Home » Life » Layan blues lagi la..

67

Layan blues lagi lah.. kerja banyak kat opis tapi aku malas, aku malas bersebab. Esok lusa lah buat, kalau aku siap kan hari ni esok takde apabenda pulak nak buat…

Sekolah di tepi pantai

Masa form 1 dulu aku sekolah kat SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Sekolah tepi pantai, tepi Laut China Selatan. Sekolah untuk golongan elit, kerabat-kerabat dan mereka yang top-top dalam sukan dan akademik. Aku ni kira nasib jer dapat masuk.

Aku duk hostel sebab bonda dan ayahanda tiri duk kerja kat Pahang, maka tinggallah aku bersama-sama kawan-kawan lain. Memang blues lah kalau teringat zaman kehidupan dengan kawan-kawan yang sama-sama baru akal baligh, mentality budak-budak hingusan, langsung tak mature.. masa tu yang belum sunat pun ada.

Wahh.. back in 1985.

Form 1, umur 13 tahun. First time berjauhan dengan family tapi takde hal punya. Aku belajar basuh kain baju sendiri, kemas katil sendiri dan semuanya sendiri-sendiri mau ingat lah. Pagi-pagi morning dah bangun mandi manda terus ke surau untuk solat Subuh. Kalau kena tangkap tak gi surau, kena DC. Apa-apa jer kalau tak ikut rules, memang kena DC. Sampai hari ni aku tak tahu apa tu DC.. dicipline class atau detention class agaknya haha. Dari bilik hostel boleh tengok keindahan fajar sedang menyinsing, nun dari Laut China Selatan.. perhh.

Lepas tu breakfast, macam biasa ler beratur bawak cawan, sudu dan garfu sendiri. Tak bawak natang ni pun kena DC, zalim betul la dia orang punya rules. Lepas makan beratur pulak untuk pendidikan jasmani.. main bola ke, hockey ke, rugby ke.. yang tak main apa-apa biasanya yang jenis lemah lembut tu. Duduk dengan kawan-kawan yang sewaktu dengannya. Baju mesti pakai baju putih, apa kejadah punya rules ler. Pakai baju kaler lain kena DC pulak..

Tapi yang syoknya masa ni ler buleh jeling-jeling kat awek hostel perempuan yang sama-sama kat padang, Asrama Puteri gitu, ceh macam ler semua tuan puteri kat dalam tu. Zaman baru nak kenal geli-geli kata orang.. kuang kuang kuang..

Abis pendidikan jasmani, balik hostel mandi manda. Layan radio transistor. Masa tu mana ada ipod ka, henpon yang ada mp3 ka, astro ka, laptop jauh sekali lah. Adik-adik kenal ke radio transistor?

.. Kerana kau ku masih di sini…
.. Kerana kau ku bisa menangis..
.. Dan kerana kau yang menghancurkan..
.. Ku tiada berteman..
.. Terkenang wajah mu aku pilu.. terima kaseyyyy.

Pukul 10.00 pagi, prep. Prep? Prep lah.. alah study sendiri-sendiri tu lah.

Batang balak dengan ikan jeket..

Pukul 12.00 lunch, bawak cawan, sudu dan garpu lagik, menu yang paling sakit hati kalau kena batang balak dengan ikan jeket. Sakit hati jangan cakap ler bang.. korang tau ke ikan jeket? Ikan cencaru. Batang balak tau? Sayur sawi punya batang tu ler..

Sebelum makan, kalau ada budak baru masuk hostel, budak tu kena berdiri atas kerusi kat depan dewan makan. Sessi suai kenal, tanya nama, asal mana, kakak ada ke tak.. henjut telinga, pumping.. macam siyal. Senior-senior yang hampeh.. itu nasib baik ler masa aku join hostel tu, ragging dah diharamkan.. kalau tak siap dengan penumbuk naik ke muka.

Lepas makan, rehat kejap kemudian berbaris menuju ke surau, siap dengan pakaian sekolah, berjalan dalam barisan panjang macam keretapi. Syoknye kalau perjalanan tu bertembung dengan keretapi Asrama Puteri..

Solat Zohor kemudian masuk kelas. Aku ketua kelas. Wahaha.. Kelas 1BK, Kelas Khas. Apa yang specialnya kelas khas ni aku pun tak tau.

Cawan, sudu dan garfu

Macam tu je lah kehidupan persekolahan aku.. petang abis kelas balik hostel, penjara bagi aku.. Malam pulak, lepas mandi manda gi surau solat Maghrib, usrah dan macam-macam activity ada. Eii bestnya kalau awek asrama puteri join sekali.. Balik tukar pakaian, dinner pulak, bawak cawan, sudu dan garfu lagi.. apa kejadah. Sessi suai kenal kalau ada pelajar baru.. memang bengang kalau kena, tapi itulah tradisi hostel sekolah aku.

