Sedih, geram dan sakitnya hati.. aku tak tahu apa yang harus aku tulis berkenaan dengan berita mayat seorang budak perempuan yang ditemui di dalam sport bag adalah mayat Nurin Jazlin…
AL FATIHAH
Sebaliknya bapa mangsa menafikan bahawa mayat tersebut adalah anaknya. Kalau kita berada di situasi begini, rasanya kita juga akan membuat menafian yang sama. Siapa yang sanggup melihat jenazah yang begitu naif keadaannya.
Sehubungan dengan itu, polis sedang mencari seorang wanita berbaju T merah, yang dipercayai boleh membantu polis dalam kes ini. Wanita itu dilihat mundar-mandir di luar premis itu kira-kira pukul 2 petang sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu oleh seorang yang tidak dikenali.
KUALA LUMPUR: Ibu Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang disahkan dibunuh, Norazian Bistaman, 35, mendakwa hanya hidung mancung pada mayat kanak-kanak misteri terbabit menyamai anaknya yang hilang manakala anggota tubuh lain tidak menunjukkan persamaan langsung.
Suri rumah itu yang membuat pengecaman kali kedua semalam berkata, dia sudah melihat mayat kanak-kanak ?misteri? terbabit secara dekat dan mendapati tiada tanda khusus yang menyamai Nurin Jazlin.
?Mungkin hanya 20 peratus saja persamaan antara mayat kanak-kanak malang itu dengan Jazlin. Saya cuba mencari tanda lahirnya di pipi dan tangan, namun tidak langsung nampak bukti dicari.
?Malah, susunan gigi depannya (Nurin) kecil dan rapat, selain gigi taring yang sedikit panjang, tidak sama seperti mayat itu yang agak ke hadapan,? katanya.
Menurutnya, masih ada satu lagi tanda khusus pada Nurin Jazlin, namun dia dan suami mengambil keputusan enggan mendedahkannya atas faktor keselamatan.
Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata, dia reda menerima sebarang keputusan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya ia benar-benar sepadan dengan ciri-ciri dimiliki anaknya.
?Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi, namun masih banyak persoalan tidak terjawab.
?Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan saja tahu kesedihan yang saya alami,? katanya dengan linangan air mata.
Norazian berkata, sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Aidilfitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.
?Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudah dibeli dan saya tetap akan menunggu kepulangannya,? katanya.
Norazian berkata, lebih memilukan perasaannya adalah apabila dalam keadaan dia bersedih dengan kehilangan Nurin, ada pula orang yang tergamak mempermain-mainkannya dan suami serta keluarga dengan memberitahu kononnya Nurin Jazlin yang dikenali dengan panggilan ?Kak Ngah? ada dalam kawalan mereka.
Menurutnya, dia turut menerima satu panggilan kelmarin daripada seorang yang tidak dikenali yang memberitahunya Nurin berada dalam jagaannya.
?Semalam (kelmarin) seorang lelaki dari Puchong memberitahu Nurin ada dalam tangannya, namun sebaik saya ingin bertanya lanjut, lelaki berkenaan terus mematikan talian telefonnya.
?Saya dah lemah, dah tidak bersemangat lagi untuk menerima sebarang panggilan yang menyakitkan hati. Cukuplah penderitaan yang saya tempuhi,? katanya selepas membuat pengesahan di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, petang semalam.
Ditanya berhubung pengesahan kali kedua dilakukan, Norazian memberitahu dia turut membawa dua saudara terdekatnya yang mengenali Nurin Jazlin untuk turut sama melakukan pengecaman.
Dalam kejadian Isnin lalu, Nurin Jazlin dipercayai dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg sukan yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di Petaling Jaya Utara.
Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah sehingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayat hati kanak-kanak itu.
Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan `kurus kering? selain mempunyai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya ketika membuat pengecaman pertama kali Isnin.




Salam wbt.
I found ur blog thru mybloglog. kebetulan, sy pun ada tulis the same entry tentang kes ni. thats why its kinda calling me to drop comment here. Smga parents dia tenang kalaupun the 2nd attempt of the DNA test shows the same result.
anyway, kerja di kerteh ke?
yep.. This little girl has gotten into our hearts and our souls. I really hope she is alive and well. May Allah gives the parent some peace. I can only imagine how difficult it must be for them.
Kerja dari KSB sampai Kerteh hingga tengah laut.. boleh la.
memang masa jumpa mayat tu lagi dalam hati pak uda sangat yakin, mungkin ini laah jawapan yang sebenarnya
Al Fatihah
eddyra … nice blog
Inilah yang dikatakan takdir kan Pak Uda. Sayang macamana pun jaga macamana pun hakikatnya inilah Qada dan Qadar. Memang susah nak terima kenyataan..
saya benar2 berharap agar si pembunuh akan didakwa dan dijatuhkan hukuman mati..lagi bagus kalau dapat direjam di khalayak ramai..
supaya orang lain tak berani nak buat macam ni lagi..betul2 tak berperikemanusiaan langsung..binatang pun tak buat macam ni..
Ya waliz.. manusia seperti itu elok direjam jer.. tak guna hidup di dunia ni.
Assalamualaikum..
saya cume harap, pembunuh atau syaitan btopengkan manusia ni tak terlepas dari hukuman dunia… sbg Islam, saya yakin Allah akan memakbulkan doa rakyat Malaysia yg prihatin dan kasihankan ‘kak ngah’ @ nurin jazlin..
bgitu juga pd si kejam luar sana, yg mana kite tau ramai lagi perogol,pembunuh bersiri masih terlepas!!!
rakyat malaysia,, kite harus mndoakan kesejahteraan n keamanan negara! mudah2an ini adalah kes yg terakhir berlaku.. amin..
polis, kerajaan, pihak2 berwajib, NGO n masyarakat… kite semua harus bekerjasama!!
Al-Fatihah pada semua mangsa2 syaitan ini..
saya berharap ibubapa kak ngah banyak banyak bersabar… berdoa agar pembunuh kak ngah ditemui…saya juga berharap bila pembunuh dajal tu ditemui, biar bapa kak ngah melepaskan geram dan marahnya kepada pembunuh dajal tu..setidak-tidaknya dapat juga tekanan mereka sekeluarga itu berkurangan…
puteri szaza isabella
Insyallah Allah akan memberi petunjuk kepada pihak berkuasa hingga tertangkapnya beruk-beruk yang melakukan perbuatan yang paling keji paling hina. Saya setiap kali melihat wajah aruah nurin, hati saya akan jadi panasss..
[...] menjejaki mereka. Bagaimanapun, lakaran wajah suspek lelaki yang diburu polis berkaitan kes Nurin Jazlin belum dipaparkan di laman web PDRM setakat [...]
[...] CCTV footage the Police released, a man is seen carrying a bag and leaving it at the spot where Nurin Jazlin Jazimin?s body was found stuffed in a bag. In another segment of the clip, a woman in a red blouse and three [...]
saye pun mencadangkan pembunuh nurin direjam depan khalayak ramai…biar penjenayah yg ade niat nak wat camtu terus terbantut. biar die rase mcmmane die rejam nurin mcm tulah die kene rejam.bangsat pembunuh nurin tu..marilah same2 kite doakan pembunuh itu kekal dalam nerake jahanam..