26

Salam,
Dah 2 minggu aku di sini. Kerja di dalam territory Sime Darby Engineering yard. Dulu yard di pernah dimiliki oleh Promet, kemudian Ramunia Fabricator, dan sekarang diambil alih oleh SDE. Kawasan yard ni memang luas, kalau takde basikal memang lenguh la nak berjalan kaki.

Keluasan kawasan yard ni, macam aku cakap tadi memang luas la bro, di tepi pantai pulak tu. So memang lah sesuai yard sebesar ini untuk fabricate structure yang besar seperti module platform, platform jacket dan pipeline yang panjang. Ada 3 locations je di semenanjung Malaysia yard sebesar ni, di Lumut, Pasir Gudang dan Teluk Ramunia.

Teluk Ramunia ni, kalau tengok dalam map, terletaknya di hujung peta Johor. Tapi tak lah dekat mana pun dengan Singapore cuma nampak dari jauh berbalam-balam. Satu kawasan yang agak terpencil dalam negeri Johor ni. Bandar besar yang paling hampir ialah Kota Tinggi, 1 jam perjalanan kurang lebih. Nak gi JB hampir 3 jam jugak tu.

Pada pendapat aku, kalau takde oil n gas di sini, kawasan ni mungkin hanyalah kawasan perkampungan nelayan, pelancongan dan TLDM punya base. Untuk mereka yang suka cari hiburan geli-geli, sorry ini bukan tempat anda.

Di sini sebenarnya tempat untuk mereka yang sukakan kedamaian tepi pantai. Tak jem, takde shopping complex. Bank ada 2 je iaitu Maybank dan Ambank. Nak pusing pekan koboi ni, tak sampai 10 minit je dah kira complete dah satu pusingan.

Ada satu perkara yang membuatkan aku suka di sini, iaitu masak asam pedas. Wowww.. Cakap pun tak guna bro. Memang faberet lauk aku selain masak lemak cili api ialah asam pedas Johor. Entah kenapa, mungkin kaitan aruah abah aku ni orang Johor maka aku suka masakan ni. So sepanjang aku di sini, boleh dikatakan tiap-tiap hari lunch time aku akan pekena lauk ni. Kepala ikan kaci atau siakap. Siap tambah nasik bro. Faberet kedai ialah di kedai Pak Idris di Kg Sungai Buntu. Siap jilat tapak tangan cakap lu. Kedai dia ada contact no, boleh call jam 11 pagi kalau nak book. Bayangkan.

OK lah, sebagai panduan kalau korang nak datang kerja kat sini. Sini cool. Tenang. Macam aku cakap tadi takde jem. Basic need boleh didapati di sini.. OK lah tu kan. Nak cari awek nak buat bini ka? Sini kurang la bro, gua sendiri tak nampak sorang pun. Mana ler dia orang menyorok, berhijrah ke JB kut? Entah-entah semua gi kat PRK DUN Tenang kut jadi puteri UMNO hehehe.. Lupa nak cakap, Sg Rengit ni di dalam Parliment Pengerang. Dulu Datuk Azlina jadi MP kan. Upsss apasal Johor ni ramai penyokong UMNO ekkk? Hairan gua.

OK lah serba sikit tentang life gua di sini. Aku stay di sebuah bilik hotel, yang sebenarnya tak boleh dipanggil hotel pun. Laundry tarak, coffee maker pun tarak. Adehh..

Pagi bangun gi kerja. Minum air mineral je. Ko bayangkan bro.. Drive dari hotel menuju ke yard. Smooth, takde jem langsung. Drive sambil pejam mata pun boleh.

Masuk opis, ada orang jual breakfast tepi pagar. Dalam opis pun ada jual. Makan je apa yang ada.

Hampir 2 minggu ni, aku duk assist closing document. Macam clerk pulak. Duk belek-belek document, drawings etc. Internet pulak takde, boss dah terminate sebab project dah nak abis. Boring giler.

Lunch time pecut gi cari kepala ikan masak asam pedas. Perghhh…

Kul 1.30pm masuk semula opis. Pukul 5.00pm blah. Kalau nak cakap yang betul, aku betul-betul kerja ada le 2 jam sehari. 6 jam tu aku tak tau aku buat apa. Smoking dan sembang-sembang. Best apa kerja macam ni.

