Kekasih Gelap….

By Tuesday, October 13, 2009 77 No tags Permalink 0

Masa aku mula-mula ‘terdengar’ lagu Kekasih Gelap nyanyian Ungu tu, aku ingatkan kekasih gelap ni seorang awek yang dah lama mati atau cerita tentang awek lama dia yang dah lama terputus. Aku tak lah nak amik sangat tau pasal lagu karat ni, lain la macam korang.. sampai hafal lirik lagu semua tu. Jadi aku terus lah anggap kekasih gelap tu cerita lama dia tentang aweks nya yang dah padam.. hinggalah aku sampai di Miri ni baru lah aku tau apa maksud kekasih gelap ni.

So tafsiran aku sendiri selepas kaji selidik tentang kekasih gelap ni ialah seorang jantan kabaret atau perempuan kabaret yang telah berkahwin tetapi mempunyai affair dengan seseorang yang lain. Umpamanya suami dengan awek lain tak kira lah awek itu bujang, tunangan orang, mak jan atau pun bini orang. Sama juga tafsiran untuk isteri.


Kalau masih berstatus bujang, dah ada buah hati lepas tu nak pasang sorang lagi kekasih biar pi lah, apa masalahnya. Berkawan biar seribu berkasih lepas satu, satu.. selagi mampu cari, kita cari dan berkasih lah sampai berpuluh-puluh kekasih pun, tak salah pun kan sebab kita nak cari keserasian. Kalau tak serasi tak ngam buat apa kahwin bro.. hehehe aku tau musti ada orang tak setuju dengan aku..

Kekasih gelap ni, dia memiliki seorang yang lain secara sembunyi-sembunyi, dan pergerakkan mereka adalah secara gelap, dan sulit macam pergerakan bawah tanah gitu. Mana boleh secara terang-terangan, nak mampus ka apa.

Siapa yang terlibat di dalam kes kekasih gelap ni? Kekasih gelap ni tidak mengira apa status, pangkat atau pun apa pekerjaannya. Dari kuli cap ayam hinggalah ke politician semuanya termasuk dalam catogory ini, cuma di peringat atasan tu di panggil scandal. Bunyiknya lucah sikit lah, tapi untuk golongan bawahan ni bunyik nya geli-geli aka jiwang karat sikit lah. Entah mana Ungu dapat words tu aku pun tak tau mungkin kat Indon memang ada words tu kut..

Gambar curi.. owner please email me if you want backlink.. hehe

Apa yang dicari oleh kekasih gelap ni? Orait, kalau sudah berkahwin tetapi ada kekasih gelap sama itu perempuan bujang atau jantan kabaret yang masih bujang, samaada saja nak geli-geli layan perasaan atau disebabkan sex. Ada alasan lain, mungkin nak bantu di atas kesusahan yang bujang tu kut? Blah lah kalau nak bantu tak perlu lah sampai nak dibuat dalam gelap, dah gelap hati ka apa.. kalau perempuan kabaret yang dah berkahwin tapi ada simpan anak ikan takde benda lain lah melainkan sebab nak **tut** sama jugaklah dengan jantan kabaret yang dah berkahwin tu.. tapi mungkin juga kalau jantan kabaret ada simpan perempuan mungkin dia nak buat bini kan.. itu lain tu he he he.. simpan sekejap kemudian nikah, nak tunggu bini dia sign form tu payah sangat..

So camana kalau jantan kabaret dengan perempuan kabaret yang masing-masing sudah berumahtangga tetapi ada kekasih gelap dengan isteri atau suami orang.. suami orang scandal dengan bini orang.. zappp terus aku cakap sebab sex.. betul atau salah? Bercinta dengan laki orang, kita curang dengan laki kita sendiri, itu dah melencong tu. Sama la dengan laki orang yang berscandal dengan bini orang, apa kejadah lah.. apa lah yang best sangat dengan barang terpakai tuhhh.. gezzzzz..

Aku rasa kita selalu terbaca dalam papers pasal tangkapan khalwat. Isteri orang dengan anak bujang ditangkap di dalam bilik hotel. Isteri tersebut masih mempunyai suami dan ada anak-anak etc.. atau isteri orang ditangkap ketika sedang berasmara dengan suami orang.. atau perempuan bujang yang ditangkap dengan seorang lelaki kemudian baru mengetahui bahawa lelaki tersebut sudah berkahwin.. ahhh banyak sangat cerita macam tu. Itu pun sebab ada undang-undang, kalau takde undang-undang khalwat aku rasa macam pesta jer kat Malaysia ni.. kira OK lah kat Malaysia ni tak kuat sangat cerita pasal swinger ni hehehe..

Mengapa berkekasih gelap? Banyak sebabnya dan bergantung kepada individu lah. Kalau suami ada scandal di luar sebab nak cari kelainan, nak bermanja-manja dengan yang lebih muda atau yang lebih memahami. Atau sebab bini dia ni garang nak mampus, simpan dulu baru ajak nikah kat Siam. Atau bini dia dah tak best, atau bini dia dah tua kerepot dan dah tak menarik lagi. Duit banyak, nak nikah lagi takut nanti perang sabil pulak.. so simpan lah sorang kat apartment tanggung makan pakaian beri kereta beri credit card dan in return dapatlah apa yang jantan cabaret ni idamkan.

