Kehidupan di bumi sebelum Adam a.s
Salam,
Pernah tak kita terfikir apa yang menghuni bumi ni sebelum Nabi Adam as diturunkan ke bumi? Ada kajian yang menyatakan bahawa Adam diturunkan sekitar 10,040 tahun yang lalu.
Aku copy paste di sini article yang ditulis oleh seorang yang telah membuat kajian mengenai peristiwa ini..
Orang Islam, Yahudi dan Nasrani percaya bahawa Adam a.s. adalah bapa mereka semua, ertinya Adam a.s. dan Siti Hawa adalah nenek moyang semua manusia yang hidup zaman berzaman. Mereka adalah ‘manusia’ pertama yang diturunkan ke bumi.
‘Manusia’ itu setakat yang saya fahami adalah makhluk berakal keturunan Adam a.s. bermula dari Adam a.s. (dalam konteks planet bumi) yang diajarkan berkata-kata, menulis dan membaca oleh Allah s.w.t. Akal yang ada pada manusia di planet bumi ini mampu memahami semua ini, dan ia digunakan untuk mengkaji serta menyelesaikan masalah dan menghasilkan teknologi. Allah telah mensyariatkan Islam kepada manusia bermula dari Adam a.s.
Sebelum saya paparkan pada anda artikel yang ditulis oleh nation_kingdom, ada baiknya saya sertakan di sini mafhum firman Allah yang menyentuh kisah kejadian Adam a.s. Saya harap anda dapat meneliti ayat-ayat ini untuk memahami mengapa nation_kingdom menulis bahawa tidak mustahil ada humanoid di bumi ini sebelum Adam a.s. ‘diturunkan’ dan mungkin humanoid itu suka berperang dan bertumpah darah.

Walau apa pun, saya harap anda semua dapat menerima catatan nation_kingdom sebagai ‘pembuka fikiran’ kita semua dan sebagai penggalak agar bijak pandai Islam mengkaji dengan lebih serius untuk memecahkan persoalan ‘manusia’ sebelum Adam. Namun satu perkara sudah jelas: Kita semua adalah dari keturunan Adam a.s. dan Adam a.s. bukan berasal dari beruk sebagaimana pendapat Darwin, para pengikutnya serta pendokong Neo-Darwinism. Pada pendapat saya, Adam a.s. dan keturunannya tiada pertalian darah langsung dengan ‘humanoid’ sebelum Adam a.s. Adam dijadikan khalifah (pemimpin atau pengganti) kepada sesiapa yang pernah menghuni dan menguasai planet bumi sebelum itu.
‘Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya’. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 29-30).
Sebagai umat Islam, adalah menjadi rukun kepada kita untuk mempercayai bahawa moyang kita yang pertama adalah Nabi Adam A.S. dan isterinya Siti Hawa. Namun timbul keraguan kepada saya yang jahil ini; adakah benar Adam itu adalah manusia pertama yang berjalan di muka bumi ini. Persoalan ini timbul adalah berdasarkan pengamatan saya selama 9 tahun yang menjurus kepada penemuan akan beberapa klu-klu penting. Adalah ditegaskan tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak menafikan bahawa salasilah sekalian manusia yang ada di dunia ini bermula daripada seorang manusia sempurna bernama Adam A.S. Selain agama Islam, ia juga adalah pegangan penganut agama Kristian dan Yahudi.

Dalam artikel ini, saya mengistilahkan manusia awal yakni sebelum Nabi Adam diturunkan ke dunia sebagai humanoid demi untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul berikutan pegangan kita sekarang bahawa tiada manusia sebelum Adam. Saya juga bukanlah ahli di dalam lapangan ketamadunan manusia; mahupun pakar kitab. Namun saya dengan sedaya-upaya cuba menyampaikan pemikiran saya melalui susunan kata-kata di dalam artikel ini supaya mudah diterima orang kerana saya percaya sudah tentu ada orang yang yang amat berminat dengan paradigma baru ini; terutama individu yang sering diburu persoalan-persoalan akan sejarah kehidupan manusia yang mengelirukan.
Sepanjang kajian dan pengamatan saya, terdapat empat klu utama yang mendorong saya untuk mempercayai bahawa terdapat humanoid-humanoid yang wujud lama sebelum Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa diturunkan ke bumi.
