Malam nisfu syaaban – malam meramaikan masjid

By Monday, August 27, 2007 0 No tags Permalink 0

Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam ni lah kalau nak tengok orang ramai kat masjid, atau macam surau kat kampung aku. Abis anak pinak suku sakat pakat duk baca Yassin 3x. Lepas majlis tu ada makan-makan. Saf sembahyang boleh sampai ke pintu masuk, ramai sungguh.

Kalau tak kerana malam ni malam nisfu syaaban, heh .. pak imam sorang, tok bilal sorang pastu ada lah warga-warga emas satu dua saf. Boleh lah tu dari takde. Pastu ada ler saf kecik bebudak kecik yang belum akal baligh. Nak harap orang-orang muda macam aku, habuk pun tarak. Kalau ada yang muda pun yang sedar diri esok dah nak mati.

Tok guru aku cakap lagi, selain dari malam Nisfu Syaaban ni, ada satu malam lagi masjid akan penuh, iaitu malam penamat di bulan Ramadhan, orang kampung aku kata “malang namat” .. sama je maksudnya, bunyi je lain. Sebab apa? Sebabnya sama sebab ada makan-makan..

Minah rempit tak bermaruah: Aksi lucah melampau

By Monday, August 27, 2007 63 No tags Permalink 0

Satu lagi isu lucah melampau yang disiarkan dalam Harian Metro Ahad 26 August 2007. Macam biasalah, Harian Metro memang suka sensasikan berita-berita seumpama ni. Kasi rating naik sikit, macam orang buat blog jugaklah, keyword mesti mau power. Title lucah memang la dapat hit tinggi, macam posting yang aku buat seperti ini.


Sebenarnya aku pun dah dapat clip ni, macam biasalah dari Gmail. Nak aku link kat sini ke Youtube punya clip tu, tak payah la sendiri lah google.

Apa yang aku nak bebel kan kat sini ialah pasal bebudak perempuan tu, awek-awek rempit adik-adik kita ni ler. Pasal mat-mat rempit, para bohjan tu tak kisah sangat lah. Sebab apa tak kisah dengan mat-mat rempit, nanti aku ceritakan.

Satu tanda soal atas kepala aku, mengapa. Mengapa awek-awek rempit ni tidak segan silu, tanpa rasa aib tunjukkan private part dia pada public, atau pada partner dia kalau clip panas atas katil atau dalam ladang kelapa sawit umpamanya. Why? Syok sangat ke tengok movie buatan sendiri dalam handphone tu?


Ada satu clip tu, 2-3 mat rempit dan seorang awek pakai baju pink. Slang macam orang kampung aku, adehhh… Yang si mat rempit ni salah seorang darinya tukang record, yang satu lagi macam biasa lah dia punya instructor. Mat rempit suruh selak baju, si minah rempit pun selak ke atas dan show off dia punya anu yang atas tu. Apa kejadah!

Kalau tanya aku, memang lah aku pun suka tengok clip seumpama itu, jangan kan aku korang yang baca ni pun suka jugak. Apatah lagi free, awek Melayu pulak tu. Yang malu bukan Acong atau Ramasamy. Tapi yang bernama seperti Dollah, Mamat, Ali dan sesiapa saja yang ada bin dan binti kat tengah tu.

Dalam clip tadi, awek tu selamba, yaa selamba saja tanpa fikir baik buruk perbuatannya tu. Tak fikir ke kalau-kalau lelaki yang record aksi di tu pass kan clip kat orang lain ke, handphone jatuh ke tangan orang lain ke. Aku kata kat sini, awek-awek blues ni memang tak terfikir bahawa clip tu akan sampai ke tangan orang lain sebab tu mood dia orang masa shooting tu nampak ceria dan happy. Wahaha…


Berlainan pulak ceritanya dengan kaum lelaki, pandai pulak dia tutup muka dengan baju, atau dalam clip tu dengan helmet. Sebab dia tahu malu, dia tahu clip tu mungkin akan tersebar jugak, paling takut kalau dah upload kat internet. Kalau sampai kat internet maka tiada mustahil lah akan sampai ke Harian Metro, kalau sampai kat tangan aku jer kira masih ok lah.. huhuhu..

Lelaki kurang impact kalau tersiar pun, sebab? Sebab dia lelaki, jahat camana pun, nakal camana pun, dia lelaki. Silap perempuan dibandingkan dengan silap lelaki tak akan sama, padahal hakikatnya sama juga. Perempuan kalau dah telanjang bulat tu orang dah kata bohsia, sundal dan macam-macam. Lelaki pulak, alah biasalah lelaki. Peel lelaki. Siapa yang letakkan ketidak-samaan ini? Masyarakat kita lah.

Now aku terfikir lagi, bagaimana perempuan dan awek-awek lucah tu nak menghadapi masyarakat sedangkan clip dan photo mereka sudah tersebar satu dunia. Untunglah dia bukannya artis, kalau artis aku percaya dia akan terus stop jadi artis duduk kat rumah jer.

