OK bah Suzie bawak aku menuruni ke Pekan Kundasang yang terletak lebih kurang 100m dari tempat mini bus tadi berhenti.. aku tengok brader-brader kat situ semua pandang aku, aku dah rasa cuak mana lah tau nanti silap hari bulan aku kena belasah, aku tanya Suzie apasal dia orang tengok-tengok aku.. atau pun Sumandak Suzie ni punya bopren nampak aku kang mampuih aku.. Jawab Suzie sebab mereka tau aku ni bukan orang tempatan, dia orang tau aku ni orang luar, dengan kata lain dia orang tau aku ni orang Semenanjung.. ha ha ha..
Kami sampai di sebuah pekan kecil, ada deretan kedai yang jual barangan-barangan dan kedai makan. Kedai mamak pun ada bro. Ada kedai snooker, ada kedai entah apa aku pun dah lupa lah.. dan ada satu-satunya bank di pekan tersebut, Alliance Bank kalau tak silap aku.
Di tengah-tengah deretan bangunan tu ada satu square dan menurut sumandak ni, setiap tahun akan diadakan pesta kobis, err macam pesta kobis siapa paling lawa paling besar gitew.. betul eh Suzie?
Abis minum err tadi tak cakap eh aku berhenti minum ehh.. belasah ler.. Suzie kata nak bawak aku ke Mount Kinabalu Heritage, Resort and Spa, tempat dia buat part time dulu dan katanya dia syorkan aku bermalam di situ.. OK bah kala kao.. Naik mini bus lagi, bayo RM4.00 serang dan sampai di puncak bukit di mana terletaknya Mount Kinabalu Heritage, Resort and Spa ni.. wahh cantik tempatnya.. dan dari puncak bukit ini aku dapat lihat satu permandangan yang cuuukup indah terbentang.. puncak gunung Kinabalu yang orang duk sohor sangat tu. Permandangan di kaki gunung yang sayup-sayup mata memandang, kawasan-kawasan penempatan, jalan-jalan kecil, padang-padang dan kawasan hutan yang masih cantik. Aku rasa terkesima sekejap.. betul ke penggunaan word tu? Teruja aku dengan keindahan kaki gunung, rasa macam tak nak balik dahh.. aku benar-benar asyik gitu kata orang.. memang jatuh cinta abiss lah.
Suzie bawak aku pusing-pusing dalam resort tu dan memperkenalkan aku kepada staff hingga ke GM, ceh apa lah Suzie ni.. macam lah aku ni VIP .. Apa yang menariknya Suzie tunjuk sorang-sorang kawan dia yang berketurunan Dusun tu, aiseymannn semuanya putih-putih kulit gitu, yang lelaki pun cerah-cerah jer, aku rasalah kan aku yang paling kelabu asap kat resort tu. Memang benarlah kata kawan aku sumandak-sumandak di sini cantik-cantik belaka. Aku nak snap gambo sorang-sorang tapi tak kesampaian pulak.. Emm.. patutlah ramai kawan aku yang nikah sorang lagi bila sampai di sebelah sini.. ehem..
OK aku check in, rate OK lah boleh tahan tak mahal sebab dia orang consider Suziah punya guest.. baiikk punya rate, aku dapat chalete dalam hutan, room full sebab kebetulan masa tu TYT Sabah ada function kat situ.
OK dah nak malam maka kami pun berpisah buat sementara, dan masa itu lah baru kami bertukar nombor handphone dan aku baru tau nama sumandak ni Suziah hahaha ..
Malam pun berlalu dan kami dinner di resort tersebut, abis tu nak makan kat mana lagi.. kedai kat bawah bukit tu semua dah tutup. Makan jer lah kat resort tu kalau ikutkan hati aku nak makan masakan orang Dusun tapi mungkin esok lah kut.. sambil makan sambil bercerita. Apa yang dia cerita tak semua aku ingat lah…
Sejuknya malam tu, adehh sampai ke tulang hitam. Apa nak buat malam tu pun aku tak tahu, nak merayap ke Pekan Kundasang takde transport, nak duk kat chalate bosan jugak sorang-sorang.. so aku masuk karaoke resort tu.. layan coke segelas sambil duk tengok orang men-sumbangkan lagu..