Klu 1: Ketandusan Ilmu Manusia Awal
Sebagai seorang nabi sudah tentunya Allah Taala mengurniakan kapadanya ilmu yang selayaknya bagi seorang manusia untuk menjalankan tigasnya sebagai khalifah di muka bumi. Fakta ini telahpun termaktub di dalam Surah al-Baqarah, ayat 31-33 yang bermaksud;
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman; ‘Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar’. Malaikat itu menjawab; ‘Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana’. Allah berfirman; Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.
Allah Taala juga telah mengurniakan api untuk kegunaan manusia melalui Adam. Riwayat menceritakan bahawa api yang ada di bumi sekarang ini hanyalah percikkan bunga api neraka yang sebesar zarah. Malaikat Jibril-lah yang telah diperintahkan untuk mengambilnya daripada malaikat Zabaniah. Oleh sebab kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya ke dalam 70 batang sungai di syurga dan 70 celupan di setiap batang sungai (70X70). Kemudian Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair; maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Maka, hanya sisa-sisanya sahajalah yang kita gunakan pada hari ini. Konklusi, peristiwa ini jelas menerangkan kepada kita bahawa umat manusia yang pertama berada di muka bumi iaitu Adam sudah awal-awal lagi menggunakan api untuk kehidupan seharian.

Walaupun begitu, ahli sarjana arkeologi barat telah mendedahkan bahawa selama beberapa kurun, humanoid yang dianggap sebagai manusia pertama selama ini tidak tahu menggunakan api baik untuk memasak, memanaskan badan, mahupun sebagai pertahanan diri. Kehadiran humanoid ini dapat dikesan di Hadar, Ethopia; Olduvai Gorge an Laetoli, Tanzania; Timur Turkana, Kenya; dan di sekitar Afrika Timur. Tapak-tapak arkeologi ini mengandungi bukti kewujudan spesis bipedal (bejalan tegak dengan dua kaki). Mereka hanya tahu menggunakan api 3 juta tahun kemudian (1.4 juta S.M). Adalah dipercayai penemu api yang pertama ialah spesis Homo erectus di gua Zhoukoudian, China.
Gua tersebut suatu masa dahulu (sepertimana juga hari ini) bukan sahaja dihuni oleh humanoid malah burung hantu dan juga kelawar. Longgokkan najis kelawar di dalam gua yang kaya dengan potassium nitrate mungkin terbakar akibat suhu tinggi ataupun oleh percikan elektrik statik. Walaupun begitu, pendapat utama bagaimana humanoid primitif mendapat api adalah daripada kebakaran hutan akibat panahan petir. Mereka mula makan makanan yang masak apabila tiada pilihan lain selain daripada memakan haiwan yang mati terbakar dalam kebakaran, dan secara kebetulan rasanya lebih enak daripada dimakan mentah.
Klu pertama ini membuktikan bahawa humanoid-humanoid primitif ini tidak sealiran darah dengan Nabi Adam A.S. Ini adalah kerana dalam paradigma sejarah sekarang, masa yang berlalu telah menyaksikan kemajuan demi kemajuan manusia dalam bidang teknologi; dan bukannya kemunduran (walaupun terdapat kemelesetan dari segi moral mahupun ekonomi). Jika spesis humanoid primitif ini adalah berketurunan Adam, maka zaman-zaman yang telah berlalu menjadi saksi kepada kemunduran yang teruk kepada sesuatu bangsa bersasal daripada sekumpulan manusia yang berilmu dan senonoh; kemudiannya beransur-ansur berkembang kepada makhluk yang tak bertamadun, bodoh, kotor, makan haiwan mentah, dan bogel; sama seperti yang anda dapat saksikan dalam buku-buku rujukan arkeologi sekarang.

Idea utama yang ada dalam fikiran saya ialah; bumi sekali lagi telah mengalami proses penseterilan selepas yang pertama menyebabkan kepupusan spesis dinasor. Malangnya saya tidak dapat membincangkan tentang apa atau bagaimana penseterilan kedua tersebut terjadi kerana hal tersebut bukanlah dalam lingkungan pengetahuan, sebaliknya ia harus dikaji oleh pakar di dalam lapangan tersebut. Namun apa yang pasti, kesan kejadian tersebut telah menyebabkan kepupusan spesis-spesis manusia awal yang hidup pada zaman ais, zaman baru, dan zaman logam. Kesemua golongan manusia ini tidak mempunyai sistem tulisan sebuah elemen tamadun yang terpenting. Namun apa yang ada hanyalah klu-klu melalui lukisan pada dinding-dinding gua yang memberitahu sedikit-sebanyak tentang kehidupan mereka sehari-harian.
