Buang Anak lagi .. 29 August 2010

By Thursday, September 2, 2010 12 No tags Permalink 0

Tak berperikemanusian.. cap ayam! Kangkang je pandai…



Masa kangkang tak ingat dunia.. boleh kangkang tu kangkang luas-luas.. tak reti-reti nak fikir.. mentality celah kangkang betul.


Letak dalam paper bag je bro.. apa kejadah punya manusia..


Fesbuk oh Facebook

By Monday, August 30, 2010 12 No tags Permalink 0

Giler.. walaupun ada yang menyatakan Facebook support Yahudi tapi layan jugak.

  1. More than 400 million active users
  2. 50% of our active users log on to Facebook in any given day
  3. Average user has 130 friends
  4. People spend over 500 billion minutes per month on Facebook

(Statistic from facebook.com)

Adeh.. dulu Myspace, lepas tu Friendster, sekarang ada Facebook, ada pulak Tagged.. lepas ni tak tahu lah apa pulak. Bercerita tentang facebook ni, bukan saja budak-budak sekolah rendah bahkan budak umur 1 tahun dah ada facebook. Bayangkan rajinnya mak bapak (biasanya mak dia lah) habiskan masa layan facebook. Mak satu account, anak kecik satu account. Bapak pun ada satu account, biasanya ada bapak yang tak add bini dia pasal takut affair yang lama-lama muncul kembali kah kah kah..

Anyway, facebook ni walaupun dikatakan ada kaitan dengan Yahudi sebenarnya ada benefit yang kita boleh gunapakai. Walaupun electric tu bukan orang Islam yang reka namun tak salah kalau kita memanafaatkan nya. Sama juga dengan facebook ni, ada kebaikannya juga. Kawan-kawan yang dah 30 tahun tak jumpa pun tetiba-tetiba muncul bro.. itu yang rasa macam tak percaya tu.

Ex classmate sekolah menengah, classmate masa di U tu jangan cakap lah confirm ada account punya. Itu pun kalau ada masa nak layan benda ni. Boss aku pun ada facebook account.. wakil rakyat pun ada, menteri pun ada, perdana menteri pun ada. Cuma bergantung kepada agenda masing-masing, kalau mat rempit mungkin dia nak bercerita apa yang ada dalam kepala dia pasal motor dia, awek kelabu asap nak share cara-cara buang anak, ahli politik bercerita pasal politik dan pergerakan mereka. Facebook ni actualy mengambarkan life kita. Post gambo kereta baru, gambo anak-anak terima hadiah, kalau perempuan pulak bercerita pasal anak-anak, pasal laki main golf, hari ni masak apa, cerita gi saloon rambut, langsir baru.. adehhh pompuan.. macam tu je lah tak pernah berubah.


Aku pun ada satu facebook account, cuma bukan active user lah. Kekadang jer online search member-member masa kecik atau pun tengok siapa yang nak add aku. Orang yang aku tak kenal batang hidung biasanya aku tak accept sebab rasa takde privacy. Aku ada blog eddyra.net ni pun dah banyak membebankan aku sebenarnya cuma pandai-pandai aku je lah untuk handle nye.

Blog atau facebook ni actually expose diri kita pada public bro, apatah lagi kalau blog ni di registered menggunakan mycard, melainkan free blog macam blogspot. Salah guna bahaya juga. Sama juga dengan facebook ni, gambar muka pun ada, kadang-kadang ada yang letak hp number sekali tu.. silap tulis makan diri.

Berbalik kepada facebook ni, kalau dah ramai sangat links tu, maka ada peluanglah untuk bertemu kembali kawan-kawan dan lawan lama. Dan sudah tentu ‘mereka’ yang terdahulu pun berkemungkinan akan kita jumpa di alam maya ni termasuklah scandal-scandal lama masa sekolah menengah, di kolej atau pun anak-anak yang korang buang di dalam tong sampah 15 tahun lepas. Hmmm..

