Aku cukup marah, bengang, malu dan sedih atas apa yang berlaku di Terengganu. Aku merasa teramat malu apabila melihat apa yang berlaku sekarang ini hingga ada yang tergamak menulis “natang” sebagai bantahan kepada keputusan istana dan Tuanku Sultan Mizan. Aku tafsirkannya sebagai bantahan kepada Sultan Mizan, itu pendapat aku.

Aduhai.. mengapa ini boleh berlaku. Perkara ini amat menyentuh perasaan dan telah pun menyiat hati sesiapa saja.
Aku tidak mewakili mana-mana parti politik, aku tidak pernah berdaftar pun dengan mana-mana parti di dunia ni. Aku bertanya pada diri sendiri, wajarkah politik seperti ini? Patutkah menentang keputusan yang telah dibuat oleh sultan sendiri kerana mahukan jawatan dan kedudukan peribadi masing-masing, kerana kuasa dan wang.
Utusan Malaysia, 24 Mac 2008 menyiarkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee terhadap Idris Jusoh dan 22 ADUN Terengganu. Sikap seperti ini sewajarnya dijadikan contoh kepada orang-orang Melayu UMNO khusus di negeri Terengganu.

Apa yang sedang berlaku ini adalah sama sekali tidak bertimbangrasa dan merupakan satu keadaan yang sangat menyedihkan. Kalau diimbas kembali sejarah kesultanan Melayu dulu-dulu, golongan ini boleh dilabel sebagai penderhaka. Sultan berhak untuk buang negeri orang-orang macam ni.
Keadaan ini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan perasaan orang Melayu.. tak kira siapa kita, PAS ka UMNO ka atau sapa-sapa lah. Lim Kit Siang, seorang berbangsa Cina yang memboikot keputusan pemangku Sultan Perak akhirnya akur dan meminta ampun di atas ketelanjurannya. Beliau tahu buruk baik tindakkannya itu boleh menyemarakkan lagi perasaan terguris Melayu, malangnya Melayu di Terengganu sendiri yang derhaka kepada sultannya sendiri.

Kalau perintah sultan pun boleh diketepikan, apatah lagi nak menjunjung titah baginda. Seelok-eloknya berbincanglah secara baik, cari orang tengah untuk selesaikan masalah. Cerita-ceriti ni akan bersambung dari mulut ke telinga rakyat jelata. Bila dah jadi gini, akan terjadi lah peristiwa selak seluar dalam antara satu sama lain dan akhirnya rakyat akan tahu juga pemimpin yang dipilih baru-baru ini rupanya berpenyakit. Siapa yang rugi, diri sendiri juga yang rugi.
Apa dah jadi ni.. penyu terus menangis bang.




saya nak tanya ni…
MANA KUMPULAN, PROWARIS, GPMS DAN LAIN2, yang buat press conference kat TV3suku semalam/kelmarin… ada satu MAKCIK, jurucakap kumpulan tu, beria2/berapi2 bercakap hal KETUANAN/HAK MELAYU di PERAK…
saya rasa elok jugalah KUMPULAN NI BUAT PC dengan TV3suku berkenaan kemelut diTERENGGANU pula… barulah dikatakan betul2 pejuang bangsa…amacam???
manusia,apabila syaitan sudah menguasai dalam dirinya,itu la jadinya,hukum Allah SWT pun di main mainkan..apatah lagi kuasa sultan..wahai rakyat terengganu!,anda di beri dua pilihan..ingin bersama “mantan” MB dato deris atau berdiri di belakang sultan?.
Apa yang bersungguh sgt deris jusoh ingin memegang jawatan itu, pasti ada “rahsia”nya yang orang tidak dapat membacanya,yang tidak dapat membacanya ialah orang-orang di butakan matanya,di tutup mulutnya dengan pelbagai ganjaran.