Klu 2: Kalendar Adam
Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada permulaan. Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun sebelumnya disebut sebagai sebelum masihi (S.M). Kalendar Adam pula diukur bermula daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar Adam ini telah dicetuskan oleh En. Mohd Fadhil Hassan bertujuan untuk memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam majalah Mastika, Januari 2006.
Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:
1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.
Daripada fakta-fakta di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2006) adalah bersamaan dengan 10036 Tahun Adam (T.A). Alangkah mudanya ketemadunan manusia ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dipanggil selama ini oleh sains arkeologi sebagai permulaan manusia pertama yang wujud 4.4 juta tahun yang lalu!
Seandainya segala output daripada segala kajian yang di buat oleh En. Fadhil tepat, maka terbuktilah bahawa segala makhluk yang berbentuk seperti manusia (humanoid) yang wujud sebelum 10036 tahun yang lalu tiada pertalian darah dengan manusia selepas Adam, lalu tidak layak untuk dipanggil sebagai manusia. Namun adalah diluar pengetahuan samada spesis tersebut telah dipupuskan oleh Allah Taala secara keseluruhannya, ataupun masih wujud segelintir darinya sehingga zaman sekarang. Mungkin inilah mahkhluk misteri yang sekarang dianggap orang sebagai Big Foot yang membuatkan manusia melakukan pelbagai andaian tentangnya.
Timeline yang kedua ini telah dihasilkan oleh saintis yang berpegang kepada teori evolusi Charles Darwin manusia berasal daripada monyet. Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat kerana ia bercanggah dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya pendapat itu. Rupabentuk manusia awal sebelum Adam mungkin seperti beruk yang berbulu lebat. Tak siapa tahu tentang hal ini kerana tinggalan mereka yang ada kini hanyalah tulang-temulang, jauh sekali cebisan-cebisan kulit atau rambut. Alangkah baiknya sekiranya terdapat antara humanoid-hominid ini terfosil di dalam ais (seperti yang terjadi pada gajah mammoth); maka bolehlah kita lihat bagaimana sebenar-benarnya rupa mereka.
Walaupun begitu, ternya kelas mereka lebih tinggi daripada hidup-hidupan lain yang terdapat pada zaman tersebut itu kerana mereka berupaya menghasilkan peralatan daripada batu dan melukis pada dinding-dinding gua. Anda mungkin pernah didedahkan dengan haiwan-haiwan primitif yang seperti dinasor, gajah mamonth, pepatung gergasi, nyamuk gergasi, dan burung pra-sejarah. Tetapi pernahkah anda tahu akan monyet-monyet pra-sejarah yang hidup bersama-sama manusia primitif? Nampaknya telah berlaku kesilapan sangat besar dalam sistem kategori spesis-spesis primat primitif ini. Kesemua spesis primat yang ada pada zaman sebelum Adam telah digolongkan dan dilebelkan sebagai manusia awal (tidak kira yang berakal atau tidak) bermula seja zaman ais lagi. Ini adalah kerana pengelasan spesis-spesis tersebut dilakukan oleh ahli-ahli sains yang menganuti Teori Evolusi Charles Darwin kesemua manusia dan monyet yang ada di dunia ini bermoyangkan sejenis monyet (common ancestor).
Klu 3: Tiada Ketamadunan sebelum 10000 tahun lalu.
Ketamadunan yang pertama hanya bermula kira-kira 3000 tahun selepas Adam diturunkan (menurut kalendar Adam) ke dunia apabila pertanian jagung bermula di Mexico iaitu pada 5000 S.M. Dunia seterusnya menyaksikan tumbuhnya kerajaan-kerajaan silam yang tersohor (sebelum masihi) bermula dengan kerajaan Sumeria (3400 S.M), dinasti pertama kerajaan Mesir (2350 S.M.), empayar Akkadian atau Mesopotamia (2205 S.M), dinasti Xiao di China (1600 S.M.), tamadun Minoan (1380 S.M.), Babylon (597 S.M), Republik Rom (509 S.M), dan berakhir dengan empayar Roman (27 S.M.). Selain daripada itu, banyak lagi ciptaan manusia yang mengkagumkan seperti pembinaan Tembok Besar China yang siap pada tahun 27 S.M.

