Petronas smartcard

Salam semua,

Ada sesiapa nak apply Petronas smart card ke.. mudah je bro, macam nak apply credit card ke? Tak pun, takde perlu hantar statement gaji semua tu. Gurau je, nak dapatkan card ni bukan la mudah, banyak perkara perlu dilakukan sebelum card tersebut sampai ke tangan kita.

Apa kebender nya Petronas smartcard ni.
Petronas Smartcard ni ialah sekeping card. Bentuk dan sizenya kurang lebih seperti card credit tu jer. Apa ada dalam card ini aku tak tau secara detail, itu perlu tanya dengan tukang process card ni lah. Di hadapan card ni ada tulis ‘Offshore Safety Passport’ dan nama kita.

Di belakang card ini, ada BOSIET expiry date, medical expiry date dan full name kita.

So apa pentingnya smart card ni.. OK tanpa smart card ni anda tidak boleh ke pergi mana-mana Petronas platform. Smart card ini adalah passport anda untuk ke ofshore. Sama macam international passport, kalau takde passport maka kita tak boleh ke oversea.

Bagaimana nak apply Petronas smartcard.

  • Medical check-up
  • Anda perlu menjalani medical check-up di mana-mana approved Petronas clinic. Test rabun warna ke tak, telinga OK ke tak, cholesterol level, X-ray buah dada keh keh keh, urine punya status dan banyak lah yang dia recordkan. Dulu aku failed hearing test.. untuk pengetahuan anda, hearing test ni perlukan concentration sebab tu test ini dibuat dalam bilik yang tertutup dan sound proof, anda akan dipakaikan headphone dan apa yang anda perlu buat ialah tekan panel button bila terdengan bunyi tut tuut tuut .. bunyi semakin slowwww…. aku failed yang ni bro. Cap ayam betul, telinga tak dengar kata.

  • BOSIET certificates
  • Hari ini dipanggil BOSIET atau Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training. Dulu orang sebut offshore safety courses je, payah nak sebut panjang-panjang. Minimum courses yang diperlukan ialah:

    • Offshore Safety,
    • Sea Survival,
    • HUET with EBS,
    • First Aid &
    • Fire Fighting / Self Rescue

    Ini sahaja courses yang diperlukan bro, harga course ini di TSTC, Kemaman ialah RM1,980.00. Course selama 3 hari. Sila visit website untuk schedule, course price dan lain-lain course kalau berminat. Lain-lain tempat, aku tak pasti tapi sila check lah untuk kepastian. (I am not affiliated with Terengganu Safety Training Centre TSTC)

    Aku suka gi course ni sebab aku boleh off handphone selama 3 hari, takde gangguan dari sesiapa. Macam cuti 3 hari lah. Cuma ada satu perkara yang membuatkan aku rasa malas nak gi, pertama kena terjun ke dalam kolam setinggi 15 kaki, kedua kena lalui saat-saat helicopter terbalik dalam air.

    Peringatan: Medical check-up report mesti dibawa sebelum menjalani BOSIET.

OK tuan-tuan, selamat terjun dan selamat minum air kolam, jangan lupa ajak kawan-kawan sekali. Air kolam banyak tu. Makan minum selama 3 hari di tanggung kalau di TSTC. Lain-lain tempat aku tak pasti.

Petronas Safety Passport – yang lama punya

Selesai saja course 3 hari tersebut, course center akan serahkan certificates tu pada kita. Walau bagaimana pun ini bergantung juga kalau company yang bayarkan kita perlu tunggu company settlekan payment baru lah dapat certificates tu.. kalau sendiri bayar, hari terakhir course kita akan dapat certificates tu. Kalau ada duit lebih tu elok buat sendiri, certificates tu kita punya, kalau company yang buatkan, maka company akan simpan certificates tu dalam almari. Biasa macam tu lah.

Sekarang kita sudah ada BOSIET certificates dan medical check-up report, nak dua perkara je lagi iaitu sekeping gambar dan ic copy. OK kita list kan semula perkara-perkara yang diperlukan untuk memohon Petronas smartcard:

  • Medical check-up report
  • BOSIET certificates
  • IC Copy
  • Gambar passport size – 1 keping.

Dah boleh apply smartcard ke? Masih tak boleh bro.. sebab? Sebab kita tak kerja dengan company yang ada contract dengan Petronas Carigali Sdn Bhd? Petronas Carigali tak akan keluarkan smartcard pada orang persendirian. Kalau ada tu kira special case sangat la tu. Sebab itu lah wujudnya company di luar sana yang provide service dengan bayaran antara RM200.00-RM250.00 untuk keluarkan sekeping smartcard ni. Salah tu bro.. dan ada company yang diambil tindakkan kerana sediakan service ni. Apapun bagi aku OK jugak ada service macam ni, sekurang-kurangnya dapat juga smartcard, kalau takda payah la jugak kan.

