Aku di Labuan part 6

Hari-hari seterusnya macam biasalah, menjalani rutin hidup yang sama jer takde apa yang nak di banggakan pun. Namun begitu rasakan seperti aku dah boleh menerima Pulau Labuan ini, sehari demi sehari aku bagaikan dah boleh bernafas di sini, aku makin sukakan tempat ini. Banyak yang aku pelajari tentang adat, perangai, bahasa dan kebudayaan kaum-kaum di sini. Aku dah tak lagi boring seperti mula-mula sampai dulu..

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik hujan emas dari hujan batu tapi bila berjauhan ni teringat dan rindu pada anak-anak dan ibu pada anak-anak tu. Dulu masa aku baru nak masuk 2 minggu di Labuan, anak-anak aku dah menjerit suruh aku balik, ibu pada anak-anak tu steady jer sebab dah pasrah bro.. pasrah.

Sayang bini tinggal-tinggalkan.. sebab tu la kena tinggal. Kalau hantar SMS pun bunyinya macam jauh hati gitew. Apa nak buat, kerja.. bukannya aku gi happy-happy dengan arroyo pun. Aku tak tau lah orang lain yang duk jauh-jauh balik sekali setahun camana yang laki bini ni rasa.. bengkak hati kut.. selain dari bengkak batu.

Apa yang menarik di Labuan ni kalau boleh aku share di sini.

Di Labuan ni kalau pasal makanan ada kelainan sikit, kalau makan nasik, makan mee ka.. mesti dia orang beri sup semangkuk. Sampai ke Sabah pun ada sup semangkuk ni.. aku belum tau kenapa mesti ada semangkuk sup ni sebagai sesuatu kemestian.

Di Labuan ni jugaklah especially kat town ni kurang sikit masakan Melayu. Antara tempat makan yang sohornya ialah Restoran Raff, Malindo, Mavilla (Yatch Club), Island Tomyam atas bukit tu, Anjung Ketam di Tg Aru, Seaman restoran lain-lain kedai banyak lah jugak tapi aku tak pernah sampai.. kedai-kedai lain kalau tak kedai mamak mesti kedai masakan cina.

Kalau nak makan masakan orang local Labuan, boleh cuba dekat area bazar dekat pasar kat town tu.. murah pun murah. Pari bakar dia orang cicah sambal tak cicah air asam. Waktu petang ada pasar malam setiap hari kat area Hotel Ambassador.. boleh lah kalau nak tapau. KFC ada 2 restoran, Pizzahut dan McD masing-masing 1 jer. Pizzahut Labuan memang cap ayam lah, nak makan McD kena gi Airport Labuan lain tempat takde.. bosan lah jauh nak drive dari hotel aku menginap ni.

Anjung Ketam, di Tanjung Aru memang famous dengan seafood sampai Program Jalan-jalan cari makan pun sampai kat situ. Aku dah 3 kali makan ketam butter, udang dan sotong wahh fresh-fresh punya. Memang fresh lah aku tengok dengan mata sendiri dia kerat dua ketam tu hidup-hidup.. kesian pulak aku tengok ketam tu, aku tanya kenapa kerat hidup-hidup ketam tu.. dia kata kalau nak tunggu mati esok la baru dapat makan. Nyaknye sungguh. Permandangan dari anjung tepi pantai ni, cantik bah.. dapat lihat tanah besar Sabah.

Masih pasal makanan lagi, secara general lah.. dah 2 bulan aku kat Labuan ni, aku masih tak boleh terima masakan orang Labuan, bukan aku cakap tak sedap tapi lidah aku ni lidah Terengganu bah, tapi telan jugak lah nak buat camana.. kalau nak rasa sangat masakan pantai timur semenanjung aku makan di kantin JKR di Labuan ni, orang Klate masak.

OK lah boleh lah terima masuk perut walau ada bau-bau Labuan dah. Kat labuan ni aku tak jumpa lagi Budu Ketereh ni, entah-entah orang Labuan ni tak kenal budu kut.. apa dia orang panggil? Sos ikan? .. entah. Soto memang banyak di Labuan.. aku tengok macam mee soup jer.

Abis lah bab makanan..

