Home » Offshore » Platform Shutdown..

17

Oil and gas platform ni sentiasa berhadapan dengan keadaan semulajadi seperti ombak besar, cuaca di offshore yang tidak menentu, air laut dan udara masin dan beberapa faktor lain yang membawa kepada corrossion, structure crack pada platform structure. So mana-mana structure dan piping yang dah teruk ni perlu di tukar dengan yang baru. Macam kereta jugak lah, perlu tukar spare part, repaint, tukar tayar, exzos etc. Construction dan maintenance group lah yang biasa deal dengan semua ni.

Nak replace structure atau piping baru ni, kalau tidak melibatkan area yang di classified kan sebagai area yang merbahaya, kerja-kerjanya tidak lah menjadi masalah besar. Apabila ada structure atau piping yang nak ditukar tu melibatkan area yang merbahaya seperti wellhead area, riser etc, maka platform tersebut perlu di tutup kedai, dengan kata lain platform tersebut perlu di shutdown. Shutdown pun boleh turnaround pun boleh. Ketika shutdown, tidak ada productivity untuk hari tersebut, so oil and gas company akan ‘kerugian’ berjuta-juta ringgit. Bayangkan..

Kalau tak shutdown, platform akan berhadapan dengan masalah yang lebih serius, kalau shutdown pulak hilang productivity, apatah lagi time harga minyak yang sedang tinggi ni.. rugi ooo kalau shutdown. Nak tak nak kena shutdown..

Ketika platform sedang dalam shutdown mode ni, banyak kerja yang boleh dilakukan di area yang sebelum ini menjadi kawasan larangan.

Apa yang menarik, Exxonmobil akan shutdown platform Guntong complex sekitar mid October 2008, tentatively lah. Major job untuk shutdown kali ini ialah untuk menukar flare tip. Tau ka flare tip? Tu yang menyala api tu lah.. Kali ni flare tip untuk Platform Guntong akan ditukar dengan menggunakan chopper! Satu kerja yang merbahaya dan cerewet.

Apa yang paling penting ketika shutdown ialah planning. Kalau planning out, maka out lah shutdown tu.

17 Responses to “Platform Shutdown..”

  1. 1

    Kalau dahulunya EPMI aje buat shutdown masa raya sekarang ni dah bertukar. PCSB lak shutdown hari Raya, Just imagine Shutdown untuk tie in Angsi D dalam 21 Hari
    Hu Hu Hu so sapa sapa naik Raya Laut maka baliknya lepas Raya ke 20….
    Syawal mau habis sudah …….

    Satu lagi semenjak Harga Crude ni dah mencecah USD 150 ++ Liat betul PCSB dan EPMI buat shutdown. difer….. difer…….dan difer… last last cancelled.

  2. 2

    adakah kau sendiri termasuk dalam kerja shutdown ni eddyra?

    hashim habeed, ko dapat cuti raya tak tahun ni? raya kat laut ke?

  3. 3
    eddyra says:

    aeropama dot com..
    Sebagai kuli, sudah semestinya aku terlibat dalam shutdown ni.. tapi monitor dari office je lah.. macam hashim habeed tu manager.. dia rilex je kat office.. cukup bulan sign cheques utk pay out jer.

    He he he..

  4. 4
    me says:

    aa. ade dgr gak cte psl ganti flare tip nih.
    rasenye cm diorg asyik defer2 :(
    guntong ni bukan selalu leak gak kn? :|
    bile la nk dpt g offshore nii

  5. 5
    firdaus says:

    bro..agak2 keje kat power plant bes ke offshore platform?

  6. 6
    eddyra says:

    firdaus
    Kerja kat offshore tak bleh balik, terbatas itu ini, nak merempit tak boleh, nak berkepit tak boleh.. itu ini tak boleh..

    Kerja kat plant.. macam duduk kat rumah lah..

    Duit? Duduk offshore boleh save duit.. kerja kat plant perabih duit..

    Dari segi kerja.. kerja kat offshore lagi best., pendapat peribadi.

  7. 7

    Eddyra : Manager ??? Huh ape klass
    Skarang dah jadi GM (Gi Mari) buat bolok serok je…..
    Dengar kata En Eddyra yang dah jadi Senior ******** ******** Engineer
    Dgn ESOS + Performance Bonus + Contract Bonus + Year end Bonus mau bole beli minyak mentah 50 – 60 drum

    He ..he..he..he

    Aeropama : memandangkan aku staff tempatan so terpaksa jadi Standby person. cuti lepas lepas abis shutdown.. tapi takpe aku kan GM..