Kalau kita tidak bekerja dengan oil and gas company, untuk apa kita apply smartcard ni? Tak ada keperluan pun. Andaikata ada company offer kita kerja di offshore, company tersebut akan apply card untuk kita for FREE.. tak payah bayar sesen pun.

So, dah ada BOSIET ni nak buat apa tapi kalau tak dapat ke offshore? Ada ke takde BOSIET ni bukan penentu anda akan dapat kerja di offshore, akan tetapi kalau ada BOSIET maka peluang anda lebih cerah. Sebab? Sebab anda sudah ready berbanding orang lain yang perlu menjalani course terlebih dahulu. Kebanyakan company hari ni prefer candidate yang dah ada BOSIET, kalau aku jadi tokey pun aku malas nak sponsor dia orang ni, entah-entah naik 1-2 trip dah blah masuk company lain.

Itu saja lah sedikit sebanyak panduan untuk mendapatkan Petronas Smartcard ni, cerita ni tak habis sebab smartcard tak dapat ke tangan kita kan. Takpa bro, dapatkan kerja dulu, nanti orang opis tersebut akan apply kan untuk anda.

Oil and gas job vacancies

I received this job vacancies via email:
——————————————————–

Saya ada dpt info job vacancy.. Kalau ada kawan2, tolong inform yer..

1. Iran Project

a. Engineers
Any discipline with 4 years experience in Oil & Gas.
Offshore experience is preferable. Few positions available.
Project duration : Long contract (more than 2 years)
BOSEIT is a must

2. Thailand Project

a. Crane Operator
Offshore experience is preferable. 2 positions available
Project Duration : 1 year
BOSEIT is a must

b. Rigger Scaffolder
Offshore experience is preferable. 30 positions available
Project Duration : 1 year
BOSEIT is a must

Please submit CV to fazri99@yahoo.com
or contact Fazri 019 – 219 6174 for detail.

Best regards,
Fazri Idris
019.219.6174

Selamat Hari Raya

Wish you a very happy and peaceful Aidilfitri to you and all muslims brothers and sisters around the world. May this year’s Aidilfitri give you all the happiness and joy of this world. Hope that the blessing of the Al-Mighty be with you all the time.
Amin.

August 16, 5th year eddyra.net

August 16 is my actual blog anniversary, I have been officially blogging on and off since 2007.

Kalau diimbas kembali, first time aku diperkenalkan dengan internet ni sekitar 1995. Masa tu duk layan irc. Belajar sikit-sikit command-command dalam irc tu, lepas tu mIrc pulak muncul. Selepas mIrc tu memang aku tak active dah. Masa tu aku baru reti nak search Yahoo.. sesuatu yang baru bagi aku. Seingat aku masa tu Babyrina memang sohor di internet, kalau sapa-sapa masih ingat lah.

2002, buat pertama kali dalam hidup aku beli sebuah computer. Cap ayam jer, monitor tube yang gemuk tu. Beli dial-up modem dan prepaid Tmnet gambar Siti.. nak buat connection punya lah sakit hati. Bunyi modem dah la satu hal. Surfing slow macam siput, kalau boleh download 1mb tu kira suka sangat dah tu.

Dari hari ke hari, aku duk buka website tu dan website ni. Terasa nak buat satu personal homepage. Fail fail fail.. mana aku ada belajar HTML pun. Lepas tu cousin aku ajar basic HTML, maka jadi lah satu static homepage pakai free hosting bravenet. HELLO WORLD! Kemudian aku bercerita pasal seorang scandal lama aku di homepage aku ni. Siap ada lagu lagi. Lepas tu homepage tu hilang entah ke mana. So, itulah pertama kali aku ada sesuatu yang boleh aku publishkan di dunia internet.

Masa berganti masa sampailah tahun 2006.. masa tu kecoh sangat pasal google adsense, passive income dan macam-macam lagi. Aku rasa berminat nak buat satu website, atau homepage atau webpage entah aku tak tau blog tu apa pun. Google menjadi tok guru, so akhirnya aku memilih untuk membuat satu blog. Aku register di blogspot.com .

http://eddyra.blogspot.com merupakan blog pertama dalam hidup aku, tapi entah macamana blog tu terkubur macam tu jer. Lama juga lah aku rahsiakan blog tu dari pengetahuan dunia luar. Namun blog tersebut masih hidup sampai hari ini. Pada masa yang hampir sama, aku turut register satu blog di wordpress.com, maka jadilah satu blog lagi di http://eddyra.wordpress.com .. tapi blog wordpress ni mati macam blogspot juga.