Secara kesimpulannya ketamadunan manusia berkembang dengan pesat selepas 3000 tahun turunnya Adam ke dunia, dan selepas ramainya keturunan Adam di bumi ini. Inilah bukti yang kukuh bahawa peningkatan kehidupan manusia yang pesat hanya boleh dilakukan oleh manusia yang sempurna keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa. Manusia yang terdahulu daripada Nabi Adam tidak mempunyai apa-apa teknologi selain daripada peralatan batu, tanah liat dan logam yang ringkas, sedangkan mereka sudah wujud sejak berjuta-juta tahun (tanpa sebarang pembaharuan teknologi yang nyata). Sesungguhnya mereka tidak boleh dibandingkan dengan keturunan Nabi Adam yang boleh membuat pembaharuan yang drastik dalam jangkamasa hanya 10000 tahun!
Klu 4: Keengganan Bumi
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
* * * * * * * * * * * * * * *
Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan gajah, lembu, atau unta? Ini jelas menjukkan hanya spesis humanoid sebelum Adam telah melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak disukai oleh bumi.
Banyak antara kerosakan ini dapat dibuktikan di benua Autralia. Australia dianggap sebagai pusat kajian yang terpenting kerana ia dikelilingi oleh lautan dan susananya bebas dari humanoid sehinggalah 50000 tahun yang lalu. Kajian yang dijalankan di sini berupaya untuk menunjukkan perbezaan sesuatu kawasan sebelum dan selepas kehadiran humanoid.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Nicolle Rager Fuller (2005) dari National Science Foundation; Ujian isotop karbon fosil-fosil telur spesis burung yang tidak terbang di Australia mendapati humanoid telah menggunakan api secara melampau. Hal ini telah membawa perubahan yang drastik kepada ekosistem yang menyebabkan kepupusan secara besar-besaran sejumlah spesis haiwan di kepulauan tersebut 50000 tahun yang lalu tahun yang sama dengan ketibaan humanoid. Diet yang tetap selama 140000 tahun untuk spesis burung tersebut telah bertukar (terjejas apabila humanoid tiba di kepulauan tersebut.) daripada rumpai yang bernutrien (padi, gandum, atau beri) kepada sampah gurun (desert scrub).
Gangguan pada ekosistem ini juga telah menggugat kewujudan mamalia-mamalia besar di Australia, yang juga mengalami kepupusan sejurus kehadiran humanoid. Profesor Gifford Miller (2005) dari CU-Boulder’s Institute of Arctic and Alpine Research menafikan kepupusan tersebut adalah kerana perubahan suasana iklim kerana kajian menunjukkan tiada bukti perubahan iklim yang nyata yang disepanjang tempoh tersebut yang boleh menyokong pendapat ini. Berikutan itu, ramai ahli sains percaya bahawa manusialah yang menyebabkan kepupusan tersebut samada melalui pemburuan melampau, penularan wabak, atau pembakaran habitat-habitat semulajadi. Kajian isotopik (ujian karbon) terhadap fosil-fosil telur burung emu dan genyornis (bersaiz seperti burung unta moden) mendedahkan bahawa ekosistem flora juga mengalami perubahan sejak ketibaan humanoid.
Selain burung, mamalia-mamalia besar juga pernah wujud seiringan dengan humanoid suatu ketika dahulu di Australia seperti gajah mammoth, mastodons, saber-toothed tiger, singa marsupial (Thylacoleo carnifex marsupial terbesar pernah wujud) dan kuda asli Amerika. Kepupusan spesis ini berlaku pada lewat zaman Pleistocene (lihat timeline). Pendapat bahawa perubahan iklim global menjadi faktor penyumbang kepupusan juga tidak boleh disangkal. Akan tetapi, perubahan iklim tidak menghapuskan spesis-spesis tersebut secara drastik tetapi dengan lebih perlahan. Kepupusan drastik hanya terjadi sejah wujudnya aktiviti pemburuan melampau oleh humanoid; yang membawa kepada kepupusan dalam jangkamasa maksimum 1500 tahun. Pemburuan secara blitzkrieg, dikatakan berupaya menumbangkan kewujudan sesuatu spesis fauna dalam jangkamasa kurang daripada 500 tahun!