Lepas makan, tukar pakaian semula beratur gi surau untuk solat Isyak.. aduhaii protokol. Abis solat Isyak, prep bang.. prep lagik. Jam 10.00 malam beratur lagi bawak cawan jer, sudu dan garfu tak payah.. supper time. Sessi warden rotan student yang ada kes dengan hostel, kes merokok ke, panjat pagar ker… piapppp! Yang cerdik sikit letak buku dalam seluar..

Sentimental time..

Aduhai seharian hidup sebagai budak sekolah.. malam-malam yang mana ada radio transistor muler le layan perasaan. Layan segmen Senandung Semalam Radio 1 eh? Masa tu kalau aku masih ingat, lagu Alleycats ler yang sohor sangat. Kerana, Sampaikan lah salam cintaku, Suara Kekasih, Layang-layang terputus talinya.. pehh really bring back my memory bang.. korang lain ler hari ni, ada ipod, ada henpon buleh SMS kat mak ayah ka, buah hati ka.. 20 tahun dulu kalau nak cakap syok kat awek ka, awek syok kat kita ka, pakai kirim salam jer.

Kalau pinjam buku mesti ada surat dalam buku tu, dalam surat pulak mak aiiiii wangi jer, memutih bedak atas kertas kajang.. hahaha. Nak beli kertas surat yang wangi mahal lak tu. Cinta beruk la kata kan.. nak jadi adik angkat, abang angkat, kakak angkat.. alahai, memasing dah ada hormon. Suara pecah, ketiak dah bau masam, yang pompuan tu asyik basuh cadar jer ler. Soalan paling kelakar, hok mu bulu dok lagi..?

Cerita hantu Jepun

Ketika zaman pemerintahan Jepun dulu, kawasan sekolah aku dikatakan telah menjadi berek askar Jepun. Ada jugak cerita tentang kawasan kubur askar Jepun. Apa yang menariknya, pernah berlaku sekitar 1986, kawan-kawan bilik aku terdengar orang berkawad di tepi corridoor dorm kami. Prap prap prap.. siap dengan bunyi rantai yang diheret di atas lantai.

Mak aiii.. dah lah kisah hantu pantai yang selalu bermain di kepala, tambah lagi dengan cerita hantu Jepun ni. Cerita ni lebih seram apabila salah seorang dari kawan kami berlari menuju ke pantai untuk bunuh diri… eiii.. seriau rasa.. :) Sejak dari tu, yang mana tido kat atas katil double decker, turun tido berdua-duaan dengan member-member lain.

Kalau hostel asrama puteri tu jangan cakap ler, histeria tak abis-abis, cerita wanita Jepun berpakaian kimono di atas pokok ler, keranda terbang ler.. aduhai.. sampai ada antara kami ni terpaksa membantu kaum-kaum hawa yang letakutan di asrama puteri.. hehehe..

Form 2

Form 2, takde benda yang menarik. Dah senior setahun, boleh ler bully junior. Aku join rugby sekolah, team Wildcat. Sempat ler sampai ke MSST.

Siapa Eddyra..

Form 3, aku jadi prefect. Aku dilantik menjadi prefect setelah aku memenangi pilihanraya pemilihan pengawas. Julung-julung kali pemilihan pengawas diadakan menerusi pilihanraya. Masa umur 15 tahun ni la aku belajar merokok. Ketika inilah lah nama eddyra tu muncul. Aku sendiri pun tak tau dari mana datangnya ‘ra‘ tu. Yang pasti bukan gabungan nama aku dengan nama perempuan. Tau-tau aku tulis eddyra. Dan nama tu melekat sampai ke hari ni.

Keperitan pun bermula

Ayahanda tiri meninggal dunia selepas aku menduduki SRP. Masa ni agak syahdu sikit lah, duduk menumpang rumah tok. Result SRP cemerlang aku masuk from 4 science stream. Aku keluar dari hostel, tak larat ler nak bayo hostel. Duk rumah tok, bonda berpindah dari Pahang ke Terengganu. Aku, adik, kakak dan bonda menumpang rumah tok.

Bonda takde income melainkan pemberian dari SOCSO RM365.00 sebulan, masa tu kakak aku dah masuk asrama PERKAYA, Pertubuhan Anak-anak Yatim Terengganu. Bayangkan dengan RM365.00 sebulan tu yang membesarkan aku dan mendorong aku untuk belajar sampai ke oversea.. cakap pun tak guna punya.

Honey moon year

Form 4, Honey moon year.. kelas banyak ponteng dari gi kelas. Kena tangkap kerana memiliki rokok, dan dapat 2 rotan. Wahh.. best apa. Cinta beruk melanda antara aku dan budak Science Account. Lagu Srikandi Cintaku – Bloodshed menjadi lagu tema.. piwettt! Tiap-tiap hari balik sama-sama naik bas sehingga lah kita orang kena mark dek cikgu, satu hari si dia ni kena tangkap pasal dalam buku dia ada gambo aku.. apa ler dia ni.

