Masa aku budak-budak dulu, sekitar usia 7-12 tahun, bulan Ramadhan jatuh sekitar bulan Julai setiap tahun. Kalau aku tengok kalander masa zaman tu, bulan August ialah bulan Syawal. Masa berlalu mengikut perubahan alam dan kini Ramadhan dan Syawal berputar dan aku difahamkan setiap 30 tahun bulan-bulan Islam ini akan kembali sebagaimana aku rasai berhari raya di bulan Julai di zaman itu. So kalau tahun ini kita berhari raya pada bulan October, kita akan berhari raya di bulan yang sama kira-kira 30 tahun lagi. Wallahuaklam.
Masa zaman budak-budak belum akal baligh tu, aku puasa juga tapi puasa hari pertama jer la, hari-hari seterusnya aku puasa pagi tengahari dah berbuka masa takde orang di rumah, sehinggalah menjelang hari raya. Sebab dah dirasuah kalau puasa dapat duit raya. OK la tu budak-budak, masa berbuka puasa berbuka sama-sama dengan orang yang berpuasa. Hek eleh hari ni pun ramai yang macam tu.
Setiap malam gi tarawih tak cukup rakaat, biasa lah budak-budak. Abis setiap 2 rakaat bila bilal baca salawat, bebudak macam aku inilah yang menyambut salawat dengan meriah. Masa ni cari surau yang tok imam yang paling laju. Lagi laju tok imam, lagi lah best sebab cepat habis dan balik boleh main mercun.
Zaman aku dulu, mercun masih lagi legal dan tak macam sekarang. Harga pun
murah-murah sebab takde kawalan kerajaan. Cerita pun 30 tahun punya cerita, memang la murah kalau nak dibandingkan. Seingat-ingat aku masa tu ada bunga api yang ada gambar kucing di depannya, hari ni aku cari-cari tak pula jumpa. Memang nostalgia sungguh kui kui kui..
Ada satu jenis mercun ni, kita orang modified sendiri dengan menggunakan plug motor. Di tempat aku namanya mercun plug. Tempat lain aku tak tahu nama apa. Plug motor ni, kita buang bahagian atas yang keluarkan spark tu. Kemudian cari screw besar yang muat dengan lubang plug tadi. Ikat screw dengan tali, dan ikat hujung tali satu lagi pada body plug.
Masukkan belerang, tutup plug dengan screw dan lambung ke langit. Bunyinya “poooom” .. mau kena hambat. Biasalah budak-budak. Tahun-tahun kebelakangan ni memang dah tak nampak ada bebudak main mercun plug ni.. koman betul la.. haha.
Satu lagi benda yang menjadi lambang Aidulfitri ialah card raya. Masa tu memang menjadi satu tradisi menghantar card raya ni. Mana ada SMS raya, email raya semua macam hari ni. Zaman dah terlalu maju, abis hilang tradisi.. Masa tu card raya ni sebenarnya dihantar untuk menyampaikan ucapan hari raya kepada kawan-kawan yang jauh (dan kawan sekelas), saudara mara dan yang pentingnya untuk diberikan kepada cikgu-cikgu.

Sudah baca harap balas.
Agak-agak budak-budak hari ni tau ka pantun card raya kat atas?Zaman berlalu, semakin hari semakin mengikis tradisi, tapi tak ikut perkembangan nanti kena tinggal dek bas. Ke guana kata..Baju raya zaman aku tak la secantik baju raya anak-anak aku hari ni. Baju Melayu kain cotton(?), kalau kakak aku pulak baju kurung sebijik macam kain langsir, kurang pilihan.

Seluar dan baju murah-murah punya harga, kalau beli kat town Kuala Terengganu tu, silap-silap boleh jumpa orang lain yang pakai baju yang sama dengan kita. Nak bergaya siapalah aku anak yatim ni. Kalau yang mempunyai adik beradik yang ramai, boleh tengok lah sederet budak-budak boria kui kui kui..

Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana sambutan Aidilfitri 30 tahun akan datang..




Budak2 dulu main mercun,siap tembak-tembak lagi takde yg putus apa2..yg pempuan mcm i pun main sama..kenapa bebudak skrag putus sana sini..?
layannn…
[quote comment="195"]Budak2 dulu main mercun,siap tembak-tembak lagi takde yg putus apa2..yg pempuan mcm i pun main sama..kenapa bebudak skrag putus sana sini..?[/quote]
budak skg x panjang akal….main igt nk sonok jer…cube careful sikit…xdelah bunga api pun haram skg….
hahahah..raya masa zaman budak-budak memang sronok….tapi sekarang ni dah kurang kot sebab dah makin tua… saya sendiri tak galak anak2 main bunga api..takut la…setakat tengok dari jauh aje…lagipun kesedaran sivik budak2 sekarang main bunga api takde langsung… main pun depan rumah orang, pastu main baling je mercun tanpa tengok sapa ada kat tepi…naya anak orang ooo