August 16, 5th year eddyra.net
August 16 is my actual blog anniversary, I have been officially blogging on and off since 2007.
Kalau diimbas kembali, first time aku diperkenalkan dengan internet ni sekitar 1995. Masa tu duk layan irc. Belajar sikit-sikit command-command dalam irc tu, lepas tu mIrc pulak muncul. Selepas mIrc tu memang aku tak active dah. Masa tu aku baru reti nak search Yahoo.. sesuatu yang baru bagi aku. Seingat aku masa tu Babyrina memang sohor di internet, kalau sapa-sapa masih ingat lah.
2002, buat pertama kali dalam hidup aku beli sebuah computer. Cap ayam jer, monitor tube yang gemuk tu. Beli dial-up modem dan prepaid Tmnet gambar Siti.. nak buat connection punya lah sakit hati. Bunyi modem dah la satu hal. Surfing slow macam siput, kalau boleh download 1mb tu kira suka sangat dah tu.
Dari hari ke hari, aku duk buka website tu dan website ni. Terasa nak buat satu personal homepage. Fail fail fail.. mana aku ada belajar HTML pun. Lepas tu cousin aku ajar basic HTML, maka jadi lah satu static homepage pakai free hosting bravenet. HELLO WORLD! Kemudian aku bercerita pasal seorang scandal lama aku di homepage aku ni. Siap ada lagu lagi. Lepas tu homepage tu hilang entah ke mana. So, itulah pertama kali aku ada sesuatu yang boleh aku publishkan di dunia internet.
Masa berganti masa sampailah tahun 2006.. masa tu kecoh sangat pasal google adsense, passive income dan macam-macam lagi. Aku rasa berminat nak buat satu website, atau homepage atau webpage entah aku tak tau blog tu apa pun. Google menjadi tok guru, so akhirnya aku memilih untuk membuat satu blog. Aku register di blogspot.com .
http://eddyra.blogspot.com merupakan blog pertama dalam hidup aku, tapi entah macamana blog tu terkubur macam tu jer. Lama juga lah aku rahsiakan blog tu dari pengetahuan dunia luar. Namun blog tersebut masih hidup sampai hari ini. Pada masa yang hampir sama, aku turut register satu blog di wordpress.com, maka jadilah satu blog lagi di http://eddyra.wordpress.com .. tapi blog wordpress ni mati macam blogspot juga.
May 2006, aku rasa nak buat blog, betul betul punya blog. Surf sana surf sini cari ilmu untuk adakan satu blog. So registered la dengan hoster Malaysiahoster.com. beli domain intaionline.com, dan hosting package RM60.00 setahun. Beli satu lagi domain oilgasfield.com dan ebookmatters.com sebab tamak sangat nak letak adsense ads. Merapu betul masa tu dok tengok website orang lain punya.. Aku rasa perlu ada bahasa Melayu blog, so aku beli satu lagi domain eddyra.net pada 16th August 2007.

So pada 16th August 2007 aku launched www.eddyra.net yang anda lihat sekarang.
Memang lah target aku nak adakan blog pada masa tu untuk adsense ads ni, tapi entah camana sekerat jalan je Google dan terminated aku, takpe lah bukan rezeki aku la tu. Semua domain yang lain dah aku terminate, dan tinggallah blog aku ni sampai hari ni.
Maka bermula lah aku dengan entry dan posting cap ayam aku. Kalau aku click semula tahun 2007 punya entry, aku sendiri rasa malu bro.. macam sampah punya entry. Cilok orang lain punya content pun ada kah kah kah..
Tahun berganti tahun blog aku ni terus hidup dengan silent readers yang tersendiri. Blog bodo aku ni terus berkembang dari hari ke hari dengan entry yang entah apa-apa. Secara tak langsung, blog ni dah jadi sebahagian dari hidup aku. Ada saja yang nak aku tulis, idea tengah banyak. Sehingga lah suatu ketika aku berperang dengan GM company lama aku, aku tulis juga dalam blog nih, sampai kena investigate dek HR. Panas sekejap. Title masa tu, “GM cap Ayam“. Namun, atas rasa bersalah pada diri sendiri, aku sendiri memohon maaf dari GM tersebut.