Di group aku sendiri pun jelas sangat contoh couple lama bertemu kembali setelah 15 tahun berpisah, muahahaha.. tapi masing-masing dah berkeluarga lah. Entah apa yang dia orang rasa tak tau la pulak.. tak kuasa nak tanya la kan.. macam aku ni tak de lah nak terjumpa sapa-sapa pun maklum lah dulu aku tak bercouple kann.. facebook aku pun siap add wife aku lagi ..

Itu lah facebook, ada yang boleh buat duit, ada yang pasang ads, ada yang offer itu dan ini, network sana sini. Tu pasal sampai yang offer body untuk duit di facebook. Gilo..

Apa-apa pun, atas kebijaksanaan masing-masing untuk membahagikan masa. Hari ni siap ada integrated facebook application dalam handphone, jangan kata masa dalam meeting, dalam jamban pun boleh reply.. “I tengah berak..”

Teringat aku dulu masa IRC mula-mula sampai di Malaysia, giler jadi budak-budak sekejap duk layan chatting.. lepas tu upgrade lagi cantik, keluar mIRC, lepas tu YM pulak.. semua tu memerlukan masa.. dan banyak lah masa yang dihabiskan di depan pc untuk chatting berbanding buat kerja lain, siap menangis depan pc lagi broo.. Sebab tu lah banyak company yang banned application facebook, chatting semua ni..

OK .. selamat melayan facebook!

31 August – Yayy.. cuti.

By Sunday, August 29, 2010 3 No tags Permalink 0

31hb August 2010 sekali lagi 1Malaysia akan bercuti untuk mengenang kembali pengistiharan kemerdekaan 53 tahun yang lalu.

Tahun ni nampak suram dan macam takde mood nak celebrate merdeka. Apasal ha.. bulan puasa kut.. atau pun takde bank nak sponsor bendera free… he he he .. mentality free, macam aku lah jugak. Tak de nye nak beli bendera kecik nak letak atas bumbung kereta aku, atau bendera kain nak selimut kereta aku tu.

Aku bukanlah rakyat 1Malaysia yang tak patriotic dalam hal-hal sebegini, tapi … entah lah merdeka dah pun merdeka 53 tahun lalu. Nak aku berkumpul di KL atau di mana-mana location yang sambut merdeka tu rasanya lebih baik aku duk depan TV dengan anak-anak aku. Tak de nye lah untuk aku panjat rumah semata-mata nak naikkan bendera atau cat rumah aku bersempena dengan merdeka ni, nak cat di badan lembu tu jauh sekali lah. Weii ada juga orang pi cat di body lembu tau..

Betul, tahun ni sambutan merdeka nampak suram. Tak banyak di KL tu orang pasang bendera di kereta, di building, di kedai-kedai.. on the way balik Kemaman baru-baru ni pun tak sebijik kereta pun yang tergamak nak selimut dengan bendera.. aku agak mesti bendera dah abis di kedai sebab orang Indon dah borong abis untuk di bakar di depan kedutaan Malaysia di sana.. agak-agak aku lah. Ganyang jangan tak ganyang..

Aku salahkan kerajaan Malaysia dalam hal kesuraman menyambut merdeka tahun ni. Pasal, kerajaan perlu hebohkan kepada rakyat bahawa this time akan di adakan concert di KL, besar-besaran punya! Siang nak puasa, puasa ler, malam kita concert, siap boleh poco-poco lagik. Lepas tu boleh merdeka di atas katil dengan awek kelabu asap di bilik-bilik hotel murah di sekitar KL tu. Eh betul apa. Hari ni kalau kerajaan nak buat pengisian merdeka dengan slot-slot keugamaan, slot-slot pentomen askar Melayu memperjuangkan kemerdekaan di bulan-bulan kemerdekaan ni pada pendapat aku.. buang duit rakyat je lah. Kalau yang datang pun, staff kerajaan dan budak-budak sekolah.