May 2006, aku rasa nak buat blog, betul betul punya blog. Surf sana surf sini cari ilmu untuk adakan satu blog. So registered la dengan hoster Malaysiahoster.com. beli domain intaionline.com, dan hosting package RM60.00 setahun. Beli satu lagi domain oilgasfield.com dan ebookmatters.com sebab tamak sangat nak letak adsense ads. Merapu betul masa tu dok tengok website orang lain punya.. Aku rasa perlu ada bahasa Melayu blog, so aku beli satu lagi domain eddyra.net pada 16th August 2007.

So pada 16th August 2007 aku launched www.eddyra.net yang anda lihat sekarang.

Memang lah target aku nak adakan blog pada masa tu untuk adsense ads ni, tapi entah camana sekerat jalan je Google dan terminated aku, takpe lah bukan rezeki aku la tu. Semua domain yang lain dah aku terminate, dan tinggallah blog aku ni sampai hari ni.

Maka bermula lah aku dengan entry dan posting cap ayam aku. Kalau aku click semula tahun 2007 punya entry, aku sendiri rasa malu bro.. macam sampah punya entry. Cilok orang lain punya content pun ada kah kah kah..

Tahun berganti tahun blog aku ni terus hidup dengan silent readers yang tersendiri. Blog bodo aku ni terus berkembang dari hari ke hari dengan entry yang entah apa-apa. Secara tak langsung, blog ni dah jadi sebahagian dari hidup aku. Ada saja yang nak aku tulis, idea tengah banyak. Sehingga lah suatu ketika aku berperang dengan GM company lama aku, aku tulis juga dalam blog nih, sampai kena investigate dek HR. Panas sekejap. Title masa tu, “GM cap Ayam“. Namun, atas rasa bersalah pada diri sendiri, aku sendiri memohon maaf dari GM tersebut.

Tak lama, dalam tahun 2011 kawan aku sampaikan pada aku blog aku ni sedang disiasat dan akan di bawa ke court sebab ada di dalamnya kandungan mengenai sebuah platform di offshore sana nu. Menurut kawan aku ni, company tersebut rasa tersinggung apabila parti politik pembangkang menggunakan entry tersebut untuk menentang kerajaan. Aku tergamam seketika. Terkesima bro.. Tapi setelah aku baca balik entry tersebut, aku dapati takde apa-apa yang salah pun. Photos dalam tu pun photos dari website lain, bukan aku yang snap. Masa berlalu begitu je dan alhamdulillah sehingga kini takde apa-apa yang berlaku. Harap-harap takde apa-apa lah kan.. nak saman aku, mana aku ada duit berjuta-juta.

Blog aku ni pun ada pasang surut, kadang-kadang Ok kadang-kadang 2-3 bulan takde entry macam rumah puaka lah. Aku kekurangan masa nak update, tambahan lagi dengan workload aku nih.. busy bro. Selama 5 tahun ini,

  • Aku dah menulis sebanyak 570 posting
  • 11,249 comments.
  • 1,858,665 views all times.
  • Average 1018 visitors per day termasuk bots bodo.

Tak ada apa nak dibanggakan jika dibandingkan dengan blog orang lain. Blog aku blog cap ayam jer. Blog syok sendiri. Aku akan terus menulis di sini biarpun pada masa itu dah takde orang nak baca tulisan aku, ini adalah blog aku.

So selamat ulang tahun kepada blog aku ni, semoga terus hidup di World Wide Web.

Seksyen 114A Akta Keterangan

Salam semua,

Sekiranya anda menerbitkan berita, blog, forum atau apa sahaja melalui media internet yang bertentangan dengan undang-undang seperti memfitnah seseorang umpamanya, anda boleh di siasat dan akan dibawa ke muka pengadilan.

Kebelakangan ini ramai blog owners yang telah disaman kerana menyiarkan entry yang dikatakan memfitnah seseorang. Bagus, elok lah kalau begitu. Undang-undang seperti ini adalah perlu untuk mengekang gejala yang tidak senonoh yang boleh mengharu-birukan masyarakat.

Namun, mungkin ada antara kita tidak perasan satu akta baru telah dipinda dan telah berkuatkuasa pada 1 June 2012 yang lalu. Secara general, bagi mereka yang tidak perasan, melalui pindaan pada Akta Keterangan ini, para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet walaupun bukan mereka sendiri yang melakukannya.

