Cerita dari Miri

By Sunday, June 21, 2009 57 No tags Permalink 0

Salam semua,

Lama sudah aku tak update blog aku ni.. takde masa, takde mood entah lah macam-macam yang menghalang aku dari menekan-nekan keyboard laptop company ni..

Hari ni dah 2 minggu aku kat Miri ni. Fly dari KLIA 8 June 2009, sampai Miri town terus check in Imperial Hotel, dapat bilik ngadap swimming pool, boleh nampak town, waterfront dan kapal-kapal di laut.. platform minyak pun boleh nampak kalau takde kabus.. boring-boring time pagi atau balik kerja skodeng orang mandi kat pool.. adehh kalau boleh nampak yang geli-geli tu best juga kannn..

Aku ke Miri, report duty sebagai Operation Engineer for CAT3 under Shell project. Aku datang ke Miri kerana terpaksa, aku terpaksa akur dengan kehendak management yang entah apa-apa tu ‘on-loan’ selama 3 tahun.. apa kejadah ‘on-loan’ selama 3 tahun bah?

Aku stay di Imperial Hotel sebulan abis lebih kurang RM4,500.00 tak campur tax lagi tu. Taxi fare RM900.00 lebih kurang, sebulan.. campur outstation allowance RM1,500.00 sebulan.. laundry letak lah RM400.00, err laundry mahal ge natang spender RM3.00 selai.. muahahha campur semua sekali tu company abis RM7,500.00 tak masuk air ticket aku… apa lah payahnyer, bagi je aku RM5,000.00 outstation allowance sebulan then aku cari rumah cari transport duduk kat sini terus sampai abis project.. adehhh payah-payah.. kadang-kadang kalau dah terlebih cerdik ni payah juga kann.. nak break policy pun payah.

Itu yang bengkak hati sampai takde mood aku nak datang ke bekerja di Miri ni, gaji Kemaman bangg… aduhai benggong sungguh. Bila aku suarakan cerita aku ni pada GM aku sehari dua lepas, dia pulak yang naik angin.. bodo betul. Aku pun naik angin juga maka terjadilah confrontasi antara aku dengan GM cap ayam tu.. nasib baik dalam bilik takde orang.. rasa nak terajang jer.. pintu bilik tu he he he..

OK lah.. malas nak cakap pasal tu lagi.

Life aku banyak yang aku kena ubah bila bekerja di sini. Masa di sebelah east Malaysia ni awal sikit, pukul 6.15 dah cerah. Subuh pukul 5.00 pagi, maghrib 6.30 petang..

Shell start opis hour seawal jam 7.00 pagi, tapi opis aku start jam 8.00 pagi. Masalahnya sebagai Operation Engineer aku mesti duduk meeting dengan groups of contractors dan Shell reps pukul 7.30 pagi tiap-tiap hari without fail bro.. pukul 6.45 am aku dah naik cab menuju ke Krokop. Breakfast dulu kat restoran mukmin sambil fikir nak goreng apa dalam meeting nanti..

In this daily progress meeting ni, kalau takde issue OK lah boleh tarik napas panjang.. tapi kalau ada issue panas.. berasap laaaa punggung. Puak-puak ni mana ada nak simpan-simpan, kalau nak belasah tu memang straight to the point, solid dan pedihnya sampai ke ulu hati.

Aku pernah bekerja dengan Petronas Carigali, dengan Exxonmobil rasanya tidak lah strict sangat, tapi Shell ni mak aiii very very strict. Staff dia orang sendiri akui apa..

Bayangkan life aku sebagai OE, kalau sesuatu issue yang timbul tu disebabkan oleh lain-lain department macam HR ka, Procurement ka atau mana-mana department sekalipun.. yang kena soal, yang kena belasah, yang kena tiawwww adalah OE! Pagi-pagi dalam meeting kena update progress offshore, kalau ada hick up berasap la telinga depan-depan 20-30 orang yang lain.. life aku mesti alert dengan progress 24 jam, tak boleh nak jawab kalau Shell tanya, pedih la. OK lah aku pakai Blackberry boleh send and receive email dari offshore, boleh lah up to date, tapi buatnya hari tu lupa nak baca email ka.. mampus lah. Kadang-kadang apa yang ditanya tu macam pegawai penyiasatan jenayah, terkebil-kebil nak jawab.