Atau jantan cabaret ni lonely duk jauh-jauh dari anak bini, macam aku ni tapi aku tak termasuk dalam hal ni lah.. contoh jer la kan.. so disebabkan lonely ni maka terjadilah kes-kes seumpama ini. Aku ni siapa lah kan, duduk terconggok kat Boulevard shopping complex tu dua tiga jam pun takde orang nak pandang, tak ada yang sudi nak jadi kekasih gelap aku nih gezzzzz? ehem..

Kalau isteri ada pasang kekasih gelap di luar, samala macam suami kat atas tadi. Jenis takde iman, curang dengan laki, ini yang orang kata bini nusyuk ni. Bengong ka apa..

So mengapa gelap? Sebab takut orang nampak. Macam VIP yang kena tangkap pasal video sex dia tu, nak kahwin lain dah tak bleh sebab quota satu jer so kena lah berhubungan gelap di luar.

Senang cakap kenapa jadi gitu sebab iman tak kuat.. hurai panjang-panjang pun akan balik ke point yang sama.

Apa kelebihan ada kekasih gelap ni? Banyak kelebihannya bang.. kalau dulu henpon bulan-bulan RM50.00 tapi sejak ada kekasih gelap ni jadi RM200.00 sebulan, kelebihannya lah tu. Itu baru cakap pasal bil henpon bang.. kalau awek geli-geli nak kasut Bonia nak tak nak kena beli jugak.. itu tak cakap pasal nak rantai gelang lagi. Kalau tak bagi nanti nampak tak macho bang, nasib lah kalau dapat awek yang baik, kalau dapat yang jenis pisau cukur.. botak lah kau bang sampai susu anak pun tak bleh nak beli. Jangan jadi bangang sampai tahap tu bang.. nak ada scandal kat luar lantak lah kalau nak pasang lapan ratus perempuan simpanan sekali pun tapi lu kena ingat bang anak-anak kat rumah dan bini lu tu adalah nafkah yang wajib lu bagi bang.. jangan jadi jantan cabaret yang takde otak.. eii apasal aku emotional pulak ni wahahahaha?

Banyak sangat kes kekasih kegelapan yang berlaku di depan mata aku ni. Kawan aku sendiri, duk kat Labuan 2-3 tahun siap nikah lagi dengan arroyo Philiphino, yang ni OK lah kan dia menyucuk tanam di tempat yang halal hehehe walaupun sebelum tu simpan dulu setahun kat rumah. Bini di Semenanjung tu percaya sangatlah laki dia tu cari duit di Labuan dan setia kat dia di Semenanjung tu.. satu kes lagi sanggup korban duit gaji duk support arroyo ni. Bila arroyo ni abis contract jadi GRO kat Labuan ni, pun sanggup lagi perabih duit gi Mindanao semata-mata nak berjumpa kekasih gelapnya gezzzzz… buang duit, buang masa dan buang benih jer opsss..

Kawan aku ni kan, entahlah aku nak kategori kan dalam kategori apa aku pun tak tau. Jiwang ke, mat romeo ke, playboy ke, jantan cabaret ke entah lah. Bini cantik, anak-anak dah ramai tapi sampai di Sarawak ni sudah jatuh hati pada seorang perempuan suku ******* ni. Aku tengok perempuan tu tak lah cantik mana pun, biasa-biasa saja bah. Harapkan rambut jer curly kaler blonde gitewww.. biasa jer lah takde ada-apa yang menarik pun aku tengok, bagi aku lah kan. Mungkin bagi dia perempuan tu macam bidadari kut. OK lah kan ikut suka hati dia lah, itu mata dia. Kalau lubang hidung kembang sekali pun dia nak kata mancung apa kita boleh buat, dah namanya pun sasau muahaha..

Apa yang dah berlaku, menurut cerita jantan cabaret ni.. hatinya sudah tertawan lah pada perempuan ni. Ceritanya lagi, siang malam asyik teringatkan perempuan tu, perempuan ni pulak layan jantan kabaret ni baikkkk punya so jantan ni hanyut dan tenggelam lah dalam kata-kata cinta dan belaian manja perempuan ni.. abis duit dia bro dia belanjakan untuk perempuan ni.. beli baju, perfume itu ini lah macam-macam.. last-last apa yang jantan ni dapat? Dapat asap jer bro.. asap jer.. bila sedar jer dia dari semua ni, baru lah dia tau bahawa perempuan tu sekadar nak mempermainkan dia.. muaahhahahha.. cap ayam betul. Habiskan duit habiskan masa jer lah.. Dari kisah ini lah baru aku tahu apa itu kekasih gelap.. hahahahah

So secara kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Semua yang gelap ni tak akan ke mana pun, dan tak mampu bertahan lama pun. Kalau belum sedar tu elok lah stop takut-takut esok lusa malaikat datang nak check out nyawa. Keluar lah dari kegelapan, kalau yang bujang tu kahwin je lah dengan jantan cabaret tu tak kisah lah laki orang sekalipun, best apa laki orang romantic jer dan pandai berkata-kata.. dan tak gelojoh hehehe..