Fikir-fikir…..

Apa-apa hal, kita dengar lagu Pecinta Wanita versi Klate. Click untuk download.

Isu bakal doctor pegang babi

By Monday, August 27, 2007 123 No tags Permalink 0

Kecoh satu dunia internet Malaysia berkenaan dengan photos 2 orang adik kita dari sebuah U di sebuah kandang babi, atau nama manjanya khinzir. Dalam photos tersebut ada beberapa pose pose yang menarik yang digayakan oleh mereka ni. Kebanyakkan respond yang aku baca, tak kira lah thru email ke, forum ke atau apa-apa sajalah kebanyakkannya menghentam dan berpandangan negative. Apa yang menariknya, kebanyakkan tukang komen dan tukang-tukang tambah cerita tu mengulas sekitar tentang haram pegang babi dan anjing.

Pelik aku, siapa kata haram pegang babi? Tak pernah dengan pulak aku dengar ada fatwa kata haram pegang babi dan anjing. Yang haram tu makan apa-apa yang berkaitan dengan babi dan anjing, dan yang datangnya dari menatang 2 ekor tu. Aku bukanlah yang terbaik untuk mengulas berkenaan dengan hukum hakam, tapi hukum berkenaan dengan haram halal menatang 2 ekor ni adalah basic jer. Basic fardu ain jer dalam jenis-jenis najis ni. Adeh..

OK kita baca penjelasan panjang lebar dari seorang hamba Allah berkenaan dengan isu ini semoga kita semua mendapat ilmu dari apa yang telah beliau tulis.

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhKepada yang berkenaan, Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.



Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan

TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?



Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor.

Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.



Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.

Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit- penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya.



Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal.

Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan desensitization yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.



Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan-kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan.

Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan.


Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu.


Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis mughollazaoh tidak haram.


Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mustamal (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.


Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah.


Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit geli apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.


Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburuberniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?


Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia.


Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya.


Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya.


Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini tidak berjangkit maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak berjangkit jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut.


Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.


Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis mughollazoh pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan.


Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan – persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi?


Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini.


Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.


Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya?


Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan Tidak, kerana saya seorang Islam .Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain.


Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahualam .Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini.


Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo.co.uk.
Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM,

UPM Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

————————————————–

My 2 cents..
Last word untuk adik-adik 2 orang tu, seboleh-bolehnya gambar-gambar seumpama ini janganlah di masa akan datang disebarkan, cukuplah untuk buat koleksi sendiri. Masyarakat Malaysia ni khususnya Melayu sensitif dik, perkara-perkara kecik cam ni pun boleh jadi isu besar, walhal tak besar mana pun. OK.. lepas ni kalau ada bergambar dengan cipan ka, tenuk ke pass kat eddyra.net jer .. haha..jk.

Pillow for lonely people

By Sunday, August 26, 2007 0 No tags Permalink 0

Boyfriend Arm PillowThis Boyfriend Arm Pillow is a Japanese product aimed at Japanese who like sleeping with their head on man’s chest but don’t have a partner to do it with.

The good thing are they’ve got the shape right and padded appropriately for comfort and an alarm clock which gently shakes the arm when it’s time to get up. Wahaha…

Kameo’s Boyfriend Arm Pillow resembles a man’s torso, shoulder and arm, offering a cozy space sized to fit and comfort its lonely owner.

disembodiedarm.jpg

The price when they launched in 2004 was $74 and now available in the market.

Thats good for the girl who still single or desperate one who always wish to sleep on man’s chest.

So thats for girl, what about man? Man also wants someone who can accompany him on bed. To make it fair, Japaneese have created one for man. I think the men outside there who are working at offshore rig should have this :)

Huhuhu…

lapphoto.jpg

Two moons on 27 august

By Saturday, August 25, 2007 2 No tags Permalink 0

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on August 27 when Mars comes within 34.65M miles of earth. Be sure to watch the sky on August 27 12:30 am . It will look like the earth has 2 moons. The next time Mars may come this close is in  2287

Share this  as NO ONE ALIVE TODAY will ever see  it again.

Ular di dalam perut

By Saturday, August 25, 2007 3 No tags Permalink 0

The contents of the above source:

‘A Huge Striped Reptile Took Up Residence In My Tummy!’

EMERGENCY room doctors were stunned when they cut into a woman’s belly – and found a 1,83-metre snake!

“It was like something out of horror movie,”, says Dr. Damien Perez, one of the physicians at the bustling New York ER. “The snake was white with bands of a darker colour around it. The mouth was large and when it looked at us, it bared its fangs and hissed like a steam ketle.

snake1.jpg“I guess the snake was in a rage because we were taking it from its secret lair. One attending nurse fainted and another just stood there and screamed. I felt a little woozy myself.” The patient, 36-year-old Patricia Roger, had been rushed to the hospital complaining of tomach pains.