Apa yang kena ubah, aku kena jadi proactive, macam gangster sikit. Mesti fully comitted dengan kerja, aduhaii shock jugak. Mental mesti lebih strong dari dulu, dulu takpe apa-apa hal Manager yang kena, boleh nyorok belakang dia, kat sini sorry lah. Berserabut, kadang-kala stress aku walaupun baru 2 minggu jadi OE ni. Baru dapat bunga-bunga api tapi dah rasa macam C4 ha ha ha… itu lah pasal sampai aku buat keputusan untuk botakkan kepala aku 4-5 hari lepas, kasi release 5% tension tu.. :P

Pakaian kena ubah, no more jeans. Pakai slack macam pegawai bank, no t shirt dan mesti tuck in. Dulu simple je pakai jean, t shirt dan jacket. Mak aiiii rimasnya aku pakai slack ni, nasib baik tak kena pakai neck tie. Aku tuck in sekerat hari je, lepas tu back to normal la. Dah aku ni memang selekeh nak buat camana kan.

Language pun kena tuko jugok, sini English memanjang, aku English Terengganu lantak lah dia orang tak paham apa aku pedulik …

Duk di Miri ni, aku lebih banyak tunduk ke bumi, bukan tempat kita tempat orang kan, silap hari bulan esok jadi mayat. Kat sini ganas sikit orang-orangnya, kadang-kadang rasa lebih suka duk dalam bilik dari duk merayap kat luar bimbang kita tersalah langkah.

Satu lagi pasal waktu kerja yang awal (kira awal la kan aku dari semenanjung) pukul 7.30, nak stay lewat malam tak boleh dah, nak merayap sampai pukul 1-2 pagi tengok liveband pun dah tak boleh. Nak tak nak pukul 10.30 malam dah kena tido, sebab nak bangun jam 5.30 pagi.. hari-hari pulak tu.. aduhai.. pelik pulak tido jam 10.30 malam ha ha ha..

Kat opis, waaaaa cerah mata aku. Opis ramai orang.. berbagai kaum ada. Iban ada, Foo Kaw ada, Melanau ada, Bidayuh ada, semua ada lah.. kalau crew datang opis especially kaum Iban perghh siap dengan tatoo, takut aku tengok. Tapi bekerja di sini ada sedikit kejutan buat aku, perempuan opis aku ni sexy abisssss.. dah lah sexy putih-putih pulak tu. Pakai skirt ader, pakai baju kurung ader, baju kurung pulak mantap jer.. semua ni buat aku tak concentrate depan pc.. ini dah boleh di kira sexual harrastment pada aku ni. Bini orang ke anak dara orang ke perghh lawa-lawa.. fikir punya fikir kalaulah di Kemaman tu ada gunung ganang rasanya ramai yang putih cerah macam di Sarawak ni he he he.. nasib baik wife aku putih cerah hahahaha..

Apa lagi nak cerita..

Bandaraya Miri ni, OK lah.. kebanyakkannya chineese, rumah besar-besar mostly chinese punya. Nak cari makanan halal agak ada masalah juga, pilihan pun kurang. Restoran jual katak pun ada, katak masak kicap ka, asam pedas katak ke atau katak masak lemak cili api pun ada kut.

Yang famous di sini ialah nasi lelapan, orang kata datang dari Indonesia. Nasi, lauk ayam, ikan tenggiri, ikan bawal atau kambing, kemudian ada kuah sambal lelapan, timun, kacang panjang, tempei, pucuk ubi… best la jugak tapi kalau hari-hari tak ok jugak.