Kalau yang dah kahwin tu especially bini orang, sudah-sudah lah kembali lah ke pangkal jalan. Bertaubat nasuha lah jangan buat lagi. Takde nyer orang bujang nak amik awak jadi bini dia apatah lagi kalau awak dah tua dan ada anak ramai, tapi ada jugak yang berkahwin broo.. anak perempuan cabaret tu dah 5 orang kalau tak salah aku, bila laki dia found that bini dia ada scandal kat luar laki dia lepaskan dia. Lepas tu nikah jugak dia dengan bekas bini dia serta anak-anak dia.. gezzzzz? menarik apa nikah package beli satu dapat 5 free wahahaha..

Satu pesanan lah buat para isteri di luar sana tu, dari biarkan suami buat hal yang tak senonoh ada baiknya izinkan mereka tu, atau biarkan mereka tu nikah lagi. Tak baik halang hajat baik orang nak dirikan masjid dan nak jauhkan dosa. Baru-baru ni aku terjumpa kawan lama di Miri ni dengan anak kecik dia woww comey putih jer, tapi dia sendiri kelabu asap. Dia cakap ini anak dari bini dia yang no 3. Nikah dengan Orang Ulu bah patut lah putih anaknya bah. Dia kata, bini kat Semenanjung beri green light kat dia kalau nak nikah lagi di Miri ni dari buat dosa tak tentu hala. Adehh.. entah apa-apa. Selagi tak mampus selagi itu lah nafsu akan terus membara.

So akhir sekali kepada yang terasa jangan marah yer, no offence oraittt? :)

77 Comments
  • THeEdge
    October 13, 2009

    perghhh…tetibe entry pjg giler…setuju sgt dgn statement ‘nak geli2 lyn atau *tut*

  • THeEdge
    October 13, 2009

    puasa…puasa…puasa…kasi tunduk itu gelora

  • eddyra
    October 14, 2009

    kepada kekasih gelap tu.. dah lah.. bawak bawak la betaubat hahahahha..

  • kulat
    October 14, 2009

    Berhati-hati dengan gadis **edit*** di sarawak mereka amat pandai bermain dengan kata2.. pandai memujuk ….tetapi gadis **edit*** ini penipu besar. gadis **edit*** pengkikis harta.

  • Leen
    October 14, 2009

    aii kulat.. terkena ke?

  • Leen
    October 14, 2009

    tak kira apa bangsa la bro kulat bukan **edit*** saja, kalau nak marah pada dia sekalipun jangan lah sampai satu bangsa kau marah.. wake up bro..

    … tapi memang betul **edit*** ni bodo sombong sikit ekekekeke..

  • cap ayam labuan
    October 14, 2009

    hahaha lawak la bro dulu aku nyaris nyaris gak nak berkahwin dengan arroyo masa di labuan dulu bila teringat anak anak di KL tu.. dia punya aura pullamakk gigit jari bro haha

    .. aku tak pernah sampai di miri.. aku dengar semua aweks di sana cantik cantik.. cantik pun bukannya kekal lama punnnnn.. (geram tak dapat haha)

  • eddyra
    October 14, 2009

    gezzzz rilex la bro.. jangan sebut nama bangsa..

  • babyhma
    October 14, 2009

    KEKASIH GELAP = HARAM

  • ..HaTe YoU..
    October 15, 2009

    wow.. best giler bro eddy update blog.. thx bro.. alah.. x pyh ckp org kt miri laa. aku ni pnh bcinta mcm nak rak ngn sorg nih… dia nih sekampung ngn bro eddy (bro eddy xknl kot).. eheheheh… lonely katanye.. wife slalu kna g offshore…(tapi dia slalu ckp kt aku die bujang) lama beb aku kna tipu… so adik2 kat luar sana jgn mudah tertipu ler ngn lelaki ayat manis ni (TENGOK Perut diorg dlu..huhu).. wife2 kt luar sana tuh.. jgn asyk keje jer.. explore skt handpne suami tu. lelaki yg dah ada WIFE ni.. jgn la.. main2 kn prasaan org perempuan nih. Sakit giler bebbbb… kena tipu. JAdi kan bro eddy sbg contoh terBAIK PUNYER…

  • eddyra
    October 15, 2009

    erkkk…

  • eddyra
    October 15, 2009

    jantan kabaret ni kalau masa mengayat perempuan ni pullamak.. boleh cair. Cakap bini dah mati la, bini zalim lah, bini dia aniaya dia lah.. yang paling best dia cakap dah lama cerai bini dia.. gezzzz…

    Aku lah kan, kan lebih baik cakap terus terang kita ni dah berbini dan ada anak-anak.. eii jantan..

    Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih..

  • babyhma
    October 15, 2009

    [quote comment="9656"]jantan kabaret ni kalau masa mengayat perempuan ni pullamak.. boleh cair. Cakap bini dah mati la, bini zalim lah, bini dia aniaya dia lah.. yang paling best dia cakap dah lama cerai bini dia.. gezzzz…

    Aku lah kan, kan lebih baik cakap terus terang kita ni dah berbini dan ada anak-anak.. eii jantan..

    Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih..[/quote]
    lelaki mmg r mcm tu, sanggup kutuk wife sendiri, ader tu yg da nk akad nikah pn leh call perempuan lain lg, cmner tu????!!!!!!

  • eddyra
    October 15, 2009

    [quote comment="9658"][quote comment="9656"]jantan kabaret ni kalau masa mengayat perempuan ni pullamak.. boleh cair. Cakap bini dah mati la, bini zalim lah, bini dia aniaya dia lah.. yang paling best dia cakap dah lama cerai bini dia.. gezzzz…

    Aku lah kan, kan lebih baik cakap terus terang kita ni dah berbini dan ada anak-anak.. eii jantan..

    Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih..[/quote]
    lelaki mmg r mcm tu, sanggup kutuk wife sendiri, ader tu yg da nk akad nikah pn leh call perempuan lain lg, cmner tu????!!!!!![/quote]
    babyhma bila nak kahwin tu… :)

  • ASAM
    October 15, 2009

    Dude, dah lama x cakap pasal peluang pekerjaan oil and gas kat malaysia nih…ada yang terbaru?…….aku skrg QA/QC Engineer (almost 5 years) (Coating painting and fabrication)…ko rasa2 ada masa depan tak bidang aku ni? aku pun manufacturing engineer mcam ko jugak eddyra…huhuhu…mintak pendapat skit bro….

  • babyhma
    October 15, 2009

    [quote comment="9659"][quote comment="9658"][quote comment="9656"]jantan kabaret ni kalau masa mengayat perempuan ni pullamak.. boleh cair. Cakap bini dah mati la, bini zalim lah, bini dia aniaya dia lah.. yang paling best dia cakap dah lama cerai bini dia.. gezzzz…

    Aku lah kan, kan lebih baik cakap terus terang kita ni dah berbini dan ada anak-anak.. eii jantan..

    Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih..[/quote]
    lelaki mmg r mcm tu, sanggup kutuk wife sendiri, ader tu yg da nk akad nikah pn leh call perempuan lain lg, cmner tu????!!!!!![/quote]
    babyhma bila nak kahwin tu… :)[/quote]
    hmm? seru lambat lagi….

  • eddyra
    October 15, 2009

    [quote comment="9663"][quote comment="9659"][quote comment="9658"][quote comment="9656"]jantan kabaret ni kalau masa mengayat perempuan ni pullamak.. boleh cair. Cakap bini dah mati la, bini zalim lah, bini dia aniaya dia lah.. yang paling best dia cakap dah lama cerai bini dia.. gezzzz…

    Aku lah kan, kan lebih baik cakap terus terang kita ni dah berbini dan ada anak-anak.. eii jantan..

    Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih..[/quote]
    lelaki mmg r mcm tu, sanggup kutuk wife sendiri, ader tu yg da nk akad nikah pn leh call perempuan lain lg, cmner tu????!!!!!![/quote]
    babyhma bila nak kahwin tu… :)[/quote]
    hmm? seru lambat lagi….[/quote]
    seruan untuk berkahwin tu dah 1500 tahun lebih dah..
    aieeee.. !

  • THeEdge
    October 15, 2009

    mak oi…ala kat mana2 pun sama aje…setan dengki…tak kira bangsa la…

  • THeEdge
    October 15, 2009

    [quote comment="9653"]wow.. best giler bro eddy update blog.. thx bro.. alah.. x pyh ckp org kt miri laa. aku ni pnh bcinta mcm nak rak ngn sorg nih… dia nih sekampung ngn bro eddy (bro eddy xknl kot).. eheheheh… lonely katanye.. wife slalu kna g offshore…(tapi dia slalu ckp kt aku die bujang) lama beb aku kna tipu… so adik2 kat luar sana jgn mudah tertipu ler ngn lelaki ayat manis ni (TENGOK Perut diorg dlu..huhu).. wife2 kt luar sana tuh.. jgn asyk keje jer.. explore skt handpne suami tu. lelaki yg dah ada WIFE ni.. jgn la.. main2 kn prasaan org perempuan nih. Sakit giler bebbbb… kena tipu. JAdi kan bro eddy sbg contoh terBAIK PUNYER…[/quote]
    setuju…kalau yg boroi2 dan pandai je ayat…lain dh tu…

  • THeEdge
    October 15, 2009

    kalu yg mcm terkulat2 mcm ayam berak kapur bila jumpa pmpuan tu orait lg

  • eddyra
    October 15, 2009

    i tak boroi.. maju ke depan sikit jer hahahahaha

  • THeEdge
    October 15, 2009

    boroi2 ni la ‘kucing’ suka gigit…(kawan aku ckp la, yg hobi tangkap ikan besar, ikan kurus takde wit)

  • THeEdge
    October 15, 2009

    sentiasa bersyukur atas 3 perkara…1)diberi iman 2)isteri yg solehah/suami yg soleh 3)kesihatan yg baik (ustaz ckp)

  • ..HaTe YoU
    October 16, 2009

    [quote comment="9670"]sentiasa bersyukur atas 3 perkara…1)diberi iman 2)isteri yg solehah/suami yg soleh 3)kesihatan yg baik (ustaz ckp)[/quote]

    hehhe..alhamdullilahh…

  • ..HaTe YoU..
    October 16, 2009

    [quote comment="9668"]i tak boroi.. maju ke depan sikit jer hahahahaha[/quote]
    maju ke depan sikit = BOROI tp bro eddy ttp macho. (erk…agak2 jer..)hihihi

  • ..HaTe YoU..
    October 16, 2009

    [quote comment="9656"]jantan kabaret ni kalau masa mengayat perempuan ni pullamak.. boleh cair. Cakap bini dah mati la, bini zalim lah, bini dia aniaya dia lah.. yang paling best dia cakap dah lama cerai bini dia.. gezzzz…

    Aku lah kan, kan lebih baik cakap terus terang kita ni dah berbini dan ada anak-anak.. eii jantan..

    Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih..[/quote]
    betul…stuju sesgt..sanggup la diorng ni..xbaik tau suami2 kt luar tuh. jgn la kutuk2 wife sndri..tu yg korang nk..hargai la sikit wife tuh..jujur je la.xsalah pon.. jantan2..

  • eddyra
    October 16, 2009

    hate you & The Edge ni satu kapal ni :)

  • THeEdge
    October 16, 2009

    [quote comment="9683"]hate you & The Edge ni satu kapal ni :)[/quote] haippppppppp

  • eddyra
    October 16, 2009

    satu opis berlainan PC :)

  • tajul
    October 16, 2009

    aritu kapal kitorang belabuh kat port songkhla,ramai je kuar cari kekasih gelap memasing.hehe.

  • eddyra
    October 17, 2009

    [quote comment="9687"]aritu kapal kitorang belabuh kat port songkhla,ramai je kuar cari kekasih gelap memasing.hehe.[/quote]
    hahahah astaga tajul…

    gezzzzzzz best tu.. hahah

  • ..HaTe YoU..
    October 17, 2009

    [quote comment="9683"]hate you & The Edge ni satu kapal ni :)[/quote]

    heheh..a’ah kitorg 1kapal..tapi masa kapal kitorang blabuh…xder lah kuar cari kekasih gelap..hhuhuuhu..

  • eddyra
    October 17, 2009

    [quote comment="9690"][quote comment="9683"]hate you & The Edge ni satu kapal ni :)[/quote]

    heheh..a’ah kitorg 1kapal..tapi masa kapal kitorang blabuh…xder lah kuar cari kekasih gelap..hhuhuuhu..[/quote] :) ha ha ha … dalam maksudnya tu..

  • THeEdge
    October 17, 2009

    selamat tidur kekasih gelapku…semoga cepat kau lupakan aku…(lagu Sheila on 7) kuang kuang kuang dulu time study nyanyi je lagu ni, tak tau pun maksud aper…

  • sire
    October 17, 2009

    bro eddyra bg ler komen skit nk dpt kerja nie,
    rmai adk2 nk msk bdg oil & gas nie tp x kesmpaian,
    bg ler lbang wat duit skt,huhuhuhuhuhuhuhu…..

  • fatiah
    October 19, 2009

    Kekasih gelap ni semua danger. Habis duit korang nanti digelapkan!

  • THeEdge
    October 19, 2009

    [quote comment="9698"]Kekasih gelap ni semua danger. Habis duit korang nanti digelapkan![/quote]
    stuju!

  • myfault
    October 19, 2009

    [quote comment="9656"]jantan kabaret ni kalau masa mengayat perempuan ni pullamak.. boleh cair. Cakap bini dah mati la, bini zalim lah, bini dia aniaya dia lah.. yang paling best dia cakap dah lama cerai bini dia.. gezzzz…

    Aku lah kan, kan lebih baik cakap terus terang kita ni dah berbini dan ada anak-anak.. eii jantan..

    Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih..[/quote]
    wkakakakakaka,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,kalo taburan manjadi,,,,,nahas jawabnye,,,,
    nk mnabur pastikn cara yg sahh,,,,,,,,,haha2

  • myfault
    October 19, 2009

    [quote comment="9691"][quote comment="9690"][quote comment="9683"]hate you & The Edge ni satu kapal ni :)[/quote]

    heheh..a’ah kitorg 1kapal..tapi masa kapal kitorang blabuh…xder lah kuar cari kekasih gelap..hhuhuuhu..[/quote] :) ha ha ha … dalam maksudnya tu..[/quote]
    ak daa tau daaa maksud tuu !!!!!!ha2

  • kekasih gelap
    October 19, 2009

    Tak semestinya kekasih gelap tu menghabiskan duit je, kekadang tak mintak pun diberinya, so sape yg salahhh??? Bagi suami2 dan isteri2 jangan jadikan diri anda terperangkap atau diperangkap ataupunnnnn dijerat atau terjerat oleh kekasih gelap. SO lu fikirlah sendiri.

  • eddyra
    October 19, 2009

    ehem… pengerusi kelab kekasih gelap sudah datang membela ahli-ahlinya hahahahha..

  • anak tiri
    October 19, 2009

    kalu ada kelab kekasih gelap pun ok juga….terbela lah kekasih2 gelap tu…..

  • eddyra
    October 19, 2009

    aikk ramainye dari opis kemaman reply hahahaha.. adehh buat apa la nak pasang kekasih gelap itu semua. Berabih masa, duit dan benih.. kalau nak kahwin buat cara nak kahwin, tak payah hidup dalam kegelapan nihh.. kalau rasa nak geli-geli jer baik lupakan lah..

