..tiba-tiba teringat kenangan lama.

Salam tuan-tuan,

Bangun pagi-pagi, gi sekolah pakai seluar pendek biru, sikat rambut belah tepi. Duit poket 30 sen, bawak bekal nasi ikan goreng dengan kicap. Jalan kaki ramai-ramai ke sekolah. Masuk bilik darjah, belajar dan terus belajar. Masa rehat main tengah panas sampai penuh daki di koler baju. Bila loceng berbunyi angkat kerusi atas meja, kelas pun tamat dan terus pulang ke rumah.

Entah la bro, kebelakangan ini banyak flashback datang bertamu biasanya kalau terdengar lagu-lagu lama, terbau sesuatu seperti bau buku lama atau triggered by a little something like deja vu.. so vividly, aku dapat feel the same feelings yang aku rasa ketika kenangan itu berlaku, dan kenangan ini cascades kepada rantaian dan saling links pada scene kenangan yang lain. Nampak complex sangat ka cerita aku nih?

Apa yang aku perasan kebelakangan ni, aku recollecting a lot more as I get older. Mungkin ini lah sebahagian dari aging process kut, semakin meningkat usia seseorang itu semakin banyak random memories yang popped up.. tapi yang pastinya ianya dah banyak kali popped up sepanjang usia ni, cuma sekarang ni conscious agaknya.

Alhamdulillah, my childhood was relatively happy dan kalau ada yang unpleasant atau horrific pun barangkali aku dah paksa untuk aku lupakan suatu masa dulu. Jadi tak lah aku termasuk dalam case dissociation ke apa ke kan.

Di usia 40 ni, kadang-kadang bila melihat anak-anak aku yang masih kecil ni bermain-main, atau melihat mereka sedang buat kerja sekolah secara tiba-tiba fikiran aku kembali ke zaman di mana aku diusia mereka. Kalau aku mengajar Math pada budak-budak ni, aku teringat secara solid, vivid, aruah abah aku bengang sebab aku tak faham ‘nombor kecik nak tolak nombor besar, kena pinjam 1 dari nombor sebelah’. Bro, aku boleh ingat aku masih darjah 2 masa tu. Sebab tu lah bila ngajar anak-anak ni, aku tabahkan hati, kuatkan semangat sebab aku dulu pun payah nak faham.. he he

Sekali tu hero kecik aku ni panjat atas boot kereta, terus aku suruh dia turun bila otak aku triggered masa aku jatuh dari boot kereta di usia 6 tahun, tangan aku terseliuh. Kemudian, bonda aku terus cari tebu di belakang rumah, sebab sebelum kejadian itu berlaku aku merengek-rengek nak makan tebu.

Bro, how this happened bro? Childhood memories atau kenangan zaman kanak-kanak seem to be the best part of life, terutamanya apa bila dah nak melepasi usia muda ni. Bila kita berada di tempat kita pernah bermain sewaktu ketika dulu suddenly all of them keep coming back to us one by one. Apatah lagi kalau ada parut lama di kaki yang akan kekal selamanya.

Pernah tak terdengar lagu-lagu lama.. lagu di tahun-tahun akhir 70an atau awal 80an dulu. Antaranya yang berhantu seperti lagu Alleycats – Andainya Aku Pergi Dulu. Macamana lagu dia bro..

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri

Lagu Andainya Aku Pergi Dulu ni secara automatic triggers dan for sure memory tu akan datang.. aku akan teringat pada seorang brader tu nyanyi lagu tu di tepi longkang depan kedai, ketika tu aku baru berusia 9 tahun kurang lebih. Lepas tu, memory tu terus membawa aku hanyut.. hanyut.. dan hanyut.. teringat zaman budak-budak bro.. remind me of some of my strongest childhood memories..

Lepak di waktu petang dengan anak bini, melayang-layang ke zaman tu. Life without handphones, without internet, without air cond, without air bags, and without this and that, how beautiful it was bro..

Kita takde pilihan, melainkan TV1 dan TV2, maka mengadaplah channels hitam putih tu siang dan malam, tapi kita enjoy dengan apa yang ada. Ada Captain Future, Ultraman, Sinbad dan Cumi dan Ciki. Sudah memadai.