Harga sekitar RM10.00 satu set. Aku selalu makan dekat Madli’s depan Imperial Hotel, dekat waterfront pun best jugak. Kat Chillipepper pun ada, bersebelahan dengan restoran jual katak tadi. Aku bermasalah sebenarnya dengan makanan di Miri ni tapi nak buat camana, tak kan nak makan megi mangkuk je hari-hari..

Yang sohor di Miri ni shopping complex Boulevard, Parkson dan entah apa lagi. Harga memang mahal sikit compare to Semenanjung.

Masjid boleh bilang dengan jari.. sedih la pulak.

Kat town ni, banyak iklan tapak kaki. Besar-besar papan iklan tapak kaki massage center. Tukang service kebanyakkan chineese dari PRC dan Thailand, itu yang aku perasan lah.

Pub, lounge dan karaoke pun banyak tapi yang tip top dekat area Parkson tu je lah. Pelayan mostly pinoy, macam Labuan juga.

Bersambung..

Jawatan kosong in Oil and Gas

By Wednesday, June 10, 2009 136 No tags Permalink 0

Ada orang mintak tolong aku publish kan kerja kosong.. dah macam pejabat buruh dahh :P

Calon – calon yang berminat dipelawa untuk menghadiri temuduga bagi jawatan – jawatan seperti yang tertera di bawah. Butiran – butiran lanjut mengenai temuduga yang dinyatakan adalah seperti berikut.

Tarikh : 15, 16, 17, 18 & 19 June 2009
Masa : 10.00 Pagi Sehingga 4.00 Petang

Tempat : Sarku Engineering Services Sdn. Bhd.
PT 5058, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
Jalan Kuantan – Kemaman,
24007 Kemaman,
Terengganu.
No. Tel :09 – 863 3420

PAINTING FOREMAN
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil IMM Level 2 atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 8 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

SCAFFOLDER FOREMAN
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil “Intermediate Scaffolding” daripada CIDB, ABM atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 8 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

WELDER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Mempunyai kepakaran dan kelayakkan 6G / 6GR Multicoded (SMAW/GTAW/CuNi)
Memahami dan berkebolehan membaca lukisan “Isometric”
Boleh melakukan kimpalan di semua arah sudut dan memiliki pengetahuan tentang “filler metals”, “base metals” dan “joint preperation”, “welding techniques”, “preheat” dan “post weld heat treatment”.

“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

FITTER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Mempunyai sekurang – kurangnya pendidikan sekolah menengah dan lain-lain yang setaraf
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai fitter dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

BLASTER – PAINTER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil IMM Level 1 atau Level 2 atau sijil – sijil yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

RIGGER SCAFFOLDER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempumyai :
Sijil “Basic Scaffolding” daripada CIDB, ABM atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

RIGGER / RIGGER FIREWATCH
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil “Firewatch” daripada TSTC atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

PERINGATAN :
* Pastikan membawa sijil – sijil asal/salinan, resume, gambar dan salinan kad pengenalan di bawa bersama ketika temuduga.

My last day…

By Thursday, June 4, 2009 28 No tags Permalink 0

Dear Boss,

Today is my last day at Kemaman Office. Today is also my last day with you here. During these three and a half years, I learned a lot through my work and gained new knowledge from you and our team. I really appreciate that you gave me this chance to develop my career.

Dear Colleagues,

Time flies! My three and a half years with you always have gone by too fast for me. Thank you very much for your generous help during my working here. I’m looking forward to my new life in Miri. It is hard to say good-bye to so many people, especially the ones who I have been working with for many years. It has been an honor I will always remember!

I don’t know yet what my next challenge will be, just wish me luck! I don’t know how long I can stay there but trust me not too long……. you know the ‘half-hearted promises’. I have to go by hook or by crook. Show cause letter, domestic inquiry and termination..

I wish you all the best of luck in your future endeavours.
Please do keep in touch gang! Btw you can follow my story thru my blog www.eddyra.net :p

Regards,

eddyra.net
Operation Engineer