Home » Sketsa » Ramadhan yang akan berlalu pergi..

19

Adehh..

Aku teringat cerita tok guru aku bahawa langit, bumi dan malaikat menangis bila Ramadhan menghampiri penghujungnya. Begitu juga lah dengan orang-orang yang beriman yang bergumbira ketika Ramadhan datang, mereka juga akan merasai kesedihan bila bulan Ramadhan semakin ke penghujungnya. Indahnya jiwa mereka kan, dapat merasai kegembiraan datangnya bulan Ramadhan, dan dapat merasai kesedihan di penghujungnya. Aku?? Aku gembira dah nak abis puasa, insomnia aku akan selesai, pukul 10.00 pagi boleh gi minum dengan kawan-kawan.. dan boleh berhari raya.

Mereka menangis kerana perginya satu bulan yang penuh dengan keberkatan, pengampunan dan kebebasan dari api neraka. Satu bulan di mana pahala ibadat sunat digandakan menjadi seperti pahala ibadat wajib. Mereka takut tidak berjumpa lagi bulan Ramadhan yang akan datang..

Selepas ini, surau masjid akan kembali seperti biasa. Lenggang. Sunyi dari takbir solat tarawih.. tiada lagi qiamulail di sepuluh malam terakhir..

Tak sedih ke?

.. tapi ya ler.. Tuhan pilih siapa yang Dia nak campakkan perasaan itu, bukan boleh pakai cable tok nenek atau mak bapak pun. Maka berbahagialah mereka yang terpilih. . . .

Sepuluh hari terakhir, jalanraya sibuk, pasaraya sesak sebab nak sambut berakhirnya Ramadhan.. err nak sambut hari raya. Mana sempat nak pikirrr bang.. baju bini lagi, baju anak-anak lagi, baju aku, baju aku, baju aku lagii.. nak cari kuih raya, nak service kereta.. macam-macam lah lagi.. kan nak sambut raya.

Ruginya kann..

19 Responses to “Ramadhan yang akan berlalu pergi..”

  1. 1
    che bedah says:

    Semoga Allah panjangkan umur, berjumpa lagi Ramadhan seterusnya…. Amin..

  2. 2
    eddyra says:

    Amin..
    Macam lah dia cukup puasa.. kan che bedah kan..

  3. 3
    che bedah says:

    [quote comment="5094"]Amin..
    Macam lah dia cukup puasa.. kan che bedah kan..[/quote]

    bro ..penuh lagi wa ckp lu.

  4. 4
    eddyra says:

    [quote comment="5096"][quote comment="5094"]Amin..
    Macam lah dia cukup puasa.. kan che bedah kan..[/quote]

    bro ..penuh lagi wa ckp lu.[/quote]
    haha good good..

  5. 5
    che bedah says:

    tumpang lalu…

    kepada semua pembaca /commentators EDDYRA selamat hari raya , maaf zahir dan batin…
    kepada yg nak balik kelantan dr kl..tolong jgn balik esok subuh sebab aku nak lalu ehehehe takut sesak beb..
    (gurau je)
    SELAMAT SEMUA…

    yahoo nxweek cutiiiiiii……..

  6. 6
    che bedah says:

    LUPA…
    dah la tumpang lalu je tadi…
    kepada tuan punya EDDYRA.net..SELAMAT JUGAK YE…
    Thank you….

  7. 7
    eddyra says:

    selamat hari raya zu.. kita malam raya baru balik KT.. wife closing hari Selasa. Cuti Jumaat raya ke 3 je.. lepas dia orang balik raya nanti aku pulak raya ..

  8. 8
    azi says:

    huu
    terase2…
    hine nye diri ni…

  9. 9

    Sepuluh Ramadan hari terakhir, jalanraya sibuk, pasaraya sibuk, Pasar sibuk, Bank Sibuk, Kedai Sibuk, tetapi masjid & surau semakin LENGGANG…………

  10. 10
    eddyra says:

    [quote comment="5107"]Sepuluh Ramadan hari terakhir, jalanraya sibuk, pasaraya sibuk, Pasar sibuk, Bank Sibuk, Kedai Sibuk, tetapi masjid & surau semakin LENGGANG…………[/quote]

    Ya en hashim.. surau nanti kita nak mati baru lah kita pakat gi ramai-ramai..