Sebenarnya tujuan di adakan sambutan ni sebab nak beri peringatan kepada golongan muda, golongan sasar ni bahawa kita pernah di jajah dan kemudian kita merdeka, maka kekalkan kemerdekaan tu. Masalahnya golongan sasar ni terdiri dari mereka-mereka yang muda-muda remaja ni. Kita tak pe lah, dah nak masuk 40 dah.. dah lama dah merdeka. Kerajaan patut tackle golongan sasar ni, kalau mereka takde bendera, beri bendera pada mereka, dia orang mat-mat rempit, awek-awek kelabu asap ni mana reti membazie duit nak beli bendera, baik mereka beli minyak moto je. Betul bro. Kalau kerajaan kata, jangan harapkan kerajaan free issue bendera ni, bagi aku itu yang silap. Bagi je ler..

Satu perkara lagi yang menyebabkan sambutan merdeka tidak di sertai 100% oleh rakyat Malaysia ialah bila ada perbezaan politik. Ini betul bro.. pembangkang memang dah lama membangkang di Malaysia ni, apa-apa hal pun memang tak sebulu dengan parti pemerintah hari ni, begitu juga dengan parti pemerintah, memang tak ngam dengan pembangkang. So bila masuk hal-hal berkenaan dengan aganda kerajaan, kebiasaannya pembangkang tak akan turut serta. Yang akan beria-ria support hanyalah ahli-ahli parti pemerintah. Percaya lah gua cakap bro.. bila nampak je ada kereta yang pasang bendera, atau selimut kereta dengan bendera besar tu nampak sangatlah dia tu orang UMNO!

So bila jadi perbezaan macam ni, ahli-ahli parti pembangkang malas nak beria-ria, baik duk rumah tengok TV. Takde lah nak sama-sama menyambut hari kemerdekaan yang di anjurkan oleh kerajaan. Nak gantung bendera nanti nampak sangat macam sokong UMNO.. fact ni bro kalau tak caya tanya lah orang-orang pembangkang he he he..

Pulak tu akhir-akhir ni banyak pulak agenda kerajaan yang membuatkan pembangkang khususnya pakatan rakyat yang bengang macam issue APCO.. malas aku nak tulis panjang-panjang, gi baca di web pakatan rakyat lah. Jadi, merdeka ni macam tak merdeka lah bila Malaysia ni masih ada kaitan dengan agent Yahudi. Entah lah bro.. blog aku ni bukan blog politik.

Akhirnya, sambutan merdeka jadi ler macam sambutan nak puasa. Suram jer. Baik duk kat rumah. Eh apa theme kemerdekaan tahun ni eh?

Lagi peluang pekerjaan.. Qatar.

By Tuesday, August 24, 2010 14 No tags Permalink 0

salam bro..

comfirm ni utk kije kat qatar petroleum..
sapa berminat leh apply or forward kat mamat ni..
bulan october ada session interview dgn rep qatar petroleum

adlan (a.k.a)
forwrd kat remy, kot peluang dia kije sana.

best regards

—– Forwarded Message —-
From: Allif Azizi

Sent: Monday, 23 August 2010 13:51:28
Subject: Re: list position…

1- piping insp.
2- welding insp.
3- plant insp.
4- tank insp.
5- painting / insulation insp.
6- E & I engineer.
7- instrument construction supv.
8- mechanical construction supv.

Send your application to this email address: azizi1011@gmail.com

p/s: Aku siap copy paste email dia kat sini, jangan pulak ada hantu yang cakap aku scam pulak.. muahahaha..

Ramadhan di Kolumpo

By Saturday, August 21, 2010 17 No tags Permalink 0

Salam semua..
Hari ni dah masuk minggu ke 2 Ramadhan untuk tahun 2010. Aku masih di KL, dah sebulan lebih di sini setelah di transfer dari Kemaman. Makanya berpuasa lah aku di KL ni dari hari pertama puasa.. cuma hujung minggu drive ke Kemaman berbuka puasa di sana. Tahun lepas berpuasa di Miri, Sarawak. Tahun depan wallahuklam, mungkin di Dubai agaknya.. manalah tau kan.

Rasanya puasa di mana-mana pun sama, tak makan dan tak minum, tak buat perkara-perkara yang dilarang sepanjang di siang hari. Malam hari lain cerita..