Sekitar jam 12.00 malam aku masuk chalate, adehh seram gila.. chalate dalam hutan bro.. dalam hutan. Aku rasa macam kecut batu pulak malam tu tengok pokok-pokok tinggi kiri kanan bersama-sama desiran angin yang mengalunkan bunyi yang membuatkan jantung rasa nak terhenti.. seram memang seram, terimagine lansuir terbang dari pokok ke pokok.. nak tak nak kena lah tido sorang-sorang, tak kan aku nak panggil Suzie pulak temankan aku.. kuang kuang kuang..
Malam tu sejuknyerr.. memang best kalau pasangan honeymoon datang kat area ni, atau pasangan laki bini nak menambahkan keturunan.. he he he..
Esok jam 8.00 pagi aku bangun, haha miss sudah Subuh bro.. hek eleh at least aku tak hipokrit kan.. turun bawah dan breakfast sensorang kat resort tu, janji dengan Suzie nak jumpa jam 10.00 pagi..
Jam 10 lebih Suzie called. Kami menuruni bukit resort tu dan melalui di tepi-tepi rumah masyarakat Dusun, memang ini yang aku nak tengok. Nak tengok rumah mereka dan kehidupan seharian mereka. Sepanjang perjalanan tu Suzie tak henti-henti bercerita.. aku pulak tak henti-henti tanya tup-tup sampai semula ke Pekan Kundasang.. aku cakap aku nak bermalam di kampung Suzie, Suzie cakap OK kat kampung dia ada homestay, yess itu yang aku cari. Kalau boleh aku nak bermalam disebuah rumah orang Dusun, makan masakan orang Dusun dan bergaul dengan mereka.. tapi siapalah yang sudi terima aku ni… kawan-kawan pun bukan sanak saudara jauh sekali. Lain lah kalau ada yang sudi buat menantu.. ehem.. ni kalau wife aku baca mesti terbakar ni hahaha..
Seterusnya Suzie membawa aku kepada satu tempat yang bersejarah di Kundasang, iaitu Kundasang War Memorial. War Memorial ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang mati di Sandakan.
Dibina pada 1962, taman ini memperingati perjalanan maut ke Ranau dan memperingati rakyat tempatan yg sanggup berkorban untuk menyelamatkan tahanan perang tersebut. Adeh.. jahat Jepun ni..
Aku ajak Suzie ke Pekan Ranau yang terletak tidak jauh dari Kundasang tu.. macam biasa lah kena tunggu mini bus penuh dulu.. adehhh patutlah kawan-kawan aku cakap lebih baik gi dengan kereta sewa jer, mudah nak bergerak. Sementara nak tunggu mini bus tu penuh, Suzie bawak aku jenjalan kat gerai-gerai sepanjang pekan tu.. wahh penuh dengan sayuran dan buah-buahan.. tapi hampir kesemuanya pernah aku lihat di Semenanjung, cuma ada 2-3 jenis je yang takde kat Semenanjung.. macam tu jugak lah dengan makanan-makanan yang di jual di situ, ada kerepek yang diperbuat dari ubi kayu, ada entah apa nama entah Suzie ada cakap tapi aku lupa pulak nak tulis nama-nama makanan tu. Madu pun banyak di jual, aku called wife aku nak madu tak, dia cakap tak mboh! He he he..
OK mini bus dah penuh, kita bergerak ke Pekan Ranau.. di sepanjang perjalanan tu banyak terdapat chalate dan cottage untuk pelancung seperti aku.. mata tak puas memandang permandangan di kiri kanan yang penuh dengan kehijauan bumi Kundasang.. cewah.
Sampai di Ranau, hari minggu ramai jugak orang mengunjung Pekan Ranau ni.. OK lah ada bangunan bertingkat, ada stesyen taxi dan bas.. ada kedai makan, kedai hardware tapi aku tak berminat pun, aku ajak Suzie gi pasar kat pekan tu.. tengok apa yang mereka jual.. ada sesetengah yang tak pernah aku tengok pun.
Orait times up, Suzie ajak aku ke kampung dia.. tapi aku bimbang takut-takut kedatangan aku ni menyalahi adat, atau pantang larang masyarakat setempat. Suzie kata takde nyer. So macam biasa tunggu mini bus penuh dulu… dah penuh baru boleh jalan bah.
Sampai di perkampungan Suzie ni, sukanya aku. Aku berada di perkampungan masyarakat Kadazan Dusun, Kampung Pinausok namanya…
Bersambung..