Di bahagian Amerika utara pula; Woolly mammoths, giant armadillos and tiga spesies unta adalah sebahagian daripada lebih 30 mamalia yang diburu sehingga kepupusan oleh humanoid di Amerika Utara 13000-12000 tahun lampau (akhir zaman Pleistocene). Kajian ini telah dijalankan oleh John Alroy (2001, University of California) dengan menggunakan sistem ecosystem modelling yang paling sofistikated dan realistik pada ketika itu. Lebih daripada setengah jumlah spesis mamalia tewas diancam oleh humanoid-humanoid pada akhir zaman Pleistocene. Perkara ini merupakan sesuatu malapetaka yang besar dalam sejarah dunia yang mana kesemua humanoid di seantero planet ini seolah-olah bersatu hati untuk melakukan kerosakan ekosistem secara besar-besaran.
Ternyata sekali masalah kepupusan yang disebabkan oleh manusia bukanlah perkara baru di bumi ini, malah telah dilakukan oleh manusia sebelum Adam lagi. Memanglah patut bumi khuatir dan tidak enggan menyerahkan tanahnya kepada malaikat untuk dijadikan manusia. Bumi sememangnya mengetahui akan sifat-sifat manusia yang terdahulu tamak dan memusnahkan. Kekhuatiran bumi adalah cukup berasas kerana dewasa ini kita mengulangi semula kerosakan demi kerosakan yang pernah dilakukan oleh manusia terdahulu. Bukan sahaja pemusnahan spesis haiwan, bahkan lebih teruk; pembunuhan sesama manusia melalui peperangan, penggunaan senjata pemusnah besar-besaran, dan sengketa nuklear. Gejala sosial dalam masyarakat pula kian menjadi-jadi penagihan dadah, pelacuran, jenayah rogol, merompak, dan haruan makan anak telah menjadi berita-berita yang biasa dan seolah-olah tidak lagi memanaskan hati masyarakat kita pada hari ini.
* * * * * * * * * * * * * * *
Walaupun sebenarnya terdapat beberapa lagi klu, namun masih memerlukan sokongan fakta dan huraian yang lebih kukuh sebelum dapat warwarkan. Tetapi saya amat berharap supaya peristiwa yang membawa kepada kepupusan humanoid sebelum turunnya Nabi Adam A.S. ke dunia dapat di selidiki dan dibuktikan secara saintifik pada suatu ketika nanti
- Wallahualam -

Oct 01, 2010 @ 08:24:16
interesting read bro. tp ape2pon Allah swt yg lebih maha mengetahui.
Oct 01, 2010 @ 09:19:31
salam…abg punye entry kali ni, mcm dok dlm kelas sejarah plak. tapi tak abis lagi tu….kena smbung lagi pas ni..hehee
Oct 04, 2010 @ 21:06:03
Knapa nk percaya sal Teori2 Barat?? Kita kn ada Al-Quran & As-Sunnah….
Sume sal Teori dorang x btol pn…just teori semata2…
http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/zaman_batu/zaman_batu_02a.php
Psal Humanoid sblum Turunnya Nabi Adam A.S…xde pn kn dlm Al-Quran, so knp nk kusut kpala??….
Oct 05, 2010 @ 21:37:15
terimakasih.. pendapat anda lebih terbuka dan maklumat berguna pada saya yg jahil ini.saya yg x tau apa2 ini keliru setelah membaca zaman batu satu pembohongan sejarah oleh HARUN YAHYA. mana yang betul biar saya sendiri yg tentukan.. terimakasih sekali lagi atas penulisan anda.
Oct 07, 2010 @ 01:15:02
setahu hamba la.. jin yg duk kt bumi ni sblm nabi adam trn kt bumi,& diorg la yg dh byk bwt kerosakan kt bumi ni.. then, Allah nk cipta Adam supaya dia jd khalifah kt bumi, sbb jin resminya mmg jahat.”sebaik2 jin,sejahat2 manusia.” so fikir2kan la sikap dia mcmne.. xpyhla nk pk humanoid la,apela.. pastu monyet pulok dikaitkan.. bertambah suke la Darwin kt kubur tu tgk manusia lening leh terima skit teori dia.. adoi.. nk xplain kt cni byk lg.. nk tau lbh lanjut,buke Al-Quran n Hadis.. xpyh bwt complicated keadaan. 1 lg, binatang di dunia ni lgsg xbwt kerosakan kt dunia ni,malah setiap mase dia berzikir pd Allah..