Abis tengok TV kita main polis sentri, main konda kondi, lastik burung atau gi mandi sungai. Kita tak ada kemudahan seperti hari ni, tidak menjadi masalah, kita creative. Kita buat kayu hoki dari batang pokok jambu batu, kita potong buluh kita jadikan tabung duit. Kita masuk belukar cari telur puyuh, kita main perang-perang dalam semak, kita belajar survival amik daun (aku tak ingat daun apa nama) untuk stop kan luka. Otak kita cergas, tubuh kita sentiasa berpeluh, panjat pokok, main bola masing-masing berangan nak jadi Pele.

Bro.. takde masa untuk fikir soal politik bro. Perkataan liwat tu pun ketika umur 13 tahun baru aku dengar, bayangkan innocent nya zaman tu. Hari ni, entah siapa yang rosakkan minda anak-anak kita ni.

Takde gangguan SMS, atau fikir nak update facebook. Tak terfikir untuk habiskan masa di cybercafe.. internet? Tak tahu lah seandainya zaman tu dah ada internet, barangkali life pun dah macam hari ni atau mungkin lebih advance dari hari ni. Tapi, zaman tu terlalu peaceful, dah habis bermain terus balik rumah, mandi, mengaji dan tido. Orang tua pun tak bimbang ke mana kita nak bermain, motor takde, shopping complex takde.

1979, aku darjah 1. Setiap kali ternampak atau terdengar tahun 1979 ni, flashback nostalgia sedih akan muncul. 1979 tahun aku memulakan sekolah rendah, dan tahun di mana aku kehilangan ayah aku. Kenangan terakhir bersama aruah ialah dipagi itu aku nak ke sekolah dan dia nak ke Kuantan untuk minor operation. Tak habis lagi sessi sekolah pagi tu, bonda aku datang dan bawa aku ke Hospital Besar Kuantan. Sukar juga untuk ingat secara detail perkara yang berlaku sewaktu berusia 7 tahun ni, tapi kenangan tersebut meninggalkan kesan yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila.

Aku tak menangis bila diberitahu ayah aku sudah meninggal dunia. Ramai saudara mara dan kawan-kawan aruah datang menziarah di hospital tersebut. Bonda dan adik beradik aruah menangis tak henti-henti. Di sebuah surau, kami berkumpul sambil menanti kaum keluarga lain datang. Masa nak kafankan keesokan harinya, masing-masing menghampiri jenazah untuk penghormatan terakhir, aku cium dahi aruah dan aku menangis. Aku lihat aruah di turunkan ke liang lahad dan semadikan di situ.

Sejak itu setiap kali aku melepasi Hospital Besar Kuantan (kini Hospital Tengku Ampuan Afzan) aku akan terkenang satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.

1987, aku form 3. Ayah tiri pulak meninggal dunia, di hospital yang sama. Ketika aku nak menunaikan solat Zohor, aku ke sebuah surau di hospital tersebut. Ingat-ingat lupa pada surau ini. Yes, 8 tahun lalu aku pernah ke surau ini berkumpul setelah kematian aruah ayah aku.

Well bro, that’s the saddest part of my life.

Begitu juga kalau aku terbau buku-buku lama, triggers kenangan sewaktu zaman sekolah rendah. Entah, apa kaitan bau buku yang mampu stimulate kenangan lama. Bila terbau je memang fikiran pun melayang ke zaman itu.

So, apa aku punya earliest memory kalau aku boleh share kat sini ialah ketika aku berusia 4 tahun, ada orang nak snap gambar aku. Aku berdiri lurus. Ada seseorang berkata ‘gengam tangan kuat-kuat’. Siapa yang berkata tu, aku tak ingat. Gambar tu masih ada, setiap kali terlihat gambar tu atau teringat kisah lama pasti ‘gengam tangan kuat-kuat’ tu terngiang-ngiang.

Aku cuba untuk ingat kebelakang lagi sebelum umur 4 tahun, tapi fail.

Yes, memang ada orang yang tak mampu nak ingat kembali memory zaman kanak-kanak, psychiatrist kata blackout atau dissociation. Tak ingat apa yang berlaku masa time budak-budak dulu. Namun peliknya ada yang mampu ingat apa yang berlaku sebelum mereka di lahirkan ke dunia! Bunyi macam mengarut tapi itu lah unexplained childhood memories yang menjadi misteri.