Sekiranya ANDA sebagai:

  • Pemilik computer,
  • Pemilik account internet yang subscribe dengan ISP, termasuk wifi,
  • Pemilik website, seperti blog, forum dan sebagainya,

.. ANDA boleh disabitkan dengan akta ini sekiranya menyebarkan fitnah, berita atau maklumat berbentuk subversif seperti menghasut rakyat untuk mengguling kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

Menakutkan lagi, sekiranya anda mempunyai sesuatu website, umpamanya blog dan forum, seseorang user submit entry atau comments pada blog anda, forum, maka ANDA akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang ditulis oleh mereka. Menariknya jika anda mempunyai open wifi, anda juga boleh disabitkan sekiranya mereka meng-upload maklumat tersebut menerusi wifi anda. So yang tidak menariknya, Seksyen 114A ini memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Walau bagaimana pun, dalam konteks perkongsian berita melalui Facebook atau Twitter, pemilik atau pengguna Facebook atau Twitter tidak akan dipertanggungjawabkan dengan sebarang ulasan atau komen yang dibuat oleh orang lain yang dihantar ke dalam akaunnya semata-mata sebagai satu perkongsian berita atau maklumat kerana anggapan fakta dalam penyiaran seperti yang diperuntukkan dalam sekysen 114A tidak akan terpakai dalam keadaan yang sedemikian.

Malah, pengguna Facebook dan Twitter boleh menyangkal anggapan fakta bahawa mereka adalah pemilik, hos, pentadbir, editor atau sub-editor untuk penyiaran fakta berunsur fitnah melalui internet dengan menunjukkan bukti sebaliknya. (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong)

Secara peribadi aku berpendapat akta seperti ini ada kebaikannya untuk menjadikan pengguna internet lebih berhati-hati dengan apa yang mereka miliki. Sekiranya kita ada blog, monitor lah blog kita sebaik-baiknya, menulis biar betul berdasarkan fakta dan bukannya andaian atau fitnah semata-mata. Begitu juga dengan forum-forum site di luar sana, moderate sebaik mungkin terutamanya kandungan berniat jahat yang boleh mengkucar-kacirkan keadaan.

Berkenaan dengan kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 yang dianjurkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, dan ada pengguna internet yang merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 adalah untuk menyedarkan pengguna internet tentang kesan negatif pindaan tersebut di mana Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog, atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.

Begitu juga dengan para pengguna internet yang akaun atau komputernya yang di hack juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh hackers. Seksyen 114A ini dianggap mengancam kebebasan bersuara di internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Itu je sebenarnya.

Kisah aku dan clients

Salam semua,

Sekurang-kurangnya aku dah pernah deal dengan 3 big clients di Malaysia ni, rata-ratanya semua OK lah. Kurang lebih sama saja cuma sudah tentu ada yang lebih professional antara satu dari yang lain. Pastinya ada yang lebih bagus dari yang tidak bagus dan begitulah seterusnya.

Ketika aku mula-mula jadi fresh engineer dulu, aku pun belajar berhadapan dengan client representative ni. Boss dan senior aku tak ambik hal sangat pasal ni, so dia orang lepas je aku mengadap client dan pandai-pandai aku lah nak hidup. Maka banyak lah kenangan pahit manis ketika tu. Ada client representative yang baik yang sudi beri tunjuk ajar dan ada jugak client jenis hangin. Kena marah tu biasa lah. Siap muncung bro.. tapi biasalah lah kan learning process.

Masa pun berlalu dan process pembelajaran ini tetap berterusan. Hubungan antara client dan kita sebagai contractor ni sememangnya rapat sebab kita akan sentiasa ber-discussion, meeting, email, tagging-tagging dan poking-poking hampir setiap hari. So boleh dikatakan setiap hari kita akan call atau menerima call dari mereka. Oil and gas ni kerja yang tough, jadi kesefahaman itu amat perlu, maka sebab itu lah kalau dia orang ni tak suka atau tak prefer kita, maka dia orang boleh ban atau blacklist kita dari sesuatu contract. Ini memang berlaku pun, sebab oil and gas ni mak bapak dia punya.

Client is always right. Siapa cakap? Fuck la pada mana-mana client representative yang cakap macam tu. Kalau di kedai makan, ada makcik yang order nasi goreng, nak banyak, nak pedas, nak telur mata 3 bijik, nak sayur banyak, nak itu nak ini, well itu bagi aku OK, sebab makcik tu selera dia nak macam tu dan kalau aku jadi pelayan aku akan cakap.. OK beres! Tapi, kalau makcik tu cakap nak mee goreng tapi order nasi goreng, memang makcik tu silap, so hilang lah status quo dia. Aku faham 1+1=2, biarpun client kata 1+1=3. Kalau 1+1=3 maknanya client representative tu nak makan sikit, faham-faham so kena la ada budget lebih sikit untuk si client rep tuh. Bro, ni biasa bro. Halal haram belakang cerita, duit bro.. duit. Anak ikan cara anak ikan, big gun cara big gun.