Wallahualam…
Oct 07, 2010 @ 12:30:17
salam..gambar-gambar yang dipaparkan tu, sebenarnya palsu..
nti kalo ada ape2 info saya share balik
Oct 08, 2010 @ 21:53:04
Salam tuan-tuan,
Sabar..
Penulisan dari kajian di atas bukanlah tafsiran ayat Al-Quran, ianya sekadar membuat perbandingan fakta antara peristiwa semasa dengan perkhabaran dalam Al-Quran. Bagi melihat tafsiran yang tepat, pembaca disarankan merujuk kitab-kitab tafsir karangan ulama’-ulama’ muktabar, penulis-penulis Islam dan sebagainya.
Article ini adalah copy paste yang diambil dari satu site, semoga kita mendapat ilmu darinya.
Pegangan kita adalah Al Quran, walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengkaji apa-apa yang telah dikaji oleh barat, sebagai perbandingan.
Oct 08, 2010 @ 21:57:14
Saya ada membaca tulisan HARUN YAHYA di web beliau, dan beberapa tulisan dan article yang di tulis di web-web lain termasuk dari mereka yang menganut Christian.. takde masalah untuk kita berfikir tentang hal ini.
Yang penting sekali kita tidak tertipu oleh barat dan apa yang kita cari itu menghampirkan diri kita padaNya.
Oct 08, 2010 @ 23:28:41
ye, tidak salah utk mengkaji dan berfikir..
tidak salah juga utk mengajak orh lain berfikir dan mengkaji..
apapun terima kasih ye..
teringat satu ungkapan..
‘baikkanlah dirimu dan ajaklah yang lain’
tak ingat siapa punya ungkapan tu, maaf
Oct 11, 2010 @ 05:39:02
ermmmm bukan ke adam n hawa manusia pertama yg turun ke bumi??
ermmm statement nye manusia ke makhluk ek? aku tak sure ar…..
aku tetap yakin yg berok tuko jadi manusia tu sgt3 tak betol! bongok pnye org!!! hahaha berok2 kat msia ni tak de plak tuko jadik org…kan…adeyh
pape pun la….Islam agama yg agung, jgn b’fikir tanpa fakta yang benar…nnt terpesong akidah….geetoh! cm bek sgt je aku ni..hehehe sori2
Oct 19, 2010 @ 09:24:34
yep..! kalau difikirkan. pendapat tue boleh diterima…
samaada sedar atau tidak… para pendokong darwin & evolusi sengaja menyatakan pendapat tentang evolusi manusia…
dan ini sangat pertentangan dalam alquran.. yg mana allah telah menurunkan adam dengan segala ilmu… melihat teknologi pada zaman babylon… ada diantara pengaji sejarah menjumpai sebuah tembikar dan sebenarnya bateri…. dan berbalik dengan buku sejarah yang kita belajar di sekolah… adalah amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya… urm… saya ada satu artikel yang boleh membantu dengan “kajian” diatas… lupa la kat mne.. hihi
Dec 08, 2010 @ 23:17:30
jadi mahluk apakah yg ada sebelum Adam A.s diutus sebagai Khalifah?
Mungkinkah mereka ini dari golongan JIN atau dikenali sebilangan pendokong barat sebagai ALIEN…atau pun mahluk2 ini telah pun bercampur gaur dgn manusia sekarang?
ataupu mahluk2 inilah yang dikatakan Yajuj majuj yang pernah diperangi oleh Raja dunia ISKANDAR DZULKARNAIN.