Cikgu disiplin dan ustazah panggil kami mengadap. Kecoh ler lepas tu, ala rilex lah. Cikgu-cikgu tu pun dulu pun takkan tak pernah jadi remaja. Itu dulu ler kan, kalau nak banding dengan bebudak hari ni siap gamba blue dengan couple masing-masing dalam henpon.. itu lagi ganas bang. Dalam kebun kelapa sawit lah, dalam kelas lah, pelajar meraba dalam kelas lah, dalam toilet lah.. tak paham takpe.

Mat Rock cap ayam

Aku mula terikut-ikut dengan set-set bengong, sampai aku pun jadi macam dia orang. Pakai seluar fit dari buku lali sampai ke cawat, nak pakai kena sarungkan plastic dulu kat kaki, kalau tak, tak leh masuk seluar tu. Kan masa tu muzic rock dah melanda negara, aku pun jadi mat rock cap ayam.

Hisap rokok dalam toilet sekolah, kena perambat dengan cikgu disiplin, aku tak sempat lari, aku jugak yang kena. Tapi oleh kerana aku hero dalam cerita ni, jadi cikgu lepas kan aku hahahaha.. jangan marah.

Hujung 1988, aku masuk sekolah pondok. Ngapa? Tak caye? Aku pakai serban, pakai jubah dan simpan janggut. Pakai celak Mekah kat mata, kalah pompuan. Aku tinggalkan donia yang sementara ni.

“10 tahun pun saya tak akan lupakan awak” ..

Naik form 5, SPM dik. Aku start belajar semula setahun yang aku main-main tu. Dengan si dia tu, hubungan aku jarakan disebabkan atas alasan tertentu, last-last terputus gitu jer. Antara ayat dia yang masih aku inga sampai hari ni “10 tahun pun saya tak akan lupakan awak” .. masa tu lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin – BPR tengah top.. wahaha. Kini dah 20 tahun aku rasa dia dah tak ingat dah kut.. kat mana si dia ni sekarang aku pun tak tau, semoga berbahagia dengan suami dan anak-anak yang terchenta, cewah.

Abis SPM, aku abis sekolah. Aku kerja kuli, jadi buruh kasar buat rumah. Dapat lah RM10.00 sehari.. nasib baik aku ni sedar diri, korang lain lah mak ayah kaya raya. At least boleh ler aku tanggung rokok aku.. kawan-kawan lain ada yang belajar computer, amik lesen kete, aku mampu ambik lesen L jer bang.. perit bang hidup takde ayah ni. Orang pandang sebelah mata jer, yer la kan anak yatim.. anak takde ayah..

Aduhai.. result SPM keluar, boleh la cukup makan…

Cerita pasal 2 orang sahabat dan kambing orang kampung

Kalau aku teringat cerita zaman sekolah ni, aku teringat pada 2 orang kawan kita orang ni. Masa orang tengah sibuk nak amik SPM, 2 orang sahabat baik ni telah menangkap seekor kambing orang kampung di tepi sekolah tu. Dia orang ni tangkap dan sembelih kambing tersebut. Apa kejadah punya budak.

Kes ni telah sampai ke pengetahuan tuan kambing dan 2 kawan baik ni telah dipanggil mengadap Warden hostel.. dan mungkin disebabkan dia orang ni bebudak tak cukup umur lagi, kes ni dikira halal jer. Yang menariknya, cerita ini masih kedengaran sekiranya kami berkumpul beramai-ramai setahun sekali. Dan 2 orang sahabat baik yang aku maksudkan tu kini berada di Petronas platform.. hahahahahah..

VIP dan celebrities

Antara celebrities dan VIP yang sempat bersekolah dengan aku ketika itu, yang boleh aku tulis di sini ialah Cikgu Farez Musa calun PKR Parlimen Kemaman, Us Ridhwan Mohd Noor Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan – siapa sangka Ust Ridhwan ni jadi penceramah PAS.., Huzaimi Iklim, Wan Sarabanu (RTM 1) – sekelas dengan aku nih, Azean Mazwan Safuan, Shawn Bahrin, Abdul Mubin bolasepak Pahang….

2006, kami reunion SMSSKT. Maka bertemulah kembali dajal-dajal sekolah menengah dulu, masing-masing dah berkahwin dan beranak pinak. Siapa sangka dulu kaki ponteng, kaki pukul la ni jadi director. Dulu belajar macam takde harapan nak hidup, hari ni seorang business man yang berjaya di KL.

Aku? Aku macam ni lah.. terus di sini melayan bluess .. kalau dulu aku tidak sedar siapa aku, tak mungkin aku begini hari ini.

67 Responses to “Layan blues lagi la..”

  1. 1
    hunter says:

    lentok la bro punyer ceriter nih puhhhhh!!!!!
    layan gak ….