Ramadhan kali ni macam tahun lepas juga, solo. Bangun sahur jam 5.00am, turun bawah apartment ke kedai mamak 24 jam. Itu jer kedai makan yang ada di area aku ni yang tak perlu untuk aku start kereta aku. Betul-betul bawah apartment. Seboleh-bolehnya aku nak elak makan masakan mamak dari India ni sebab perut aku jadi tak tentu hala lepas makan tu. Tapi apa boleh buat, makan je lah apa-apa yang ada dari aku cari makanan lain pukul 10.00am esok he he he..

Dah lah bawah opis pun restoran mamak, jalan kaki sikit depan Menara Ambank pun kedai mamak.. aduhai.. kedai masakan Melayu ada dekat-dekat opis ni tapi.. kurang aura.. Balik apartment pun kedai mamak.

Masuk kedai mamak bawah apartment aku ni time sahur ni, kadang-kadang mencabar juga, order Kopi Jantan, yang datang kopi O. Ayam jangan potong kecik, dia potong kecik. Tapi satu je lah, mamak ni punya service memang tip-top, sampai je kat meja dia dah tanya apa mau minum.. kalau tanya apa makanan ada, fuuuuuuhh laju je dia baca menu, sampai tak sempat nak tangkap, last-last order nasi goreng je.. yang tak tahan tu bila dia pasang lagu Tamil waktu-waktu subuh gini, kalau lagu Hindi tu OK lah jugak.. takpe lah 1Malaysia Najib cakap.

Dulu mula-mula sampai, tanya arah kiblat, dia belasah mana-mana pun boleh bang.. itu yang aku rasa nak guling-guling atas lantai tu.

Abis sahur, abis solat Subuh, aku start kereta terus ke parking kereta di area Jalan Yap Kwan Seng.. takde jem langsung kalau keluar jam 6.00am. Tido dulu dalam kereta sampai pukul 8.00am sementara menunggu opis hour jam 8.30am. Kadang-kadang aku datang ke opis terus, alas kotak bawah meja, tido sampai 8.30am.. gilo apo bangun 5.00am nak bertahan sampai petang..

Itu kalau rajin bawak kereta.. tapi lately aku suka naik LRT dari Wangsamaju sampai ke KLCC, rilex pun rilex takde nak fikir pasal jem masa gi dan balik. Hari pertama puasa tu, jem gila di KL sebab semua nak cepat sampai rumah, lapar sangat la tu.

Di KL ni, ada kedai Muslim termasuk lah kedai mamak ni beroperasi di siang hari, targetnya ialah untuk non muslim lah, kalau di Ganu rasanya tak dok. Kalau perhati elok-elok, memang takde Melayu yang makan dalam kedai tu, tapi yang membeli memang ada jantan cabaret Melayu hahaha.. member opis aku ni dari 1st day tak puasa, pukul 12.00 tengahari suatu hari tu dia beratur gi beli nasik, ada pulak makcik Melayu kecoh-kecoh pasal member aku ni beli nasik.. alah dia pun dah tentu tak puasa jugak.. datang bulan la tu.. kawan aku cakap untuk berbuka petang nanti, so beli awal-awal takut abis haha.. nak makan tak susah pun, dalam kereta kat parking lot pun boleh, basement car park pun boleh. Bawah meja opis pun boleh. Cuma kalau kaki rokok ni, leceh la sikit sebab ada bau napas.. nak elak camana kena lah telan gula-gula.. tapi kalau memang tak puasa tu memang nampak sangat air muka tu ceria je..


Di opis ni, kadang-kadang dapat email dari member2 yang duk forward gambar-gambar makanan, ice cream lah, lauk pauk lah.. hmmm.. takde kerja nya korang sampai buat orang lain telan air liur di bulan puasa ni. Bergegar perut ni ..