wallahualam bishawab,hanya Allah yang lebih mengetahui
Dec 22, 2010 @ 15:52:07
salam semua.. pada sy xpayah laa kite nk kaji penulisan barat yg mmg jelas2 diorg punyai niat jahat utk memesongkan akidah umat islam melalui teori2 mereka.. lebih baik kite kaji ilmu2 yg ada dlm al-quran dengan lebih mendalam utk lebih faham akan ape yg di Allah aturkan dimuka bumi pada makhluk2Nya ada sebab musababnya.. xpayah nk kusut2 kepala nk kaji teori2 barat, jgn terlalu fikir ape yg di luar ilmu pengetahuan yg Allah bagi kat kite.. cukupkan kite sekadar faham Nabi Adam adalah manusia terawal diciptakan Allah.. itupn dah meneguhkan akidah kite dr terpesong.. semoga kite semua dirahmatiNya..Wallahualam
Mar 03, 2011 @ 21:51:59
salam..
sy sbg org Islam..nk ucapkan ur writing is good..perhaps u can write some more..and I suggest awk tulis regarding bout Dajjal..that is coming soon..
emm..the thing is..jgn kita percaya akan barat..Y? the answer is simple..Barat tidak bertuhankan Allah yang Esa..kitab injil d’ubahsuai sesuai dgn kehendak nafsu manusia..
pernah dgr.hafal akan nama2 nabi? bermula Nabi Adam a.s hingga junjungan bsr kita Nabi Muhammad S.A.W..pernah kita t’pk ada apa dgn that names? sekadar utk telling us? NOP!!! itulah pe;asras masa..
Zaman batu? zaman Ais? wujud? NOP!! ukuran zaman2 tu semuanya da disebut dlm Al-Quran..hnya b’pandukan nama2 nabi..
Zaman2 itu direka utk pesOngkan kita..kebanyakkan tOkOh2 barat semuanya YAHUDI..bertuhankan Al-Massih Dajjal..
u still dun believe it right? I wont say much..Im glad if my words are opened up ur mind..”sampaikanlah walau satu ayat pun dariku”..sabda Rasulullah
Mar 03, 2011 @ 21:52:18
salam..
sy sbg org Islam..nk ucapkan ur writing is good..perhaps u can write some more..and I suggest awk tulis regarding bout Dajjal..that is coming soon..
emm..the thing is..jgn kita percaya akan barat..Y? the answer is simple..Barat tidak bertuhankan Allah yang Esa..kitab injil d’ubahsuai sesuai dgn kehendak nafsu manusia..
pernah dgr.hafal akan nama2 nabi? bermula Nabi Adam a.s hingga junjungan bsr kita Nabi Muhammad S.A.W..pernah kita t’pk ada apa dgn that names? sekadar utk telling us? NOP!!! itulah pe;asras masa..
Zaman batu? zaman Ais? wujud? NOP!! ukuran zaman2 tu semuanya da disebut dlm Al-Quran..hnya b’pandukan nama2 nabi..
Zaman2 itu direka utk pesOngkan kita..kebanyakkan tOkOh2 barat semuanya YAHUDI..bertuhankan Al-Massih Dajjal..
u still dun believe it right? I wont say much..Im glad if my words are opened up ur mind..”sampaikanlah walau satu ayat pun dariku”..sabda Nabi Muhammad S.A.W
Mar 27, 2011 @ 06:27:28
dengan nama ALLAH yang maha berkasih-sayang
.13 hari 13000 tahun, satu hari bersamaan 1000 tahun. 6 hari 6000 tahun kejadian langit dan bumi, 2033 genap 2 hari nabi isa rasul ALLAH di naikankan keatas rahmatnya.bersiap-siaga untuk zaman kezaliman dan huru-hara yang memakan masa bertahun- tahun . berkasih sayanglah ke seluruh alam.
kembalilah kepada AL-quraan serta fahami isi kandungannya, bacalah dalam bahasa yang di fahami,(TERJEMAHAN) selesaikan dalam masa 40 hari izin ALLAH pertunjuk serta kebenaran akan terjawap.demi kasih sayang seluruh alam.
May 01, 2011 @ 22:19:18
salam…
sbenarnya x salahpun kita berfikir semua ni… lagipun penulisan ni x bertentangan pun dgn alquran…malah dia membuat teori berdasarkan isi2 dalam alquran..
mmglah adam manusia pertama, maksud penulis humanoid bknlah bermaksud manusia tp makhluk yg seakan2 bentuk manusia..
jgn jadi muslim yg cetek fikiran..islam pun tuntut kita mencari ilmu sedalamnya2 dan gunakan akal sebaiknya, jadi jgn lah kutuk penulis ni mcm tu mcm ni semata2 sbb penulisan dia bercanggah dgn apa yg korang tau selama ni..
teori harun yahya tu pun sbnrnnya cuma teori.. xda sapa pun yg tau faktanya sbb xda sapa pun yg penah hidup ms zaman tu dan trus hidup utk bgtau kat kita..