Ketika era khalifah al rashidin dulunya,mereka ini merebut untuk menolak daripada memegang kuasa disebabkan memikirkan besar tanggungjawab,bukan sahaja pada rakyat,yang lebih besar di depan Allah SWT nanti,itu jiwa yang telah di konkrit dengan roh keimanan yang utuh,akan tetapi pemimpin sekarang berebut untuk memiliki kuasa,kerana apa?kerana jiwa sudah di takhluki oleh IBLIS dan SYAITAN.
persoalannya adakah kita hendak bersama sama dengan pemimpin yang sebegitu rupa?,tepuk dada tanya iman anda.
wallahu a’lam
majoriti ahli dan penyokong umno, masih buta perut apabila terus memberi sokongan kepada derih jusoh dalam p’raya yg lalu walaupun sudah ada signal yg jelas dpr istana yg tuanku tidak selesa dgn derih jusoh.
ahli dan penyokong umno patut berasa malu kpd seluruh rakyat malaya di atas pilihan mereka dalam p’raya yg lalu, yg menyebabkan kemelut politk yg paling rumit dalam sejarah tanah air kita.
memandangkan kemelut nin jadi makin kusut, maka tak heran jika ada ahli umno yg berpura2 menyokong pihak istana. padahal undi mereka lah yg menjadi punca kepada kemelut ini. jangan nak tunjuk muka kasian kat sini lah melayukental.
shame on you umno trg!
Sebagai anak Melayu yang serba kekurangan, saya merasa teramat malu apabila melihat apa yang berlaku sekarang ini. Sehinggakan ada yang tergamak menulis “natang”. Ya Allah, mengapa ini boleh berlaku. Perkara ini amat menyentuh perasaan dan telahpun menyiat hati sesiapa saja.
Saya ingin bertanya kepada semua , mengapa ini terjadi? Apakah kerana kuasa yang direbut, kita sanggup menderhaka? Fikirlah semua. Sesungguhnya kita patut bersyukur mempunyai sultan seperti sultan kita, yang sanggup membuat keputusan yang tegas untuk kita semua.
Saya sangat berbangga mempunyai sultan yang berjiwa rakyat. Sultan yang berani bersuara walaupun dianggap bercanggah dengan pendapat PM kita. Sultan kita, adalah sultan yang patut dipuji oleh semua rakyat di Malaysia ini kerana mempunyai pendirian yang teguh.
Siapa kata rakyat Terengganu tidak senang dengan keputusan Sultan. Itu tidak benar sama sekali. Saya adalah seorang ahli UMNO dan saya sememangnya sebulat hati menyokong pendirian sultan dan saya juga pasti ramai lagi ahli UMNO yang seperti saya.
Sekiranya diminta untuk berdepan dengan IDris Jusoh saya juga berani menyatakan masih ramai ahli UMNO yang berdiri di belakang Sultan.
Tak payahlah bermuka-muka untuk kepentingan sendiri sehingga sanggup ketepikan Sultan sendiri. Tak malukan anda berbuat demikian wahai Idris Jusoh.
Yang pasti yang tunjuk perasaan di hadapan Istana itu adalah orang yang kurang ilmunya dan tidak tahu apa yang dilakukan dan sebagai orang yang pernah menjadi Menteri Besar sepatutnya mengcegah apa yang berlaku dan bukannya tersenyum melihat perkara yang sangat bodoh dan amat biadab berlaku di hadapan mata.
Apakah orang seperti ini yang kita hendak hormati dan dijadikan Menteri Besar kita? Fikirlah sendiri. Daulat Tuanku.
Sebagai seorang yang tidak tahu berpolitikpun saya rasa ramai yang boleh membuka mata dan berfikir secara waras, apakah wajar apa yang berlaku sekarang ini. Tidak malukah PM ?
Sepatutnya sebagai orang yang berpelajaran dan bergelar PM Malaysia, fikirlah secara telus dan buatlah keputusan agar orang ramai, atau dengan lebih jelas rakyat dapat menghormati anda.
Akhir kata dari saya seorang yang buta berpolitik, hati rakyat usahlah dicalar , usahlah dirobek kerana jarum yang sebegitu kecilpun bisa menumpahkan darah, inikan pula rakyat Malaysia hari ini yang telahpun terdedah dengan internet. Fikir dan renungkan lah bersama.