    Tapi best apa geli-geli tu hahahaha..

  • anak tiri
    October 19, 2009

    Ye ker en edyyra kata tu? geligeli yg tak tahan tuuuu… hehehehehe

  • babyhma
    October 19, 2009

    [quote comment="9664"][quote comment="9663"][quote comment="9659"][quote comment="9658"][quote comment="9656"]jantan kabaret ni kalau masa mengayat perempuan ni pullamak.. boleh cair. Cakap bini dah mati la, bini zalim lah, bini dia aniaya dia lah.. yang paling best dia cakap dah lama cerai bini dia.. gezzzz…

    Aku lah kan, kan lebih baik cakap terus terang kita ni dah berbini dan ada anak-anak.. eii jantan..

    Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih..[/quote]
    lelaki mmg r mcm tu, sanggup kutuk wife sendiri, ader tu yg da nk akad nikah pn leh call perempuan lain lg, cmner tu????!!!!!![/quote]
    babyhma bila nak kahwin tu… :)[/quote]
    hmm? seru lambat lagi….[/quote]
    seruan untuk berkahwin tu dah 1500 tahun lebih dah..
    aieeee.. ![/quote]
    xpe r, not interested with anybody…….

  • eddyra
    October 19, 2009

    [quote comment="9710"]Ye ker en edyyra kata tu? geligeli yg tak tahan tuuuu… hehehehehe[/quote]
    heheheheh….

  • saya lagi
    October 19, 2009

    persatuan geligeli@miri….hmmm~…….

  • jasmine
    October 20, 2009

    club kekasih gelap… bagus gak… dpt tukar2 idea…
    ermmm masing2 ade persepsi sendiri.. bini org ka, laki org ka… asalkan pandai jaga line, ok kooooot.. muahahahaha

  • ..HaTe YoU..
    October 20, 2009

    [quote comment="9691"][quote comment="9690"][quote comment="9683"]hate you & The Edge ni satu kapal ni :)[/quote]

    heheh..a’ah kitorg 1kapal..tapi masa kapal kitorang blabuh…xder lah kuar cari kekasih gelap..hhuhuuhu..[/quote] :) ha ha ha … dalam maksudnya tu..[/quote]
    heehe..bro eddy ni..pandai2 jer bro eddy nih.ape ek maksud die..dalam giler ke mksd die? hehehe..the edge ape ek maksud tuhh…ahahahaha

  • THeEdge
    October 21, 2009

    hua hua hua nak dalam2 ni aku tak berani, nanti tenggelam…

  • bulan
    October 22, 2009

    ada lagi ke lelaki baik mcm eddyra nie….hehehe
    mcm mimpi jer kan??

  • eddyra
    October 22, 2009

    eii jangan lah cakap macam tu Bulan, rasa malu tawwww..

  • THeEdge
    October 22, 2009

    kdg2 rasa tak percaya kan..bimbang tertipu kuang3x

  • HUNTZ
    October 22, 2009

    Hal-hal kekasih gelap ni …. bak kate org ganu … gelap gambar……… let’s just put it this way…..
    AS WE GROW OLDER, START THINKING WITH OUR HEADS, NOT OUR DICKHEADS……. FOR ALL THE BUTTHEADS OUT THERE…….. MUCHOS GRACIOUS……

  • kekasih gelap
    October 23, 2009

    [quote comment="9765"]ada lagi ke lelaki baik mcm eddyra nie….hehehe
    mcm mimpi jer kan??[/quote]

    Baik yang berserta dengan NAKAL & GATAI tu lagi bahaya… x gituww en eddyra?

  • GADISpulauLUV1
    October 29, 2009

    hehehe….
    like i know who is the guys yg kawin arroyo kat lbn n sanggup p filipina smata2 nak kejar arroyo tu… wahaha…. once upon a time punya cite la tu….

  • eddyra
    October 29, 2009

    [quote comment="9817"][quote comment="9765"]ada lagi ke lelaki baik mcm eddyra nie….hehehe
    mcm mimpi jer kan??[/quote]

    Baik yang berserta dengan NAKAL & GATAI tu lagi bahaya… x gituww en eddyra?[/quote]
    iyer iyer betul betul betul.. :)

  • exIT
    October 30, 2009

    huh…kisah LOBO bersepah-sepah kat sini sekarang…

    Naudzubillah…

    note : LOBO as in Laki Orang Bini Orang, not Lobo the great singer tuhh…

  • THeEdge
    October 31, 2009

    [quote comment="9927"]huh…kisah LOBO bersepah-sepah kat sini sekarang…

    Naudzubillah…

    note : LOBO as in Laki Orang Bini Orang, not Lobo the great singer tuhh…[/quote]
    ehhh Lobo ada nyanyi lagu macam kekasih gelap ni jugak… How Can I Tell her About You…perati lirik dia…

  • aiza
    December 29, 2009

    assalamulaikum bro edry…ada kerja kosong ke kat oil gas..ni untuk my husben lah..ada kenalan tak kat labuan..dekat sikit…kesian husben i dah hampir setahun menganggur…dulu kerja ofshor juga tapi dah habis kontrak…tolonggggg….sengsara seorang je kerja….

