Aku di Labuan part last sekali..

By Friday, April 3, 2009 38 No tags Permalink 0

Sambung lagi episod Aku di Labuan ni. Saja je nak menulis manalah tau kalau esok lusa korang kena transfer ke Labuan ke, kena buang daerah sampai ke Labuan ke.. atau boss korang hantar korang duk kat Labuan.. apa-apa lah kan aku cuma berikan simple guide aje.

OK macam aku pernah cakap dulu, ada 4 perkara yang murah kat Labuan ni yang takde tax.. iaitu rokok, arak, parfume and cokelat.

Rokok memang murah dibandingkan dengan harga di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Amik contoh Dunhill 20 baru RM5.20 sekotak tetapi, dia punya taste.. macam hampeh dan memang cap ayam lah.. absolutely cap ayam.. tak sedap langsung, tapi nak buat camana kalau dah nak mampus sangat tu hisap je lah walaupun rasa macam tu. Jaga-jaga jangan sampai terbeli rokok seludup dari China, rasanya macam bau lipas gitu.. aku ingat dalam rokok tu banyak lipas lah.. :P

Seperkara lagi, di Labuan ni aku sering berpengalaman rokok out of stock. Pusing satu Labuan pun tak jumpa sekotak Dunhill 20.. atau Benson 20.. yang 14 mungkin ada. Dalam sebulan at least 2 kali out of stock.. pasal pa pasal rokok ini diseludup ke Sabah dan Sarawak.. tak caya tanya lah penjual rokok di Labuan. Kalau rasa nak mampus sangat beli je satu carton.. abis cerita.

Chocolate import memang murah, kalau beli chocolate MILO harga sama dengan luar sana atau mahal sikit. Chocolate yang murah antaranya Ferrero Rocher lah. Akan tetapi, cewah.. walaupun murah dari harga di luar sebenarnya Ferrero Rocher ini bukanlah yang dibuat oleh Italian chocolatier Ferrero SpA yang original tu, tetapi mungkin yang 2nd or 3rd grade yang datangnya dari Thailand atau mana-mana lah, ini diceritakan oleh penjual Ferrero Rocher di KLIA, dia kata dia jual yang original from Italy. Itu cerita dia, aku tak pasti tapi aku dah beli hampir 10 boxes.. sampai tak termakan aku, kalau benda tu boleh buang aku sepak-sepak jer.. he he he jangan marah.

Beer pun murah, tapi coke mahal.. hahaha. Sebotol coke 2 Liter dalam pub atau caraoke mencecah RM20.00 sebotol. Tapi Tiger (harimau bawah pokok) atau Carlsberg baru RM5.00 – RM7.00 ringgit bergantung kepada kedai lah. Aku asyik duk masuk pub karaoke selama di labuan sampai boleh ingat nama-nama arak ni, chivas 12, chivas 18, blacklabel, JD dan macam-macam lah jenis air kencing ni. Kalau beli kat luar sekitar RM65.00 sebotol chivas 12 tapi masuk dalam pub mencecah RM200.00 sebotol.. biasalah nak cover itu dan ini.

Last sekali parfume, murah dari harga di luar. Quality i dont know sebab aku tak pernah beli yang free tax ni. Pilihan tak lah banyak sangat tapi ada jugak lah yang top top punya parfume tu.. setakat beza RM30.00 hinggit tu baik beli je kat KL puas hati..

Pusing-pusing pulau Labuan

Kalau ada transport boleh pusing Pulau Labuan ni, sejam dah abis pusing pulau, kecik je pulau ni. Kita boleh bermula dari town di Labuan International Ferry Terminal, limpas (orang sini cakap lalu tu limpas) museum Labuan. Jumpa world war memorial. World war memorial ni dikatakan perkuburan perang paling besar di Malaysia, terdapat 3,908 askar yang dikebumikan di sini, ramai jugak tu. Kebanyakkannya Australian, British dan India.

Jalan lagi jumpa Labuan Square, Labuan Marine Museum, Masjid Jamek An Nur sampai jumpa simpang ke Labuan Airport, jangan bimbang lah takde jam pun jalan ni, kalau jam pun kejap jer.

Teruskan perjalanan ke jalan Batu Arang, masuk ke jalan Tanjung Aru stop sekejap makan ketam bakar. Lepas tu jalan lagi sampai jumpa Labuan Chimney.

chimney

Chimney ni tingginya 106 ft dan dibina dalam tahun 1800s. Tujuan pembinaan ini di katakan penuh dengan misteri tapi orang kata menatang Chimney ni functionnya sebagai ventilation, tapi ada archaeology kata tak jumpa pulak kesan asap dalam tu.