Betul kata Tun Mahathir, untuk menjadi pemimpin dahulukan rakyat dan bukannya semata-mata pentingkan keluarga. Sehinggakan hati rakyat seperti kami ini terguris dan tak bisa di ubati lagi. Sekian.
Oleh kerana Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya sudah terlalu biadap dan derhaka pada Sultan, maka disini diperturunkan sebahagian sebab musabab mengapa Tuanku sangat murka kepadanya. Maklumat ini diperolehi dari sumber yang sangat rapat dengan pihak Istana Terengganu!
Tuanku SANGAT MURKA kerana :
1) Idris Jusoh memasukkan duit royalti minyak sebanyak RM800 juta ke dalam akaunnya. Duit itu diuruskan oleh Wan Farid, Wan Hisham & Khairy Jamaluddin!
2) Projek Monsoon Cup adalah silap mata sahaja. Ia untuk Idris dan puak-puaknya mengaut duit dengan sebanyak-banyaknya!
3) Sebelum PRU-12, Idris telah menjual seluas 30,000 ekar tanah pada tauke cina dengan mengambil jutaan duit lagi untuk diri dan kroninya!
4) Dan ada sebanyak 25 KES lagi dalam tangan Tuanku Sultan!
Tuanku Sultan melantik Datuk Mat Said kerana hanya beliau seorang sahaja yang berani melawan Idris Jusoh dan puak-puaknya. Pak Lah pula pertahankan Idris kerana beliau mempunyai kepentingan dalam projek-projek untuk baham duit rakyat!
Wahai rakyat sekelian, marilah bangkit menyokong Tuanku Sultan! Baginda bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat! Jangan biarkan Tuanku bersendirian berdepan dengan puak-puak yang selama ini berlagak membela rakyat, padahal merekalah perompak harta rakyat!
Mengikut RPK cerita dia macam ni…
Terengganu dapat wang ehsan petronas sebanyak RM1 billion setahun (dulu RM800 juta), sepatutnya diakaunkan atas akaun kerajaan negeri terengganu.
So pak lah melalui KJ tak mau wang ini dimasuk dalam akaun kerajaan negeri terengganu. Wang ehsan petronas ini disalurkan melalui derih jusoh MB terengganu.
YB Ahmad Said ni gedebe sikit berani melawan, dia tak peduli MB atau PM kalau salah dia lawan, itu pasal istana nak kan dia jadi MB.
Pak lah bermati matian nak letak derih jusoh untuk songlap RM1 billion setahun duit terengganu.
Patrick badawi adalah rakan perniagaan KJ…
Pak lah lantik Wan Farid jadi setpol pak lah dan lantik abang dia jadi exco pelancungan dalam kerajaan terengganu.
Patrick badawi akan merancang projek pelancungan negeri terengganu dengan harga yang melambung berkali ganda dan pass projek tu pada Wan Hisham.
Wan Hisham usaha luluskan projek tu dan pass pada Wan Farid di Putrajaya dan wan farid pass pada KJ.
Idris Jusoh diperintahkan supaya jangan bising, mesyuarat exco terengganu di pegerusikan oleh pak lah dan Patrick Badawi juga menyertai mesyuarat itu.
Dalam mesyuarat inilah pak lah meluluskan semua projek yang diusul oleh Patrick badawi.
Antara projek yang telah berjalan adalah projek 30 buah rumah berharga RM1 juta sebuah di pulau dalam sungai terengganu, projek monsoon cup belanja RM300 juta setahun, dan lain lain.
Beginilah lebih kurang bagaiman pak lah dan KJ memperalatkan orang terengganu dan menyelewengkan wang ehsan petronas untuk negeri terengganu RM 1billion setahun.
Wang ehsan ini hanya boleh bertahan sampai tahun 2012.
Tahun 2013 minyak terengganu dah habis tak ada lagi, so ada lagi 4 billion dalam masa 4 tahun. Nombor 4 cina kata mati… hehehe
Istana memang sudah tahu tentang semua muslihat ini dan tentulah tidak mau lagi derih jusoh jadi MB terengganu.