Berbalik pada client is always right tadi, dari mentality client yang sentiasa betul dan perasan oil and gas company tu mak bapak dia punya, maka timbullah golongan yang bodo sombong, dah la bodo, sombong pulak tu. Kalau dah bodo tu buat cara orang bodo, duduk diam-diam belakang senior atau boss korang la. Aku pun tak smart mana pun tapi pernah ada client representative ni marah dan hamun kat aku kaw-kaw.. dah contract nak macam tu, aku nak buat macamana. Nak buat jugak, revise la contract. Issue nya tak boleh nak diceritakan lah sebab ada orang yang tau pasal ni, kang kena investigate lagi blog aku nih.

Berbalik pada cerita bodo sombong ni, memang ada spesis macam ni. Dia rasa dia client, dia je yang betul contractor lain semua salah. Sebab tu kalau ada screw-up mana-mana job, memang spesis ni akan tai-ci, spin dan pusing cerita supaya contractor yang di dapati bersalah. Banyak cases yang aku lalui, meletup ka, terbakar ka.. investigation finding mesti nak menjurus kepada kesilapan contractors, biarpun terang-terangan client yang buat hal.

Beberapa tahun dulu, aku pernah berhadapan dengan seorang client ni, perempuan, cute orangnya. Baru 1-2 tahun dalam oil and gas construction tapi dia punya kerek tu macam haram kejadah. Pengalaman setahun jagung tapi macam dia dah 20 tahun jaga construction. Maki hamun tu biasa, hari-hari tak sah kalau dia tak sergah aku. Aku tak melawan la sebab memang di sebelah aku ni pun ada bottleneck. Kalau aku salah, aku telan. Tapi, kalau dia salah hahaha .. terkedu bro. Apatah lagi kalau aku challange dia soal-soal technical, memang la dia tersembam punya. Tapi itu lah, dia rasa dia client, oil and gas ni mak bapak dia punya, biar lah dia. Lama dah cerita ni entah mana dia sekarang.

Walau bagaimanapun bodo sombongnya puak-puak ni, sebagai contractors kena juga hadapi dan telan.. telan je bro. Kalau nak melawan alamat payah dikemudian hari, banyak lah ceritanya nanti. Aku pilih untuk close one eye dan malas nak layan, tapi kalau issue yang besar yang boleh effect company, aku akan lawan selagi aku betul, menang kalah belakang kira.

Namun itu semuanya adalah pengalaman, dan pengalaman adalah tok guru yang terbaik untuk terus maju ke depan. Hari ini, setelah setahun lebih aku dengan contract baru ni, alhamdulillah semuanya beres belaka. Ada calar-calar pun, itu biasa lah, mana ada contractor yang perfect, mana ada contract yang perfect kan. Kini, aku berhadapan dengan 2 orang client representative, seorang senior dan seorang agak junior lah. Tak de masalah, sebab pengalaman mengajar kita. so kepada adik-adik yang baru nak berhadapan dengan client ni, hadapilah dengan tenang dan tabah. Mulut musti mau manis, telinga musti mau tebal.

Good luck!

New theme for my blog

I have chosen a new simple theme for my blog. This is responsive theme which are flexible and resizable a website to fit any device mobile, smartphone, tablet etc.I am trying to integrate forum into blog so that readers can have a better discussion.

OK, readers can scroll up and down and even click around in this site to get an idea of how the new theme will work with the content.

40 years old, yes I am.

Salam semua,

Today is my 40th birthday. Yes bro dah 40 tahun sejak aku dilahirkan ke dunia ni. Di lahirkan di Kuala Terengganu pada hari ini dalam tahun 1972. Dibesarkan oleh dua orang yang sangat hebat yang tiada galang gantinya di dunia ini, Hajah Wan Chik dan Allahyarham Yusoff Mansor.

Membesar sebagai anak kampung, seperti anak orang lain juga jatuh bangun tertiarap dan bangun lagi. Menempuh hidup berliku setelah kehilangan ayahanda tercinta di usia 7 tahun, namun hidup perlu terus hidup. Pernah bercita-cita mahu menjadi seorang doktor haiwan, maka barangkali disebabkan itulah banyak katak dan tikus telah di operate, potong misai dan hiris kaki kucing.

Aku lah antara generasi yang bermain dengan tanah lumpur, berjemur di bawah panas matahari dan menyanyi di dalam hujan. Bekejar-kejaran di jalan, main polis sentry dan panjat pokok terjun sungai. Ada kalanya terjunam ke dalam longkang. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan memasuki alam remaja yang penuh warna-warni flora dan fauna. Bercinta dan putus cinta. Berjanji setia untuk hidup semati seadanya. Perghh..

