Immediate job openings in Myanmar

By Thursday, December 22, 2011 9 No tags Permalink 0

(From email)

Dear Sir,

Good day to you. Would appreciate your assistance of recommending suitable candidates for my current hiring, as we are having immediate job openings in Myanmar & look forward for suitable persons to join by February 2012.

General Job Information :

  • Project should be kicking start in February 2012 for about 18 months project,
  • The hire staff are required to locate in Ulsan, Korea for about 10 months with 12weeks/2weeks rotation with the commissioning team
  • Then will be posted to Myanmar on 28day/28day rotation.
  • Transport, Accommodation and insurance are provided by the company
  • .

Core Job Responsibilities:

  • At least 10 years oil and gas industry experience in relevant maintenance role and in EPCIC environment;
  • At least 5 years in a significant lead technician role
  • Commissioning and start up experience
  • Excellent technical knowledge of maintenance methods and equipment
  • Experience with CMMS (SAP preferred) & ePTW systems

Opening Positions Are:

Regional

  • 1. Technical Support Engineer
  • 2. PTW Coordinator
  • 3. Control Room Operator
  • 4. Turbo Lead Technician
  • 5. Mechanical Lead Technician
  • 6. Instrument Lead Technician
  • 7. Electrical Lead Technician
  • 8. Logistic / Warehouse Supervisor

Western

  • 1. HSE Superintendent
  • 2. Offshore Production Supervisor
  • 3. Shift Supervisor
  • 4. Offshore Maintenance Supervisor
  • 5. Instrument / DCS Supervisor
  • 6. Onshore Production Supervisor
  • 7. Maintenance Supervisor

Send your detail updated CV mentioning the following details:

  • Notice period :
  • Current salary :
  • Expected salary :
  • Current Location :
  • Point of Origin :
  • Passport Validity :
  • Year of experience in offshore oil and gas industry:
  • Total years of experience as lead supervision :

Thanks for your valuable time.

Best regards,

Alice Pun Mei Ling
Recruitment Executive
T: +6 03 2719 5557
F: +6 03 2719 5519
E: alicepun.meeling@applusvelosi.com
www.velosi.com

Velosi Energy Consultants Sdn. Bhd.
8th Floor, West Wing, Menara Rohas Perkasa, Jalan P.Ramlee,
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Nak kerja offshore.. nak jadi helper, rigger & scaffolder.

By Monday, November 28, 2011 214 No tags Permalink 0

HELPER
OK tuan-tuan,
Position paling simple dan paling mudah nak apply. Akademic qualification tak perlu tinggi, takde sijil sekolah pun takpa. Course untuk position ni pun takde.

Kalau nak kerja di offshore, perlu ada:

  • Safety course.

Manakala kalau nak kerja di plant perlu ada:

  • NIOSH card.

Kalau sekadar nak jadi helper di fabrication yard, tak perlu apa-apa, ada IC dah kira OK dah. Yang penting boleh mendengar arahan dengan baik, rajin dan fit tubuh badan. Tugas-tugas helper, sesuai dengan namanya iaitu membantu kerja orang lain. Tolong angkat pipe, angkat barang-barang, sapu sampah atau apa saja yang di suruh oleh work leader. Ada juga helper yang diletakkan di bahagian hydrotest, jadi helper hydrotest, jadi helper untuk material receiving. Macam-macam lah. Kerja mudah jer bro.

Abis waktu kerja boleh blah cenggitu je dan tak payah fikir esok nak buat kerja apa atau esok plan nak buat kerja apa. Simple je. Takde nak fikir pasal kerja dah.

Bagaimana nak apply, gi kat mana-mana company yang ada buat fabrication work ni, apply je position ni. Kalau ada kosong, nanti dia akan panggil untuk interview lebih kurang je. Company akan beri coverall, safety helmet, safety shoe dan goggle.

Kalau dah pro sikit tu, dah lama dah kerja di yard tu, slow talk la dengan company, cakap dengan dia orang nak cuba kerja di offshore pulak lah. Kalau ada rezeki tu, ada lah. Maka kebiasaanya company akan suruh buat safety passport, samaada company tanggung atau tanggung pembiayaan sendiri. Kalau company tanggung 100%, biasanya company akan pegang certificate dan passport, takde peluang lah nak lari ke company lain.