Abis kerja pukul 5.00pm yahuu sukanya, tapi tak tau nak buat apa atau nak kemana. Serious tak tau, duduk di hujung dunia ni payah nak keluar dari kawasan ni. Paling dekat pun Kota Tinggi, sejam perjalanan lebih kurang.

Dah tak tau apa nak buat, naik bilik. Rilex tengok TV. Makan kat bawah. Naik bilik semula. Tengok TV lagi dan tido lah sampai esok pagi. TV punya channels banyak bro.. ada channels dari Indonesia dan Singapore. Hmmm.. Gitu lah life aku setakat ni. Sian kan..

Selagi engineering drawings untuk next project di Kemaman tu tak siap, selagi itu lah nampaknya aku akan bermukim kat sini. So plan nye gitu lah, once drawings dah siap aku akan move ke Kemaman semula. Alahai lambatnya.

Boss… wife aku dah membebel tuu….

18

Salam,

Sebagaimana yang telah ditulis di dalam entry baru-baru ni, aku telah pun melangkah keluar dari opis di Megan Avenue 1, Kuala Lumpur setelah setahun lamanya aku dengan company tersebut. Sebenarnya, contract aku berakhir pada 16hb January 2011 dan company telah bermurah hati untuk meng-extend kan contract, tidak cukup dengan itu aku juga di counter offered untuk menjaga job di Kemaman.

Di sessi exit interview, aku menyatakan penghargaan kepada company yang sudi menerima aku seadanya, dan pada masa yang sama aku juga menyatakan aku nak quit adalah kerana nak balik duk dengan anak bini di Kemaman. Aku tidak ada apa-apa masalah dengan company ni, kalau ada rezeki di masa-masa akan datang, aku nak join semula.

So terima kasih banyak-banyak, opismate yang buat farewell lunch, siap dengan nasi minyak dan ‘good luck cake’ dari Secret Recipe lagi tuuu..

Di pendekkan cerita, maka aku handover semua kerja-kerja aku, apartment keys dan laptop. Takde outstanding dah. Drive la aku dari Wangsamaju ke Kemaman membawa semua harta-harta sepanjang aku duk di sana. Suke nya anak-anak aku. Takde yang lebih membuatkan aku tenang selain tengok anak-anak ada di depan mata.

17th January, 2011.. aku drive solo ke Teluk Ramunia, Johor. Perjalanan ke arah selatan. Hujan sepanjang jalan. Ini lah pertama kalinya aku ke Teluk Ramunia, selama ni aku hanya dengar dari cerita-cerita orang pasal Teluk Ramunia ni. Setelah bersetuju dengan offer yang di berikan oleh company baru aku ni, maka inilah task pertama aku, iaitu drive selama 6.5 jam dari Kemaman to Teluk Ramunia.

Tayar bergolek pukul 9.30am. 6 jam 30 min baru lah aku tiba di Teluk Ramunia, Sg. Rengit. Letih jangan cakap lah.. mak aii aku ingat bandar besar, rupanya pekan koboi jer. Tepi pantai. Banyak kapal-kapal besar kelihatan di tengah laut. Sebelah sana lah terletaknya Singapore, tapi tak nampak dari sini. Takde bangunan tinggi, takde pusat hiburan, takde shopping complex.. Pekan Sg Rengit ni kecik je, ada beberapa deretan bangunan kedai, padang bola.. aku tak tau lah camana nak sesuaikan diri dengan keadaan macam ni kemudian nanti.


Sime Darby Engineering Fabrication Yard, Teluk Ramunia

Pukul 4.00 petang, company rept bawa aku ke opis dan introduce pada semua opismate. This time, aku akan bekerja di fabrication yard lagi. Takda masalah pun, dah biasa kerja di yard ni. Aku di brief berkenaan dengan new task aku di sini. Paling lama pun, sebulan lebih jer kemudian aku akan dihantar semula ke KL, sebelum ditempatkan di Kemaman di mana aku akan menjaga satu project yang cukup besar, cukup besar bagi aku lah kann.. so nampaknya ini lah opis aku buat masa ni. No complaint at all.. kalau ada complaint pun simpan dalam hati tak bole tulis dalam blog, sebab.. sebab orang atas tau ini blog aku wakakaka..

