Aku Field Engineer Part 1

Salam uols,

Topic kali ni memang langsi sikit ya. Lain-lain orang kalau nak baca, baca je tiada sekatan cuma aku fikir agak boring untuk korang baca. Sebab aku sendiri boring sebenarnya nak menceritakan tentang career aku ni bro.

Aku tujukan topic kepada semua adik-adik U di luar sana yang banyak hantar CV dan bertanya pasal kerjaya abang korang nih. Aku tau adik-adik semua agak keliru dengan nama-nama positions engineer ni. Masa abang korang ni abis study dulu pun tak tau nak join field mana sebab masa buat degree dulu pun sebab ikut orang je, tengok ramai geng amik Manufacturing Systems Engineering, aku pun ikut jer. Last-last ruginya rasa sebab tak amik Mechanical Engineering. :(

According to Petronas, Shell and Exxonmobil punya requirement, an engineer should hold a Bachelor of engineering in any related engineering field. Meaning to say no degree no engineer position, akan tetapi sesetengah company tak kisah sangat pasal degree holder ni, kalau dah over experiance pun boleh jadi engineer. Kalau ada degree penuh kat dinding tapi cara kerja macam budak sekolah menengah tak ada guna juga kan. Ramai geng aku yang ada diploma tapi dapat position engineer, dengan syarat dah berpengalaman luas dalam field dia tu la. Most diploma holder hanya setakat jadi assistant engineer.

Position Field Engineer ni, sebenarnya terlalu umum. Field engineer ni pecahan dari main engineering fields.

There are 4 main engineering fields.

  • Civil
  • Mechanical
  • Electrical
  • Chemical

Maknanya ada position field engineer di civil engineering field, field engineer di mechanical engineering field dan seterusnya. Kalau nak huraikan lagi, setiap field tu ada project engineer, QA&QC engineer, commissioning engineer dan sebagainya. Lain field lain lah job descriptionnya. So kena confirm dulu nak gi arah mana, nak jadi electrical engineer ke (sebaiknya electrical and instrumentation lah), atau nak jadi chemical engineer ke, QA&QC ke dan sebagainya. Kalau dah ada pilihan, grab it dan jangan pandang belakang congkak lagi, tapi kalau rasa tak selesa buat pilihan baru. Kalau nak buat sales, boleh jadi Sales Engineer.

OK bro, field engineer ni mostly works at job sites and spends fewer hours di office. Itu sepatutnya, tapi aku tengok tak jugak lah. Aku sendiri pun banyak masa duk depan pc dalam opis je memanjang. Satu kajian rambang, about 90 percent of field engineering positions are filled up by males while females ni about 10 percent jer. Kebanyakan perempuan kurang nak jadi ‘real’ field engineer disebabkan kebanyakan work area dipenuhi kaum lelaki. So kalau di offshore tu, kalau ada engineer perempuan, nampak macam janggal sikit walaupun perkara ni tak salah dan memang dah lama pun berlaku pun.

Ada yang menulis,

“The ideal engineer is a composite … He is not a scientist, he is not a mathematician, he is not a sociologist or a writer; but he may use the knowledge and techniques of any or all of these disciplines in solving engineering problems.” – N. W. Dougherty, 1955

Tanggapan orang ramai terhadap engineer ni, seseorang yang boleh menyelesaikan masalah dan mencari solution untuk masalah tersebut. Aku setuju dengan mindset ni, tapi untuk mencapai tahap problem solving and finding solutions ni tak semua engineer mampu buat. Aku secara peribadi malas dan tak mampu nak fikir pasal masalah-masalah ni, aku lebih suka orang lain yang selesaikan tapi aku yang buat solution he he he..

OK adik-adik, berbalik kepada Aku Field Engineer ni, banyak perkara yang nak kena hurai di sini. Tapi untuk kali ini aku tumpukan kepada career aku sebagai Field Engineer, bagaimana nak mula dan apa kesudahannya. Untuk lain-lain engineering position, insyallah lain kali kita discuss.

1st step – obtain your degree
Secara ringkas, apply mana-mana engineering course di university atau mana-mana kolej. Nak apply business atau science course atau apa-apa course sekalipun, pun boleh tapi dibimbangi berhadapaan dengan kesukaran di kemudian hari. Sebab, pengalaman member sendiri yang dari business stream, Shell tak recognized dia sebagai engineer. Sebab dia ni degree in Business. Kalau kita tengok dalam advertsiment memang biasa dia orang requested ‘any related engineering field‘ .. perasan tak.

CGPA tu biarlah cantik sikit, walau pun masa job interview CGPA ni bukan lah perkara yang berharga sangat, kecuali fresh engineer yang nak apply kerja di Petronas. Lain-lain company tak kisah sangat lah pasal CGPA ni, aku sendiri pun cukup-cukup makan je :p

2nd step – apply your position
After graduated, menganggur lah dulu suruh mak ayah tanggung.. then apply lah mana-mana company yang relate dengan oil and gas construction. Oil and gas construction company ni terlalu banyak dik. Kalau nak apply dengan client seperti Petronas, Shell, Exxon etc pun boleh, tapi kalau nak follow cara aku pun sila kan. Aku bermula dengan Shapadu Engineering and Services Sdn Bhd, tahun 1997. Ini lah tempat kerja aku yang pertama dalam oil and gas. Position masa apply tu Junior Engineer.. cap ayam bro.. :)

Serba sedikit mengenai company Shapadu Engineering and Services Sdn Bhd, company ni involve in onshore and offshore construction yang dimiliki oleh Dato Shahrani Abdullah (Allahyarham). Ketika tu company ni banyak terima contract/project dari PCSB dan Exxonmobil (dulu Esso), workforce yang ramai dan merupakan sebuah company yang ketika itu paling top di KSB, Kemaman, Terengganu. Lagi pun masa tu contract lain masih belum diwujudkan lagi, atau masih belum diawardkan pada lain-lain contractors. So boleh dikatakan ramai lah supervisors yang bertaraf otai di situ, ketika itu.