Meninggalkan alam persekolahan dan meneruskan pengajian ke tempat yang lebih tinggi. Pengalaman berada di tempat orang jauh beribu batu dari keluarga banyak membuka minda dan membantu mengenali dunia luar dengan penuh ketakjuban.

Berkahwin di usia 30 tahun dengan seorang yang cukup cantik dan hebat, meninggalkan semua scandal dan sejarah hitam putih ketika itu. Perjalanan hidup di teruskan, Allah Yang Maha Kuasa mengamanahkan seorang cahaya mata di usia 31. Bertambah lagi, dan bertambah lagi umat Muhammad. Ehemm.. going 4 this year end bro.

40 years old, yes I am. No need for cards or candles. Maybe some people throw big party when they reach this milestone, its OK just please do doa for me to live a long prosperous life. That’s all.

Thank you Allah for giving me another year of life.
I certainly do not deserve to enter Paradise,
and I definitely do not possess the ability to endure the fires of Hell.
So allow me to repent and forgive all my sins for You are surely the Forgiver of all sins – however minor or severe. Amin

Memasuki 40 tahun, aku rasa takut tapi aku tenang dan aku masih mencari-cari kebenaran di sebalik kata-kata ‘Life begins at 40′. 39 tahun lalu aku belum hidup dengan betul agaknya lah kan, namun biarlah masa akan menentukan kebenaran kata-kata hikmat itu.

..tiba-tiba teringat kenangan lama.

Salam tuan-tuan,

Bangun pagi-pagi, gi sekolah pakai seluar pendek biru, sikat rambut belah tepi. Duit poket 30 sen, bawak bekal nasi ikan goreng dengan kicap. Jalan kaki ramai-ramai ke sekolah. Masuk bilik darjah, belajar dan terus belajar. Masa rehat main tengah panas sampai penuh daki di koler baju. Bila loceng berbunyi angkat kerusi atas meja, kelas pun tamat dan terus pulang ke rumah.

Entah la bro, kebelakangan ini banyak flashback datang bertamu biasanya kalau terdengar lagu-lagu lama, terbau sesuatu seperti bau buku lama atau triggered by a little something like deja vu.. so vividly, aku dapat feel the same feelings yang aku rasa ketika kenangan itu berlaku, dan kenangan ini cascades kepada rantaian dan saling links pada scene kenangan yang lain. Nampak complex sangat ka cerita aku nih?

Apa yang aku perasan kebelakangan ni, aku recollecting a lot more as I get older. Mungkin ini lah sebahagian dari aging process kut, semakin meningkat usia seseorang itu semakin banyak random memories yang popped up.. tapi yang pastinya ianya dah banyak kali popped up sepanjang usia ni, cuma sekarang ni conscious agaknya.

Alhamdulillah, my childhood was relatively happy dan kalau ada yang unpleasant atau horrific pun barangkali aku dah paksa untuk aku lupakan suatu masa dulu. Jadi tak lah aku termasuk dalam case dissociation ke apa ke kan.

Di usia 40 ni, kadang-kadang bila melihat anak-anak aku yang masih kecil ni bermain-main, atau melihat mereka sedang buat kerja sekolah secara tiba-tiba fikiran aku kembali ke zaman di mana aku diusia mereka. Kalau aku mengajar Math pada budak-budak ni, aku teringat secara solid, vivid, aruah abah aku bengang sebab aku tak faham ‘nombor kecik nak tolak nombor besar, kena pinjam 1 dari nombor sebelah’. Bro, aku boleh ingat aku masih darjah 2 masa tu. Sebab tu lah bila ngajar anak-anak ni, aku tabahkan hati, kuatkan semangat sebab aku dulu pun payah nak faham.. he he

Sekali tu hero kecik aku ni panjat atas boot kereta, terus aku suruh dia turun bila otak aku triggered masa aku jatuh dari boot kereta di usia 6 tahun, tangan aku terseliuh. Kemudian, bonda aku terus cari tebu di belakang rumah, sebab sebelum kejadian itu berlaku aku merengek-rengek nak makan tebu.

Bro, how this happened bro? Childhood memories atau kenangan zaman kanak-kanak seem to be the best part of life, terutamanya apa bila dah nak melepasi usia muda ni. Bila kita berada di tempat kita pernah bermain sewaktu ketika dulu suddenly all of them keep coming back to us one by one. Apatah lagi kalau ada parut lama di kaki yang akan kekal selamanya.