  11. 11

    yang seronoknya habis ramadhan ini, boleh pekena teh tarik plus roti canai waktu pagi sambil hisap rokok. fuuuhhh… masyuuukkk

  12. 12
    eddyra says:

    [quote comment="5109"]yang seronoknya habis ramadhan ini, boleh pekena teh tarik plus roti canai waktu pagi sambil hisap rokok. fuuuhhh… masyuuukkk[/quote]
    ya bang.. boleh itu boleh ini.. tak payah pikir nak bangun sahur, nak kena cari makanan berbuka, nak tarawih lagi… back to normal… adehh.. puasa seorang aku..

  13. 13
    jejaka says:

    Selamat ari raya.. hehehe… kebOooooOm!!

    http://www.kedaiutama.com

  14. 14
    jaja behh says:

    Selamat Hari Raya buat en. eddy dan semua commentators eddyra.net…..
    - utamakan keselamatan di jalan raya , think of your loved ones

    p/s bro….raya entri nanti letak la gambo raya satu family..eheheheh

  15. 15
    eddyra says:

    [quote comment="5114"]Selamat Hari Raya buat en. eddy dan semua commentators eddyra.net…..
    - utamakan keselamatan di jalan raya , think of your loved ones

    p/s bro….raya entri nanti letak la gambo raya satu family..eheheheh[/quote]
    .. err wife and myself muka dok makang gambo..

  16. 16

    suka hati lah bagaimana nak sambut raya. semua cara orang lening buat sudah tiada rupa lagi dengan nabi sambut raya.

    orang lening sambut dengan penuh keseronakan hawa nafsu.

    nabi sambut penuh keinsafan kusyuk tawaduk kepada Allah.
    berzikir, bertahmid, bertasbih dan bermaaf-maafan.

    orang lening sambut nak tunjuk baju raya dan tunjuk kaya. itulah terbuka situ, terbuka sini. rata-rata terbuka. melalaikan dengan muzik dan berbagai hiburan yang jauh dari cara Islam yang hakiki lagi sejati.

    lening lokal belaka dah….. dok rok cetong…

  17. 17

    HARI INI HATI MANUSIA RAMAI YANG SUDAH MATI. ORANG ALIM PUN MATI MATA HATI.

    ORANG JAHIL TERCARI-CARI. ORANG ALIM MENJUAL AYAT-AYAT ALLAH UNTUK DAPAT SERINGGIT SETENGAH.

    SAMA SAJE SUKAR DAH CARI KEBENARAN. AHLI KOPERAT CARI MODAL BERJUTA RINGGIT MAKAN RIBA DENGAN BANK.

    ORANG ALIM BERSEPAH-SEPAH CARI MAKAN DENGAN AYAT QURAN.

    TIADA BEZA AHLI DUNIA DAN AHLI QURAN MENGURUS KEHIDUPAN. MALAH LEBIH DAHSYAT LAGI ORANG ALIM TIADA MODAL SATU SEN MELAINKAN MEMBACA AYAT-AYAT ALLAH DAN HADIS RASULULLAH SAW.

    WALLAHUALAM.

  18. 18

    Cerita naik Gunung Everest sudah berlalu lebih setahun yang lalu diketuai oleh Datok Khalid Yunus. Kebetulan budak Trg tu yang naik ikut sekali kepuncak everest tinggal dekat rumah ana.

    Sibuklah kain rentang memuji kehebatan naik gunung everest sempena 50 tahun kemerdekaan negara. Bekas MB Trg yang gilakan masyhor itu pun turut tersenggeh bangga melihat anak Trg naik gunung.

    Lalu penduduk Kg. Serada dijamu dengan gulai lembu, dikir barat dan cucuh bunga api. Habis sebutir Mukim Serada merayakannya, tidak kira kecil, besar, tua bangka dan muda dilalaikannya. Datuk Azalina pun datang juga menyambut perayaan yang tidak perlu dirayakan.

    Fikir punya fikir hari ini, satu sen pun tiada faedah bagi keuntungan diri ataupun negara. Hanya nama yang dicari, tapi tak sahor mana jugak.

    Kesian kat lembu mati bukan kerana Allah. Kalau dijamu kerana majlis buka puasa atau sambutan hari raya korban ada kebajikan jugak. Maklumlah jadi ibadat. Tapi sembelih kerana naik everest siapa yang suruh.

    Adakah Nabi atau AlQuran yang suruh ?

    Silap hari bulan naik gunung everest …… kena dosa….. bercampur lelaki perempuan.

    Inilah ajaran hadhari yang terkeluar dari ahli sunnah waljamaah.

  19. 19

    Bulan puasa masing-masing gila buat ibadat. Lepas raya mereka kejar dunia. Betulkah demo puasa?

    Sepatutnya lepas raya lagi kuat buat amal ibadat……

Leave a Reply