  2. 2
    eddyra says:

    boleh le buat tatapan kanak-kanak tadika yang baru nak belajar mengeja..

  3. 3
    sarah says:

    I rasa macam kenal la penulis eddyra.net ni..
    siapa ye di sana?

  4. 4
    eddyra says:

    oh yer ker.. kalau kenal mintak tolong jangan ler letak nama aku kat sini.. email.. email hehehe

  5. 5
    lea says:

    memang blues selamba la….hehe…nice…

    kesusahan yang ajar kita untuk hidup dgn lebih cekal…kdg2, kita takkan kenal bahagia tanpa merasai derita, takkan kenal kemanisan andai tidak melalui kepahitan…:-)

  6. 6
    ucu says:

    aduiii… amat blues bang… wa pun skolah asrama duluk… sikit punya serupa la simtom2 asrama tu wahhaha… penah nyuruk lam locker gara2 malas yg amat nak pegi prep ahahhaha… penah kena tahan kat depan bilik warden ramai2 pasal ade tetinggal pad kat toilet cikgu lelaki kat skolah masa asrama takde air… huhu… pergh! mabeles… tangkap leleh punya memori… baik punya~ cayok! bro

  7. 7
    firdaus says:

    fuhh..teringat zaman sekolah.

  8. 8
    Sue says:

    bro..kita satu skolah tapi sy junior (setahun jerk) duk ASPURI…glekek sy suker baca layan blues..hahaha..nok gi skoloh pon kena beratur berjujuk..huhuhu..ingat lagi warden Aspuri Cikgu Zauwiyah bro? sokmo sy jumper dia kat KL nih…cuti2 M’sia kata dier…

  9. 9
    eddyra says:

    Cikgu Zawiah tu kita punya guru kelas masa Form 1, warden hostel asrama puteri. Dah kahwin ke belum Cikgu Zawiah tu? Dulu masih single.

  10. 10
    smartebiz says:

    Memang layanzzzzz…. syok plak baca.

  11. 11
    Sue says:

    sy tak tanya ler dia..sbb mcm case sensitif..ishh sy lah antara geng2 yg dia tak braper berkenan kat Aspuri..tp alhamdulillah dia still bleh recognise sy sampai skrg..dgn nama skali tuh…

  12. 12
    zol says:

    kalau nak layan blues lagi ni kena penoh kosyok dan tawaddok..tak leh diwaktu tengah peak mcm ni…aduuuh!!

  13. 13
    eddyra says:

    [quote comment="2581"]sy tak tanya ler dia..sbb mcm case sensitif..ishh sy lah antara geng2 yg dia tak braper berkenan kat Aspuri..tp alhamdulillah dia still bleh recognise sy sampai skrg..dgn nama skali tuh…[/quote]

    Oh junior setahun, kalau boleh saya nama kan student yang satu batch dengan Sue..

    1- Nik Aida
    2- Akitaniti
    3- Sapa lagi eh .. Zuraimas.
    4- Tak ingat dah..

  14. 14
    Sue says:

    Akitaniti MasAyu dah arwah.. tak silap sy tahun lepas sakit leaukimia..
    Nik Aida & Zuraimas (awek glamer nih..hehe Nik kat T’ganu kawin dgn skoyer senior gaklah)Zuraimas lost contact..
    lain2:
    1) Tengku Zarina (TZ)
    2) Sufiah Aini
    3)Ainul Bariah
    4) Nor Azida
    5) Nor Anita aka Nito (org durian burung nih)
    6) Rashidah Rashid (ini adik Rashima agak2 ingat tak?)
    ni nama2 yg still keep in touch dgn sy..
    BTW kenal tak Zamri Mohd Noor aka slemang kechik dia batch sy duk hostel ..we all baru setart contact each other last year kot..
    yg lelaki…kekadang contact via email:
    1) Zulimasdi aka Mad (skrg pilot AirAsia)
    2) Ismail Jusoh
    3) Zainuddin Endut
    4) Kidman Cazeeree (ini nama paling pelik mesti ingat)
    5) Faisal Abd Rahman (putih2 rambut khiting baru kahwin last year..sy attend wedding dia)
    adalahh 2, 3 org lagi mostly geng2 rugby & hoki..panjang nak listkan nih tak cukup ms kan..hehe

  15. 15
    eddyra says:

    [quote comment="2585"]Akitaniti MasAyu dah arwah.. tak silap sy tahun lepas sakit leaukimia..
    Nik Aida & Zuraimas (awek glamer nih..hehe Nik kat T’ganu kawin dgn skoyer senior gaklah)Zuraimas lost contact..
    lain2:
    1) Tengku Zarina (TZ)
    2) Sufiah Aini
    3)Ainul Bariah
    4) Nor Azida
    5) Nor Anita aka Nito (org durian burung nih)
    6) Rashidah Rashid (ini adik Rashima agak2 ingat tak?)
    ni nama2 yg still keep in touch dgn sy..
    BTW kenal tak Zamri Mohd Noor aka slemang kechik dia batch sy duk hostel ..we all baru setart contact each other last year kot..
    yg lelaki…kekadang contact via email:
    1) Zulimasdi aka Mad (skrg pilot AirAsia)
    2) Ismail Jusoh
    3) Zainuddin Endut
    4) Kidman Cazeeree (ini nama paling pelik mesti ingat)
    5) Faisal Abd Rahman (putih2 rambut khiting baru kahwin last year..sy attend wedding dia)
    adalahh 2, 3 org lagi mostly geng2 rugby & hoki..panjang nak listkan nih tak cukup ms kan..hehe[/quote]

    1) Tengku Zarina (TZ)
    KENAL – AWEK BLONDE

    2) Sufiah Aini
    TAK KENAL

    3)Ainul Bariah
    KENAL – SKAPONG

    4) Nor Azida
    KENAL – PREFECT SAINS PERTANIAN

    5) Nor Anita aka Nito (org durian burung nih)
    KENAL

    6) Rashidah Rashid
    TAK INGAT, TAPI KAKAK DIA SATU BATCH LA.

    7) Zulimasdi aka Mad (skrg pilot AirAsia)
    INGAT, JUNIOR PALING CLOSE MASA DUK HOSTEL, BUDAK KERTEH NI
    8) Ismail Jusoh
    HOK NI DARI SS, KUSZA SAMPAI KE UK PUN JUMPA, KAT KEMAMAN NI PUN SELALU JUMPA.

    9) Zainuddin Endut
    LAMA TAK JUMPA 1-2 TAHUN

    10) Kidman Cazeeree
    KENAL SANGAT LA MAT KID NI

    11) Faisal Abd Rahman
    BUDAK KUALA BERANG.. LA NI KAT PETRONAS PLATFORM

  16. 16
    eddyra says:

    Abis tu sue ni sapa eh?

  17. 17
    zol says:

    …eddy ex-SS..sekolah tu mmg glamer abis kat Teganu…sekolah orang pandai2. Sy sekolah kat SM Tengku Ibrahim, Setiu. Tinggal kat hostel..tapi hostel utk budak-budak dr pendalaman…nak gi sekolah susah,..rumah kesekolah lebih dr 100km …Takde lah skor SPM, cukup makan utk sambung belajar…

  18. 18
    Sue says:

    Sy nih low profile jerk nok describe pon sure takdok org kenal…tp batch sy ada geng hostel aspura nama *Mohd Suhaili* arghh nama sy sama dgn dia lahh..tp nama sy takder ler *mohd* tuh..

    tp ramai ekk geng2 SS kerja offshore..

  19. 19
    eddyra says:

    [quote comment="2588"]…eddy ex-SS..sekolah tu mmg glamer abis kat Teganu…sekolah orang pandai2. Sy sekolah kat SM Tengku Ibrahim, Setiu. Tinggal kat hostel..tapi hostel utk budak-budak dr pendalaman…nak gi sekolah susah,..rumah kesekolah lebih dr 100km …Takde lah skor SPM, cukup makan utk sambung belajar…[/quote]

    Oh jauh tu.. pernah lawan bola di sekolah sultan mahmud, besut.

  20. 20
    eddyra says:

    [quote comment="2589"]Sy nih low profile jerk nok describe pon sure takdok org kenal…tp batch sy ada geng hostel aspura nama *Mohd Suhaili* arghh nama sy sama dgn dia lahh..tp nama sy takder ler *mohd* tuh..

    tp ramai ekk geng2 SS kerja offshore..[/quote]
    oo suhaili.. tak cam yang mana satu lah.

    mohd suhaili tu saya kenal, yang rendah-rendah tu, junior setahun, sebelah dorm jer.

  21. 21
    lea says:

    hehe..cam jejak kasih lak jdnye en eddy..

  22. 22
    firdaus says:

    saye plak ada kawan ex-ss junior bawah 11 tahun dari pakcik eddyra, nama dia ahmad hassan bin shahbudin,asal chendering,k.tganu. pakcik kenal x? :)

  23. 23
    Sue says:

    [quote comment="2591"][quote comment="2589"]Sy nih low profile jerk nok describe pon sure takdok org kenal…tp batch sy ada geng hostel aspura nama *Mohd Suhaili* arghh nama sy sama dgn dia lahh..tp nama sy takder ler *mohd* tuh..

    tp ramai ekk geng2 SS kerja offshore..[/quote]
    oo suhaili.. tak cam yang mana satu lah.

    mohd suhaili tu saya kenal, yang rendah-rendah tu, junior setahun, sebelah dorm jer.[/quote]

    a’ahh tol lah tuh..sy pon mcm suhaili tuh gak kecik2 dari dulu sampailah skrg…tak besar2 hehe..

    selalu ke dia org buat reunion? batch kita org tak pernahlah dgr ada…kalau ada nak gak join..

