Protes sejuta rakyat

Buat pertama kalinya aku join ‘demonstrasi’ bersama dengan parti pembangkang. Bertolak dari Kemaman jam 11.30 malam seramai 42 orang dengan menaiki bas sewa. Ada ler 5-6 tahun aku tak naik bas. Masing-masing layan blues, aku pun layan blues sampai lah aku tertido. Setiba di highway Pantai Timur, sekitar Temerloh itu bas punya belts sudah putus lah. Kadavaleii..

Pukul 2.00 pagi bas broke down, pukul 4.00 pagi bas gantian pun sampai. Aku tertidur lagi. Sedar-sedar sudah sampai di RR Gombak. Kena kopi jantan dan nasi lemak. Solat Subuh.

Perjalanan diteruskan dan kami dihantar ke Putra bus Terminal. Lama dah aku tak lepak kat Putra ni, dulu masa belajar kat Uitm Shah Alam selalu sangat ler naik turun kat sini.

Naik LRT dan tiba di Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek tukar ke Kelana Jaya Lane. Sampai Kelana Jaya naik bas terus ke MBPJ. Set-set Ganu mari KL. Wahaha..

Mmm.. sekitar pukul 9.00 pagi tak lah nampak macam nak jadi 1,000,000 rakyat pun. Kalau stadium MBPJ tu penuh semua seat aku agak ada ler 50 ribu kut.. maaf kalau salah. Kalau penuh atas padang pun mungkin 5 ribu kut. So kalau betul-betul 1,000,000 rakyat yang datang aku pasti nak berjalan pun terpaksa berhimpit-himpit.


Takpe lah alang-alang dah datang ke sini. Jalan terus.. tengok sekeliling ramai yang pakai t-shirt warna merah. Lambang nozzle minyak. Geram pasal minyak naik harga, memang geram bila minyak naik harga. Semua orang geram..

Lebih kurang jam 10.00 pagi gang-gang Hindraf started berdemo di luar stadium dengan menayangkan sepanduk hindraf mereka beserta slogan-slogan supaya minyak turun. Makal Sakhti.. makal sakti.. macam tu lah lebih kurang.

Orang semakin ramai yang datang, macam-macam orang ada. Golongan veteran yang dah tak larat tapi masih bersemangat pun ada, golongan ibu mengandung pun ada, ibu dukung baby kecik pun ada, golongan orang muda macam aku pun ada, Melayu Cina India ada.

Dari Penang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor semua ada. PAS, PKR, DAP, UMNO, BN dan SB pun ada. Mesti ada SB punya lah. Polis kepala merah takde. Adeh demo apa takde FRU! Water canon pun tak nampak batang hidung..


Ha ha ha .. adik-adik U ni.

Aku dah agak, demo kali ni adalah bukan demo yang biasa pembangkang adakan. Ini macam sure heboh jer, atau macam family day, atau macam fun fair.. aduhai.. polis tak ganggu pun. Polis bagi satu kawasan, dalam stadium.. korang pembangkang nak jerit.. jerit lahh.. nak berdemo, berdemo lah.. siap ada gigs lagik tuh.. ada nama underground band tu Karburetor Dung.. sampai terlondeh seluar.. apa cerita ni nak protes pun kena londeh kan seluar ke.. apa kejadah. Sampai kena belasah.. apa kaitan minyak dengan tunjuk punggung dia aku pun tak tau ..

Pukul 1.00 tengahari 5-6 orang dari kumpulan kami blah dari kawasan stadium, malas lah nak berdemonstrasi kalau ini caranya. Aku ingat kan berdemonstrasi ni kita perlu public kan demo kita supaya masyarakat nampak, jelas rakyat tengok depan mata, buat macam BERSIH dulu, walaupun aku tak gi demo BERSIH. Buat kat KLCC ke, Kg Baru ke, depan Sogo ke.. baru best ada water canon, kejar mengejar dengan FRU. Lari sana sini.. ini kalau setakat duduk dalam stadium jerit sana jerit sini ‘turun turun minyak turun, turun turun BN turun..’ siapa yang dengar.. siapa yang nampak. Aku rasa kalau buat demo kat tempat awam macam BERSIH dulu tu lagi lah menarik perhatian rakyat, serta dunia sekali.

Sambung yang tadi, kita 5-6 orang ni naik LRT gi Masjid Jamek, mandi manda dan sembahyang Zohor + Asar. Pusing-pusing KL sampai leguh kaki. Terserempak dengan gang-gang baju merah Protes, dia orang pun blah awal jugak sebab protes dengan program protes, terutamanya gang-gang PAS. PAS mana boleh ada concert-concert ni.. nak berdemo ala PAS tak main lah concert-concert..

Puas pusing KL, kita orang balik semula ke stadium MBPJ. Orang dah penuh di tengah padang, masa tu Lim Kit siang sedang berucap.. ok lah penyampaiannya boleh sampai kepada audiences. Lepas tu DS Anwar Ibrahim sampaikan ucapannya.. masa ni stadium dah panass.. reformasi, lawan tetap lawan.

Nasib baiklah ucapan di sessi sebelah malam tu tak membosankan, kalau bosan jugak.. aku rasa rugi yang teramat rugi aku join demo ni. Malas nak ulas apa yang penceramah tu sampaikan, banyak terdapat kat blog lain..

Program protes tamat sekitar 11.00 malam.. ramai yang bersungut.. bengang dan tak puas hati dengan pengisian program. Bas kami sampai sekitar 12.30 malam.. naik bas.. layannnn.. sampai di Kemaman jam 6.00 pagi.

Kalau ini lah yang di katakan demo.. baik aku duduk rumah.