Lepas tu boleh singgah tengok burung kat Labuan Birds Park. Burung pun mau tengok ka? Adehhh..

Teruskan perjalanan dan kita akan berjumpa dengan persisiaran pantai yang cukup indah dan mententeramkan jiwakacau di Manikar, boleh lah stop rilex-rilex tengok budak-budak Matrix berendet ke, nak makan minum ke sambil amik gambar di tepian pantai. Ceh..

Jalan lagi sampai jumpa Pohon Batu Beach.. lawa la jugak. Air cetek je nampak pasir.

OK jalan terus sampai di Layang-layangan jumpa Peace Park dan Surrender Point. Surrender Point ni dulu tempat askar Jopon surrender dan ngaku kalah dengan Australian force pada 9 September 1945.

Jalan terus bro.. jalan terus sampai lah nampak UMS Labuan International Campus di tepian pantai yang indah gitew.. Terus jalan dari sini dan dari sini bole nampak Pulau Kuraman dan beberapa pulau lain. Jalan lagi.. pusing kiri pusing kanan dan akhirnya sampai semula ke Labuan Town.. adehh sekejap jer.. kalau ada masa gi melawat perkampungan air Patau-patau.. boleh jalan-jalan sekitar rumah atas air di Patau-patau. Di sini kita boleh tengok bangunan dan landscape town.. cantik bah.

So abis pusing satu pulau, kalau nak jalan jauh boleh gi Brunei, 1 jam je naik ferry. Nak gi Sabah melalui Menumbok 20 minit naik speed boat, nak lebih thrill sikit gi Sipitang, gi kampung orang asli di Longpasia duduk sana 2-3 malam.. boleh tengok life dia orang.. ada masa aku akan sampai ke sana insyallah.

So 2 bulan aku Labuan.. OK lah boleh lah untuk aku hidup di sini untuk mencari rezeki anak bini di Semenanjung, kalau nak stay buat rumah dan menetap di sini jawapannya mungkin tidak lah. Takde sebab untuk aku stay di Labuan, kalau di Kundasang Sabah tu OK lah jugak kan :P

Aku di Labuan ni mungkin dah di penghujung, tanda-tanda aku nak ke panggil balik ke Kemaman dah ada… tapi entahlah semuanya urusan boss boss boss aku, aku ni kuli yang menurut perintah aje. Dengar cerita aku nak kena transfer ke Miri pulak.. belasah je lah labu..

38 Comments
  • my fault
    April 3, 2009

    best bro, tringin kesana bah,hehe

  • mamat
    April 4, 2009

    ko org ape r?melayu/chinese/india?

  • mamat
    April 4, 2009

    ak rse ko org melayu…tp ckp psl arak…bodoh…band la cmni…poyo bgs konon..tuhan nk bg bala skjp je..

  • eddyra
    April 4, 2009

    [quote comment="7720"]ak rse ko org melayu…tp ckp psl arak…bodoh…band la cmni…poyo bgs konon..tuhan nk bg bala skjp je..[/quote]
    yep.. terima kasih atas pandangan dan komen yang cukup bernas.. :P

  • ajaxxmullys
    April 4, 2009

    lex r mamat sdap mulot ko je ckp n kutok blog org. .paam la btl2 woi apa yg edy cter. .

  • ajaxxmullys
    April 4, 2009

    tade hal edy share ja story yg ko ase menarik tuk tatapn dalm blog ko neh. .lau ada info2 ttg drilling company ada vacancy. .ko tlg update gak t. .salam. .

  • E&I
    April 5, 2009

    perfume kt sna ok la..baunya sma gak dan 24 hrs..tp kt labuan xde jual yg botol kecik mcm d kl..semuanya btol bsar..klau di kl davidoff silver shadow altitude dlm RM500 gk la tp di labuan lebih kurang RM300 lebih je..kwn bedal 1 gak..

  • SapekBiki
    April 5, 2009

    Alamak…singkat pemikiran betul ‘Mamat’ nie..takpe, biar dia

    Aku dah sebulan kat Labuan nie…dan paling sekejap sampai akhir tahun. Paling lama sampai 2-3 tahun..Boleh angkat kereta ini macam…huhuhuhuhuhuh.

