

2 banner yang di pasang di bertentangan dengan Pejabat PAS Chukai. Banner ini ditujukan kepada PAS ekoran dari tragedi rusuhan di Batu Buruk 8 Sept 2007 lalu.
Setakat ini belum ada banner / poster reaction dari PAS. Elok lah bulan Ramadhan ni kita slow-slow kan dulu. Hormati bulan Ramadhan.




Macm budak-budak…yang salah orang yang bakar bendera bukannya PAS…
umno mmg kebudak2 kan dari dulu lg…
entah sapa-sapa tah yg bakar bendera tu kita tak tahu?
dulu, kini dan selamanya…
hahaha..
Aku di terengganu ni dah ‘kalih’ denga poster banner ni.. asal ada issue, ada ler keluar banner poster ni. Kalau dekat dengan pilihanraya lagi le banyak..
Nak kata macam budak-budak punya mentaliti, kasihan juga budak-budak di sama kan dengan orang tua-tua ni.. kui kui kui.
every body knows the truth..ape yang ade kat paper, tv tu sume wayang je..org terengganu semua tahu cerita betulnye..(kecuali yang pekat2 kepercayaan terhadap hadhari)..wayang tu cume untuk org luar aje..
kesian kat kita yang masih budak ni … selalu je disamakan dengan orang tua yang kadang2 anggap diri mereka tumatang .cermin diri anda!kita yang masih budak ni nak enjoy hidup kita!kami nak kenangan yg indah2 tau!
Siapa yang bakar ?
Polis yang punya kerja?
Jenis pelakon……!
Rusuhan kat batu burok itu hari kerenah siapa ? Tanya kat timbalan menteri itulah yang duduk kat pasar garib. Dia tahu cerita……..
Sebab dia pengarah dan produsernya.
[quote comment="139"]Macm budak-budak…yang salah orang yang bakar bendera bukannya PAS…[/quote]
Sebagai umat islam saya amat resah dengan perang yang berlanjutan antara Israel dan Palestine kerana jika tidak di bendung akan kiamat dunia ini. Isu pengusaan tanah kini telah terlalu lama bercampor aduk dengan soal agama. Israel memang kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi Puak Hamas yang mengetuai kepimpinan di Palestine juga harus di persalahkan kerana gagal menyambung perjanjian damai yang telah di persetujui dahulu. Kedamaian hanya boleh di tentukan oleh apa yang di kehendakki oleh Palestine dan Israel dan bukan Negara lain di dunia ini. Jika mereka pilih peperangan, inilah akibatnya, sehingga kekejaman Israel telah membuat Puak Hamas tidak lagi kisah menang atau kalah. Kesan daripada ini tentulah kepada seluruh dunia bila ada puak-puak islam ataupun bukan islam yang menggunakkan senjata-senjata bahaya hingga bumi ini boleh hancur, dan mungkin inilah yang di panggil hari kiamat. Persoalan kini timbul, apakah ini adil kepada masyarakat di seluruh dunia? Israel dan Palestin adalah negara-negara yang masih hidup di kurun ke 18 iaitu bunuh membunuh, sedangkan dunia telah masuk ke peringkat berkerjasama, bertoleransi, dan bantu membantu demi keamanan sejagat.
Di dalam mengupas isu ini, dunia Negara arab juga terbahagi kepada dua, iaitu yang menyokong pendamaian Israel-Palestine dan yang tidak menyokong. Sebab utama negara yang menyokong adalah selain telah penat dengan perang yang berlanjutan, mereka juga khuatir untuk kehilangan banyak tanah dan nyawa rakyat Negara mereka jika mereka kalah perang dengan Israel yang nyata di sokong oleh Amerika Syarikat. Sebab itulah mereka bersikap menyokong perjanjian damai yang sekali gus ertinya menerima kewujudan Negara Israel. Bagi Negara-negara yang tidak menyokong, mereka ternyata sangat benci dengan kewujudan Negara Israel kerana soal agama iaitu berpegang kepada kata-kata di dalam kitab-kitab agama yang mengatakan kaum Israel adalah kaum yang tiada tanah di mukabumi Allah ini. Tulisan ini bukan hendak menolak kewujudan kenyataan ini tetapi kenyataan ini perlu di ambil atau di terima dari sudut kewujudan ribuan kenyataan mengenai Islam sebagai sebuah agama yang menyokong kedamaian. Bukan itu saja, Islam adalah agama yang di turunkan Allah untuk meninggikan nilai kemanusiaan, bertoleransi, saying menyayang dan berkonsep universal. Pokoknya jika kita adalah manusia yang bertamaddun, kita akan sentiasa mencari jalan kedamaian, dan jika tidak, kitalah yang menghancurkan bumi Allah ini, dan mungkin tidak layak mendudukki bumi ini. Allah mengamanahkan manusia untuk menjaga bumi ini, tetapi layakkah kita?- Dari Mahluk Allah