    Firdaus : Kat offshore la lagi best… best giler…. Tapi kalu dah KACIP duduk laut …. tengok bot nelayan terjun aje….

    chewah dah macam blog aku pulak reply panjang lebor cam ni…… sori bro

  8. 8
    eddyra says:

    Wahaha.. aku kena la edit kan position aku.. muahaha..

  9. 9
    hasanG says:

    Tukar flare tip pakai chopper bro? Dahsyat tu..
    Kat tempat aku skrg ni pakai kren 300 ton je.. Mat saleh ngan bebudak Iban yg bikin.
    Mabuk dulu beb dia org, kalo x sure gigil lutut panjat structure..

  10. 10

    Kerajaan 10 Sen. Itulah harga rakyat Malaysia. Harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Ini sahaja harga kebencian rakyat yang ditawarkan. Memang itulah kerajaan yang tidak berhati perut. Buat apa pun tak mengapa, asalkan perutnya kenyang.

    Iman rakyat dibeli dengan harga RM0.10. Betapa murahnya nilai kerajaan kepada rakyat yang tidak berkuasa. Dulu janji masa p/raya umum minyak tidak akan dinaikkan sehingga akhir tahun ini. Itulah pembohongan yang dilakukan.

    Hari ini minyak mentah lagi merudung dibawah 100 dollar us.
    Apa tindakan kerajaan ?

    Memanglah kerajaan jaga kerajaan. Bukan kerajaan jaga rakyat.

  11. 11

    Sejarah kemerdekaan 51 tahun. Inilah saat kerajaan paling lumpuh menangani masalah rakyat.
    Bukan rakyat mengamalkan perkauman. Tapi kerajaan sudah tidak relevan lagi jaga hati budi rakyat. Meskipun rakyat beberapa hari lagi akan menyambut aidilfitri.

    Kesempatan lebaran tidak lebih dari tipu daya kerajaan dengan menabur dana khas ibarat cokelat yang telah dimasukkan bahan terlarang sepertimana berlaku di Cina.

    Memberi sesuatu kepada rakyat memang hak rakyat dalam bentuk terpilih bukan sejagat. Orang yang sepatutnya layak tersisih. Orang yang kaya mendapat.

    Inilah kronisma yang berlaku dalam BN dulu, kini dan selamanya.
    Tunggulah kehancuran…….. Al-Quran membenarkan. bila manusia tidak berada dibawah payung Allah.

    Usahlah tunjuk baik dalam bulan mulia ini, Kalau hati biru pekat dengan kekaratan dan kejahilan.

  12. 12
    ero says:

    best la g offsore…
    aku dh lm tggu

  13. 13
    mmohd says:

    checkout http://www.sikomsupplies.com for oil&gas vacancies… subscribe your email to the enewsletter…

  14. 14
    Rudy Roy says:

    sya tiada kelayakan apa2,blajarpun tak hbis..tp sya byk pengalaman bekerja sbg Welder dan Rigger kat Syarikat perkapalan sperti Labuan Shipyard dan Ahza Trade Sdn.Bhd…jd blh tak sya memohon kerja kat sna….

  15. 15
    ceiq says:

    salam en. eddyra

    sy br graduate dlm degree mechanical engineering dan skrg bekerja ngan syarikat kontraktor kat paka. kompeni ni pun terlibat ngan projek oil n gas. tp sy berminat untuk bekerja kat offshore..tu la klau ada peluang2 yang bleh en eddyra rekemenkan bleh bgtau sy…sy xkisah klau bekerja di sabah dan sarawak sekalipun.klau ada kekosongan kerja bleh la forwadkan kepada sy sekali…ni email sy…charmizul@yahoo.com.

    terima kasih kerana membantu sesama kita…

  16. 16

    I’m really impressed with your writing skills and also with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you modify it yourself? Either way keep up the nice quality writing, it’s rare to see a great blog like this one today..

  17. 17
    ubaidullah says:

    yang kurangnya blog ni hanya ruang komen yang sangat panjang untuk di scroll :)

Leave a Reply