Kalau langsung takde pengalaman di fabrication yard tapi nak lompat terus sebagai helper di offshore sana, pun boleh juga. Kalau dengar ada mana-mana company nak pakai helper di offshore tu, cuba usahakan dengan walk-in interview, atau suruh kawan-kawan recommended kan. Lagi mudah kalau ada geng yang kerja dengan client, suruh dia slow talk dengan contractor tersebut, lagiiii laju..

Boleh juga kalau nak jadi helper kepada company selain dari fabrication & construction ni, mungkin dengan drilling company, wireline.. tapi mungkin syarat tambahan tu ada seperti simple exam etc. Tapi, basic kerjanya ialah, membantu kerja orang lain. Anyway, position helper ni boleh lah di katakan sebagai permulaan yang terbaik untuk bekerja di di yard atau pun di offshore sana.

RIGGER
Rigger ni ‘taraf’ nya atas sikit dari helper tadi. Dan gajinya pun sedikit lebih dari helper, dan yang membezakan position ini adalah pengalaman. Kalau setahun dua lamanya jadi helper, cuba-cuba lah ‘adjust’ dengan leader, upgrade jadi rigger pulak. Tak kan selamanya nak duduk di takuk lama kan. Biasanya kalau company yang perihatin pasal kebajikan anak buah, insyallah dia orang akan buat penilaian dengan baik.

Untuk jadi rigger, atau nak pohon position rigger ni ada beberapa syaratnya. Kalau kita tengok syarat sah untuk jadi rigger I under company Shell, perlu ada 3 tahun pengalaman jadi rigger, di mana 1 tahun pengalaman di offshore, rigger II perlu ada 5 tahun pengalaman, di mana pernah bekerja 3 tahun di offshore. Pengalaman saja tidak cukup, perlu ada rigging and slinging course.

.. tapi itu syarat yang termaktub dalam contract lah, akan tetapi adakalanya tidak lah se strict itu boh.. first timer pun ada jadi rigger di offshore.

Secara kesimpulannya, untuk jadi rigger di offshore, perlu ada:

  • Safety passport
  • Rigging & Slinging course

Kalau di plant, seperti di Paka nun.. perlu ada.

  • Rigging & Slinging course
  • NIOSH card

Kerja sebagai rigger ni, lebih kurang kerja macam helper tadi juga. Tapi macam aku kata lah, pengalaman membezakan antara keduanya. Work leader beri arahan yang simple dan rigger sudah tahu apa yang perlu dia buat. Work leader dah tak perlu supervise sangat kerja mereka, sebab mereka ni dah berpengalaman. Ada yang jadi rigger sampai 15 tahun di offshore sana tu, work leader cakap sepatah je dah tahu apa nak di buat. So far takde di kalangan mereka ni yang berumur belasan tahun atau awal dua puluhan.


Bayangkan rigger perlu mencabut semua stud bolt tu.. manually.

Otai-otai ni, bagi mereka offshore adalah life mereka. 2-3 minggu bahkan sampai sebulan tak jumpa daratan adalah perkara normal. Tak tengok anak, tak peluk bini selama di offshore, bayangkan ini sudah berbelas tahun bahkan berpuluh-puluh tahun mereka hadapinya.

15 tahun lalu, masa aku mula-mula berjinak dengan offshore, aku masih green lagi. Masa tu, dia orang ni dah berbelas tahun di kerjaya tu. Susahnya kalau tengok cara mereka kerja, nak call anak bini hanya 5 minit sahaja dibenarkan dan pada hari-hari tertentu sahaja. System email dan internet masa tu pun belum tip top macam hari ni. Yang syok tengok, mereka ni cekal, tabah dan mendengar arahan dari ketua mereka, sebab tu mereka ni boleh bertahan lama. Tak ada alasan tak boleh buat, mesti boleh buat.

Mungkin disebabkan keadaan persekitaran kerja, mereka ni agak deber sikit kata orang ‘klate’. Mungkin juga sebab tok guru-tok guru mereka dulu dari kalangan mat salleh, so mereka memang lasak. Masa aku mula-mula sampai di offshore dulu, memang aku dibuli kaw-kaw lah.. fresh engineer baru pertama kali naik offshore tu bang.. alasan mereka, nanti kalau aku dah jadi boss nanti, aku akan ‘ketuk’ kepala mereka pulak..