Pernah tak terdengar lagu-lagu lama.. lagu di tahun-tahun akhir 70an atau awal 80an dulu. Antaranya yang berhantu seperti lagu Alleycats – Andainya Aku Pergi Dulu. Macamana lagu dia bro..

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri

Lagu Andainya Aku Pergi Dulu ni secara automatic triggers dan for sure memory tu akan datang.. aku akan teringat pada seorang brader tu nyanyi lagu tu di tepi longkang depan kedai, ketika tu aku baru berusia 9 tahun kurang lebih. Lepas tu, memory tu terus membawa aku hanyut.. hanyut.. dan hanyut.. teringat zaman budak-budak bro.. remind me of some of my strongest childhood memories..

Lepak di waktu petang dengan anak bini, melayang-layang ke zaman tu. Life without handphones, without internet, without air cond, without air bags, and without this and that, how beautiful it was bro..

Kita takde pilihan, melainkan TV1 dan TV2, maka mengadaplah channels hitam putih tu siang dan malam, tapi kita enjoy dengan apa yang ada. Ada Captain Future, Ultraman, Sinbad dan Cumi dan Ciki. Sudah memadai.

Abis tengok TV kita main polis sentri, main konda kondi, lastik burung atau gi mandi sungai. Kita tak ada kemudahan seperti hari ni, tidak menjadi masalah, kita creative. Kita buat kayu hoki dari batang pokok jambu batu, kita potong buluh kita jadikan tabung duit. Kita masuk belukar cari telur puyuh, kita main perang-perang dalam semak, kita belajar survival amik daun (aku tak ingat daun apa nama) untuk stop kan luka. Otak kita cergas, tubuh kita sentiasa berpeluh, panjat pokok, main bola masing-masing berangan nak jadi Pele.

Bro.. takde masa untuk fikir soal politik bro. Perkataan liwat tu pun ketika umur 13 tahun baru aku dengar, bayangkan innocent nya zaman tu. Hari ni, entah siapa yang rosakkan minda anak-anak kita ni.

Takde gangguan SMS, atau fikir nak update facebook. Tak terfikir untuk habiskan masa di cybercafe.. internet? Tak tahu lah seandainya zaman tu dah ada internet, barangkali life pun dah macam hari ni atau mungkin lebih advance dari hari ni. Tapi, zaman tu terlalu peaceful, dah habis bermain terus balik rumah, mandi, mengaji dan tido. Orang tua pun tak bimbang ke mana kita nak bermain, motor takde, shopping complex takde.

1979, aku darjah 1. Setiap kali ternampak atau terdengar tahun 1979 ni, flashback nostalgia sedih akan muncul. 1979 tahun aku memulakan sekolah rendah, dan tahun di mana aku kehilangan ayah aku. Kenangan terakhir bersama aruah ialah dipagi itu aku nak ke sekolah dan dia nak ke Kuantan untuk minor operation. Tak habis lagi sessi sekolah pagi tu, bonda aku datang dan bawa aku ke Hospital Besar Kuantan. Sukar juga untuk ingat secara detail perkara yang berlaku sewaktu berusia 7 tahun ni, tapi kenangan tersebut meninggalkan kesan yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila.

Aku tak menangis bila diberitahu ayah aku sudah meninggal dunia. Ramai saudara mara dan kawan-kawan aruah datang menziarah di hospital tersebut. Bonda dan adik beradik aruah menangis tak henti-henti. Di sebuah surau, kami berkumpul sambil menanti kaum keluarga lain datang. Masa nak kafankan keesokan harinya, masing-masing menghampiri jenazah untuk penghormatan terakhir, aku cium dahi aruah dan aku menangis. Aku lihat aruah di turunkan ke liang lahad dan semadikan di situ.

Sejak itu setiap kali aku melepasi Hospital Besar Kuantan (kini Hospital Tengku Ampuan Afzan) aku akan terkenang satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.

1987, aku form 3. Ayah tiri pulak meninggal dunia, di hospital yang sama. Ketika aku nak menunaikan solat Zohor, aku ke sebuah surau di hospital tersebut. Ingat-ingat lupa pada surau ini. Yes, 8 tahun lalu aku pernah ke surau ini berkumpul setelah kematian aruah ayah aku.

Well bro, that’s the saddest part of my life.

Begitu juga kalau aku terbau buku-buku lama, triggers kenangan sewaktu zaman sekolah rendah. Entah, apa kaitan bau buku yang mampu stimulate kenangan lama. Bila terbau je memang fikiran pun melayang ke zaman itu.