  • man
    March 8, 2010

    kwn aku ni sorg lagi kesian.. bini dia main kayu 3 blkg dia.. mmg r bini dia 2 ada rupa tp klau dh bprangai cam2 .. hampeh.. aku nk bgth kat dia nanti dia xcaye plak.. tp dh heboh dh kat ksb.. smua org dia layan.. nmpk muka mmg korg xcaye r yg bini dia ni main kayu 3.. bini dia ni keje klinik *** je.. anak br sorg… muda lg sb 2 xpuas nk enjoy kot.. apa pndapat korang.. ni aku th pn dr geng2 aku yg lain psal bini dia ni…..

  • BIONIC WOMEN
    April 15, 2010

    susah nak faham dgn kisah lobo..or kecurangan ni kan..
    kekadang si suami ni x pikir ker bini dia berganda2 lagi baik dari betina tuh…
    saya sangat2 pelik, sebab of course dari mata kasar kita, orang pompuan ni kalau kat laki dia pun sanggup wat dosa, kat maner ag baik dia?anak2 pun lupa…hina nya dia di mata tuhan kan?Astagfirullah..mintak dijauhkan..
    Kenapa lelaki@ sisuami jadi buta?kadang2, bini xderlah hodoh, baik plak tuh, anak ada, bini bukan jenis angin 1 badan, makan pakai jaga…tapi menyimpang jugak laki…so di mana silapnya?
    ntahlah….si bini yg buat tabiat macam ni plak skang ni banyak yang berselindung dgn saut muka baik, nampak ayu, keibuan, bertudung bagai….tapi sebenarnya macam bangkai.

  • andy
    August 5, 2010

    Ini kisah benar yang berlaku kepada aku.
    Aku mempunyai seorang kekasih gelap, kami sudah berhubung dalam 6 tahun, kekasih gelap ku isteri orang, aku suami orang.
    Sepanjang kami kenal dah berpuluh kali kami terlanjur.
    Aku pernah bertanya kepada dia, apa yang kau nak kat aku, dia cakap yang dia dah sayang kat aku. aku ni lain dari suami di.
    Sedangkan aku ni dah tua, taklah kaya, tapi dia nak juga.
    sekarang ni kami tengah berkrisis sebab dah pecah tembelang kat rakan-rakan pej dia.
    Apa akau nak buat sekarang?

  • eddyra
    August 5, 2010

    Andy,

    OK la tu bro.. anyway, sebaik-baik penyelesaian adalah hentikan hubungan yang ternyata salah tu. Andai ditanya pada semua orang pun aku percaya semua orang akan member jawapan yang sama. Salah di sisi ugama dan berdosa besar. Krisis yang anda berdua hadapi sekarang ni, pada pendapat saya takde seorang pun akan bersetuju dengan scandal anda.

    Itu adalah penyelesaian yang terbaik, tapi kalau rasa tak mampu nak lari dari scandal ni, elok lah pindah jauh dari partner yang satu lagi. Dah masuk bab sayang dan cinta ni payah la sikit bro..

  • andy
    August 5, 2010

    Tq bro sebab beri komen,
    Sebenarnya kami tinggal seorang utara, seorang selatan, memang jauh bro.
    Dah ada rasa kasih sayang antara kami.
    Kami akan berhubung bila hubby dia tak ada rumah.
    Katanya dia sanggup tinggalkan suami dia bila dia dapat pindah Kl.

  • eddyra
    August 5, 2010

    mak aiiii.. itu dah kira cinta antara benua bro..
    Hmmm.. camana nak cakap ekkk bro.. best tu best jugak, .. tapi adehh bini orang tu bro, bini orang.. kalau MJ ka lain cerita, apa-apa hal boleh nikah jer terus.. anak dara pun OK lagi..

    Masalah di sini ialah bila masing-masing beralih arah pada pasangan lain, kita lelaki tak de masalah sangat, masalah besar ialah dia sebab dia isteri orang.. kita lelaki ada 3 kosong.. tapi kalau isteri orang dah jatuh hati pada lelaki lain, aduhh.. baik suami dia lepas je lah dia..

    Bro.. bro nak nikah dengan dia ke tak bro.. dan, dia nak nikah dengan bro ke tak..

    terjah sikit.. hehehhe

  • andy
    August 5, 2010

    Dia memang nak nikah dgn saya bro. tapi bila dapat pindah Kl, sekarang tengah ushakan tu.
    beza umur taklah jauh 8 tahun je…
    masalahnya kami dah banyak kali terlanjur…
    apakata kalau saya terus terang dengan hubby dia, tapi katanya kalau hubby dia tahu, mesti dibunuhnya wife nya nanti…
    Nak ditinggalkan dah sayang…

  • eddyra
    August 5, 2010

    bro..