Macam aku ni melekat di opis sampai waktu balik kerja, tak keluar ler cuma ada sesekali turun kat lobby untuk rest kan kepala otak.. so kira OK lah kurang sikit dugaan. Opismate memang ada non muslim, takde jadi masalah, dia orang pun respect kita yang sedang berpuasa.. cumanya yang aku bengang kalau orang kita sendiri yang tak respect sesama kita, bayangkan kita sabar je dari pagi sampai petang duk di opis, jaga telinga, jaga mata dan jaga semuanya sekali tapiii.. waktu balik je aiseymennn mesti jumpa awek kelabu asap yang pakai pakaian macam nak masuk neraka tu.. kurus kering puasa kita bro.. confirm punya lah. Astagfirullahalaazim.. mata duk jeling sekali je, tapi lama lah, sekali takpe ehh? .. hua hua hua.. KL bro.. KL.. tak pakai macam tu nanti orang tak pandang.. puasa ke tak puasa ke sama je pakaian dia.

Abis lah bab tu, bosan lah sembang pasal awek kelabu asap time puasa ni.. dah ler puasa tu tak pernah cukup sebulan, confirm punya lah, kecuali yang kena buatan orang 9 bulan tu.

Orait, di KL ni memang berlambak bazaar Ramadhan cumanya tak sempat nak gi jer sebab jem giler. So aku biasa gi di bazaar Ramadhan di Wangsamaju tepi Jusco tu. Turun dari LRT terus lintas ke area tu. Macam-macam makanan ada bro.. roti John, murtabak, nasi kerabu Klate, nasi kukus ayam berempah, nasi beriani, ayam pusing, lauk pauk dan kuih muih semua ada. Cumanya faveret aku je takde iaitu pudding buih. Takde bro kat sini, orang KL tak reti buat la tu. Murtabak di sini ada 2 jenis kuah, kari dan cuka bawang tu. Cuka bawang ke orang panggil? Di sini ada jual daging kambing bakar, kat Kemaman tak dok.

Menu biasa aku di KL ni untuk berbuka biasanya nasi putih dengan lauk asam pedas atau pun masak lemak. Sayur sikit dan kuih 1-2 jenis. Tu je, selebihnya cuci mata tengok awek kelabu asap yang sama-sama membeli juadah berbuka puasa, padahal dia bukannya puasa pun.. no entry bro. Tak caya ke? Alah opis mate aku selamba je bawak karipap kat opis, dia kata ‘cuti’.

Abis sessi membeli juadah mengikut nafsu tu, blah balik ke kondo. Lepas tu turun kedai mamak india tu semula, tapau kopi O.. adehh.. macam orang bujang bro.. berbuka sorang-sorang depan TV. Kalau di Kemaman, kecoh dengan anak-anak nak berbuka puasa sama-sama. Abis tu aku di KL ni nak ajak siapa berbuka sama-sama.. semuanya ada anak bini.. nak ajak yang budak-budak bujang tu pulak, bukannya semua puasa pun.. nak ajak yang kelabu asap tu, nanti wife istihar perang saudara pulak. So yang terbaik, berbuka lah depan TV.

Gitu lah, berpuasa di tempat orang tanpa anak bini bro.. nak tarawih di masjid atau surau pulak tu jauh, nak kena start kereta lagi, nak cari parking lagi, nak simpan selipar lagi takut hilang.. so tarawih 2 rakaat jer ler kat bilik ? selebihnya tu entah la bila nak habiskan..

So malam-malam di bulan Ramadhan ni aku lebih banyak menghabiskan masa di kondo ni, OK lah jugak dari aku merayau tak tentu hala, merempit ke, buang anak ke.. aduhaiii apa ler 1st day puasa dah ada kes buang anak.. bengong betul.. nak buang pun buang la kat dinding, ni yang sampai ke dalam tong sampah ni apa cerita ni.. kangkang je tau.. bila dah pregnant tak tau nak jaga anak baik-baik.. cap ayam betul.
Chow..

3rd blog anniversary

By Wednesday, August 18, 2010 14 No tags Permalink 0

It is my 515th post since 16th August 2007..

It’s incredible how the time fly, after three years and 1,069,299 unique visitors, looks like was yesterday when I started this blog. If I said blogging has been very, very good to me, it would be no lie. Looking back on the early entries, I see some differences as I didn’t know what the hell I was doing.. I can’t believe how many stupid things I’ve made..

From the beginning, I had one idea in my mind, to write about my experiances in oil and gas, but.. I think it is very important for me to write about the different events, life, politic, sex etc.