So, apa aku punya earliest memory kalau aku boleh share kat sini ialah ketika aku berusia 4 tahun, ada orang nak snap gambar aku. Aku berdiri lurus. Ada seseorang berkata ‘gengam tangan kuat-kuat’. Siapa yang berkata tu, aku tak ingat. Gambar tu masih ada, setiap kali terlihat gambar tu atau teringat kisah lama pasti ‘gengam tangan kuat-kuat’ tu terngiang-ngiang.

Aku cuba untuk ingat kebelakang lagi sebelum umur 4 tahun, tapi fail.

Yes, memang ada orang yang tak mampu nak ingat kembali memory zaman kanak-kanak, psychiatrist kata blackout atau dissociation. Tak ingat apa yang berlaku masa time budak-budak dulu. Namun peliknya ada yang mampu ingat apa yang berlaku sebelum mereka di lahirkan ke dunia! Bunyi macam mengarut tapi itu lah unexplained childhood memories yang menjadi misteri.

Ramadhan datang lagi..

Salam semua,
Setahun telah berlalu, Ramadhan datang lagi untuk sekelian kalinya. Bulan bulan yang penuh dengan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Telah dijanjikan Allah kelebihan kepada hambaNya yang menghidupkan malam-malam dengan tarawih dan amalan-amalan yang dilipat-gandakan pahalanya.

Seperti biasa, Ramadhan di Malaysia ni macam tahun-tahun sudah, sama saja. Sebelum datangnya facebook, twitter blog semua ni kedatangan Ramadhan tidak lah sehebat hari ini. Sekadar hanya di TV buat pengumuman tarikh melihat anak bulan puasa, ucap selamat berpuasa di kalangan kawan-kawan dan kaum keluarga terdekat. Itu saja. Takde card ucapan selamat berpuasa seperti card hari raya. Cuma tahun-tahun kebelakangan ni je banyak terpampang banner-banner buffet Ramadhan dan banners ucapan selamat menyambut Ramadhan ber’backgroundkan’ kan wajah-wajah pemimpin parti politik, terutamanya parti yang rasa dia orang akan pupus di PMU12 nanti.

Kedatangan Ramadhan ni disambut dengan berbagai reaksi. Ada kalangan kawan aku menyatakan tidak sabarnya mereka nak sambut Ramadhan, happynya nak berjumpa semula dengan Ramadhan. Alhamdulillah Allah menganugerahkan mereka dengan hati yang tenang dan ikhlas untuk menjalankan rukun Islam ni. Nampak keceriaan di wajah mereka, last working day cepat-cepat balik walaupun belum pukul 5 semata-mata nak cepat sampai ke kampung, nak beli itu ini sebagai persediaan tambahan untuk orang tua dia orang. Malam pertama tarawih, hari pertama puasa bersama mak ayah dia orang di kampung. Sesungguhnya Ramadhan ini memberi kegembiraan kepada mereka yang beriman.

Cool… terdetik di hati aku bila mereka kata tak sabar nak sambut bulan puasa, nak menjalankan ibadah puasa yang sudah pastinya akan menanggung lapar dan dahaga. Perubahan mood kerja, bangun sebelum Subuh untuk bersahur dan mengantuk di waktu kerja….. Terkedu gua bro bila mereka tak sabar nak menjalani ujian Allah nih.. tapi ini lah level keimanan kita. Ada yang tak sabar-sabar nak puasa, ada pulak yang keluh kesah dengan bulan puasa. Aku sendiri tak tau perasaan aku nak sambut Ramadhan di usia 40 ni. Puasa yang lepas-lepas tu sekadar puasa orang awam, puasa menahan lapar dan dahaga, yang dapat hanyalah bau mulut yang busuk.

Bro.. tok guru aku pernah berpesan, biarlah kita nak menghadapi Ramadhan tu ibarat kita menanti sesuatu yang amat besar nilainya. Apa contohnya.. contohnya sesuatu yang membuatkan kita tak sabar-sabar, umpamanya kesukaan seperti kita dihadiahkan jutaan wang ringgit. Tak sabar orang nak hadiahkan kita jutaan ringgit. Sukanya. Berbunga-bunga dalam dada. Biar ada perasaan macam tu.. tapi, itu lah yang tok guru aku cakap, iman tu hak Allah. Allah kurniakan kepada siapa yang Dia pilih. Maka berbahagialah mereka yang terpilih. Tapi orang macam aku ni, menanti Ramadhan ibarat menanti berakhirnya final exam.

OK lah bro.. malas nak tulis panjang lagi. Selamat menjalani ibadat puasa bagi tahun Hijrah 1433, semoga puasa kita pada tahun ini bertambah baik dari tahun-tahun yang lalu.

Ramadan Mubarak to all my sisters and brothers from all over the world. Wishing you a very happy Ramadan full of barakah, forgiveness, guidance and purification…