Nak kerja offshore.. nak jadi helper, rigger & scaffolder.

HELPER
OK tuan-tuan,
Position paling simple dan paling mudah nak apply. Akademic qualification tak perlu tinggi, takde sijil sekolah pun takpa. Course untuk position ni pun takde.

Kalau nak kerja di offshore, perlu ada:

  • Safety course.

Manakala kalau nak kerja di plant perlu ada:

  • NIOSH card.

Kalau sekadar nak jadi helper di fabrication yard, tak perlu apa-apa, ada IC dah kira OK dah. Yang penting boleh mendengar arahan dengan baik, rajin dan fit tubuh badan. Tugas-tugas helper, sesuai dengan namanya iaitu membantu kerja orang lain. Tolong angkat pipe, angkat barang-barang, sapu sampah atau apa saja yang di suruh oleh work leader. Ada juga helper yang diletakkan di bahagian hydrotest, jadi helper hydrotest, jadi helper untuk material receiving. Macam-macam lah. Kerja mudah jer bro.

Abis waktu kerja boleh blah cenggitu je dan tak payah fikir esok nak buat kerja apa atau esok plan nak buat kerja apa. Simple je. Takde nak fikir pasal kerja dah.

Bagaimana nak apply, gi kat mana-mana company yang ada buat fabrication work ni, apply je position ni. Kalau ada kosong, nanti dia akan panggil untuk interview lebih kurang je. Company akan beri coverall, safety helmet, safety shoe dan goggle.

Kalau dah pro sikit tu, dah lama dah kerja di yard tu, slow talk la dengan company, cakap dengan dia orang nak cuba kerja di offshore pulak lah. Kalau ada rezeki tu, ada lah. Maka kebiasaanya company akan suruh buat safety passport, samaada company tanggung atau tanggung pembiayaan sendiri. Kalau company tanggung 100%, biasanya company akan pegang certificate dan passport, takde peluang lah nak lari ke company lain.

Kalau langsung takde pengalaman di fabrication yard tapi nak lompat terus sebagai helper di offshore sana, pun boleh juga. Kalau dengar ada mana-mana company nak pakai helper di offshore tu, cuba usahakan dengan walk-in interview, atau suruh kawan-kawan recommended kan. Lagi mudah kalau ada geng yang kerja dengan client, suruh dia slow talk dengan contractor tersebut, lagiiii laju..

Boleh juga kalau nak jadi helper kepada company selain dari fabrication & construction ni, mungkin dengan drilling company, wireline.. tapi mungkin syarat tambahan tu ada seperti simple exam etc. Tapi, basic kerjanya ialah, membantu kerja orang lain. Anyway, position helper ni boleh lah di katakan sebagai permulaan yang terbaik untuk bekerja di di yard atau pun di offshore sana.

RIGGER
Rigger ni ‘taraf’ nya atas sikit dari helper tadi. Dan gajinya pun sedikit lebih dari helper, dan yang membezakan position ini adalah pengalaman. Kalau setahun dua lamanya jadi helper, cuba-cuba lah ‘adjust’ dengan leader, upgrade jadi rigger pulak. Tak kan selamanya nak duduk di takuk lama kan. Biasanya kalau company yang perihatin pasal kebajikan anak buah, insyallah dia orang akan buat penilaian dengan baik.

Untuk jadi rigger, atau nak pohon position rigger ni ada beberapa syaratnya. Kalau kita tengok syarat sah untuk jadi rigger I under company Shell, perlu ada 3 tahun pengalaman jadi rigger, di mana 1 tahun pengalaman di offshore, rigger II perlu ada 5 tahun pengalaman, di mana pernah bekerja 3 tahun di offshore. Pengalaman saja tidak cukup, perlu ada rigging and slinging course.

.. tapi itu syarat yang termaktub dalam contract lah, akan tetapi adakalanya tidak lah se strict itu boh.. first timer pun ada jadi rigger di offshore.

Secara kesimpulannya, untuk jadi rigger di offshore, perlu ada:

  • Safety passport
  • Rigging & Slinging course

Kalau di plant, seperti di Paka nun.. perlu ada.

  • Rigging & Slinging course
  • NIOSH card

Kerja sebagai rigger ni, lebih kurang kerja macam helper tadi juga. Tapi macam aku kata lah, pengalaman membezakan antara keduanya. Work leader beri arahan yang simple dan rigger sudah tahu apa yang perlu dia buat. Work leader dah tak perlu supervise sangat kerja mereka, sebab mereka ni dah berpengalaman. Ada yang jadi rigger sampai 15 tahun di offshore sana tu, work leader cakap sepatah je dah tahu apa nak di buat. So far takde di kalangan mereka ni yang berumur belasan tahun atau awal dua puluhan.


