Site visit at Tapis A platform

Thursday 21st January 2010

Tiba di Helibase Kerteh jam 9.30am. Lewat dah tu nasib baik sempat check in. Ada problem dengan nama aku di database Helibase Kerteh. Aku dah agak dah sebab aku punya safety passport dengan Exxonmobil rasanya dah expired. So aku serahkan Shell safety passport, wow settle with no question at all. Power jugak Shell punya safety passport ni. Exxonmobil dan Petronas safety passport memang confirm tak bleh guna untuk naik ke Shell punya platform.

New regulation sekarang, mana-mana individu yang nak ke offshore Exxonmobil diwajibkan memakai coveral ketika check in. No coveral boleh blah hari tu juga, coveral pulak must be Fire Retardant Coverall (FRC) type. Normal coveral boleh blah.. biasanya NOMEX punya coverall.. kalau ada yang geli-geli nak pakai jeans dengan t shirt untuk ke offshore, geli-geli lah kau seorang..

Masuk briefing room, layan safety video briefing. Video briefing yang terbaru punya, last sekali aku tengok MHS punya safety briefing ialah last 2 years. Banyak scene baru dalam video clip tu.

Abis briefing, nama aku dan group aku tidak di panggil, memang sah kena bounce lah ni. Happy giler kalau kena bounce, boleh lepak dulu.. dapat chopper petang pun tak apa. So flight despatch cakap, chopper tengahari pukul 2.45 yessss.. so start kereta balik rumah di Chukai dulu.. sempat peluk bini sekejap hehehe…

Kena bounce chopper ni sudah biasa di sebelah Terengganu oilfield ni bro.. chopper pagi defer tengahari itu kecik punya hal.. kena bounce 2-3 hari pun sudah biasa kena. Ahad check in, kena bounce. Isnin check in lagi, kena bounce lagi, Selasa check in baru boleh naik ke offshore pun itu biasa juga.

Nak salahkan MHS dalam hal ni pun tak boleh, chopper tak lah banyak sangat, kadang-kadang client punya requirement tu yang banyak mengubah schedule flight, kadang-kadang issue chopper tak fit pun ada.. so kalau korang kena bounce tu jangan lah bengang.. company korang mesti bayar gaji hari di mana korang standby kat airport Kerteh tu. Aku kalau kena standby kat Helibase Kerteh seminggu pun takpa.. best apa daripada masuk office hehehe..

Orait,

Pukul 1.30pm balik semula ke Helibase Kerteh. Check in semula bang.. ada laptop ka camera ka kena isi form untuk declaration. Then masuk briefing lagi, 2 kali dah hari ni layan video tu. Gezzz nama group kita orang dipanggil, masuk departure hall. Cehh.. ingatkan kena bounce lagi.

Team aku ada 4 orang, General Supervisor, Rigging Foreman and Fitter Foreman, aku biasalah Engineer cap ayam. Destination, Tapis Alpha. Purpose, site visit and look look see see.. Hmmm.. itu lah kerja aku kalau aku gi offshore. Sebab tu aku malas nak gi offshore, bukan buat kerja physical pun.. kerja geli-geli jer.

Position, Structural Engineer, perghhh.. tapi kalau takde General supervisor, takde foreman.. haram aku tak confident. Dari sudut ranking memang ler aku tinggi dari 3 orang ni, tapi dari sudut field physical experiance memang aku kat bawah.. itu yang aku cakap cap ayam tuh.

Kalau gi offshore, orang tengok Engineer naik platform, nampak gah jer, tapi korang-korang position rigger, scaffolder, welder fitter semua tu korang tau ke yang aku ni bukannya pandai pun hahahahahah… General Supervisor tu, nak dapat title GS tu, start dari bawah bro.. jadi kuli dulu, jadi helper, kemudian jadi rigger atau dari fitter.. then kerja 5-6 tahun upgrade jadi acting foreman.. baru acting foreman, bukan full foreman lagi.. kerja lagi 4-5 tahun kalau client betul-betul confident baru lah client ni approve jadikan dia orang ni General Supervisor.. ingat senang ka.. so setakat nak compare experiance dengan aku, aku ni layak jadi helper pada dia orang jer.. true story.

Sama lah dengan Project Engineer sebelah client tu.. cuba suruh dia orang tu yang buat rigging job ka, welding job ka, kerat lapan belas pun memang tak reti.. sama je macam aku ni..

Orait bro, chopper sudah ready untuk depart, so pakai safety jacket.. pastikan garisan kuning adalah selari hehehe.. itu macam video clip cakap lah. Maka beraturlah kita orang menuju ke SPP Super Puma Chopper.. jalan tundukkan kepala takut kipas chopper potong rambut kita orang.. tak payah tunduk pun takpa bukannya rendah pun kipas tu..

Dalam chopper, mengucap banyak-banyak, salawat ke atas Nabi, baca lah apa-apa yang patut at least kalau pendek umur pun itu yang last sekali kita sebut kan. 2 tahun dah aku tak naik chopper.. asyik naik MAS dengan MASWING jer.. ada sterwardess gebu-gebu, dalam chopper tarak bro.. dah lah panas dalam chopper, air cond takde. Kipas ada pun tak guna jugak, sebab kipas duk kat luar hahahaha..

Tak lama kemudian sampai di Irong Barat A (IBA).. transit sekejap untuk membolehkan crew yang daily trip ke sattelite platform. 15 minit lepas tu naik chopper semula.. sampai di Tapis Delta.. rest 30 minit sebab chopper abis minyak, so isi minyak dulu di platform tu. Sempat lah ngisap dulu.

