Yesterday was the 5th day of bulan puasa and I visited one of the bazaars at Chukai town, Kemaman. It was packed with people to buy food for berbuka puasa.
Jom kita tengok apa yang ada di sana…

Yang di sebelah kiri ialah netbat.. ejaan yang betul entah tak tau, tapi biasa orang Ganu panggil netbak. Netbat ni datang sekali dengan air gula.
Kanan: Basikal, yang menjual satar.


Ayam pusing… RM16.00 sekor.. You have to Q to get it. Ada 4-5 stalls yang menjual ayam pusing.


Ayam golek.. or ayam percik I dont know which one.


Kiri: Murtabak, famous during Ramadhan. How much each.. RM2.00 for murtabak ayam atau daging. Hari-hari biasa pun ada orang jual tapi di bulan Ramadhan memang sohor makanan ni.
Kanan: Haa. ini kuih derang. Nama lain untuk kuih telinga kera, atau kuih telinga. Kalau salah sorry huhuhu.. Wife aku punya makanan lah, aku tak makan benda ni.


Lauk pauk, nak aku namakan semua siapa lah aku dengan lauk pauk ni. Aku tau makan jer. Harga boleh tahan juga, kalau kena tang ayam tu mau RM3.00 seketul.


Kiri: Yong Tau Fu .. betul ke ejaan tu.
Kanan: Antara stall yang menjual air. Semua jenis air boleh dikatakan ada. Aku tak pernah beli, aku berbuka dengan kopi O kaww.

Makanan berbuka favourite aku, puding buih. Sedap ooo..

Satar close up.. apasal aku tak suka makan sebab baunya tak best.

Mercun lada pun ada…
Ada banyak lagi lah tapi aku tak sempat nak snap semua, dah la pakai camera handphone jer. Nak snap pun tengok-tengok kiri kanan, salah snap nanti susah kan diri pulak.
Anyway inilah waktu yang sesuai nak tengok warga bandar Chukai dan sekitarnya berkumpul. Dari golongan bangsawan sampailah ke golongan kuli cam aku. Makcik-makcik yang tak sempat nak masak atau yang takde idea nak masak pun ramai yang datang cari lauk pauk.

Masa ini lah jugak awek-awek Kemamang nak tayang body, tak tengok rasa nak tengok, nak tengok nanti dapat letih jer puasa sehari. Nama jer duk negeri Islam Hadhari, tapi macam tak tau beza bulan Ramadhan dengan hari biasa.. kui kui kui jangan marah.

Ini lah gambaran biasa suasana bazaar Ramadhan sejak beberapa tahun lalu. Rasanya kat tempat lain pun lebih kurang gini juga.




tak penah dengar puding buih sebelum ni..kat seremban takde la..nampak sedap je..
adehh.. camana nak cerita ekk. Kat Soromban panggil nama lain kut. Warna pink ni warna yang biasa kita lihat lah, kalau nak kasi kaler hijau pun boleh, warna warni pun boleh. Kuih ni mesti datang dengan kuah susu cair tu.. eh yer ke aku ni huhuhu..
saloh eja tu bang…bukang kuih derang…tp kuih deram laaa…1 lagi bukan mercun lada tp mercun bawang la labuuuu…tak biasa main mercun ke…al maklum ler..pelajar oversea..mana biasa main mercun bawang ni kan……
oh ye ker kekekeke.. mercun bawang ekk.. hahaha
Di sana budak-budak Schlumberger pun ramai, mak-awek-kemamang tak beli lauk ke..
Wahlau. Bestnyer tengok mcm2 makanan. Murah pulak tu. The photos are good and clear too. Which hp model are u using?
Handphone cap ayam jer.. nokia navigator.
tak ader gambar telur goreng ke…kalau tak leh masuk pertandingan yang encik sebolku.blogspot.com anjurkan…hehehhe
Ada ke pasar malam atau bazaar Ramadhan jual telur goreng? Telur penyu ada ler.. telur unta pun ada.. telur goreng tak pernah nampak pulak.
Assalammualaikum,….
Itu Puding Buih,..macam mana buat,…dia boleh buat apa-apa perasa ker???
Tak pernah dengar nama kuih nie,..tapi nengok gambar pun dah berjalan lajuuuu jer darah,….he..he..he..
tolong ler ajarkan camner nak buat….
boleh ler..boleh ler…
thank you…I love you…
Menurut perkhabaran yag tak rasmi, puding buih hanya boleh di dapati di Terengganu… wallahuaklam entah la ye ke tak.
Nanti lah aku senang-senangkan diri mencari resepi puding buih tu..
sesiapa yang nak kan resepi puding buih…sila hubungi saya di talian email:refflisia80@yahoo.com
cr resepi deram.jupe blog ni..=)