Bayangkan rigger perlu mencabut semua stud bolt tu.. manually.

Otai-otai ni, bagi mereka offshore adalah life mereka. 2-3 minggu bahkan sampai sebulan tak jumpa daratan adalah perkara normal. Tak tengok anak, tak peluk bini selama di offshore, bayangkan ini sudah berbelas tahun bahkan berpuluh-puluh tahun mereka hadapinya.

15 tahun lalu, masa aku mula-mula berjinak dengan offshore, aku masih green lagi. Masa tu, dia orang ni dah berbelas tahun di kerjaya tu. Susahnya kalau tengok cara mereka kerja, nak call anak bini hanya 5 minit sahaja dibenarkan dan pada hari-hari tertentu sahaja. System email dan internet masa tu pun belum tip top macam hari ni. Yang syok tengok, mereka ni cekal, tabah dan mendengar arahan dari ketua mereka, sebab tu mereka ni boleh bertahan lama. Tak ada alasan tak boleh buat, mesti boleh buat.

Mungkin disebabkan keadaan persekitaran kerja, mereka ni agak deber sikit kata orang ‘klate’. Mungkin juga sebab tok guru-tok guru mereka dulu dari kalangan mat salleh, so mereka memang lasak. Masa aku mula-mula sampai di offshore dulu, memang aku dibuli kaw-kaw lah.. fresh engineer baru pertama kali naik offshore tu bang.. alasan mereka, nanti kalau aku dah jadi boss nanti, aku akan ‘ketuk’ kepala mereka pulak..

Malangnya, hari ni suasana tu dah semakin pudar bila golongan old timer ni ramai yang dah uzur, tambahan pula kemasukkan golongan muda belia secara mendadak di offshore menjadikan ketidak-seimbangan ini berlaku. Manakan tidaknya dalam satu team hanya ada beberapa orang lama dan selebihnya merupakan golongan muda yang baru nak kenal offshore. Apatah lagi dengan undang-undang baru, safety itu safety ini, procedure itu dan ini menjadikan kerja semakin slow. So keadaan ini menjadikan progress kerja yang tidak menarik. Nak kena ajar satu persatu cara-cara membuat kerja kepada yang golongan baru. Maka timbullah sok sek sok sek tak best bekerja dengan golongan baru ni, dah lah perkakas kerja pun tak kenal, nak kena ajar lagi.

So nasihat aku lah kepada golongan muda yang excite sangat nak kerja di offshore tu, paling kurang pun kena lah kenal parkakas kerja dulu, tau serba sedikit cara-cara kerja. Dalam resume memang boleh kelentong punya, tapi masa interview dah boleh tahu samaada ada pengalaman kerja atau tak. Cuma tak syoknya kalau dah sampai di platform kena maki je sebab tak tahu buat kerja. Jangan bimbang, takde baru tak akan ada yang lama ok..

Cara nak apply, sama dengan helper di atas tadi.

SCAFFOLDER
Position scaffolder ni, kerja dia orang ialah memanjat pipe atau beam atau mana-mana tempat yang boleh dipanjat. Pipe 2″ diameter akan digunakan untuk membuat temporary access platform sehingga orang lain boleh berjalan dan membuat kerja dengan selamat. Memang kerja ni agak merbahaya kalau dibandingkan dengan rigger dan helper tu. Rigger atau helper akan berdiri di bawah sambil menghulur pipe, scaffolder akan menyambut pipe dari tempat yang tinggi, di bawahnya terdapat structure yang tajam atau pun lautan yang dalam. Camana aku nak explain ekk.. tengok gambar ni je lah.

OK kalau nak bekerja sebagai rigger scaffolder ni, perlu ada scaffolder course. Kalau dah ada course ni maka dah boleh gi offshore jadi scaffolder ke? Tak semudah itu lah, berbalik kepada pengalaman tadi juga lah. Ada certificate course setebal 1 inchi pun takde gunanya kalau takut nak buat overboard scaffolding, macam dalam gambar di atas tu. Nak dapat kan sijil ni amat lah mudah, gi kat tempat course tu, bayar duit. Lepas tu ada theory, ada practical tak lama lepas tu dapat lah sijil tu. Mudah kan..

Secara kesimpulannya, untuk jadi rigger scaffolder di offshore, perlu ada:

  • Safety passport
  • Scaffolder course

Memang ramai lah anak muda yang datang dengan sijil scaffolder ni, tetapi bukan semua mampu untuk jadi scaffolder yang bagus dan berani. So peringkat awal ni, aku nasihat kan slow slow jinakkan diri dengan tempat yang tinggi, kalau dah confident tu baru lah buat. Tapi kalau dapat work leader jenis ‘deber’ tadi, anda mungkin akan di suruh balik ke rumah pada hari itu juge..

Roger and out.