Thanks for continuing to read my random thoughts. Thanks for all support and comments. I really enjoy keeping this thing and I hope you enjoy reading it! You are the real reason that keep me working on this blog..

Happy blog anniversary to me.

Ramadhan Greetings 2010

By Wednesday, August 11, 2010 13 No tags Permalink 0

Wishing you all a very happy and blessed Ramadhan. May Allah bless you in this holy month and accept all your prayers and good deeds. Amin. Spending fasting month here in Kuala Lumpur this time around since last year’s Ramadhan was pretty much spent in Miri throughout.

Happy (Belated) Birthday to Me!

By Tuesday, August 3, 2010 14 No tags Permalink 0

Happy birthday to me.. 2nd August 2010…
I still think birthdays are great, my favorite day of the year..
Thanks to everyone who has sent me some birthday wishes already!

Job vacancy in Malaysia

By Friday, July 30, 2010 22 No tags Permalink 0

Services: Integrity Inspection Certification Services
Location: Malaysia
Commence: Apr2011
Duration: 3years
Optional: +1y +1y extension

Personnel:-
Project Manager
Inspection Engineer
Plant Inspector
Painting Coating Inspector
Welding Inspector
Ultrasonic Welding Inspector
Abseilers IRATA L3 Team Leader
Abseilers IRATA L2 Rope Access Lead
Abseilers IRATA L1 Rope Access Technician
NDT Technician
Material Inspector
Corrosion Engineer
Senior Corrosion Technician Level2
Corrosion Technician Level1
Surveyor Engineer
E&I Inspector
Mechanical Inspector
Radiographer team

If you are interested in this, please email to: sikom@sikomsupplies.com

Aku di Kolumpo..

By Wednesday, July 28, 2010 43 No tags Permalink 0

Salam everybody,

Aku sekarang berada di Kolumpo setelah di transfer ke sini mulai awal July 2010. Aku tak banyak soal dengan management, cuma mintak delay seminggu sebab nak settlekan hal anak-anak dan rumah. Baru je balik dari offshore hari tu, kemudian selang 2 hari lepas tu office informed aku kena transfer ke Kolumpo pada 1st July 2010. Bayangkan.. very short notice. Aku malas nak bertekak dalam hal ni, dulu pun macam ni jugak masa dengan company lama, tapi baik la sikit caranya compare tu this one bro.. takpe aku layan jer.. kalau ikut kan hati nak juga luahkan sumpah seranah aku di sini, tapi memandangkan ada sorang dua di opis Kemaman dah terjumpa blog aku ni so ada baiknya aku simpan dalam hati je… kalau orang tu jenis open minded takpe la jugak tapi yang sorang ni memang suka jaga tepi kain dalam dan mulut lembik mengalahkan tine garik..

OK aku dah masuk minggu ke 3 di Kolumpo.. 1st day hari tu rasa nak letak surat jer, malas, berserabut, stress, teringat anak-anak dan kepayahan wife aku uruskan anak-anak lagi.. kalau ikutkan hati rasanya aku dah blah bodo dah tapi puasa dah dekat, lepas tu raya pulak..

Opis bagi aku transfer allowance .. mak aii sikit jer RM900 sebulan, mana ler nak cover every week balik Kemamang.. dan sebijik apartment. Tapi kalau orang tanya aku jawab je condo haha.. ada 3 bilik dan ada 2 housemates. Bilik aku kecik je macam kubur orang kapir, sempit nak mampus bro.. boleh le letak single bed dan satu cabinet, luas lagi lah bilik bibik aku di Kemaman.

Di Kolumpo ni, opis aku depan KLCC jer, kalau jalan kaki ada ler kurang lebih 5 minit sampailah, kalau naik kereta tu 15 minit belum tentu sampai. Aku betul-betul duk di tengah-tengah center Kolumpo ni yang berselerak dengan banggunan tinggi.. entah apa lah yang best sangat duk kat sini.. hari-hari jem, hari-hari jugaklah aku kena balik lewat sebab tak nak terkepit dalam jem. Kalau di Kemaman, balik kerja pukul 6 petang, pukul 6.10 petang dah sampai di rumah, dah boleh bawak anak-anak naik motor pusing kampong.. di KL ni jangan kan kata sampai di condo sebelum pukul 6 petang, nak keluar dari parking pun belum tentu boleh selagi tak masuknya waktu garik.. dah lah parking RM6 per entry.. apa kejadah.. RM3 per entry pun ada tapi jauh pulak nak jalan.. 5 minit jugak nak kena jalan tu. Rugi tenaga he he he..