“When Patty woke up that morning she was in agony,” recalls her husband David, a 40-year-old security guard.

“We thought it was something she’d eaten the night before. We had been to a Japanese restaurant and Patty had eaten sushi. I’ve always been squeamish about eating raw fish, and I said, “I told you so’, when my wife got sick.”

David raced his moaning spouse to the ER, where doctors were baffled by their patient’s symptoms.

“Mrs. Rogers began to vomit violently, then she went into convulsions,” says Perez. “When we removed her clothes we could see something moving beneath the skin of her stomach.

“We took X-rays, but couldn’t quite believe what we were seeing. Before we could discuss what to do next, Mrs Roger’s heart stopped.We didn’t have time to get her to an OR. We had to operate immediately.

“I believe the snake had been living in her large intestine, feeding from the food that passed through her gastrointestinal system – and growing bigger and bigger.

“How it got there, we have no idea. Nor does she.”
But after surgeons removed the snake from Roger’s stomach, she slowly recovered – and researches say she may have swallowed snake eggs when she drank ricer water on a camping trip.

Rogers isn’t the first victim of this hideous affliction. It’s mentioned in the literature of the Middle Ages and in medical texts as late as the 19th century. Here are two cases from the book Cabinet of Medical

Curiosities:
1.) In 16th-century France, a shoemaker who suffered abdominal pains for 10 years finally stabbed himself in despair. Later, his widow found a live snake in his coffin. It had exited through the stab wound.
2.) In 1642, it was recorded that a German woman named Catharina Geisslerin vomited toads and lizards from her mouth for 14 years.

eddyra.my : What do you think..?

Kuala Lumpur dalam kenangan

By Friday, August 24, 2007 1 No tags Permalink 0

Setelah seharian aku trial and error, hampir 10 wordpress plugins untuk thumbnail viewer aku test. Semuanya bermasalah dengan theme yang aku guna ni. So akhirnya jumpa lah Lightbox 2 yang di modified dari Lightbox JS v2.2 javascript yang di tulis oleh Lokesh Dhakar. So far OK tapi lembab la sikit masa nak loading tu.

So terima lah photo nostalgia Kuala Lumpur era awal tamaddun manusia di Malaya yang aku terima dalam email.

Flickr Photo Album

By Friday, August 24, 2007 2 No tags Permalink 0

Aku spent almost 3 hours hanya untuk memahami Flickr Photo Album plugin which created by Joe tan. Nak buat camana, kita ni mana ler belajar buat website kat sekolah dulu kekeke.. Plugin ni verrry good, kita boleh pull photos kita yang kita upload di Flickr.com dan display dalam blog kita. Credit goes to Joe tan.

Well click photos link to see the photos album in action. For time being, I show some of the offshore photos. Atau gi je kat sidebar, click photos.

flickrphotos.JPG

Dont lie to your mom..

By Thursday, August 23, 2007 0 No tags Permalink 0

Well I got this funny story from my colleague and I share it here.

Mom comes to visit her son Kumar for dinner…..who lives with a girl roommate Sunita. During the course of the meal, his mother couldn’t help but notice how pretty Kumar’s roommate was.

She had long been suspicious of a relationship between the two, and this had only made her more curious. Over the course of the evening, while watching the two interact, she started to wonder if there was more between Kumar and his roommate than met the eye.

Reading his mom’s thoughts, Kumar volunteered,

“I know what you must be thinking, but I assure you, Sunita and I are just roommates.”

About a week later, Sunita came to Kumar saying,
“Ever since your mother came to dinner, I’ve been unable to find the silver plate. You don’t suppose she took it, do you?”

Kumar said ,”Well, I doubt it, but I’ll email her, just to be sure”

So he sat down and wrote :


Dear Mother,
I’m not saying that you ‘did’ take the silver plate from my house, I’m not saying that you ‘did not’ take the silver plate..
But the fact remains that it has been missing ever since you were here for dinner

Love,

Kumar

Several days later, Kumar received an email from his Mother which read:

Dear Son,

I’m not saying that you ‘do’ sleep with Sunita, and I’m not saying that you ‘do not’ sleep with Sunita.
But the fact remains that if she was sleeping in her OWN bed, she would have found the silver plate by now under the pillow…

Love,
Mom

Wahaha……

Proton Savvy kena kutuk di luar negara

By Thursday, August 23, 2007 1 No tags Permalink 0

  • Manufacturer : Proton
  • Production : 2005 – present
  • Category : Hatchback
  • Model : 5 door
  • Engine : 1.2 L

What Jeremy Clarkson said? Click photo below to watch on youtube.

savvy.JPG

My 2 cent – Aku geli hati mendengar comment Jeremy Clarkson dalam program TopGear mengenai Proton Savvy. Haha.. Proton kena buat R&D banyak-banyak sikit.. hehehe…