Malangnya, hari ni suasana tu dah semakin pudar bila golongan old timer ni ramai yang dah uzur, tambahan pula kemasukkan golongan muda belia secara mendadak di offshore menjadikan ketidak-seimbangan ini berlaku. Manakan tidaknya dalam satu team hanya ada beberapa orang lama dan selebihnya merupakan golongan muda yang baru nak kenal offshore. Apatah lagi dengan undang-undang baru, safety itu safety ini, procedure itu dan ini menjadikan kerja semakin slow. So keadaan ini menjadikan progress kerja yang tidak menarik. Nak kena ajar satu persatu cara-cara membuat kerja kepada yang golongan baru. Maka timbullah sok sek sok sek tak best bekerja dengan golongan baru ni, dah lah perkakas kerja pun tak kenal, nak kena ajar lagi.

So nasihat aku lah kepada golongan muda yang excite sangat nak kerja di offshore tu, paling kurang pun kena lah kenal parkakas kerja dulu, tau serba sedikit cara-cara kerja. Dalam resume memang boleh kelentong punya, tapi masa interview dah boleh tahu samaada ada pengalaman kerja atau tak. Cuma tak syoknya kalau dah sampai di platform kena maki je sebab tak tahu buat kerja. Jangan bimbang, takde baru tak akan ada yang lama ok..

Cara nak apply, sama dengan helper di atas tadi.

SCAFFOLDER
Position scaffolder ni, kerja dia orang ialah memanjat pipe atau beam atau mana-mana tempat yang boleh dipanjat. Pipe 2″ diameter akan digunakan untuk membuat temporary access platform sehingga orang lain boleh berjalan dan membuat kerja dengan selamat. Memang kerja ni agak merbahaya kalau dibandingkan dengan rigger dan helper tu. Rigger atau helper akan berdiri di bawah sambil menghulur pipe, scaffolder akan menyambut pipe dari tempat yang tinggi, di bawahnya terdapat structure yang tajam atau pun lautan yang dalam. Camana aku nak explain ekk.. tengok gambar ni je lah.

OK kalau nak bekerja sebagai rigger scaffolder ni, perlu ada scaffolder course. Kalau dah ada course ni maka dah boleh gi offshore jadi scaffolder ke? Tak semudah itu lah, berbalik kepada pengalaman tadi juga lah. Ada certificate course setebal 1 inchi pun takde gunanya kalau takut nak buat overboard scaffolding, macam dalam gambar di atas tu. Nak dapat kan sijil ni amat lah mudah, gi kat tempat course tu, bayar duit. Lepas tu ada theory, ada practical tak lama lepas tu dapat lah sijil tu. Mudah kan..

Secara kesimpulannya, untuk jadi rigger scaffolder di offshore, perlu ada:

  • Safety passport
  • Scaffolder course

Memang ramai lah anak muda yang datang dengan sijil scaffolder ni, tetapi bukan semua mampu untuk jadi scaffolder yang bagus dan berani. So peringkat awal ni, aku nasihat kan slow slow jinakkan diri dengan tempat yang tinggi, kalau dah confident tu baru lah buat. Tapi kalau dapat work leader jenis ‘deber’ tadi, anda mungkin akan di suruh balik ke rumah pada hari itu juge..

Roger and out.

Nak kerja offshore..

By Monday, November 28, 2011 38 No tags Permalink 0

Salam, Pe citer..?

Ramai nak kerja di sector oil and gas, dan ramai yang specific kan pada bekerja di offshore. Aku tak tau lah kat mana di dalam blog aku ni yang korang nak aku perincikan lagi. Banyak dah aku ceritakan, sampai dah jadi cerita roundabout, pusing pusing tempat yang sama. Tapi still ada yang tanya itu dan ini, maaf tak mampu nak reply satu persatu bro.

Ada yang hantar email. Baru je dapat diploma. Nak kerja offshore sebagai welder. Aku tanya dah pernah welding ke sebelum ni, dia kata tak pernah. Adus.. ada yang datang walk-in interview di opis, katanya nak jadi General Supervisor. Bila di tanya pasal pengalaman, dia kata pernah jadi Supervisor di kilang tempat dia kerja. Bukan kita nak memperkecilkan harapan mereka untuk memilih bidang ni, tapi inilah kurangnya pendedahan dan sumber-sumber untuk mereka layari.