OK lah.. ini first day aku, takde seorang pun yang aku kenal. Managers aku kenal ler, tapi managers semuanya duk kat KL. Tak kisah lah, aku ke sini pun dah end project dah, tunggu Cili Padi Development project ni abis je, lepas load out jacket ke Sarawak, abis lah kerja ni. Shell punya project bro.. Hmmm.. siapa sangka company yang akan install jacket ni nanti adalah company lama masa aku kerja di Miri dulu.. dan operation engineer yang akan monitor installation job ni pun, ex opismate aku juge. Small world bro..

OK lah, jam 5 petang, aku balik ke Sg Rengit di mana aku akan stay di sebuah hotel di sana. Aiii dah 2 tahun hidup aku macam ni.. solo sepanjang masa .. hotel yang aku dapat ni, aduhaii malas nak complaint, simpan dalam hati.. simpan sampai bengkak gitu.

Aku turun ke kedai berhampiran, kena kopi O dan tauhu sumbat 2 bijik, alamekkk rupanya kuah tauhu sumbat di sini ialah kuah kacang! Bukan kuah lada seperti di pantai timur. Sama lah, esoknya pun aku makan yong tau fu, adehh kuah kacang jugak ke….. sepatutnya kuah pedas sos lada tu kan.. takpa lah, lain padang lain belalang.. jangan complaint, simpan je dalam hati.

Malam pertama tu, adoyaii.. kul 10 malam pekan koboi ni dah mati.

Hari kedua, terima panggilan dari sebuah HUC company di KL, dia orang kata Petronas Carigali dah review CV aku, dan yang bestnya dah di APPROVED. Selanjutnya, HUC company tersebut offer kan aku $$$$$$ sebagai senior engineer di situ. Wahh.. lumayan ni.. so aku kena report duty di KL pada 5th February 2011. Workbase di KL, tapi fabrication and installation job di Labuan.. wahhh Labuan bah..

Hmmm.. kena fikir lagi ler..

5

Salam,

I received call from this manpower agency asking me if i am interested to join Petrofac. Of course la I said why not. This manpower agency is now actively looking for HUC Engineer – 4 positions, urgently required.

If you dont know what HUC means, no need to apply la hehehe..

Workbase should be Lumut or Johor. I am sure you know what project is that.

If there are interested candidates to fill up this positions, kindly please forward the latest CV to mas.ratna@nesglobal.com or call this number 03-23812200 and talk to Mas Ratna.

Good Luck

32

Salam,

Hari ni 12 Jan 2011, maknanya hanya tinggal 4 hari sahaja lagi aku di company yang aku kerja sekarang ni. Selepas ni aku akan menyarung coverall baru, kalau sekarang kaler orange akan datang ni insyallah kaler hijau gelap sikit. Mungkin lepas ni tak jejak kaki ke offshore lagi, dan tengok la lepas 2-3 tahun tu naik offshore semula. Tengok keadaan orang kata. Nak stay lama-lama dalam satu-satu company pun bergantung kepada keadaan juge kan.

12 July 2010 aku ditansfer ke Kolumpo ni, nak tak nak kena juga sebab arahan tu terlalu singkat dan takde buat apa-apa preparation, nasib baik la dekat je KL-Kemaman. Maka duduk le aku di KL ni sampai hari ni dah nak masuk setengah tahun, every weekend balik Kemaman, sampai aku tahu di mana ada lubang-lubang best dan jalan-jalan lurah sepanjang highway KL-Kemaman cewahh..

Cerita sikit apa yang aku dapat sepanjang aku stay di KL ni. Dulu masa aku di Miri aku dah story life di sana begitu dan begini. KL,agak contra dengan Miri. Di KL bermula sesudah Subuh, naik kereta then park bawah LRT Wangsamaju. Berasak-asak naik LRT, biasanya kena berdiri lah sebab seats semuanya akan penuh dengan orang-orang kurang upaya, jantan kabaret yang gagah perkasas pun duduk di seats OKU, bayangkan KL ni bro.. Syiok juga naik LRT especially kalau pepagi, harummm jer.. yang bengang kalau terpaksa berdiri tepi jantan kabaret yang masam.. tengik bro ketiak dia orang ni apatah lagi kalau mat black.. ptuihh..! Yang terpaksa tahan nafas bila bau kentut tu, tahan je lah..

