau ibu ayam ni. So modal yang dikeluarkan oleh ibu ayam tersebut di kira sebagai hutang (credit) kepada arroyo-arroyo tersebut. Untuk melangsaikan credit ni maka arroyo-arroyo tersebut perlu memberikan service berbayar kepada mummy itu, samaada menjadi daya penarik kepada customer untuk terus order minuman atau jadi ayam. Tak semua arroyo ni jadi ayam bah..

So berapa credit yang perlu dibayar oleh arroyo-arroyo ini untuk memerdekakan diri mereka.. sekitar RM3,000.00 – RM5,000.00, wah boleh buat downpayment wira bah. Walaupun kiraan RM300.00 x 10 hari services dah jadi RM3,000.00 sorry bro .. masih ada duit yang kena tolak umpamanya charge itu dan ini.. Setiap kali arroyo ini dilanggani, satu sen duit pun tidak masuk ke kantong mereka tetapi masuk dalam account mummy or company.. kasihan kan.. letih-letih kangkang orang lain yang dapat duit.. sampai belaing anunya kata orang Labuan bah..

Ceh aku ni macam CSI pulak, tapi itu semua cerita yang di sampaikan oleh arroyo kepada kawan aku, dan di sahkan oleh beberapa customer lain yang pernah aku interview, cehhhh. Apa yang aku cerita ni pun sebagai info untuk korang lah.. dan aku tidak bertanggung-jawab kalau korang ada rasa lain macam pulak.. hahahha

OK lah malas lah aku nak tulis pasal arroyo ni, nanti korang kata aku pengkaji ayam pulak, tak de maknanyerr.

OK lah geng, sekian saja kisah ayam kita untuk kali ini, aku tau korang nak tengok muka ayam ni kan.. nanti aku balik Semenanjung dulu baru aku paste kat sini.. tapi tak janji aaaa.. OK bah kalo kau.. :P

Nantikan update seterusnya dalam sehari dua lagi, aku sibuk sikit la .. nak settle kan 2nd mobilisation project ni..

.. hidup ayam!!

he he he…

Aku di Labuan part 2

By Wednesday, February 11, 2009 21 No tags Permalink 0

Salam semua,

Aku masih lagi di Labuan. Boring yang amat. Sebenarnya banyak nak aku bercerita di sini walaupun dalam keboringan ini ada ceritanya.

Setibanya aku di Labuan 6th Feb 2009, malam tu kawan aku amik aku gi minum air kat kedai apa tah. Kat kedai minum di Labuan ni campur-campur, maksud aku kedai makanan halal pun ada Carlsberg ada Tiger semua tu, susah jugak lah aku ni. Kalo kat UK dulu boleh lah kata darurat ka apa ka.. So nak makan minum pun kena memilih jugak. Paling dekat dengan hotel aku pun kedai cina, tapi kawan aku selamba bodo je makan soto wahaha. Nak tak nak kalau malas nak jalan jauh layan kedai mamak je lah. Kedai mamak kat sini sama je mentaliti dengan kedai mamak KL nun, aku harap aku tak sakit perut, tapi mak aiiii mahal tu.. roti canai telur pun sampai RM2.00 satu, aku rasa telur ayam mahal kat sini tak pun ayam kat sini tak suka bertelur lah. Family planning la tu..

So malam tu, aku cukup keletihan sebab sebelum sampai di Labuan, sehari dua tu aku di KL uruskan kerja-kerja mendapatkan petronas license untuk kawan aku, GM pulak instructed aku kena gi jugak ke Labuan hari Jumaat tu, aku terpaksa drive ke Kemaman untuk kemaskan pakaian aku, tido 2-3 jam terus drive semula ke KLIA. What to do my friends… kerja. Sian pulak anak-anak aku, wife aku tu jangan cakap lah dah cukup 100 hari dah pun tapi aku kena tinggal jugak.. korang budak bujang apa tau.

6th Feb 2009, Saturday broo..
Bangun pagi, 7.30am dah berangkat ke Kg Rancha Rancha, fabrication yard. Adehh.. banyak yang nak kena aku tengok. Ni first time aku deal dengan Shell, dengar cerita strict giler. Pengalaman dengan Petronas dan Exxonmobil kira OK lah boleh runding-runding bahh.. dengan Shell dengar katanya payah bah.

Staff opis tak ramai, fabrication crew pun tak ramai sebab contract requirement masih belum complete lagi. Ini first time aku berhadapan dengan pekerja-pekerja local dari Labuan, Sarawak dan Sabah. So far OK mereka very friendly.

Lunch time, chow ke town .. makan-makan. Aku cakap kat boss aku nak balik tido sebab aku letih tak cukup tido. So naik lah aku ke bilik yang sekangkang kera lalu tido sampai ke petang nak masuk Maghrib. Letih mak aii.. kalau ada syabu ni boleh lah cerahkan mata he he he.. Maghrib awal bah sekitar 6.30pm gitu.