20 orang exco terengganu telah dikurung dan dipaksa menanda tangani surat menyokong derih jusoh jadi MB terengganu.
copy paste comment dari mana ni ekk?
copy paste pn ok jugak la en eddy..hehe…
Tp ape y blaku skrg ni sungguh menyedihkn..dn sy yakin,bukan melayu sdg btepuk tgn dgn ape y blaku skrg., kdaulatan sultan dicanggah oleh pmimpin no 1 sdiri..sungguh memalukn… Lbh baik pak lah n deris jd warganegare thailand je… Mesti time blajar dlu fail sjarah malaysia ni…
tp rase2nye,pm thai pn hormat n patuh kt raje diorg kot… Hantar je la kt bulan,xpn pluto sane.. Bile dr muszafar nk g bln lg? Bwk je skali kuncu2 umno y xhormat sultan ni,tggl kt sane..biar diorg jd raje,diorg la rakyat…
Memalukn btol!
Beberapa hari yang lepas, apabila penasihat DAP ingin memulau Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak, tindakan ini disifatkan sebagai kurang ajar dan derkaha.
Tapi sayangnya, Adun Umno Terengganu pula tidak disifatkan kurang ajar dan derhaka apabila ingin memulaukan perlantikan Menteri Besar Terengganu. Ini telah mewujudkan laporan yang boleh dikirakan sebagai double standard.
mmg tak berpikiran arr diorg yg buat kain rentang tuu..berfikiran pendek..tak waras ke aper diorg ni ha??
tak hormati keputusan sultan..
wei,tak mati nya korg klo saper pn jd MB trg..jgn ikut perasaan sgt..
wa cukup marah dgn penghinaan seperti itu..
wakkk luuu nak bantah keputusan sultan tu..
DAULAT TUANKU!!!
Hang Jebat sebelom menderhaka pon dia sebut dulu :
Raja Adil, Raja Di Sembah.
Raja Zalim, Raja Di Sanggah.
Soalanya kat sini : Zalim Kah Tuanku Sultan Mizan?
Zaman dulu sapa derhaka ni, kena hukum bunuh.
Tuanku lah benteng terakhir utk orang Melayu nak berlindung.
Ishkkk…ish….sedih aku. MB tetap akan berganti, tapi keturunan Tuanku Sultan tetap akan memerintah.
Bagus2….Gocoh lagi sesama sendiri, sape kalah masuk pembangkang.Hehehehehe…….
boleh tukar tak ayat tu, sesuaikan dengan zaman..
PM adil, PM di sanjung
PM zalim, mesti di pancung….
kasi pancung same dia la….
Tuanku Sultan, patik mohon diampun…
[quote comment="2301"]boleh tukar tak ayat tu, sesuaikan dengan zaman..
PM adil, PM di sanjung
PM zalim, mesti di pancung….
kasi pancung same dia la….
Tuanku Sultan, patik mohon diampun…[/quote]
nak kena pancung? haha
applicable ke?
hehe..
takde pkemabngan tbaru ke en eddy?
paper pn sikit je cite..
Perkembangan.. Dato mat said dah rasmi jadi MB Terengganu. Rilex dan jangan la kecoh-kecoh, terimalah seadanya demi ugama bangsa dan negara.
Yang payahnya kalau ada kepentingan peribadi yang menjadi keutamaan.
apa la org umno Trgnu nie,ckp x srupa bikin!! kata bela nasib rakyat,tp “BELA” prut sndiri,fmily n kroni.. Kpd ahli umno yg x t’libat 2,nasihatkanla puak2 yang jahil nie.. Jgnla hnya kkayaan dunia yg smentara mjrumuskan kita ke lembah neraka.. astagfirullahhalazim.. bwk m’ucap,jgn ikut emosi.. kpd p’ykg Deris,jgnla hinakan diri sndiri hnya krana nk knyangkan prut anak bini.. APE KEJADAHNYA SEMUA INI?? -ADC SIASATE MELAPORKAN