Sampai di KLCC, berjalan lagi sampai ke Megan AVenue 2, Jalan Yap Kwan seng, haaa.. part ni yang best ketika berjalan ramai-ramai melalui depan KLCC, di tepi Avenue K.. satu pemandangan yang menarik dan menyegarkan mata di pagi hari bro, maka nampaknya lepas ni aku dah tak dapat tengok dah, tengok bontot kereta je lah lepas ni.

Masuk kerja jam 8.30am, buat kerja macam biasa sambil surf internet. Meja aku belakang sekali, paling belakang dengan pintu EXIT yang dikunci, wahh memang line clear untuk activities yang tak bermoral. Kalau bulan puasa dulu biasa la tido bawah meja time lunch. Maka duduk la aku ngadap laptop sampai petang, kalau takde meeting di Exxonmobil. Kalau ada meeting, berjalan ler dari Megan Avenue sampai Menara Exxon. 15 minutes jugak tu melalui KLCC..

5.30pm abis kerja, kalau tak banyak kerja aku blah terus naik LRT di KLCC, kalau hujan aduyaii seksa sungguh, nak bawak payung rasa girly sangat hehe.. nak drive malas terkepit dalam jem.Gitu lah routine aku, sampai je kondo masuk bilik bukak TV… baring-baring. Esok bangun, gi kerja lagi. Sabtu half day, chow balik Kemaman. Hujung bulan, gaji masuk. Dapat gaji serah pada bini. Upss… Maka genaplah setahun aku dengan company anak Tun Mahathir ni, setahun juga lah aku handle HUC tasks.

Best ke kerja dengan company aku sekarang ni? Hmmm.. kalau ditanya pasal ni, sudah pasti ada pro and contranya. Yang contra tu kita ketepi kan.. mana-mana company pun ada contranya.Aku berterima kasih kepada company ni yang mendedahkan aku kepada real HUC, approved Field Engineer position by Exxonmobil. Fully chargable to Exxonmobil, maknanya company bukan tanggung aku sebagai biawak hidup, client bayo bro.. sebab tu kalau nak cari kerja dalam mana-mana sector sekalipun, cari yang chargeable to client, ada value yang tersendiri. Company bukan boleh senang-senang nak terminate chargeable personel bro. Dan sebab tu lah, ada counter offer dari company ni untuk aku terus stay di sini, tapi bukan aku jual mahal, cuma aku nak balik Kemaman, duk dengan anak bini.

Dari sudut yang satu ni, engineers team aku di KL office ni terdiri dari Chineese and Malay, yang menariknya team ni bukan sahaja boleh bekerja dalam satu team, malahan boleh bergurau, makan sama-sama, smoke sama-sama.. and the best is there is no back-stabing. Biasa kalau company yang ada mix races ni akan ada ler yang poyo-poyo punya issue ni.. tapi di sini takde bro. Tu yang best team aku ni.. kul 3pm musti ada yang gi beli kuih muih dan makan ramai-ramai di opis.. lepas tu melalak dalam opis, abis part makan tu senyap je masing-masing ngadap kerja..

Soal dicipline at work, bosses (Chineeseman) serah kan bulat-bulat pada engineers, lantak kau lah kalau punch card merah ke, ngular sekejap ke.. as long as kerja siap, client tak bising dan no stupid issue. So, pada pandangan aku lah tak semua chineese tokey ni bersikap keras pada Malay seperti mana yang korang selalu dengar tu. So biasa lah kalau aku masuk opis jam 10.00am pun hahaha.. tapi benda-benda cam ni aku tak pernah la tulis dalam blog aku ni, dah nak blah ni baru boleh tulis sikit-sikit. Lagi pun, aku rasa staffs lain dah tau pasal blog aku ni cuma maybe mereka tak amik hal. Aku memang ada check IP memang banyak dari company aku ni.. facebook pun cam tu gak, aku tak add sorang pun di kalangan opismate aku, tak syiok la kalau orang tau kann.. dulu masa mula-mula tulis blog 3 tahun lepas tak sangka pulak sampai jadi macam ni, orang dah kenal. Kalau orang tak kenal best juga kalau nak tulis ikut suka hati, tapi dah jadi cam ni kena la control.. paling koman pun kena jaga hati wife, opismate dia pun duk follow juge cerita dalam ni.. so cerita-cerita sensasi tu kena sensor la kan..

