Aku Field Engineer Part 2

3rd step – learn, learn and learn
Adik-adik semua, untuk pengetahuan semua, subjects/syllabus yang korang belajar di sekolah dan di U korang tu tak semuanya pun akan di apply masa kerja. Lain lah kalau nak jadi cikgu atau lecturer mungkin banyak lah yang kena buka buku semula.. tapi jangan lemah semangat pulak, study tetap kena study dik untuk diri sendiri.

i. Tools and equipments
OK sebagai junior engineer, masih green kata boss aku dulu, aku slow-slow belajar untuk bekerja. Belajar kenal equipments for fabrication, equipments untuk installation. Ada 1001 jenis tools dan equipments dalam construction ni dikkk.. yang mana satu welding machine, air compressor, generator, cutting torch, air tugger, spanners, chain block etc. Setiap satu equipment tu bermacam-macam types dan specificationnya, di mana nak guna dan bila nak guna dan bagaimana nak operates nya. Kena tahu semua tu, walau pun kita mungkin sepanjang career tak sekali pun akan operate benda tu.

Sebagai welder contohnya, for sure mereka tahu menggunakan welding machine. Tip top mereka ni duk weld pipe dan structure, mereka memang pro dalam welding. Secara practicalnya, memang mereka boleh buat dan kita sebagai engineer ni pada kebiasannya tak mampu nak challange mereka. Kenapa kita perlu tahu sedangkan kita tak akan operate welding machine? Sebab kita engineer, engineer tak boleh jadi bodoh dan diperbodohkan oleh orang lain. Dalam career kita nanti, kita bakal berdepan dengan suasana di mana hanya ada kita yang akan berhadapan dengan sesuatu masalah tu.. dan kita sebagai engineer perlu selesaikannya, bukan orang lain, bukan welder kita dan bukan orang bawahan kita. Kena ingat tu dik.

ii. Fabrication materials
Aku juga belajar dari zero, kenal materials for fabrication. Yang mana satu studbolt, yang mana satu nuts. Studbolt ada berbagai size, material type, thread etc. Dah tau studbolts kena tau pula spanners pulak, spannar pulak dari sekecil-kecil spanner hingga lah sebesar pengayuh sampan tu. Bayangkan. Semua material aku kena tahu, pipe size, pipe rating, pipe materials, pipe entah apa kejadah lagi. Fittings untuk pipe, flanges, elbows, olet, access fittings dan 1001 jenis, type dan specification of that materials bro..

iii. Manpower
Perlu tahu apa job description untuk rigger, welder, fitter, NDT technician, blaster painter etc. Part ni tak payah sangat, banyak turun visit kat site cepat sikit faham.

iv. Consumables
Kalau masa sekolah dulu, lecturer sebut indirect material. Ni la benda nye dik.. electrode, sand paper, paints materials, grinding disk, cutting disk etc. Berlambak-lambak nak kena kenal dan ambil tahu. Sekarang ni pun, aku sendiri kadang-kadang tanya anak buah nama barang-barang ni.. hehe teruk betul.

4th step – Apply your knowledge
Untuk pengetahuan adik-adik di luar sana, process belajar tentang 4 perkara di atas memang mengambil masa, bukan satu malam atau satu tahun. Aku sendiri sampai hari ni tak tamat belajar pun lagi, ada je benda baru dalam industry ni. Yang penting, kena teruskan belajar dan tanam sikap ingin tahu, jangan menyombong yang kita ni seorang engineer. Banyakkan habis masa duduk dengan construction dan fabrication crew tu, interview mereka dan tengok cara mereka bekerja. Memang dia orang tengok kita sebagai fresh engineer ni, berbulu la, tapi thats what we have to accept it.. dulu aku pun gitu jugak lah.. kena kelentong tu biasa ler.