Bagaimana nak bekerja di offshore.. part 2

Kali ini aku nak berkongsi dengan mereka yang berminat untuk mengetahui cara-cara untuk mendapatkan peluang bekerja di offshore. Sila lihat di sini untuk lihat position yang di tawarkan.

Resume
Macam biasalah, mana-mana company pun nak tengok biodata pemohon. Buat lah satu resume, simple pun takpe dah. Tulis keterangan diri, nama, alamat, contact number, sekolah mana dulu dan sebagainya. Hobi masa lapang, cita-cita itu semua tak perlu lah. Maaf, kadang-kadang aku ada tengok resume macam tu. Nyatakan pengalaman bekerja, dengan company mana sebelum ini dan company sekarang. Gambar sekeping jangan lupa pulak.

Kalau position rigger atau helper attach kan sekali at least sijil SPM. Jangan bimbang kalau SPM tak pass sekali pun, yang penting boleh menulis dan membaca. Kalau ada certificate course yang lain, attach sekali. Cerah peluang kalau anda ada safety course, confine space course, rigging course, scaffolder course dan apa-apa course yang berkaitan dengan position yang anda pohon. Kalau welder, photocopy lesen welder.

Kalau sebelum ni pernah bekerja sebagai welder, fitter, atau rigger di mana-mana plant, peluang tu amat lah cerah, lagi cerah kalau ada safety passport. Kebanyakkan company yang aku tahu di sebelah Pantai Timur ni, mengutamakan mereka yang sudah ada safety pasport, sebab company ni malas nak tanggung cost.

Kalau anda memang tidak pernah bekerja sebelum ni, biasanya akan di panggil first timer, peluang tu tetap ada namun kelebihan biasanya kepada orang yang dah berpengalaman. Rilex, takde yang baru maka takde lah yang lama.. jangan bimbang pasal tu.

Bagaimana nak apply?
OK resume dah siap. So kat macamana nak apply ni.

1- Paling mudah ialah melalui recommendation kawan-kawan yang bekerja di offshore. Mintak dia orang recommend kan. Kalau ada kawan-kawan yang ada cable baik dengan manpower coordinator, lagi bagus. Kalau baik dengan Manager lagiiii bagus. Senang-senang dapat kerja walaupun tak reti pasal offshore. Jangan ingat orang politik jer yang ada kroni.. adik beradik pun ada, anak dengan ayah pun ada .. macam company keluarga dia la pulak. Jangan mintak aku recommend, aku kuli jer.

2- Melalui iklan dalam surat khabar / banner. Kebiasaannya, apa bila ada satu-satu shutdown yang besar, sesetengah company ada mengiklankan walk-in interview. Position yang paling ramai dikehendaki biasanya rigger, helper dan scaffolder. Kerjanya tak lama, paling lama pun sebulan dua jer dan biasanya di panggil SSE, short service employee.

3- Submit resume kepada company-company yang berkaitan pun boleh tapi tengok keadaan lah jugak. Kalau memang perlukan pekerja, dia akan panggil untuk interview, kalau takde tunggu jer lah.

4- Manpower supply. Boleh pergi ke office manpower supply dan apply di sana. Jaga-jaga jangan sampai kena tipu, banyak kes dah. Soal lambat bayar gaji tu biasa lah, sebab manpower supply ni biasanya akan tunggu payment dari company yang mereka supply jugak.

5- Kalau ada kawan-kawan atau saudara mara yang bekerja dengan client, macam Petronas Carigali atau Exxonmobil, boleh mintak dia orang forward kan resume anda pada company-company yang ada contract dengan mereka. Biasalah, nak jaga relationship dengan client, nak ambil hati client.. peluang tu cerah.

6- Last sekali, adik-adik lepasan SPM. Boleh pergi ke INSTEP dan ambil kursus di sana. Bila dah tamat boleh bekerja dengan client macam Petronas dan Exxonmobil. Tapi bukan untuk position rigger, scaffolder etc itu semua. Anda boleh jadi staff dia orang lah.

Company mana yang kita nak apply?

OK. Ini bergantung kepada kerja yang anda nak. Kalau anda berminat dengan kerja-kerja lasak, banyak guna tenaga, letih sampai tak cukup tidur, anda boleh apply dengan company-company drilling, work over, wireline, testing etc yang banyak di Kemaman Supply Base, KSB, Kemaman, Terengganu.

Antara yang boleh anda cuba ialah:
1. Schlumberger – lumayan ni.
2. Dimension Bid
3. Weatherford
4. Banai
5. Pool International
6. Geowell
7.
8.

Kalau berminat untuk kerja-kerja maintenance offshore, anda boleh apply di company seperti berikut. Position yang ditawarkan ialah rigger, helper, scaffolder, welder, fitter, blaster painter etc.

1. Vastalux Sdn Bhd – currently contract with Petronas Carigali.
2. Sarku Eng Services Sdn Bhd – currently contract with Exxonmobil.
3. Intraline Resources Sdn Bhd – currently contract with Exxonmobil.
4. Offshore Work Sdn Bhd – currently contract with Talisman
5. Ramunia Fabricator Sdn bhd
6. TJ Oilland Sdn Bhd
7. Sime Darby Offshore Sdn Bhd
8. Dayang Enterprise Sdn Bhd – SKO / SBO contact, Sarawak.
9. Shapadu Energy Engineering Sdn Bhd – umbrella contract with Petronas Carigali.
10.

Berminat untuk bekerja sebagai tukang cuci, atau pun cleaner? Di offshore, ada support team yang bekerja sebagai tukang masak, cleaner etc. Kerja tak berat sangat, cuma boring je 24 jam duduk dalam living quarters.

1. Alfa Meli Sdn Bhd
2. Petroserve Sdn Bhd

Sebenarnya banyak lagi company yang ada, apa yang aku tulis di atas hanya lah beberapa company jer. Boleh lah buat research sikit-sikit. Adakah anda layak? Serba sedikit mengenai kelayakkan untuk bekerja di offshore.

Info for professional trade, engineer and above, please submit your cv to the company.