OK sambung, our bosses here ni memang supportive, kalau kita dah nyawa ikan kena tiaw (biasanya dalam email), bosses ni akan back-up.. especially PM kita orang.. kalau kita shot pada client, dia akan back-up yang lagi power. Ini lah boss yang kita betul-betul respect bro.. sebab aku pernah kerja dulu, anak buah dah nak mampus, boss siap tambah tuba lagi depan client, haram kejadah sungguh.. Bosses kalau anak buah mereka fail, walaupun buah kita dengan buah dia tak sama, dia juga diangap fail bro.. kena ingat tu. Sama juga dengan client yang ‘jaga’ kita, kalau kita fail, dia tak boleh 100% salah kan kita, sebab dia juga fail monitor kita.

Satu case baru-baru ni, client hantar materials, then material coordinator recieved materials tu, masa nak fabricate baru tau material salah. Matco received based on PO, so accepted la kan.. dalam hal macam ni, client tanya aku why aku accepted material tu, aku sepatutnya reject lah, hahaha aku jawab balik why you sent wrong materials. Client is always client, and not always right bro, remember that.. ada masa kita boleh challange dia orang juga, anyway client reps aku semuanya baik-baik belaka.. dalam oil and gas ni tak boleh buat hal bro, kecik sangat industry ni, kalau sekali kena ban, payah la nak join semula.. ada dulu satu case corruption, sampai hari ni kena blacklist tak leh kerja dengan client xxx ni.. tapi puas hati lah dapat makan duit corrupts tu, ratus ribu jugak la dengar kata.. tapi tak sampai lah RM500 juta sebagai commission… ahaks..

So, macam tu lah.. lepas ni aku akan kembali ke Kemaman, insyallah. Kerja di darat pulak.. dah tua-tua ni malas la nak naik chopper lagi, takut jatuh haha.. apa-apa hal sekalipun kerja tetap kena kerja kan bro. Kalau kita renung-renung, kita ni (dunia hari ni) masuk darjah 1 nak kenal ABC kemudian masuk secondary school, masuk U keluar U dapat degree, lepas tu kerja. Kerja, kerja, kerja nikah beranak pinak sampai ada cucu cicit.. dah nak mampus baru berhenti kerja.. yang buat businnes tu businees lah dengan cara mereka.. pendek kata kita lahir ke dunia ni untuk bekerja, adat bekerja dapat duit, adatnya ada duit boleh lah teruskan kehidupan selagi malaikat tak cabut bateri kita..

Sampai ke hari ni, dah 5 companies aku dah join selama 15 tahun ni.. paling lama 5 tahun, paling sekejap 3 bulan.. yang 3 bulan tu memang company tu cap ayam punya company, project besar-besar, tamak pulak tu, gaji kuli tak nak bayar tapi pakai kereta siap ada emblem kuda.. alaa kuda tuuu.. last-last client tarik license company dia, doa kuli-kuli yang diperkenankan Tuhan agaknya la tu.. entah la bro, malas nak fikir pasal golongan corporate ni yang tak sadar diri ni.. selagi tak terkena istidraj Tuhan ni. Bukan orang corporate je, kita pun sama.

Jadinya macam tu lah, kurang lebih setahun aku di company ni, 6 bulan di Kemaman dan selebihnya di KL. Lepas ni tak tau lah camana nasib aku di company baru, harapkan esok lebih baik dari hari ini. Kalau lah rezeki aku memang ada di company tersebut maka semakin busy lah aku lepas ni travel sana sini, coordinate itu dan ini, new company and new tasks and of course new position title bro, tak de dah title engineer pada business card aku nanti..

Jumpa lagi bro..

18

Salam tuan-tuan,

Tau kah anda di mana minyak mula-mula di temui? Entah aku pun tak tahu.. akan tetapi menurut history, well yang pertama sekali di drilled di dunia ini ialah di China in 347 CE. Mereka menggali sehingga 240m ke dalam tanah.

Menurut kajian David McKain, the well was first drilled in 1860 by J.C. Rathbone. First well ni terletaknya di Burning Springs, West Virginia, USA. Minyak yang terhasil di sini telah dijadikan sebagai sumber tenaga and di sini lah bermulanya industry minyak pelincir. Kajian ini juga telah menafikan first well struck oleh Colonel Edwin Drake in Titusville, Pennsylvania.