2.50pm chopper berlepas dari Tapis Delta menuju ke Tapis Alpha. Gezzzz… akhirnya sampai juga aku dan team aku ke destinasi. Turun dari chopper, masuk ke briefing room. Layan safety video lagi dan register dulu. Itu lah the first thing yang perlu di buat kalau tiba di platform. Declare ubat-ubatan, declare cd, disket dan thumbdrive. Take note bro, kalau dalam thumbdrive tu ada virus elok ler scan dulu kat rumah, nanti IT system di platform akan trigger dan boleh jadi issue. Kalau ada file separuh, full naked atau video clip blue dalam kebun kelapa sawit tu baik tak payah bawak naik platform.. jadi issue nanti. Dulu OK sekarang ketat sikit bro..

Oleh kerana kita orang sampai di Tapis A tu dah lewat, nak apply working permit pun dah lewat juga lah.. so hari pertama kita orang di sini hanyalah makan tido sahaja.

Malam, lepas sembahyang jamak Maghrib and Isyak tu, turun ke construction office. Isi working permit untuk esok punya kerja. Gezzzz bukan kerja aku pun isi form permit tu, tapi takpe lah.. adehhhh ingatkan dah settle rupanya JSA dan procedure untuk site visit kena buat jugaakk.. nasib baik ada gang-gang company lama aku dulu, copy paste jer lah.. aduhaii payahnya nak kerja di offshore.

Dinner, supper, tengok TV, tido.

Friday, 22nd January 2010.

Seawal 05.45am dah bangun.. kalau kat rumah masa-masa macam ni masih kena peluk di bini lagi. Syahdu abisss..

Breakfast, seawal 6.15am.. lepas tu morning meeting dengan semua crew yang berada di Tapis Alpha. Masa aku gi tu ada sekitar 60 orang jer termasuk Exxonmobil punya staff. Baca doa, safety UCUX, permit read out, floor comment, supervisor comments and PIC comment. Ngantuk zzzzzz…

7.00am cold permit approved by PIC. Team aku turun kat cellar deck and sea deck.. nampak lah riser guard yang menjadi sebab kenapa team kami dikehendaki datang ke Tapis Alpha ni….. adehh besarnya riser guard yang aku nak repair ni. Berat riser guard ni lebih kurang 40 tonnes. Berat lah tu. Job description, lift up and swing riser guard. Install bracings, replace riser clamp. Hmmm.. kerja ni simple jer tapi disebabkan areanya tu dekat dengan riser, actuators, valves dan congested area.. so memang menyakitkan hati lah.

Walaupun bukan aku yang akan buat kerja tu nanti, akan tetapi jobcards dan Site Specific Procedure yang aku prepare itu lah yang akan di jadikan guideline pada crew aku nanti. Andaikata SSP aku tu tip-top maka alhamdulillah, kalau screw up.. maka kena screw lah aku nanti. Engineer yang gi kat platform memang goyang kaki goyang telur jer, tapi balik ke office banyak lah paperwork yang nak kena submit.. 3 orang lain tu balik rumah terus boleh lupakan apa yang dah mereka buat ketika site visit tu. Gezzzz…

Abis sehari site visit di riser guard. Letih jangan cakap lah naik turun tangga. Tapi syok juga duk kat sea deck tengok ikan-ikan kat bawah tu.. kalau free boleh memancing.. semalam gang-gang tu memancing dapat tenggiri 7 kilo.. wowww.. ikan fresh.

Hari ni 22nd January 2010, kalau aku masih di company lama di Miri mungkin aku sedang bersama-sama kawan-kawan aku di Annual Dinner di Eastwood, Miri. 14 hari jer memisahkan aku dengan event tu, dapat rasakan happy nya mereka di annual dinner tu. Dari email-email yang mereka cc kat aku, nampak excited sangat… hmm.. takpa lah. Tuhan dah tentukan segalanya untuk aku di sini. Cewah..

I miss all of you my friends, Morris, Leena, Jo Ann, Karie, Tina, Shawal, Cap Ooi, Sis Laila, Rossa, Elena, Nana, Siti Faridah, Faridah, Cap Nasir, Adi, Izad.. adeh banyak la kalau nak tulis kat sini..

Takpa lah.. tido lagi best.. gud nite.

Saturday 23rd January 2010.

Continue site visit di riser guard.. tapi hari ni aku solo gi di PM9 deck untuk job no 2. Aaiyaaa berkarat dan reput dah deck ni.. so client nak aku buat report dan recommendation dari aku berkenaan dengan status condition deck tersebut, aku tengok sekejap jer, takde mood. Aku akan buat recommendation, tukar semua dengan yang baru hehehe.. mudah jer kerja aku.

Half day jer hari ni, sebelah petang buat drawing dan jobcard serta Site Specific Procedure. Masa ni lah kepala otak 3 orang otai itu diperlukan untuk berikan aku idea for jobcard and SSP. Dia orang cakap, aku tulis.. dan aku elaborate sikit-sikit. Itu lah kerja aku. Berapa tonne punya sling, shackle, padeyes etc tu biarkan engineering consultant yang kira, itu bukan kerja aku. Kalau salah calculate biarkan datangnya dari consultant. Cehhh.. nama jer engineering consultant, siap stamping dengan IR stamp lagik, tapi drawing and measurement hancusssss… cap ayam betul.

Sunday 24th January 2010.
OK lah.. chopper balik ke Kerteh akan sampai sekejap saja lagi. Aku tak sabar-sabar nak balik ke darat.