Pagi-pagi dah kena bangun, pukul 7am dah kena keluar dari condo, masuk MRR2.. kalau lewat sikittt jer maka terkepit lah di exit DUKE.. lepas tu masuk pulak AKLEH .. toll RM1.50 pulak kena.. then masuk ke Jalan Yap Kwan Seng lepas u-turn depan Ampang Point.. satu hari tu aku ter miss u-turn ni.. last-last sampai ke Bukit Bintang, nasib baik awal lagi .. bengong betul.. ada sekali tu masa nak balik ke Wangsamaju tu aku ter miss Bulatan Pahang dan terus ke arah PWTC .. punyalah bengang aku nak balik cepat hari tu last-last masuk ke Jalan Kuching yang jem macam jem roti tu..

3 minggu duk di KL ni memang mencabar jiwa raga lah.. dengan peel driver yang buat macam jalan ni mak bapak dia punya.. jenis pakai kepala lutut pun ada jugak sampai blocking jalan orang lain.. kereta je besar tapi dot dot dot.. lambat sikit bising honk honk honk .. orang lain pun bayar road tax jugak.. orang lain pun masuk lubang jugak kalau tak sempat elak.. nasib la sapa pakai rim 17 kat KL ni, kaya lah apek kedai repair rim. Mat motor pulak bawak motor macam naik kuda.. boleh masuk, masuk.. oh ya aku dah belajar satu cara kalau nak drive di KL ni, hulur kan muncung kereta anda dan block kereta orang lain kalau anda rasa orang lain payah nak beri laluan.. orang akan berhenti punya, dia pun sayang kereta dia .. paling bodoh pun dia tekan honk panjang-panjang.. buat bodo jer dan cakap dalam hati ada aku peduli…

Bro.. apa yang best sangat duk KL ni bro? Hari-hari jem, dah lah jem berserabut dengan manusia-manusia yang busy 24 jam.. dah lah makanan tak best mana pun, walau pun tak lah mahal tapi pusing-pusing jumpa kedai mamak, pusing-pusing kedai itik gantung.. nak cari nasi budu ori pun payah.. nama je kedai Melayu tapi tukang masak dan tukang order tu dari Indon.

Tak sabar tunggu weekend .. drive solo ke Kemaman, jumpa anak bini.. dan bibik.. hehe.. aku rasa lebih happy bila di kelilingi anak-anak dari pada dikelilingi orang-orang Kolumpo, jantan-jantan cabaret dan awek-awek kelabu asap ni.. bukan lawa sangat pun harapkan make-up dan corset je buat nampak keding gitew.. kalau bukak musti nampak perut berlipat dan penuh dengan kulit pecah muahahahaha.. ada yang pakai slack dengan t-shirt tight singkat tapi perut boroi wakaka.. dan ler banyak daging lebih kat paha dan punggung.. macam guni baju bundle bro.. kadang-kadang ada juga rasa keprihatinan ku ini nak slow talk pada dia orang awek kelabu asap ni, ‘dik.. cantik baju adik ni tapi kenapa perut boroi dik’ wakakaka.. adulaa..

Aiiee.. entah lah sampai bila bro gua nak stay di Kolumpo ni.. nak stop terus nanti overhead tak leh nak cover.. hati gua betul-betul memberontak bro.. dah lah client dengan cara client, boss dengan peel boss.. kalau di kenang-kenangkan balik best juga stay di Miri kalau compare to KL ni.. jauh lah bezanya.. takde ke company nak offer aku job di Miri ke, Kemaman ke.. Dubai ke alang-alang nak jauh sangat dengan anak bini.. dapat 5 juta sebulan pun OK apa.. ceh..