Di Malaysia, the first well ialah di Miri pada tahun 1900 by Shell / Royal Dutch Group. Penemuan bersejarah ini telah mengubah Miri dari kampung nelayan kepada sebuah bandaraya. Sebelah Terengganu ni baru 30 tahun.. muda lagi.

Entah la bro..

1

Happy new year!

May prosperity, happiness and good times greet you every day in 2011.

7

Salam,

2010 dah menghampiri penghujungnya dan selepas tu bermulalah tahun baru 2011. 365 hari telah berlalunya siang dan malam dan kita semua ni masih lagi bernafas sehingga hari ini. Banyak ler peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 365 hari untuk dikenang sebagai sesuatu yang indah, atau untuk dilupakan dan menjadi kenangan pahit di tahun 2010.

Menyoroti kembali setahun yang lalu, bermula Januari 2010 aku kembali ke Kemaman setelah hampir setahun di sebelah Labuan dan Miri. Malas la nak ingat lagi cerita Labuan dan Miri tu, banyak sangat ceritanya.

17th January.
Aku joined new oil and gas company for HUC contract with Exxonmobil. Tukar position baru walaupun tasks nya sama dan tak banyak bezanya dari companies yang lalu. Hati memberontak sebab politikus management yang treat staff macam bebudak sekolah tadika. Cap ayam betul, company bagus tapi segelintir management ruler macam beruk dapat bunga.

February
Tak ada benda syiok yang berlaku sepanjang bulan ni. Tak berlaku cerita sadis sepanjang February 2010, ada Valentine day pun aku tak celebrate sebab hanya kutu-kutu je yang celebrate. Cumanya kalau di baca sebelah politik ni, ada 2 orang keluar parti PKR dan men declare kan diri mereka ahli parti bebas dan menyokong BN. Boleh gitu ekk..

March
Pun takde apa yang menarik sepanjang 31 hari di bulan March ni cuma banyak masa di habiskan di offshore. Life di company baru ni semakin mencengkam jiwa dengan protokolnya, dengan undang-undang kanggaro nye ler.. undang-undang paling cap ayam bila tidak di benarkan berada di pantry selain dari waktu break. Budak-budak tadika boleh lah kau nak titik bro..

April
Ahli rumah bertambah seorang, bibik Indon Jawa diambil untuk menjaga anak-anak aku. Bibik ni janda bro, anak takde, umur baru 22 tahun tapi body tak mantap la bro, banyak colestrol. Memang lah wife aku punya taste… adehh itu pun mau cerita kat sini ke.

May
Tempoh masa yang amat busy, gi KL every week untuk meeting dengan Exxonmobil dan presentation.

Cucukan jarum dari sebelah sana sudah mengenai boss aku, aku dah jadi mangsa politik kanggaro di parliment kanggaro cewahh.. mungkin sebab masa Ma aku ngandungkan aku dulu beliau tak minum air soya banyak-banyak so warna kulit aku ni tidak seperti warna kulit orang di sebelah sana.. cucuk punya cucuk, boss aku sudah termakan bro.. aku dah rasa bahangnya.

June
Perkhabaran yang tidak best, aku mungkin akan di relocate ke KL sebab client nak aku duk dekat dengan dia orang, senang nak meeting dan tak banyak abiskan duit dia orang .. agaknya lah. Aduhh aku baru je dapat kunci rumah baru, dah nak kena move to KL. Sian anak-anak aku ooo..

In June juga lah terjadi nya world cup 2010, tido pun tak lena, kerja pun merah mata ..

July
World cup masih berlangsung sehingga final on 12th July. Spain vs Germany. Spain champion.

July jugak banyak tarikh yang perlu aku ingati, antaranya birthday anak no 2, birthday wife and our anniversary. Bulan July ni banyak petabih pitih lerr.. :)

12th July
Secara rasminya aku menjadi warga kota Kolumpo bila aku terpaksa menerima perintah boss, position aku diperlukan di KL. So tinggal ler anak bini di Kemaman. Wah sadisnya, baru je moved to rumah baru dah kena duk KL. Di KL, company sediakan kondo di Wangsamaju, maka bermukim lah aku di sana sampai entah bila pun aku tak pasti cewah..