    Yaa…mmg ketiga-tiga bende tu murah (rokok, arak, coklat)..dan selain daripada itu…semuanya mahal! (kalau tak mahal pun..lebih kurang sama ngan KL) Air suam pun kebanyakkan kedai cas 30sen-50sen. Kalau makan tengahari, confirm RM6-RM7. Nasik goreng kampung pun sampai ke RM5-Rm6…adoyaii..sayur mahal, buah pun mahal…sebab itu barangan ‘import’. kelakar. Roti canai RM1.20, mee goreng mamak RM4.50

    Barangan letrik toksah cerita le…mmg mahal. Cerek letrik yg boleh dapat RM20-RM30 kat semenanjung…dia jual dalam RM70..cap ayam lagi tuh. Aku pegi charge henset kat kedai (sebab emergency nak buat call..kebetulan habis bateri) dia charge aku RM1 untuk satu bar….punggah! Barang-barang kat supermarket tu semuanya mahal la…kekadang kesian ngan local.

    Kalau nak beli rumah pun mahal…apa lagi…..haa…arroyo pun mahal. RM250 (kawan aku cerita…bukan akuu..)

    Pendek kata…..kalau sapa nak bekerja sambil enjoy…datangla kesini. Tapi sendiri mau pikir…sebab takde sapa nak larang. Kuat hati…kuat la….

    Untuk yang baru nak datang tu….baik praktis bangun awal. Pukul 6 dah terang dah….

  • unbtiubvytyniut7ibjvbvhgfbvvc
    April 5, 2009

    sapok bikini

  • mama_mia
    April 5, 2009

    [quote comment="7721"][quote comment="7720"]ak rse ko org melayu…tp ckp psl arak…bodoh…band la cmni…poyo bgs konon..tuhan nk bg bala skjp je..[/quote]
    yep.. terima kasih atas pandangan dan komen yang cukup bernas.. :P[/quote]
    teruskan enche’eddy!! telling da truth!! ;)

  • fuzii
    April 5, 2009

    salam bro eddyra.

    teruskan menulis cerita pengembaraan en. eddyra. mn tahu klo dpt jd pnduan kitaorg apb smpai ke sana. apb ada sedikit ilmu bleh menyediakan diri utk menjauhi perkara2 yg x diingini dan tak mengalami kejutan budaya.

    terima kasih en.eddyra di ats info anda.

  • eddyra
    April 6, 2009

    ok gang terima kasih atas komen anda.. esok 6 April 2009 aku ke Labuan semula untuk habiskan kerja-kerja aku, lepas tu aku balik ke Kemaman ke tempat asal aku, orang dah tak nak aku.. aku pun tak kan nak tersorong-sorong pipi pulak.

    Insyallah sebelum aku balik, aku nak jelajah Sabah.. mungkin ke Sandakan atau tawau.. jalan-jalan cari sumandak hahaha :P

  • along
    April 7, 2009

    labuan… sbulan 2 lagi sampai lah aku kat situ

  • kawan baru
    April 7, 2009

    [quote comment="7722"]lex r mamat sdap mulot ko je ckp n kutok blog org. .paam la btl2 woi apa yg edy cter. .[/quote]
    [quote comment="7733"][quote comment="7721"][quote comment="7720"]ak rse ko org melayu…tp ckp psl arak…bodoh…band la cmni…poyo bgs konon..tuhan nk bg bala skjp je..[/quote]
    yep.. terima kasih atas pandangan dan komen yang cukup bernas.. :P[/quote]
    teruskan enche’eddy!! telling da truth!! ;)[/quote]
    itu pandangan mamat.. yang korang emosional sangat tu apa hal???

  • ajaxxmullys
    April 7, 2009

    kawan baru. .lex r . .cam ko plak yg emosi. . .pandangan pun pandangan la tp cara tu cam pak kadok . .tep guna lutot ke apa. .lex2 eh kawan baru, ko macam mamat la. .

  • ajaxxmullys
    April 7, 2009

    selamat becuti edy. .. . .blog ko besh. .update lg pape info dan cter ,
    .bereh

  • -nOj-
    April 7, 2009

    bro edd dh sampai kemaman ke…
    apdet2 lg… best lepak cni

  • Lily
    April 9, 2009

    Yaa..rindu bangat sama Labuan!
    Saya bekas student kat UMSKAL, selama 3 tahun kat sana sgt best!
    Mula2 culture-shock but it is where for the first time, i realize that small is beautiful and charming. Ye la, kita selalu hargai benda yg besar2, negeri besar, rumah besar, shopping complex yg besar tp bila kat Labuan berbeza sekali.