Tak lama, dalam tahun 2011 kawan aku sampaikan pada aku blog aku ni sedang disiasat dan akan di bawa ke court sebab ada di dalamnya kandungan mengenai sebuah platform di offshore sana nu. Menurut kawan aku ni, company tersebut rasa tersinggung apabila parti politik pembangkang menggunakan entry tersebut untuk menentang kerajaan. Aku tergamam seketika. Terkesima bro.. Tapi setelah aku baca balik entry tersebut, aku dapati takde apa-apa yang salah pun. Photos dalam tu pun photos dari website lain, bukan aku yang snap. Masa berlalu begitu je dan alhamdulillah sehingga kini takde apa-apa yang berlaku. Harap-harap takde apa-apa lah kan.. nak saman aku, mana aku ada duit berjuta-juta.
Blog aku ni pun ada pasang surut, kadang-kadang Ok kadang-kadang 2-3 bulan takde entry macam rumah puaka lah. Aku kekurangan masa nak update, tambahan lagi dengan workload aku nih.. busy bro. Selama 5 tahun ini,
- Aku dah menulis sebanyak 570 posting
- 11,249 comments.
- 1,858,665 views all times.
- Average 1018 visitors per day termasuk bots bodo.
Tak ada apa nak dibanggakan jika dibandingkan dengan blog orang lain. Blog aku blog cap ayam jer. Blog syok sendiri. Aku akan terus menulis di sini biarpun pada masa itu dah takde orang nak baca tulisan aku, ini adalah blog aku.
So selamat ulang tahun kepada blog aku ni, semoga terus hidup di World Wide Web.

Aug 16, 2012 @ 16:21:08
Keep it up bro…..
Aug 17, 2012 @ 12:59:56
kalu blog banyak pitih tu, kene masuk dalam wasiat la password heheh
Aug 23, 2012 @ 15:51:44
Hidup blog cap ayam.. keje smpai Mati utk GM cap ayam..teeheehee
Aug 25, 2012 @ 11:48:06
terus hidup karen..
Aug 25, 2012 @ 07:19:20
Bos eddry kerana blog boss saya dah berjaya berkerja di offshore .. Bantuan boss ceritakan tentang kehidupan di offshore banyak membantu saya mencari pengalaman .. saya bermula dari tecnician sehingga berjaya menjadi engineer berpandukan blog boss.. jadi saya harap bolg boss dapat menjadi panduan kepada insan melayu yang ingain berkerja di offshore… teruskan bos erddry kita bahang seng heheh
Aug 25, 2012 @ 11:25:57
izzat, terima kasih.
FYI.. blog ni tak bahang seng.. free service je.
Aug 26, 2012 @ 11:03:41
Tahniah bro!
Aug 27, 2012 @ 09:24:03
blog yg sempoi..suka suka suka
Aug 29, 2012 @ 21:54:42
kerja kosong surveyor/hydrographer xdop ke?nubies
Aug 30, 2012 @ 10:09:02
surveyor apa tu bang.. piping & structural ke?
Aug 30, 2012 @ 16:16:50
structural or positioning..hydrographic survey..
mcm itu lah
Sep 07, 2012 @ 03:31:44
salam
ade job QA/QC engineer tak?
any job la bang..
saya ade pengalaman dlm oil n gas dah 6 tahun
if ade, tlg email saya bang..
n sy akan forward resume for your review..
thank you
Sep 12, 2012 @ 14:43:20
wow!! babyrina…. i like~~
Sep 14, 2012 @ 02:01:40
hahaha, dah balik mai..
Oct 04, 2012 @ 20:37:24
kejap ja da 2012..dulu slalu baca website bro sejak 2007.. minat nk keje offshore dulu.. tp rezeki kot len.. jaga kapal terbang dok terbang kot atas plak..keep it up bro!! syoq baca entry2 dlm ni..
Oct 05, 2012 @ 11:04:06
Salam, bang, tumpang tanye, nak kerja kat offshore mesti buat course? sbb saye baru abis buat degree, and boleh tak abang tolong sebab susah nak dapat kerja oil and gas ni.
Oct 14, 2012 @ 00:42:44
mung kelahh Bohhhhh……. dlm kelahh mung ader agi HOK kelahh ,ade agi hok CAP Ayam…
web 5th doh….. umor 40 doh kite…. bila pulok nok cerita jalan nok balik….. sory n TQ.. pnj
Oct 14, 2012 @ 20:40:49
Insyallah bro.. suatu hari nanti kita semua akan balik .. aku masih tercari-cari jalan nak balik..
Oct 25, 2012 @ 09:55:34
happy birthday eddyra.net…..dh bleh msuk tdika pon
Dec 20, 2012 @ 11:04:06
tahniah en eddy, mmm bes baca entry2 kat dlm blog ni, byk info…dlu2 dengar org kata keje laut,keje minyak gaji mahal, tp x tau keje camne… skrg ni dah tahu sikit2