
Pilihanraya kecil bagi P36 Kuala Terengganu akan diadakan pada Sabtu 17 January 2009 berikutan kematian Ahli Parlimen Barisan Nasional Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.
Calun yang bertanding:
BN – Wan Ahmad Farid Wan Salleh,
PAS – Mohd Abdul Wahid Endot
Bebas – Azharudin Mamat @ Adam
Apa yang menarik dalam PRK di P36 Kuala Terengganu kali ini adalah kerana kampung aku terletak dalam parlimen Kuala Terengganu, DUN Wakaf Mempelam. Kawasan aku la tu.. menarik lah kan sebab kampung sendiri. Calun PAS pulak duk kat area rumah Ma aku je. Tak ke menarik tu. Calun tu pulak ADUN Wakaf Mempelam, DUN kampung aku jugak tu.

Masa aku lalu di Kuala Terengganu last week, perhh punyalah ramai pak polisi di Kuala Terengganu, siap buat khemah, ada air cond lagik
Menurut sumber kini keseluruhan anggota polis berkenaan berjumlah 12,000 termasuk 10,000 anggota yang dibawa masuk sebelum ini. Ramai lah tu.. aman tenteram Kuala Terengganu 2-3 minggu ni dengan kehadiran pak-pak polisi ini.

Bilangan pengundi berdaftar yang layak mengundi termasuk pengundi hantu ialah seramai 80,229 iaitu 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos. Siapa kata pengundi hantu tak wujud..? Hek eleh..
Aku malas nak buat analysis panjang lebar, dah banyak sangat website, forum dan blogs yang dah bercerita pasal PRK P36 ni. Cuma apa yang aku lihat adalah keperluan mengekalkan kerusi P36 ni dilihat sebagai cabaran lebih berat kepada BN berbanding PAS. BN perlu membuktikan kepada rakyat bahawa perubahan politik yang berlaku pada Mac 2008 lalu lalu merupakan undi protes kerana krisis kepimpinan BN dan suara-suara kesakitan rakyat yang tidak diendahkan.

PAS kalau kalah pun tidak menjadi kudis apa-apa, sebab bagi PAS kekalahan di dalam pilihanraya adalah perkara biasa, namun biarlah kekalahan itu di atas pentas yang rata.
Di PRK 36 ni aku tak mengundi walaupun kampung aku termasuk dalam Parlimen Kuala Terengganu sebab aku mengundi di Parlimen Kemaman.. tapi next week malam pilihanraya aku akan balik ke Kuala Terengganu, untuk memantau keadaan pilihanraya di sana.. duit banyak time pilihanraya ni.. hehehe..
.. pengundi hantu.. mu mari aku katok..




yg ni wa mmg excited …dah berdebor dr last week.heheheh
salam…..hehehhehe…hidup wakaf mempelam..!! wahahaa..eddy , kg aku kt pulau rusa……wpn aku org s’gor….bkn nk bangga diri ….xdpt pe pon…tp jes nk bg tau..Dun wakaf mempelam tu pkcik aku…..(bpk dia ngn Tok Ki aku dek brdk) harap2 dia menang leee…NO KOMEN ..Masa dia dtg umh aku ziarah arwah ayh aku baru aku tau dia org PAS ..ekekee..kete dia pon kaler Hijau beb !! k laaa….xnk ulas pnjg2….kalo ko org wakaf mempelam sure ko mesti knl suku papat aku kt sana beb !! …..nnt cite k
Malam ni bertolak balik ke KT.. nak tangkap hantu
igak atu banyok2 en eddyra… dapak je sumbak lang boto.. wak key chain.. saya buang undi kat p36.. dungun.. n 26… kuala abang..hehe
pembetulan.. parlimen dungun p 39..hehe.. asyik follow kt je.tersasul
da selamt da….hahaha