Untuk sekian kalinya, aku tulis sekali lagi bagaimana kalau nak kerja di tengah laut nun. Kali ni kita perhalusi sikit ok.

Di atas platform sana tu ada 2 categories, tuan rumah dan contractors. Tuan rumah ni biasanya client lah seperti Petronas Carigali, Exxonmobil, Shell, Hess etc. So dia orang ni tuan rumah kepada platforms di tengah laut tu. Kalau field tu kepunyaan Petronas Carigali, maka operatornya adalah staff dari Petronas Carigali juga. Field platform seperti Dulang, Duyong, Angsi etc merupakan contoh field Petronas Carigali. Tapis, Guntong dan Larut contoh field dari sebelah Exxonmobil.

Manakala category kedua iaitu contractor. Contractors ni adalah companies yang terlibat di dalam production oil and gas, sebagai partner untuk team-up oil and gas production ni la. Contractors akan di award contract untuk memastikan mereka boleh perform semua activities di tengah laut tu. Aku harap korang faham lah bahasa melayu broken aku nih.

Antara main contractors categories yang common di sector ini adalah seperti berikut:

  • Consultancy
  • Drilling & Well Services
  • Engineering
  • Environmental & Safety
  • Equipment Rental & Repair
  • Exploration & Production
  • Fabrication & Construction
  • Manufacturers
  • Pipeline

Kalau aku nak detail setiap satu rasanya terlalu panjang, so aku focus kan pada Fabrication & Construction je dulu, insyallah kalau umur panjang kita cerita yang lain-lain tu. Lagi pun kebanyakkan readers suka bertanya pada scope ni.

Fabrication & Construction
OK untuk category fabrication & construction ni, aku kecil kan pada scope minor onshore fabrication dan offshore construction sebab category ni pun boleh tahan besarnya.

Buat masa ni, antara companies yang terlibat dengan fabrication & construction di sebelah Terengganu ni adalah:

  • Shapadu Energy and Engineering Sdn Bhd
  • Kencana Pinewell Sdn Bhd
  • Pioneer Engineering Sdn Bhd
  • PFCE Sdn Bhd
  • Carimin Sdn Bhd
  • Coral Alliance Sdn Bhd
  • Hamdan Abdullah Sdn Bhd
  • Dayang Enterprise Sdn Bhd

Sebenarnya ada banyak lagi company yang buat onshore fabrication ni, cuma kena rajin bertanya sikit. Cuba-cuba lah bertanya dengan companies tu.

OK, onshore fabrication, secara simple dan mudahnya aku ceritakan sebagai kerja-kerja welding pipe besi. Bahasa kampung. Pipe besi dari sekecik 1/2 inchi sampai lah sebesar pokok balak akan di potong, kemudian di sambung-sambung dengan elbow, flange, olet dan sebagainya. Bukan saja pipe, plate besi juga di potong dan di welding.. kemudian bila dah siap, pipe dan plate ini akan di cat, bahasa kampung lagi. Ini lah blasting dan painting punya kerja. Bila dah siap, barang-barang ini akan di hantar ke tengah laut sana untuk di pasang.

OK setakat ini, kalau diperhatikan ada beberapa position yang ada:

  • Helper
  • Rigger
  • Rigger Scaffolder
  • Welder carbon steel, Welder Stainless steel, Welder CuNi etc.
  • Pipe fitter
  • Material Controller
  • QC inspector
  • Blaster
  • Painter

Bertemu Kembali

By Saturday, November 19, 2011 14 No tags Permalink 0

Salam semua.

Rasanya sudah terlalu lama aku abaikan blog ni, takde update langsung. Sejak balik ke Kemaman February 2011 dulu sampai sekarang ni hanya ada beberapa update jer itu pun sekadar geli-geli.

February hingga July, aku terlalu busy dengan kerja. Jadi superman dan stand-in untuk engineers lain yang belum report duty. Tak apa lah, aku lakukan semuanya demi company dan crew semuanya. Masuk kerja jam 8.30am, balik tak tentu kadang-kadang sampai 10 malam, itu biasa. Banyak workpack yang perlu aku siapkan, banyak lah pulak cengkadak yang clients nak.. dan banyak lah juge kelentong yang aku dah buat. Kalau jujur sangat, boleh mati sambil berdiri ler.