1 ahli ilmu adalah lebih baik dgn 1000 ahli ibadah.. renung2kan
Aug 24, 2011 @ 13:18:27
TAK ADA MANUSIA DI BUMI SEBELUM NABI ADAM..SEBAB FIRMAN ALLAH NAK JADIKAN KHALIFAH DI MUKA BUMI DAN DIMAKSUDKAN IALAH NABI ADAMA.S.KALAU SUDAH ADA MANUSIA DI BUMI SEBELUM ADAM,BERMAKNA SUDAH ADALAH KHALIFAH DI BUMI INI.SEBAB MANUSIA YG ALLAH NK LANTIK MEMEGANG JAWATAN KHALIFAH TERSEBUT.
Dec 18, 2011 @ 23:06:05
xyoh duk baloh la psal ni.. ni selesai lame doh.. yg pnting gi cari ilmu hok fardhu dulu biar lepas dari neraka.. ni taharoh pun dok btol lg nk ckap psal bnda ghaib.. tngok Quran dh ar.. ni bkan masalah Aqidah er.. Xboh caye pun xpe sal teori2 ni,, yang yang pnting pegang dngn Quran n Hadis..
Dec 18, 2011 @ 23:12:27
kalu kite dok cari ilmu agame hok fardhu sbnornye kite la beruk…anok branok beruk.. nk cari dunia cari ar tinggi mane pun,tp akhirat jangn tinggal,,klu tnggal ilmu akhirat jd jahil agame.. bila jahil agame amal ibadat tunggang langgang,, bila jd tunggang langgang dapt dose,,bila berdose dpat kemurkaan Allah.. bila Allah murka buleh azab.. org yang jahil dunia tp tahu agama org ini blum lg bodo.. tp klu org alim bab dunia tp jhil bab akhirat org ini paling bodo dari lembu yang masuk ptandingan lembu terbodo di dunia sbb bile die mati kene azab.. org kene azab ni org bodo ar.. fikir2.. renung.. Islam For All..
Feb 07, 2012 @ 12:10:31
Salam tuan JKK, maaf atas teguran ini, tapi kasar rase nya bahasa tuan tu. kita di sini atas kehendak nya, perbincangan ini terhasil pun atas kehendak nya. Semua yg berlaku ade bahagian masing2, seperti yg kita wajib tahu iaitu “percaya pada qada’ n qadar” – percaya pada untung baik dan untung jahat, semuanya pun untung utk kita semua. Cuma kita perlu bijak berfikir dengan akal dan hati setiap perkara yg berlaku. Terima nikmat, alhamdulillah…terima musibah pun alhamdulillah. Aturan Dia utk bahagian kita masing2…. Wallahualam.
Jan 28, 2012 @ 18:53:23
tidak sesuai artikel ini dibicarakan secara terbuka kerana akan terbit fitnah kepada penulisnya.
Feb 07, 2012 @ 11:59:52
Salam saudara semua. Saya tertarik dgn ungkapan dari saudara fox, “1 ahli ilmu lebih baik dgn (dgn or dari?) 1000 ahli ibadah.” Boleh saudara tunjukkan dari mana tuan mendpt rujukn petikan itu.
Apr 21, 2012 @ 11:02:13
Assalam…artikel ni ada manfaatnya,ia menganjurkan kita berfikir tentang sejarah kewujudan Nabi Adam….sebenarnya memang sebelum Nabi Adam diturunkan kebumi,telah ada makhluk lain yang menghuni mereka adalah keturunan jin dan afrit yg suka saling berkelahi serta berbunuhan..mereka masih wujud cuma tidak kelihatan dgn mata kepala manusia …
May 28, 2012 @ 10:12:42
Dalam akhir surat atau hadis,
Slalu disisipkan,
Hai bagi orang2 yang berfikir,
Itu artinya,,,brfikir berfikirlah,carilah rahasia Allah semata mata untuk mendekatkan diri kepada,