  24. 24
    firdaus says:

    pakcik pergi lunch la makcik sue :)

  25. 25
    eddyra says:

    takde formal reunion la, cuma call sana sini jer, biasanya raya ke 3-4 ada lah.

  26. 26
    zol says:

    Oh jauh tu.. pernah lawan bola di sekolah sultan mahmud, besut.[/quote]

    lawan bola dgn Sultan Mahmud, kg. Raja, besut, Tengku Ibrahim tak leh menang sebab takut dgn gedebe dia orang…budak Sultan Mahmud ajak gocoh…Tengku Ibrahim dok berani…budak kampung katakan….pernah gi nak lawan bola dgn Ibrahim Fikri, Sbg. Takir… seri 0-0 sebab dok dang sampai ibrahim Fikri, bas mampuh kat Pantai Merang…(TC 9737 bas kekaboi)….

  27. 27

    Hep!!! Apa korang ni semua asyik baca blog eddyra aje…layan blues. Pegi buat kerja!

  28. 28
    eddyra says:

    Boss, dia orang layan blues jer, bukan layan blue :)

  29. 29
    zol says:

    he..he..he..kekadang kerje kene layan blues jugak…
    you nak tau eddy mengapa you rase malas nak buat keje??

  30. 30
    eddyra says:

    [quote comment="2600"]he..he..he..kekadang kerje kene layan blues jugak…
    you nak tau eddy mengapa you rase malas nak buat keje??[/quote]

    kenapa tu agaknya Zol?

  31. 31
    zol says:

    Base from my experience….you kurang tidor…jika kurang tidor pun..bangun pagi masih boleh punctual masuk keje..lepas 10 pg, you dah mula weak macam bateri hanpone tak cukup charge…tghari stat ngantuk, you pegi sembahyang zuhor..lepas tu curi-curi lelap…lepas lelap, you punya power come back utk setengah jam aje…lepas tu kembali tak prodaktif balik…kalu you keje dgn sy, sy akan ragging you buat keje yg banyak jalan…then bila balik rumah..letih terus terlelap lepas isyak..Saudara/Saudari sakalian, ketahuilah bahawa sanya harian kita bermula “apabila Bismillah dibaca dan kepala mula diletakkan di atas bantal”. Alhamdulillah…nikmatnya tidur…zzzz.zzol.

  32. 32
    smartebiz says:

    bagus la petua zol ni. Jangan lupa amalkan. Bila baca dari atas smpi kebwh komen ni dh macam jejak kasih. Betul la. Bleh bagi tips lagi ke tuan zol. :)

  33. 33
    zol says:

    ala.. ini bukan tips… tips tu duit yang kat hotel..
    ini hanya ‘kalu kecek, buaal sookmo’… Eddy memang
    ‘kaki kecek,buaal sookmo’……. jika nak tahu maksudnya tanya Eddy…

  34. 34
    waliz says:

    wah dah jadi blog reunion plak ya…your story sejibik macam story i xcept i x penah kena rotan tp lari keliling padang and basuh toilet ade le…..lagu2 yg u mention tu pun masih terngiang-ngiang kat telinga ni…hehehe

  35. 35
    Zol says:

    mane pegi si Eddy ni…dah masok tidor ke…?
    malam jumaat…esok tak keje pulak… …biaseleee…he..hee…

  36. 36
    hunter says:

    untung ler kome dpt kwn bebagus, kroje elok2 bole gak bt modal layan blues…. lain gua nih kwn pun rame gak tp sume peca umah punye kaki, masuk jail, masuk lokap, pukul org ,merompak tu sumer perkara biasa…
    saper2 ader kenal ACONG 93/94 N KOJEK 89/92 msg la yer ……… nanti bole layan blues ngan gua..

  37. 37
    firdaus says:

    kawe demo sakit otok blake

  38. 38
    smartebiz says:

    Tak paham la Zol…Tu la…orang KL nih. Yang saya tau ‘kecek’ je….Hahaha!!! :)

  39. 39
    smartebiz says:

    Tak paham la Zol…Tu la…orang KL nih. Yang saya tau ‘kecek’ je….Hahaha!!! :) Apa la…..