Bekok C MOPU dan restoration work akhirnya success. Walaupun aku tak involve 100% dalam project ni tapi aku rasa puas hati sebab project ini lah yang telah membuatkan kami semua kelam kabut dan tak dapat tidur malam. Project yang mendapat highlight dari Kabinet Malaysia bro, setelah Bekok C terbakar hari tu, gas supply dari platform ni terhenti. Maka supply gas untuk Malaysia menjadi berkurangan, itu sebab lah Petronas push giler-giler untuk siapkan project ni.

Hari ni, rasanya dah tak se busy dulu. Dah boleh balik awal dah. Tapi mungkin juga selepas ni akan bertambah lagi kesibukan itu apabila GM kata ada project baru nak masuk. BIG project la juga. Aku dan beberapa kerat engineers telah dipanggil untuk menerima assignment ini. Team yang ada sekarang perlu di expand menjadi 3 teams. Kalau offshore crew sekarang ada 200 at one time, maka next 3-4 month crew offshore perlu ada 600 orang.. kurang lebih gitu lah.

So, sapa-sapa nak kerja tu kena tunggu kalau-kalau nanti ada advertisement. Insyallah aku update nanti pasal peluang kerja tu.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

By Monday, August 29, 2011 10 No tags Permalink 0

Salam,

Hari raya is coming soon.

I would like to take this opportunity to wish you all a very happy meaninful Hari Raya Aidilfitri to all Muslim friends… Maaf Zahir Batin…

For those who drive home to celebrate Hari Raya, I personally advise utmost caution on the road because this is one of the most dangerous times for motorists on the Malaysian road system. Prepare your mind for the long journey, ensure you are well rested.

Have a great festive season and have a great time with your friends and family.

Today is my birthday

By Tuesday, August 2, 2011 10 No tags Permalink 0

Today is my birthday. I wish myself a happy birthday.
Yes, I am entering the final year of my thirties, but i am still young at heart and feel pretty good for my age.

Since this is my birthday month, I would just wish myself, and all other Leos out there, a hearty happy birthday, may we all see our dreams fulfilled quickly, may we all be happy and healthy, and may the love be with us forever..

Ramadhan al-mubarak

By Monday, August 1, 2011 1 No tags Permalink 0

Assalamualaikum,

Dear All,

I take this opportunity to wish all readers a happy Ramadhan al-mubarak. Ramadhan started again today 1st August until 29th August 2011.

May this Ramadhan be a month of blessings, a month full of forgiveness’s, and guidance for you and your family…

Oil and gas vacancies..

By Wednesday, June 8, 2011 30 No tags Permalink 0

We PFC Engineering Sdn. Bhd. pioneer in major fabrication work, hook-up and commissioning job throughout Malaysia looking for dynamic and enthusiastic individuals to join us to explore opportunity in oil and gas industry. Please submit your resume as per the list of vacancies below:-

1. Procurement Officer.

Degree/Diploma in Engineering or Business Admin.
3 to 5 years experience in oil and gas construction industry especially procurement activities for construction of offshore platforms.
Familiar with oil and gas carbon steel/ stainless steel materials, values and pipe fitting codes and specifications.

2. Material Expeditor (2 vacancies).

Diploma in Engineering or Business Admin, minimum SPM.
3 years experience in oil and gas construction industry.
Able to work independently.

3. Operation Team Leader.

Degree/Diploma in Engineering.
8 years experience in Oil & Gas construction industry especially offshore platforms, with minimum 3 years in similar capacity.
Able to lead operational support team to implement works.

4. Warehouse Superintendent

5 to 8 years experience in handling warehousing
Familiar with all materials code and in and out operation.
Having good skill of leadership.
Diploma in any engineering field or minimum SPM

5. Warehouse Supervisor

4 to 7 years experience in warehousing
Able to liaise with government body
Minimum Diploma in material manufacturing or SPM

You may email your application to noraliza@pfce.com.my

PFC Engineering Sdn Bhd
Kompleks Industri Perwaja,
Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
24007 Kemaman, Terengganu.

