Jiran Cina Jiran Melayu

Aku rasa ada dalam comments aku dulu aku sebut aku pindah rumah, ntah kat mana punya entry. Aku dah pindah dari taman perumahan yang aku duk selama 6 tahun, berpindah ke kawasan taman perumahan juga ler.

Taman perumahan lama tu, aku tinggal berjiran dengan kaum Tionghwa, kiri kanan dan belakang rumah aku semua kaum Cina lah, cuma depan jer mix indon dengan Cina. 80% taman perumahan tu terdiri dari kaum Cina. Sebelah kiri rumah aku, tokey kedai hardware. Sebelah kanan rumah aku seorang auntie tua, anak-anak semua berharta punya orang. Belakang rumah entah tak tau kerja apa tapi anak perempuan dia sexy abis kui kui kui..

3 jiran Cina aku ni semua OK takde masalah, aku hormat dia orang dan dia orang hormat aku. Maknanya dia orang tahu aku punya batasan ugama, dan aku tahu dia orang punya kehendak-kehendak ugama dan budaya mereka. Raya Cina dia orang pong pang pong pang main mercun, aku tak kisah sebab Raya Aidilfitri aku bising jugak layan mercun dengan anak aku. Time dia orang buat majlis rumah baru, dia orang bawak tarian singa degung degang degung degang, aku rasa takde hal pun, anak-anak aku pun boleh tumpang tengok singa he he he. At least setiap raya cina auntie sebelah rumah beri aku limau. Ok la tu.

Petang-petang anak aku boleh main depan rumah join anak-anak Cina tu sekali sekala, aku boleh sembang-sembang dengan Cina-Cina tu, apa saja topic termasuk politik.

So hampir 6 tahun aku kat situ, maka terasalah nak berpindah untuk berjiran dengan bangsa sendiri, nak bergaul dengan masyarakat Islam Melayu. Mak aku dah letih sound aku suruh aku cari rumah yang dekat dengan orang Melayu Islam, biar ada rahmat katanya.

1st May 2008 aku pun berpindah ke taman perumahan Melayu, 100% rumah kediaman Melayu. Rumah baru ni, sebelah kiri dan kanan rumah aku ni rumah keluarga Melayu. Aku tak sempat nak berkenalan pun di awal-awal tu sebab masing-masing busy dengan hal masing-masing. Cuma sekadar angkat tangan gitu gitu jer lah. OK takde masalah nampaknya.

Hampir seminggu jugaklah keadaan begitu, jadi aku berpakat dengan wife aku untuk berkenalan dengan keluarga sebelah kiri dan kanan. Agak mendukacitakan juga bila aku tahu jiran aku kiri dan kanan sudah tidak bertegur sapa hampir 5 tahun!!

Aduhai.. dengar cerita sebelah pihak, punca masam muka disebabkan hal anak-anak jer. Hal budak-budak tapi mak bapak yang masuk campur. Abis tu camana.. aku pulak rasa kekok duk kat tengah-tengah tu. Ingatkan duk berjiran sesama bangsa ni semua akan rasa persaudaraan, tapi tak juga rupanya..

Hari-hari berlalu, aku balik kerja terus masuk rumah, kalau ada orang sebelah rumah aku tegur atau senyum. Kalau takde aku buat bodo jer lah. Nampaknya kena buat hal sendiri, lu lu punya pasal, wa wa punya hal. Bagi aku, aku akan tetap berjiran dengan rumah kiri dan kanan, itu masalah mereka. Cumanya aku perlu berhati-hati bila berjiran dengan mereka..