  40. 40
    hunter says:

    x sumer gak sakit otok bro! dalam sakit otok ader gak yg jd inspector polis narkotik lg ,setakat nih gak dgr ader gak yg da pegang B0,A4 apa lg A1, business sendri pun ramai gak, nk ceriter sikit masa sekolah dulu kami 1st batch sekolah tu da nk SPMV cikgu mata pelajaran major masih lg cikgu sementara tau la sekolah vokasional bebudaknya mcmana, cikgu mengajar kami pun beburak, bayangkan cikgu nk mara pun takut, kebanyakan anak murid harimau, singa ,beruang tenuk pun ader gak da la tu yg cikgu aliran kemahiran bujang lg , tgh exited nk belasah anak murid , kalau setakat penumbuk ,penendang penampa tu perkara biasa jer……………yg bestnya kt dorm ader swimming pool (tangki takungan air atas bumbung) port kami ….
    tangki warden hampeh tu kami berak kencing (x puas hati punyer pasal) yg keluar bt masak nasik diorang ha apa lagi yg kuning jer ler….puas hati aku. sekolah tu da jd tempat aku kenal budaya sosial bebudak bandar, luar bandar , n macam lg asal usul diorang ……..satu lg hubungan kami da mcm adik beradik tidu sebantal , makan maggi satu baldi (kongsi 4, 5 org)hisap rokok 2 pam sorang….n mcm2 lg perhhhhh meme midnight blues kalau dikenang balik…………….yg terbaru reunion akan diadakan bulan dpn n dijangkakan ambulan akan disediakan di tempat perjumpaan untuk persediaan bg mereke yg pecah perut bila berjumper……..kui kui kui kui

  41. 41
    hunter says:

    nk tambah sikit , tu lar dia kalau sekolah x betul ! habis sumer anak bangsa hancur berkecai tak tau bawa hala tuju akibatnya terpengaruh dgn persekitaran n terikut dan terjerumus dlm pengaruh yg kurang baik, bayangkan pengetua da kene tindakan disiplin sb ganguan sexsual pada penolong kanan (da meninggal akibat kemalangan jalan raya)…….masa rotan gua dulu dia hayun rotan macam kt penjara….

  42. 42
    slemang kechik says:

    sedei mung dok kenal aku haaa…org lain mung kenal belaker…nanti aku pecoh rohsia mung sining kang…hehehee

  43. 43
    eddyra says:

    kenaaaal … haha
    Aku ingat cikgu sulaiman tadi .. mu ada mana keje mana nih?

  44. 44
    slemang kechik says:

    yeker kenal…ker sajer? wat kenal…
    sebab mung takut aku bocor rahsia mung dok?..heheheee

  45. 45
    eddyra says:

    bakpe dok kenalnya slemang kechik.. tiada rahsia antara kita mangg..

  46. 46
    Madd says:

    Tima kasih kawan2 kerana beri alamat blog ni. Teringat zaman kat SS dulu. Nostalgia sungguh. Hidup di Aspura tu memang banyak kita semua belajar tentang hidup. Aku dulu mula2 memang baik tapi bila masuk Form 3 je dah mula nakal sikit. Favourite past time aku is memanjat pagar hehe. Tapi aku bangga dengan batch aku. Batch 86/90 ni la bila dah senior dah takde kejadian ragging2 budak2. Baik2 belaka semuanya.

    Aku ada ke Redang tahun lepas 2 kali. 2nd time ke sana dapat jumpa dengan Ahmad Syardi (ketua kelas aku tahun 1989/1990). Bila la nak dapat jumpa yang lain2 ni…

    Keep in touch la k.

  47. 47
    slemang kechik says:

    hai madd…

    pagi? ni tak lg tido ker…memang betul tu…banyak betul kenangan waktu skolah dulu…

    aku masih tak lupa kisah kena ngusik hantu jepung…sebab tu laa lening doh 14 tahun aku jadi kuli jepung kat shah alam ni…

  48. 48
    slemang kechik says:

    [quote comment="2866"]bakpe dok kenalnya slemang kechik.. tiada rahsia antara kita mangg..[/quote]

    mung Di memang blues laaaa….hahahahahaa

  49. 49
    eddyra says:

    Madd ni Zulimasdi Kerteh tu ke?

  50. 50
    slemang kechik says:

    yer lahh tuh

  51. 51
    slemang kechik says:

    bro…lu duduk kemaman tu kat maner…
    lu tau tak kemamang tu kampung gua…hehehehe

    nanti kalau kebetulan gua balik kemamang boleh laa kita sembang? kat kopitiam ai peng tu..ker guaner boh

  52. 52
    eddyra says:

    Kemaman.. area chukai. Bukit Kuang sana. Kopi Tiam tak payah lah, ex jer set-set tu ingat Starbuck ka apa.. kedai nyamuk pun OK apa.

  53. 53
    slemang kechik says:

    kedai nyamuk?…kat maner tu?
    maner ader starbuck…satar ader laa kat geliga…hehehe

    uisshh…sebut satar lapor pulok beraser…lamer doh dok gi makang satar ngan otok? kat geliga nung

  54. 54
    slemang kechik says:

    weh bro…

    gua baru teringat kat sorang laa…satu batch ngan lu laa mase kat SS dulu…lupa ah nama dia…yang warak? tu, putih? kulitnya…yg johan pidato tu…wah kalau dia berceramah kat surau sementara tunggu solat isyak tu meremang bulu roma aku beb…sejibik mcm TG Hadi…

    maner dia skrg ekk

  55. 55
    eddyra says:

    nama dia saiful. La ni jadi cikgu math di SM sultan Ahmad.