Lepas solat apa semua tu, aku keluar dari bilik tapi aku tak tau nak ke mana. Tengok kat luar kedai dah banyak yang tutup rapat, apa kejadah lah. Jalan lah aku slow-slow tengok apa-apa yang ada sekitar town tu. Masuk kedai mamak pekena roti canai dengan kopi O kaw. Dalam kepala otak aku ni duk pikir camana lah aku nak escape dari Labuan ni, apa alasan aku nak beri pada GM aku. GM aku pulak jenis takde tolak ansur, kalau aku cakap aku nak balik nanti mau selama-selamanya aku balik .. payahkan.

So apa aku nak buat.. aku buat bodo je lah selagi aku rasa aku mampu bertahan, aku akan bertahan di sini bah. Dulu tok guru aku ada cakap, orang-orang yang kenal Tuhannya dia tak akan rasa boring sebab Tuhan sentiasa ada di dalam hati dia, boring itu hanyalah satu perasaan dan isikan keboringan itu dengan mengingati Tuhan. Aku hantar SMS kat boss aku di Seri Kembangan, aku cakap aku boring di sini, dia replied: Adakah Vegas itu lebih menghiburkan dari Mekah.. muaahaha dalam maksudnya tu.

OK lah, aku terus merayap dari satu blok kedai ke blok yang lain.. entah apa yang aku cari aku pun tak tau. Takde apa lah, cuma yang bukak time-time gini kedai makan, kedai jual prepaid, kedai runcit, massage parlor, pub, karaoke, stesyen minyak (hahahhahahha) dan masjid.

My friends, am really bored! Alone…


Akon – Right Now (Na Na Na)

I wanna make up right now na na,
I wanna make up right now na na,
wish we never broke up right now na na,
we need to link up right now na na,
I wanna make up right now na na,
I wanna make up right now na na,
wish we never broke up right now na na,
we need to link up right now na na,

Sampai melekat lagu ni, duk layan pub hahahaha..

Patutlah di Labuan ni banyak pub, disco, karaoke.. sebab Labuan ni sebuah pulau yang boring. Aku rasa kalau Labuan ni takde pub, disco karaoke dah lama orang-orang minyak, orang-orang kapal akan mati dalam keboringan. Malam di Labuan adalah malam seperti tepi kubur.. he he he jangan marah orang Labuan.

Bukan kan perempuan, seorang lelaki kabaret pun takde untuk aku berbual. Bayangkan pilunya hati aku ni .. he he he. Kat tepi premis kedai pun boleh bilang dengan jari berapa kerat orang je yang ada.. last-last masuk pusat reflexsiology, massage kaki, abis RM40.00 sejam.. sambil tahan sakit sambil fikir apa aku nak buat lepas ni, tak kan aku nak gi qiamulail kat masjid pulak awal-awal ni. Dah takde apa nak buat sampai kaum cina buat tarian singa pun aku layannn.. duk sini dah 3 kali aku nonton tarian singa haha.

Malam tu juga kawan aku amik aku, kami masuk pub. Ginzi MTV. Adehh.. layan jer lah. Order coke, dia pun coke. Ramai pulak muka-muka Melayu kabaret dalam pub ni, sorang-sorang tak sadar diri teguk air haram kejadah tu. Mampus korang lah tak kan aku nak gi baca talkin pulak kat telinga dia orang kan.. Aku tak mungkin akan masuk tempat-tempat gini kalau aku tak boring.. dah takde arah tujuan dah..

Dalam pub ni ramai jugak philiphino prostitute aka ayam aka arroyo. Mau amput bah? Bayar RM300.00 boleh bawak balik bilik. Ada sesuatu yang menarik sebenarnya pasal ayam ni.. nak dengar tak? Nanti lah aku sambung, banyak gak photo nak upload tapi photo editor takde pulak kat cybercafe ni..

Aku di Labuan

By Saturday, February 7, 2009 31 No tags Permalink 0

Salam semua,

Posting ini dibuat di hari ke dua aku di Labuan. Aku naik flight pada 6th Feb 2009, departed from KLIA at 7.45pm dan sampai di Labuan jam 10.10 malam. Satu perjalanan yang cukup memboringkan minda. Sapa cakap best nak kapal terbang.. boring nak mampus harapkan stewardess je menyejukkan keadaan. Dah tu pulak duduk tepi orang Jepun, bertambahlah boring aku..

Aku ke Labuan sebab aku dikehendaki oleh GM untuk ganti seseorang buat sementara.. OK lah aku yang menurut perintah gi jer lah.

Sampai di Labuan, indah khabar dari rupa parasnya.. aku rasa macam hari tu jugak nak balik Semenanjung.

Cab hantar aku kat Global Hotel, aku punya expectation Global Hotel ni sebuah hotel yang ada 4-5 stars.. sekali lagi aku tertipu… Sampai hati betul opis aku beri aku hotel cap ayam.. :) Dah lah cap ayam, bilik kecik macam store rumah aku, katil pulak katil single jer.. aduhaiii.. terima je lah apa yang free bah

Nak bukak email pun payah, ni pun buat posting kat cybercafe..

Part yang best… rokok Dunhill 20 cuma RM5.20 wowww.. cepat sikit aku kena cancer hahaha. Ayam pun banyak kat sini, nak ayam cap apa.. ayam Philiphine? Ayam Indon.. ayam cap ayam pun ada bah..

OK lah bah aku pulang bilik dulu mau tenang-tenangkan fikiran, mau istirehat yah..