Resepi puding buih

Puan-puan kali ini kita akan belajar cara-cara buat puding buih, ada orang panggil puding buah, lantak lah nama apa yang orang panggil, asalkan puding yang kita nak buat tu berwarna pink dan ada kuah susu cair tu hehehe..


QA/QC tak pass.. sebab finishing tak cantik..

Bahan-bahannya puan-puan..
1 paket agar2 strip
10 biji telur ayam
Daun pandan 2-3 helai
Icing vanilla
Ibu Sirap – ini untuk colouring purpose..
Gula 1/2 kg
Susu cair – 1 tin

Cara-cara membuat puding
1- Pecah kan telur puan-puan, asingkan telur putih dengan telur kuning, dulu cikgu aku ajar yolk.
2- Pukul telur putih sampai banyak keluar buih, sampai kembang giteww.
3- Pada masa yang sama panaskan air dan masukkan agar-agar tadi ke dalam air tersebut. Kacau perlahan-lahan, kacau jangan tak kacau nanti jadi hangit puan-puan.
4- Okeh bila putih telur dah banyak buih tu.. masukkan ke dalam agar-agar yang bercampur air tadi. Kacau dan terus kacau ya puan-puan, kalau tak kacau nanti dia tak jadi puding buih, tapi jadi agar-agar.. itu kita reject.
5- Maka sudah siap kita punya puding…

Cara-cara membuat kuah

1- Masukkan susu cair, daun pandan, gula secukup rasa, kuning telo and icing vanilla..
2- Kacau ya puan-puan. Jangan lupa slow kan api dapur puan-puan, nanti kuah pun kena reject. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul-ketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
3- So dah siap dah kuah kita puan-puan.. kalau puan-puan hari ni tak puasa apa salahnya test dulu rasanya..

So mudah je sebenarnya nak buat puding buih ni puan-puan. Jadi kita dah ada puding buih yang sexy dan siap dia punya kuah.. tapi kalau nak lebih mudah beli je kat pasar malam.

Selamat mencuba..