1st May 2011

By Tuesday, May 24, 2011 17 No tags Permalink 0

Salam semua,
Akhirnya berjumpa lagi, setelah entah berapa lama aku tak menulis di sini.

11 February 2011 aku blah dari Teluk Ramunia setelah mendapat order dari GM. OK lah 3 minggu di life di Teluk Ramunia, cool dan rasa tak rugi aku habiskan masa di sana.

Aku perlu balik ke Kemaman segera untuk assist team yang baru nak di setup di KSB, Kemaman. GM kata tak lama, 2-3 bulan jer dipinjam kan sementara menunggu Paka punya project start. Aku tak kisah pun, asalkan boleh tido di Kemaman dan bangun esok pagi masih di Kemaman. Sian anak-anak aku woo..

Aku mendapat tahu, company aku ni dah dapat 5 years offshore maintenance contract dari Petronas, so OK la kan.. volume nya sudah tentu lah besar. Maka semakin busy la company aku lepas ni, dah secure 3 big contracts.

Berbalik kepada arahan GM aku tadi ni, maka pada 13 February 2011 aku report duty dengan task baru aku ni, yang menariknya aku berjumpa semula dengan former Project Manager aku. First day tu, masuk opis yang takde apa-apa. Opis yang dah lama tak di gunakan. Aduhhai.. memang contract ni kena start from scratch. Kalau buat organization chart, ada 3 orang je .. PM, aku, procurement officer dan manpower coordinator..

Seminggu lepas tu, team aku dah bertambah 2-3 orang lagi, opis masih lagi berterabur.. banyaknya nak kena settle sebelum team member lain masuk. Phone line, internet masih takde, air cond, lampu semua jem..

Semakin hari semakin busy, work order dari client berlambak-lambak masuk.. engineer untuk buat proposal pun tak muncul-muncul lagi, memang dah nampaknya aku yang kena buat semua tu. Yess memang betul aku yang kena buat.. kebetulan pulak May 2011 ni akan ada shutdown di TCOT, PM9 termasuk lah Bekok C restoration work, Bekok C yang terbakar last year tu la.

Client dah bising sebab PMT tak join lagi, nak tak nak aku ler yang ke hulu ke hilir represent company untuk meeting pasal kesemua shutdown meeting tu.. pagi meeting di Kerteh, petang meeting di TCOT Paka. Bayangkan.. kena prepare shutdown schedule, manpower loading .. kena prepare workpack untuk kesemua work order lagi.. tak cukup tido aku hari-hari duk siapkan semua tu. Paling awal tido time tu kul 2.00am sebab nya esok pagi-pagi dah nak kena submit. Err.. masa meeting di TCOT hari tu, aku bertemu semula dengan 2 bekas PM aku. perghh bayangkan keciknya dunia oil and gas Malaysia ni.

Sebulan ler jugak aku jadi superman, tapi macamana pun aku tetap comittted dengan order GM aku ni.. aku nak tolong jugak company Melayu ni naik. Abis semua hal aku kena masuk campur, manpower, logistic, procurement, PMT, personnel recruitment, management meeting dan semua sekali lah.. kalau aku tak buat sapa lagi nak buat.. aku memang kena buat, lebih dari duty aku sebagai Field Engineer dah.. tak kisah lah kan.

Berbalik pada 1st May, client nak Bekok C tu siap dan 1st gas dari Bekok C pada 1st May. Masa tu, Bekok C masih lagi down. Kesan dari Bekok C ni, supply gas dah effect satu Malaysia, bahkan dah jadi isu di cabinet menteri. So, company aku ni dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan 1st May ni. Bayangkan betapa busynya opis aku, fabrication yard yang perlu menyiapkan hampir 8000 dia inch, hampir 700 spool lebih kurang, dengan keadaan opis dan PMT yang masih baru, dengan drawings fabrication yang blur, specification materials dan existing yang clashing, dan bermacam-macam hal yang timbul dengan isu tuan tanah, isu sub contracting.. semuanya itu perlu di settle kan dalam masa 2 bulan. bayangkan…. kalau big job macam HUC perlu preparation selama 6-12 bulan, bayangkan big task macam ni perlu siap dalam masa 2 bulan..

Nanti lah aku sambung.. letih + malas hehehe..