August
August datang lagi bro.. ingat August ingat la birthday aku. Takde apa yang menarik di hari ulang tahun Ma aku melahirkan aku di dunia ni.. makan ikan bakar jer. Aku pulak dah pesan kat wife, no birthday gift please hehe..

Ramadhan tahun ni pun bulan 8 juga.. so tahun ke dua aku berpuasa jauh dari anak bini. Bosan gila bila time sahur tu makan di kedai mamak bawah kondo.. situasi puasa di KL mengeringkan pahala puasa aku.. bila mata ni automatic duk skodeng awek kelabu asap pakai pakaian ketat time bulan puasa.. ohh tidakkkk.. sekali tengok tak sengaja tak apa.. dua kali tengok telan air liur la bro..

September
Aidilfitri, setelah sebulan berpuasa. Di sambut sederhana tetapi meriah.. ayat default.

September ini juga lah, Tuhan buka hati aku untuk terbaca tentang persoalan kehidupan dunia sebelum Nabi Adam dihantar ke dunia bumi. Selama ni, dah nak masuk 40 tahun aku ditipu oleh dunia bila aku sangkakan wujudnya zaman batu, orang-orang zaman batu hidupnya primitive, duduk dalam gua, pakai cawat dan sebagainya. Patut lah selama ni aku kadang-kala terfikir seandainya wujudnya puak2 zaman batu ni, masa bila pulak Nabi Adam ni turun, Baginda tak terserempak ke dengan puak-puak primitive ni.. lama betul persoalan ni duduk dalam kepala aku, lebih kurang di zaman aku di bangku sekolah menengah lagi tapi aku tak ada jawapan.

Dari sini lah berpunca nya aku mula faham apa itu freemason, illumminati, knight templar.. kaum bani Israel, yahudi.. wahhhh murni sungguh kegiatan aku habiskan masa di opis aku mendownload cerita tentang ni.. hehhe

Aku mula banyak membaca mengenai kehidupan para nabi, study salasilah nabi sehinggalah sampai ke keturunan Nabi Ibrahim.. bermula lah zaman bani israel.. bijak dan brillient nya di jadikan kaum Yahudi tu sehingga kini kita semua ni dah banyak sangat terpengaruh dengan israeliyat mereka tu.. jahil sungguh aku selama ni langsung tak tahu tentang semua hal-hal conspiracy ni.. termasuk lah selama ni aku duk tabik spring kat Osama Ben Laden.. rupa-rupanya beliau adalah CIA agent .. elehhh actually ramai lagi yang jahil dari aku hahahaha.. sorry just kidding bro.

October
Tragedi Oktober, harga rokok naik sampai RM10 untuk sekotak 20 batang, giler apa. Tak nak bagi aku hisap rokok pun jangan la naikkan harga sampai RM10..

October juge lah aku bertemu semula dengan kakak sangkut aku yang aku kenal 20 tahun yang lalu.. selepas dia nikah pada 1999, itu lah last sekali aku berhubungan dengan dia.. facebook punya pasal akhirnya kami berhubungan kembali, masing-masing dah berkeluarga, punyai carier masing-masing.. hmmm.. menarik juga sebab masing-masing saling mencari antara satu sama lain.

November
Life di KL semakin mencabar.. banyak abis duit bro.. 4 kali sebulan balik ke Kemaman, drive bro bukan naik flight.. slow-slow aku dah update CV dan sent to beberapa company lain. Hantar 5 companies, 4 ada responded. Wahh.. masih laku rupanya.

17th November
Aidiladha.. first time dalam hidup aku selepas berkahwin ni kena raya sorang-sorang di KL. Sadis sungguh, malam raya duk di kondo.. anak bini semua dah berlepas ke Kota Bharu. Layan TV sepanjang malam disusupi tabir raya dari masjid sesyen 2 Wangsamaju. Pagi raya bangun lambat, tak sempat nak solat sunat hari raya.. wakakakakka.. jahiliah betul. Pagi tu makan kedai mamak, tengahari kedai mamak, malam pun kedai mamak.. bayangkan bro hari raya makan kedai mamak jer.

