Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam ni lah kalau nak tengok orang ramai kat masjid, atau macam surau kat kampung aku. Abis anak pinak suku sakat pakat duk baca Yassin 3x. Lepas majlis tu ada makan-makan. Saf sembahyang boleh sampai ke pintu masuk, ramai sungguh.
Kalau tak kerana malam ni malam nisfu syaaban, heh .. pak imam sorang, tok bilal sorang pastu ada lah warga-warga emas satu dua saf. Boleh lah tu dari takde. Pastu ada ler saf kecik bebudak kecik yang belum akal baligh. Nak harap orang-orang muda macam aku, habuk pun tarak. Kalau ada yang muda pun yang sedar diri esok dah nak mati.
Tok guru aku cakap lagi, selain dari malam Nisfu Syaaban ni, ada satu malam lagi masjid akan penuh, iaitu malam penamat di bulan Ramadhan, orang kampung aku kata “malang namat” .. sama je maksudnya, bunyi je lain. Sebab apa? Sebabnya sama sebab ada makan-makan..



