Aku terima email ni dalam inbox aku pada 27 August 2007. Aku baca sekali lalu. Tak ada apa-apa yang menarik sebenarnya untuk aku fikirkan, sebab itu dah jadi perkara biasa bagi orang kita. Tapi setelah aku checked beberapa site, blog, forum ehh ramai rupanya yang membincangkan pasal ni.
Ada berbagai respond yang aku terima di dalam email, antaranya yang boleh aku paste di sini :
Apa dah jadi dgn negara Malaysia ni??…
Siapa yg harus bertanggungjawab???..
SURIA KLCC tu terletak di mana yer? di negara luar ke?..
Dimana slogan Malaysia cemerlang, gemilang dan terbilang ni?…
Mana perginya pemimpin yer? tido ke atau x makan nasik dah?..
Lagi..
X faham lah dengan masalah ini……knp mesti ada org asing yang nk jadi Otai sedangkan mane perginya warga malaysia yang lain????
Lagi..
Masalah yg sudah lama…… baru mau timbul???
Hanya akan di pandang sepi dan berlalu mengikut masa…..
Salah siapa?? Salah kita juga tuan2 & puan2….
Lagi..
Alah korang tengok ajelah 2 thn lepas masa hari raya jatuh sekali dengan hari krismas pada dicember sedangkan hari raya lebih awal beberapa hari tetapi penyambutan untuk hari x’mas lebih hebat dr hari raya. kerajaan melayu apa boleh buat!!! tido tutup dengan selimut
jelah…. sedih2 dan lagi..
Kebanyakkan respond adalah dari orang kita dan hampir kesemuanya menuding jari kepada pihak kerajaan namun aku mempunyai pendapat aku sendiri.
Keputusan tuan kedai Saudara Juhaidi Yean Abdullah dan isteri untuk menolak kenaikkan sewa adalah kurang tepat dan tidak sesuai dengan masanya. Pada aku dalam dunia business di Malaysia hari ini beliau mesti terus bertapak di KLCC. Kelantan Delights perlu terus wujud di KLCC sebagai tanda orang Melayu yang menjual makanan Melayu masih ada yang mampu untuk bersaing dengan orang lain, tak kira lah dengan bangsa Cina ka, Thai ka, Korea ka dan sebagainya.
Aku sendiri pernah ke Kelantan Delights di Suria KLCC dua tiga tahun lepas, boss belanja lah. Memang lah harga makanan di situ bukan untuk golongan kuli seperti aku, dan aku percaya Kelantan Delights punya market untuk menarik foreigner merasa masakan kampung. Kalau aku, aku lebih suka makan kat stall bawah BSN depan KLCC tu.
Aku tertarik dengan satu pantun yang tertulis di dalam dalam satu rencana mengenai issue ini.
Buai laju-laju
Sampai KLCC
Apa nasib Melayu
Merempat di negeri sendiri.
Ada sesuatu yang menarik yang ingin Saudara Aziz Desa itu katakan…..




Thanks for stopping by at my site..nice site you have.
i setuju dgn u eddry..bukan apa kekadang kita ni dah biasa sgt dgn subsidi sampaikan tak boleh nak bersaing sikit..i dulu suka makan kat cjanting klcc..asam laksa dengan laksa johor dia first class dan harga pun berpatutan..dengar dah tutup jugak tp sekrg dah buka balik tp saiz kedai dah makin kecik…semoga mereka tetap meneruskan perjuangan..
itu lah.. bangsa lain tak dapat subsidi masih boleh berdiri sendiri. Orang kita kalau tak suap ke mulut alamat banyak lah alasannya. Banyaklah penyakit orang kita ni..
Interesting…
Cool.
Interesting…
Sorry
Nice!
Nice!