Ramadhan datang lagi..

Salam semua,
Setahun telah berlalu, Ramadhan datang lagi untuk sekelian kalinya. Bulan bulan yang penuh dengan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Telah dijanjikan Allah kelebihan kepada hambaNya yang menghidupkan malam-malam dengan tarawih dan amalan-amalan yang dilipat-gandakan pahalanya.

Seperti biasa, Ramadhan di Malaysia ni macam tahun-tahun sudah, sama saja. Sebelum datangnya facebook, twitter blog semua ni kedatangan Ramadhan tidak lah sehebat hari ini. Sekadar hanya di TV buat pengumuman tarikh melihat anak bulan puasa, ucap selamat berpuasa di kalangan kawan-kawan dan kaum keluarga terdekat. Itu saja. Takde card ucapan selamat berpuasa seperti card hari raya. Cuma tahun-tahun kebelakangan ni je banyak terpampang banner-banner buffet Ramadhan dan banners ucapan selamat menyambut Ramadhan ber’backgroundkan’ kan wajah-wajah pemimpin parti politik, terutamanya parti yang rasa dia orang akan pupus di PMU12 nanti.

Kedatangan Ramadhan ni disambut dengan berbagai reaksi. Ada kalangan kawan aku menyatakan tidak sabarnya mereka nak sambut Ramadhan, happynya nak berjumpa semula dengan Ramadhan. Alhamdulillah Allah menganugerahkan mereka dengan hati yang tenang dan ikhlas untuk menjalankan rukun Islam ni. Nampak keceriaan di wajah mereka, last working day cepat-cepat balik walaupun belum pukul 5 semata-mata nak cepat sampai ke kampung, nak beli itu ini sebagai persediaan tambahan untuk orang tua dia orang. Malam pertama tarawih, hari pertama puasa bersama mak ayah dia orang di kampung. Sesungguhnya Ramadhan ini memberi kegembiraan kepada mereka yang beriman.

Cool… terdetik di hati aku bila mereka kata tak sabar nak sambut bulan puasa, nak menjalankan ibadah puasa yang sudah pastinya akan menanggung lapar dan dahaga. Perubahan mood kerja, bangun sebelum Subuh untuk bersahur dan mengantuk di waktu kerja….. Terkedu gua bro bila mereka tak sabar nak menjalani ujian Allah nih.. tapi ini lah level keimanan kita. Ada yang tak sabar-sabar nak puasa, ada pulak yang keluh kesah dengan bulan puasa. Aku sendiri tak tau perasaan aku nak sambut Ramadhan di usia 40 ni. Puasa yang lepas-lepas tu sekadar puasa orang awam, puasa menahan lapar dan dahaga, yang dapat hanyalah bau mulut yang busuk.

Bro.. tok guru aku pernah berpesan, biarlah kita nak menghadapi Ramadhan tu ibarat kita menanti sesuatu yang amat besar nilainya. Apa contohnya.. contohnya sesuatu yang membuatkan kita tak sabar-sabar, umpamanya kesukaan seperti kita dihadiahkan jutaan wang ringgit. Tak sabar orang nak hadiahkan kita jutaan ringgit. Sukanya. Berbunga-bunga dalam dada. Biar ada perasaan macam tu.. tapi, itu lah yang tok guru aku cakap, iman tu hak Allah. Allah kurniakan kepada siapa yang Dia pilih. Maka berbahagialah mereka yang terpilih. Tapi orang macam aku ni, menanti Ramadhan ibarat menanti berakhirnya final exam.

OK lah bro.. malas nak tulis panjang lagi. Selamat menjalani ibadat puasa bagi tahun Hijrah 1433, semoga puasa kita pada tahun ini bertambah baik dari tahun-tahun yang lalu.

Ramadan Mubarak to all my sisters and brothers from all over the world. Wishing you a very happy Ramadan full of barakah, forgiveness, guidance and purification…