Lifestyle orang di Labuan ni pada pandangan peribadi aku.. 2 bulan aku kat Labuan ni masih banyak yang aku tak paham dengan orang Labuan ni. Labuan ni boleh di katakan pulau untuk business, oil & gas industry dan leasure.. tapi leasure ni tak lah menarik sangat lah compare to Sabah sana. Di Labuan ni, ada orang local Labuan (asalnya orang Brunei / original Sabah), suku-suku kaum dari Sabah dan Sarawak dan orang semenanjung seperti aku ni je lah yang original Malaysian. Lain-lain terdiri dari rakyat Philiphine yang dapat mycard.. memang ramai Pinoy yang ada mycard ni, tau tak pasal pa Pinoy ni dapat mycard? … jawapannya tanya sama itu hud-hud! Aku diberitahu Pinoy ni banyak buat hal kat Labuan ni.. kalau bergaduh takde yang pakai tangan kosong lah.. buat kacau pun gang-gang ni jugak.. malas la nak cerita kat sini panjang-panjang la kann.. :P

Apa yang aku perhatikan di sini, kehidupan orang-orang di Labuan ni sama macam di semenanjung jugak tapi di Labuan ni ada kelainan sikit lah, kalau kat zebra crossing memang kereta akan stop dan akan mengutamanakan pedestarian, itu yang aku perasan lah. Kalau apply di KL macam ni aku rasa ramai yang patah kaki kena langgar. Accident kecik-kecik ker, jaranglah yang serius. Mat rempit bolehlah di katakan hampir takde, mat-mat kereta pulak agak kurang yang jenis exhaust besar dan bising.. kurang sangat lah yang meranggi dengan kereta compare to KL sana. Gang-gang Vtech ka, turbo ka rasanya macam tak wujud.. aku rasa lah.

Apa lagi.. petang abis kerja jam 5.00 dah start menuju ke pub dan karaoke walaupun masih ber coverall masam.. hahaha.. dia orang ni biasanya lepak dalam berkumpulan di kaki lima premis kedai.. penuhhh dengan gang-gang coverall.. kalau jam 11.00 malam abis OT pun ada jugak yang masuk pub, karaoke & liveband dengan pakaian coverall ha ha ha.. memang koboi lah Labuan punya pub dan karaoke ni..

Lifestyle orang di Labuan ni, aku suka tengok kalau kita lepak kat Siswazah Corner tu, boleh tengok permandangan yang menceritakan segalanya. Nampak dari jauh Labuan Shipyard, boleh tengok ferry, boat-boat untuk oil & gas, rumah-rumah atas air dan boat-boat nelayan…

Kalau bercakap dari sudut ugama Islam di Labuan ni.. rasanya agak memilukan sikit lah. Tak nak lah cakap pasal tu, sedih aku bila ada seorang kawan yang aku kenal ni, dia kata dia menganut ugama Islam Hadhari… serius beb aku tak tipu. So dah jadi kerja aku pulak terangkan Islam Hadhari tu pendekatan Pak Lah jer..

Cerita pasal hiburan pulak lah..

Masa mula-mula aku sampai di Labuan, SMS pertama yang aku terima dari wife aku berbunyi lebih kurang begini..

“Dengar cerita di Labuan tu banyak ayam..”

Bayangkan.. betapa sohornya tentang hiburan yang aku maksudkan ni.. memang benar pun di Labuan memang banyak benda-benda macam ni. Arak dan perempuan. Hampir semua tepat hiburan di Labuan ada arroyo ni. Dan gitu lah macam aku pernah cakap dulu, perut sekor-sekor ayam ni kebanyakkannya boyot lah.. muahahaha

Pemerhatian aku lah, tak semua ayam-ayam ni cantik pun.. yang huduh pun ada dan aku tak tau lah kalau yang huduh ni siapa nak amik. Kalau takde sales camana nak terus survive, payah juga tu.. tapi kalau yang cantik sangat bahaya jugak mesti hardly used pulak kan..

Kawan aku ada bercerita dah 2 kali dia kena Gonorrhea, aduhaii.. sampai 2 kali tu. Itu mesti tak pakai baju hujan tu. Lepas tu balik jumpa bini, tido dengan bini pulak bengong betul lah.

Satu lagi pasal arak.. cerita orang local Labuan ni, ramai orang Semenanjung yang tidak pernah minum pun sebelum ni akhirnya bila sampai di Labuan dia kalah kepada dugaan ni. Selama ni tak pernah minum tapi sampai di Labuan hancuss terus bah. Begitu lah kuatnya pengaruh kepada orang luar ni, aku agak mesti iblis yang ada kat Labuan tu gemuk gemuk belaka.. lantak korang lah.

Ngantuk lah.. nanti aku upload gambo.. bersambung.