Home » Oil & gas » Site Inspection Visit (SIV) at St Joseph Platform

8

17th August 2009

Kelam kabut pagi ni, Shell safety passport aku tak siap lagi. Pukul 2.50pm dah nak depart to Kota Kinabalu. Takde safety passport ni baik tak payah fly, takde maknanya. Shell ni memang straight. Macam aku cakap lah, kalau ada Petonas atau Exxonmobil punya safety passport tu tak bleh pakai jugakk.. Shell tetap nak Shell punya safety passport.

Aku dikehendaki oleh Shell Sarawak Berhad (SSB) ke St Joseph Platform untuk Site Inspection Visit pada 18th August 2009. Aku akan pergi bersama-sama Safety Officer, Marine HSE Coordinator, SSB representative dan other contractor representatives.

Gezzzz.. Doctor pulak tak boleh nak endorse safety passport aku, sebab katanya result doctor yang aku beri tu fail di part Audiogram hearing test.. so aku kena repeat test, on the spot aku buat.. nasib baik pass. Weii.. telinga aku ni OK apa.. cuma kadang-kadang tu jer payah sikit nak dengar kata … :)

Check in di Miri Airport jam 1.30pm, depart jam 2.45pm naik Airasia. Apa class la naik Airasia.. cut cost..cut cost.. company suruh cut cost.

Ini Airasia stewardess la..

Sampai Kota Kinabalu International Airport KKIA, agent datang pungut kita orang naik Pajero, ingatkan Limousine hehehe.. hantar kita orang di Promenade Marina Court Condo, hmm.. OK lah can see the waterfront..

Lawa juga bro permandangan dari sini, nampak Pulau Gaya yang indah… nampak dari kejauhan rumah ataih air bro.. boleh tengok orang main jet ski .. kapal kapal nelayan alongside tepi jetty.. gezzz ok lah boleh lah buat ubat kedukaan dari Miri cewahh..

Sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Waterfront ni merupakan tempat untuk melepak yang popular bagi masyarakat local dan juga para pelancong.. OK lah not bad lah.

Hmm.. korang tau tak Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton? Pada 30 September 1967, Jesselton diberi nama Kota Kinabalu.. aku pun tak tau.

Petang tu kita gi jalan-jalan sekitar Pasar Philiphino tu.. gezzz hampir semuanya orang Philiphino, samaada pure Philiphino, keturunan Philiphino tapi born in Sabah, pelarian haram atau entah halal atau apa-apa lah payah aku nak tulis.. tagalog ka entah la. Yang aku tau awek Philiphino ni kita panggil Arroyo..

Di pasar ni, betul-betul tepi muara sungai, berpuluh puluh peniaga menjual sayuran, ikan, ayam, dan barangan-barangan basah kering dapur, buah buahan, belacan, kuih muih .. cari punya cari punya cari.. budu jugak yang takde.. frust giler. Aku rasa satu penghinaan terhadap budu.. perghh!!

Petang tu, kita singgah kat satu dari gerai Pinoy ni.. entah la gerai yang mana satu sedap, nampak semua sama jer yang jual ikan bakar, sotong bakar, udang bakar.. untuk pengetahuan korang lah, gerai-gerai ikan bakar ni hanya jual ikan bakar, sotong bakar etc, dan nasik putih jer.

So kalau nak makan makanan lain memang takde.. air pulak tu air kosong jer.. nak tomyam ka, sayur campur ka.. hatta telur goreng pun takde.. itu tempat hanya serve ikan bakar, sotong bakar etc dan nasi putih je.. gezzzzz tak la best sangat.. abis la jugak tiga pat puluh ringgit layan pari dengan ikan kerapu merah..

Malam tu, aku bawak client rep ni dinner, biasa la kan client kita musti kena jaga.. betul tak cakap aku. So Manager aku cakap, bawak dia makan seafood.. So aku bawak dia pi makan Ocean Seafood. Hmm.. ramai jugak orang..

Menu malam tu, ikan bakar seabass, siput (gezzzzz.. aku satu pun tak makan, uwekks..), sayur, tomyam, ketam masak kari.. tak la sedap sangat pun, damage malam tu RM310.00 .. takpe aku claim la nanti gezzzz..

Malam itu, tak kemana, jalan-jalan sekitar apartment dan tido.. seawal pukul 3.30am esok dah nak kena bangun …..

bersambung..

8 Responses to “Site Inspection Visit (SIV) at St Joseph Platform”

  1. 1
    hang nadim says:

    Selamat Berpuasa Tuan Eddyra, gadis yang ko snap sapa pulak? Dulu masa ko belajar kat US mana ko dapat Stok Budu….takan dekat Kota Kinabalu takder.. Ikan Bakar tu kalau layan Budu perah limau letak cili padi letak bawang sikit baru meletop…haha

  2. 2
    eddyra says:

    [quote comment="9293"]Selamat Berpuasa Tuan Eddyra, gadis yang ko snap sapa pulak? Dulu masa ko belajar kat US mana ko dapat Stok Budu….takan dekat Kota Kinabalu takder.. Ikan Bakar tu kalau layan Budu perah limau letak cili padi letak bawang sikit baru meletop…haha[/quote]
    dulu kat UK bro bukan US.. gambo awek di atas itu adalah stewerdess airasia, takde maknanya bro.. perh semalam bukak puasa layan pari bakar bro,….

  3. 3
    Tie says:

    Salam Ramadhan dari Kak Tie….

    Uwaa……pasar Filipino ! kak tie tak pernah ke sini… Makanan kat sana sedap tak ?

  4. 4
    nono says:

    OMG.
    i thought eddyra is a girl.
    n i thought the stewardess is u.hahah.neway, ur blog very useful..thanks a bunch for the info. (:

  5. 5
    myfault says:

    [quote comment="9301"][quote comment="9293"]Selamat Berpuasa Tuan Eddyra, gadis yang ko snap sapa pulak? Dulu masa ko belajar kat US mana ko dapat Stok Budu….takan dekat Kota Kinabalu takder.. Ikan Bakar tu kalau layan Budu perah limau letak cili padi letak bawang sikit baru meletop…haha[/quote]
    dulu kat UK bro bukan US.. gambo awek di atas itu adalah stewerdess airasia, takde maknanya bro.. perh semalam bukak puasa layan pari bakar bro,….[/quote]
    woww
    kalu budu ngan ikan bakar memang best,
    tp kalau seafood tu ermmmm xrok cetong.

  6. 6
    E&I says:

    aku paling malas kalau time pose kna gi site..lai2 gi blah sabah gan sarawak..xbleh blah makan kt sana..cukup la tahun lpas kena pose kt labuan..cam hampeh..

  7. 7
    safetyman says:

    brader eddyra,

    brader xde job ke untuk hse, dh sthun pegang greenbook xdapt rezeki lagi ler untuk masuk safety oil & gas.. ade cable mane2 tak yang boleh masuk line…

    tlg bgi info ckit, anyway selamat berpuasa..

  8. 8
    babyhma says:

    selamat berpuasa untuk en.eddyra…..semoga tabah kerana berpuasa jauh dari family….

Leave a Reply