December
Sebulan sebelum contract aku expire. Aku dah dapat job confirmation dari 3 buah companies. tapi takde offical letter lagi.. at least aku sudah boleh melepaskan nafas lega, Alhamdulillah.. boleh juga balik ke Kemaman semula dan stay closer dengan anak-anak and isteri. Next year, 2 anak aku masuk standard 1 and 2. Sian la Ummi dia nak handle semua tu.. so aku cuba sedaya upaya untuk balik ke Kemaman, dapat gaji sikit pun takpa asal anak-anak happy dan terjaga.. nak harapkan bibik pun buang karan jer, apa taknya siap boleh bergaduh dengan anak-anak yang nak tengok cerita kartun, dia nak tengok cerita indon.. apa kejadah malaun sorang ni..

December juga banyak yang leak bro.. wikileak.. aduhh panas bro.. kes bunuh Altantuya, kes liwat, kes menteri Malaysia rogol amah Indon.. panas-panas.. Teka-teki PR13 sudah bermula.. senang sangat nak baca politik Malaysia ni, bila sebelah sana timbulkan kes-kes panas, kes-kes zina, kes tangkap khalwat, yang tu kutuk yang ni, yang ni saman.. bila dah banyak sangat janji-janji manis nak bina tu nak bina ni, nak laksana project tu nak buat project ni.. bila sebelah sini dah buat convensyen dan keluarkan 100 hari agenda, well OK jugak agenda 100 hari tu, elok juga tunggu pihak sebelah sana komen, boleh kita check and balance bro.

Piala AFF suzuki berkesudahan Malaysia jadi juara untuk pertama kali dalam sejarah. Hmmm baru ada semangat nak tengok bola tempatan.. dah nak masuk 20 tahun dah bolasepak Malaysia ni macam cap ayam. Penghargaan boleh diberikan kepada penyokong Malaysia yang menggunakan laser di stadium Bukit Jalil tempohari, sebab Julia Perez pun nak melaser kan buah dada dia pada pemain skuad Malaysia.. keh keh keh murahan betul buah dada dia.. bukan mantap sangat pun, kalau bukak tu musti leper macam roti sardin mamak jer..

Dan begitu lah selama 365 hari sepanjang hidup aku untuk tahun 2010.. walaupun takde satu pun yang tersiar di dada akhbar at least aku boleh lah katakan life sepanjang 2010 ni tidak terlalu memberangsangkan.. banyak yang tak best dari yang best.. anyway bro live life to the fullest.. belasah je asalkan semuanya jalan..

So.. dah nak masuk tahun baru dah.. semoga hari-hari seterusnya akan lebih baik dari hari-hari semalam.

Aminnn…

1 person like this :)

24

eddyra

14th December 2010

Re: Request for early release

Dear Project Manager,

I realize that my contract of employment requires me to work until 16th January 2011, however I’d be grateful to be released earlier on 31st December 2010.

While I believe that I am moving for good reasons, I am sorry to leave, and I thank you for your support during my time with the company, which I have found enjoyable and fulfilling.

Please let me know the arrangements for handing back laptop, apartment keys etc, and handing over outstanding work and responsibilities.

Eddyra
Field Engineer – DU3744A2

19

Salam,

Work location : KL main office or Paka.
Project: Plant Rejuvenation and Revamp 2 (PRR 2) Project, Paka.

Piping engineers,
Process engineers,
Planners and
Schedulers.

If you’re interested to join this NEW TEAM, kindly please email your cv to me at eddyra.net@gmail.com and I will forward your cv to this company.

Thanksss..

Agreement for Petronas Gas Bhd PRR 2 Project signed today
9/11/2010 – The Agreement for the Petronas Gas Bhd (PGB) Engineering, Procurement, Construction and Commissioning (EPCC) for Plant Rejuvenation and Revamp 2 (PRR 2) Project was signed today at the signing ceremony held at the Malaysian Petroleum Club.

The said ceremony which were represented by PGB and the consortium of Hyundai Engineering Corp. (HEC), Hyundai Engineering and Construction (HDEC) and PfcE was signed by Mr. Samsudin Miskon, , Mr. Kim Doong Wook, Mr. Im Jin Mo and Dato Abu Talib respectively.

The project which looks to rejuvenate and revamp of PGB facilities which has past its 20 year life for GPP 2, 3 and Export Terminal has started to commence since October 2010 and is aimed to be completed by 2013.

10

Salam all,
Sebagaimana yang dijanjikan, aku upload di sini movie part 2. Sambungan dari clip yang lalu. Seperti biasa lah, quality tak elok sangat..

OK.. enjoy the movie.