    Dia sanggup bercerai dengan suami dia sebab nak nikah dengan bro. Maknanya di sini dia dah tak perlukan lagi suami dia. Ada ler sebabnya tu yang buat dia berubah hati. Bro, aku ni takde pengalaman affair dengan bini orang bro, aku nak imagine pun payah jugak. Anyway, sebagai seorang Islam, nak nikah kahwin ni elok suruh dia buat sembahyang dulu bro, bro sekali buat sembahyang.. Manalah tau selepas sembahyang tu Tuhan anugerahkan rasa kekesalan dan ingin terus hidup dengan suami dia.. itu yang pertama.

    Kedua, gi tanya orang yang lebih faham dan banyak pengalaman dalam hal ni, tanya imam, tok kadi… macamana process dia.. jangan tanya jantan kabaret bro, jantan kabaret memang suruh pakai jer tak payah nikah, kalau nak dikirakan, dia dah termasuk dalam golongan isteri Nusyuk tu. Bagi aku, kalau dah takde cinta dan kasih, baik dia blah je lah.. ni mesti kes suami dia tak beri perhatian ni, tak tau perubahan pada bini dia, tak check body bini dia.. hehehehe anyway sekali lagi, aku tak akan suruh supaya bercerai.. jangan salah faham bro.

    OK katakan lah dah takde pilihan dah, nak berpisah jugak, nak nikah jugak dengan bro, bro pulak sanggup amik risiko untuk amik dia jadi bini no 2 bro, so anak-anak dia yang dia ada tu camana bro, nak angkut package sekali ke tak? Rasanya kalau ikut kebiasaan bila terjadi kes macam ni, mahkamah akan beri kelebihan kepada suami untuk menjaga anak-anak sebab ibu dia yang buat hal. Betulkan kalau aku salah. Adakah dia boleh menjadi isteri ke dua bro sebaik mana dia layan bro hari ni, sesekali jumpa memang best bro.. layan siang malam atas katil.

    Tapi bila dah duduk sekali nanti takut perasaan akan jadi lain pulak.. bro pulak dah kena bahagi masa dengan isteri pertama bro, ingat ya bro, seboleh-bolehnya jangan menceraikan yang pertama tu… orang tua selalu berpesan, nak nikah lebih boleh tapi jangan lah di cerai yang pertama.. itu yang kedua, aku bukan nak menggalakkan tetapi pendapat aku je ni sebab dia dah memang tak boleh sangat dah hidup dengan suami dia.. kes ni banyak berlaku.

    bro.. kita lelaki, kita takde masalah bro.. OK lah katakan jodoh bro dengan dia.. adakah dia tak akan curang di belakang bro selepas ni?

    Fikir bro.. fikir.. kalau payah sangat, lupakan jer dia.. cari mak janda je bro.. pompuan ni sama je bro.. sama je bro.. semua ada benda tu.

  • andy
    October 11, 2010

    Sekarang dah 3 bulan kami tak saling berhubung.
    kami gaduh sebab sebab-sebab tertentu.
    Saya raya sunyi sangat-sangat, apa yang perlu saya buat sekarang bro?
    Patut kah kami berhubung kembali, saya sayang sangat2 kat dia.Almaklumlah dah 6 tahun kami berhubung.dah bermacam-macam keadaan kami hadapi bersama.

  • eddyra
    October 11, 2010

    Andy,

    Alang-alang dah bergaduh tu.. lepas kan je lah bro. Cari awek lain yang bujang atau MJ. Walau payah mana nak lepas kan pun, lambat laun kena lepas kan juga. Dia hak orang bro.. bini orang.

    Mungkin selama ni payah nak lupakan dia, now its the time to forget her. Insyallah Tuhan akan membantu anda.

  • andy
    October 13, 2010

    eddrya.
    Tetapi keadaan saya teruk sekali.
    Tapi dia dah macam merajuk saja…. katanya akan hubungi saya bila kedaaan sejuk kembali.
    Kenangan antara kami amat sukar saya lupa…
    Hati saya tak ada pada wanita lain…
    Sedihnya………
    Kosong terasa dunia ni…

  • misz nissa
    December 6, 2010

    terjebak blog ni ketika browsing carik lagu…

    isu sosial yg semakin parah sekarang iaitu semakin ramai suami orang berpeleseran mencarik kekasih gelap, sebenarnya bukan orang pompuan tu yg nk sgt menggelapkan kehidupan mereka tp dek suami/lelaki yg tergedik2 menekel, kan…..

    tiba2 den jd tensen dgn suami orang :P

  • seri
    January 16, 2012

    sentappp…bro…….

    • malangnyer
      July 8, 2012

      terasa malangnyer diri kalau jadi macam tu….memang malang pun…

  • diana
    July 19, 2013

    mmmm…camne nk cakap ek..tapi for me..if berkawan ok jer..tapi if dah sampai tahap kekasih gelap..kene faham2 la..jap jgn salah anggap..terlalu luas pengertiannya..hanay yg mengalaminya je faham…

    • zack
      August 1, 2013

      kekasih gelap tu …. cucuk lubang dlm gelap….paham?

      alaaa yg org utan kata benda tu apa….”pussy”..something like that

  • http://ulsanmc.kr/
    September 13, 2013

    Hiya, I’m really glad I’ve found this info. Nowadays bloggers publish just about
    gossips and net and this is really annoying. A good web site with
    exciting content, that’s what I need. Thanks for keeping this web-site, I will be visiting it.
    Do you do newsletters? Can not find it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *