Home » Sketsa » 31 August – Yayy.. cuti.

3

31hb August 2010 sekali lagi 1Malaysia akan bercuti untuk mengenang kembali pengistiharan kemerdekaan 53 tahun yang lalu.

Tahun ni nampak suram dan macam takde mood nak celebrate merdeka. Apasal ha.. bulan puasa kut.. atau pun takde bank nak sponsor bendera free… he he he .. mentality free, macam aku lah jugak. Tak de nye nak beli bendera kecik nak letak atas bumbung kereta aku, atau bendera kain nak selimut kereta aku tu.

Aku bukanlah rakyat 1Malaysia yang tak patriotic dalam hal-hal sebegini, tapi … entah lah merdeka dah pun merdeka 53 tahun lalu. Nak aku berkumpul di KL atau di mana-mana location yang sambut merdeka tu rasanya lebih baik aku duk depan TV dengan anak-anak aku. Tak de nye lah untuk aku panjat rumah semata-mata nak naikkan bendera atau cat rumah aku bersempena dengan merdeka ni, nak cat di badan lembu tu jauh sekali lah. Weii ada juga orang pi cat di body lembu tau..

Betul, tahun ni sambutan merdeka nampak suram. Tak banyak di KL tu orang pasang bendera di kereta, di building, di kedai-kedai.. on the way balik Kemaman baru-baru ni pun tak sebijik kereta pun yang tergamak nak selimut dengan bendera.. aku agak mesti bendera dah abis di kedai sebab orang Indon dah borong abis untuk di bakar di depan kedutaan Malaysia di sana.. agak-agak aku lah. Ganyang jangan tak ganyang..

Aku salahkan kerajaan Malaysia dalam hal kesuraman menyambut merdeka tahun ni. Pasal, kerajaan perlu hebohkan kepada rakyat bahawa this time akan di adakan concert di KL, besar-besaran punya! Siang nak puasa, puasa ler, malam kita concert, siap boleh poco-poco lagik. Lepas tu boleh merdeka di atas katil dengan awek kelabu asap di bilik-bilik hotel murah di sekitar KL tu. Eh betul apa. Hari ni kalau kerajaan nak buat pengisian merdeka dengan slot-slot keugamaan, slot-slot pentomen askar Melayu memperjuangkan kemerdekaan di bulan-bulan kemerdekaan ni pada pendapat aku.. buang duit rakyat je lah. Kalau yang datang pun, staff kerajaan dan budak-budak sekolah.

Sebenarnya tujuan di adakan sambutan ni sebab nak beri peringatan kepada golongan muda, golongan sasar ni bahawa kita pernah di jajah dan kemudian kita merdeka, maka kekalkan kemerdekaan tu. Masalahnya golongan sasar ni terdiri dari mereka-mereka yang muda-muda remaja ni. Kita tak pe lah, dah nak masuk 40 dah.. dah lama dah merdeka. Kerajaan patut tackle golongan sasar ni, kalau mereka takde bendera, beri bendera pada mereka, dia orang mat-mat rempit, awek-awek kelabu asap ni mana reti membazie duit nak beli bendera, baik mereka beli minyak moto je. Betul bro. Kalau kerajaan kata, jangan harapkan kerajaan free issue bendera ni, bagi aku itu yang silap. Bagi je ler..

Satu perkara lagi yang menyebabkan sambutan merdeka tidak di sertai 100% oleh rakyat Malaysia ialah bila ada perbezaan politik. Ini betul bro.. pembangkang memang dah lama membangkang di Malaysia ni, apa-apa hal pun memang tak sebulu dengan parti pemerintah hari ni, begitu juga dengan parti pemerintah, memang tak ngam dengan pembangkang. So bila masuk hal-hal berkenaan dengan aganda kerajaan, kebiasaannya pembangkang tak akan turut serta. Yang akan beria-ria support hanyalah ahli-ahli parti pemerintah. Percaya lah gua cakap bro.. bila nampak je ada kereta yang pasang bendera, atau selimut kereta dengan bendera besar tu nampak sangatlah dia tu orang UMNO!

So bila jadi perbezaan macam ni, ahli-ahli parti pembangkang malas nak beria-ria, baik duk rumah tengok TV. Takde lah nak sama-sama menyambut hari kemerdekaan yang di anjurkan oleh kerajaan. Nak gantung bendera nanti nampak sangat macam sokong UMNO.. fact ni bro kalau tak caya tanya lah orang-orang pembangkang he he he..

Pulak tu akhir-akhir ni banyak pulak agenda kerajaan yang membuatkan pembangkang khususnya pakatan rakyat yang bengang macam issue APCO.. malas aku nak tulis panjang-panjang, gi baca di web pakatan rakyat lah. Jadi, merdeka ni macam tak merdeka lah bila Malaysia ni masih ada kaitan dengan agent Yahudi. Entah lah bro.. blog aku ni bukan blog politik.

Akhirnya, sambutan merdeka jadi ler macam sambutan nak puasa. Suram jer. Baik duk kat rumah. Eh apa theme kemerdekaan tahun ni eh?

3 Responses to “31 August – Yayy.. cuti.”

  1. 1
    ayu aima says:

    saya pun cuti juga nak balik kampung

  2. 2
    THeEdge says:

    ada hikmah gak Indon bakar jalur Gemilang…kita ni kalu takde benda nak menghantukkan kepala kita, mmg tak terngadah..kalu baca kisah zaman jajah dahulu, sbb tamak la tanah mudah dijajah. skrg dh mcm berulang balik benda2 tu, jadinya sesuatu yg besar kena berlaku dahulu, baru nak ada kesedaran. kalu tak, lalai je…

  3. 3
    THeEdge says:

    adehhh bukan sy suka Jalur gemilang kena bakar, tp kalu ditengok kesuraman patriotik org Msia ni, ada masanya provoke begini mudah2an membangkitkan balik smgat cehhhh….mcm dulu kalu bukan Jepun dtg menjajah, mmg la org Asia dok fikir org putih tu kuat, org Asia lemah. Bila Jepun kalahkan British, baru dorg sedar org putih tu takde la kuat sgt. kalu Tun M tak bina mega2 project, selalgi tu la kot kita fikir kita takkan boleh, org lain je boleh. cehhhh smgat pulak gua…

Leave a Reply