  56. 56
    slemang kechik says:

    [quote comment="2950"]nama dia saiful. La ni jadi cikgu math di SM sultan Ahmad.[/quote]

    Ooo jadi cikgu…memang dia pandai maths pun mase skoloh dulu…

    tapi kalau dia join poiltik lagi bagus… sebab dia hebat berpidato… rasenyer kalu nok banding ngan cikgu Faris Musa or Ustaz Riduan, hebat cikgu Saiful ni lagi… dok gitu

  57. 57
    eddyra says:

    Cikgu Saiful ni dulu memang cool la, antara student yang warak, slow-slow gitu. Lama tak jumpa dia. Abis SPM pun memang dia blah rasanya ke USM Penang.

  58. 58
    slemang kechik says:

    ustaz Riduan mase kat hostel dulu memang rock kapak abizzz…

    kuasa Allah lepas abis belajar jadi ustaz…insyaallah pilihanraya akan datang boleh laa jadi calon wakil rakyat

  59. 59
    eddyra says:

    [quote comment="2971"]ustaz Riduan mase kat hostel dulu memang rock kapak abizzz…

    kuasa Allah lepas abis belajar jadi ustaz…insyaallah pilihanraya akan datang boleh laa jadi calon wakil rakyat[/quote]
    Duan leger .. duan leger..

  60. 60
    slemang kechik says:

    [quote comment="2972"]
    Duan leger .. duan leger..[/quote]

    hahahahaa…siap kena rotan lagi di cikgu Nordin warden asrama mase tu…

    10 tahun dulu aku jumpa dia kat markaz tarbiyah taman melewar… pastu jumpa lagi kat kg kerinchi mase kuliah maghrib TG Nik Aziz… skali ngan ustaz Redzuan Hashim imam masjid darul ehsan kat subang parade yg JAIS pecat tu (baru ni jadi calon PAS kat Dun Teluk Pasu.. kaloh 462 undi jer ngan Datuk Rahin …

    dia ajok aku join pemuda wilayah mase tu… tapi aku masih banyok komitmen kat tempat keje jadi dok buleh laa…

  61. 61
    riya_pataya says:

    sy x kenal ker? hehehe
    bkn ex skolah SS ler..
    sajer jer baca blues awk ni

  62. 62

    ALAKULIHA! MANUSIA BUKAN CARI APA……. SANGAT……..

    CUMA NAK KUASA AJE…… ITULAH PEJUANGAN DAN MASUK CALON P/RAYA.

    PEJUANGAN ISLAM TAK PAYAH BERSUARA LANTANG.

    BUAT YANG DISURUH, TINGGAL YANG DITEGAH.

  63. 63
    THeEdge says:

    lyn pulak citer blues nih…nostalgik tul..tingat jaman2 skul asrama penuh, geek tul…ikan jeket?wakaka

  64. 64
    shah says:

    betul tHe edge:

    ikan jeket,pastu telor rebus masak mende ntah…..tp ari jumaat beh,nasi ayam.junior2 semua bratur,abg2 siap main redahjee.dah la dtg lewat,pastu potong Q lagi.hahhaha

  65. 65
    THeEdge says:

    [quote comment="7253"]betul tHe edge:

    ikan jeket,pastu telor rebus masak mende ntah…..tp ari jumaat beh,nasi ayam.junior2 semua bratur,abg2 siap main redahjee.dah la dtg lewat,pastu potong Q lagi.hahhaha[/quote]
    wahaha tp skul sy takde lak senior2 men potong Q, tp ingat lg as junior tu segan sgt nk Q depan senior kt dewan mkn, keras sejuk je tak brani toleh belakang..heheh enchek eddyra kate mcm burung sejuk..
    paling tak larat bekfes roti cicah telur sparuh masak..adeh laa

  66. 66
    hantam sajalaa says:

    [quote comment="7254"][quote comment="7253"]betul tHe edge:

    ikan jeket,pastu telor rebus masak mende ntah…..tp ari jumaat beh,nasi ayam.junior2 semua bratur,abg2 siap main redahjee.dah la dtg lewat,pastu potong Q lagi.hahhaha[/quote]
    wahaha tp skul sy takde lak senior2 men potong Q, tp ingat lg as junior tu segan sgt nk Q depan senior kt dewan mkn, keras sejuk je tak brani toleh belakang..heheh enchek eddyra kate mcm burung sejuk..
    paling tak larat bekfes roti cicah telur sparuh masak..adeh laa[/quote]
    tapi makanan ruji budak2 asrama ialah………………………maggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

  67. 67
    naja says:

    crite nie dekat2 sm ngan citer sy skrg kt skulah mngh islam darul byn pinang merah.

Leave a Reply