    Saya ada atuk sedara yang buka kedai makan kat Taman Mutiara (depan Taman Udara). Maybe you shoud try Kelantan food there :)

  • oggy
    April 12, 2009

    salam bro
    bro slalu deal dgn pcsb kan
    kenal tak sorang ni he was dgn pcsb dulu
    name die mohd tarmizi munir
    die dgn PMO/PCSB dulu
    …..trrimas

    ps:bro keep writing best gile aku bace blog bro gelak sorang2…..

  • eddyra
    April 12, 2009

    [quote comment="7781"]salam bro
    bro slalu deal dgn pcsb kan
    kenal tak sorang ni he was dgn pcsb dulu
    name die mohd tarmizi munir
    die dgn PMO/PCSB dulu
    …..trrimas

    ps:bro keep writing best gile aku bace blog bro gelak sorang2…..[/quote]
    pmo.. pts berapa tu ?

  • ajaxxmullys
    April 12, 2009

    salam edy.btl ke skrg kapal drilling xbnyk msk.

  • oggy
    April 12, 2009

    pts brape aku x tahu
    tp xpe bro aku saje je tanye
    kot2 bro kenal
    btw bro eddy
    ditakdirkn dulu kalau bro eddy accept offer letter PETRONAS tu
    mesti aku dah jumpe bro dekt twin tower ni haa
    ….

  • Landak
    April 12, 2009

    Bila lah dapat balik le Labuan lagi….waduh sampai termimpi mimpi.
    Dulu kerap gi Asian Supply base, tapi sekarang dah tak berpeluang lagi kot.
    Ni tengah updated resume nak join offshore lak….hehehe

  • mama_mia
    April 15, 2009

    [quote comment="7745"]bro edd dh sampai kemaman ke…
    apdet2 lg… best lepak cni[/quote]

    yeap2!!!! sy setuju! cptla hapdate.. :D

  • ibrahim
    April 15, 2009

    assalamulakm bro tumpang lalu, meh add dalam blog aku, meh laa

  • ajez
    April 16, 2009

    dh sampai kt kemaman tu tk reti2 nk campak budu sekotena dua tuk aku kt sini..hahhahaha..

  • fatiah
    April 18, 2009

    Rokok dari China tu ada melamine kot ?

  • jrethaiuwehv
    April 19, 2009

    bro..cantik ko punye pic parameswara platform tu..

  • Aziz69
    April 21, 2009

    Salam…
    Utk tuan umah dan para tetamunya..
    Singgah kejap…

  • idawahid
    April 23, 2009

    patutler husband aku tak penah beli apa2 klu dia pegi labuan…
    tp nak beli mcm mana.. turun kapal malam naik flight pagi.. huhuhu…

  • nurlyz
    May 4, 2009

    Hi..i juz bumped into ur blog..byk cerita yg menarik.walaupun saya asal dari kotasinga,saya tetarik sangat dgn cerita kat KL tuh…ermm…bandar KL yg pnuh dgn liku-liku kehidupan…c ya again.

  • madi-instep
    May 18, 2009

    bos,br ni saya ase g intrview instep.program ptp-1..harp2 sngat dpt r..mnt tringanin sangat nk g sana..saya ade mntak kos “PROCESS’
    Tp sbnrmya saya tak tahu sangat r ape sbnrmya process..ap kj die..ade kwan yang kj lame kt bhgian process ni suruh ambk kos tu..katenye tu kos plng ok..tp x th r..mntk tlg bgth cket k..tq bos

  • one
    May 19, 2009

    bro eddy yang di hormati,
    memandangkan bro eddy otai dalam o&g ni, saya nak mintak petua sikit2 sebelum saya masuk keja bulan 1 jun ni. sy dapat keja kat servicing company,bhg cased hole logging….selain tu sy nak tanya, apa beza, pro & contra keja kat company operator banding dengan servicing company.dari segi gaji dan sebagainya…tq

  • ryan
    August 5, 2009

    sya org labuan,best d labuan……………………….tak caya mai la bro…………………………………

  • Mohd Shafii bin Omar
    September 3, 2009

    saya pernah tinggal di hote labuan.Labuan selama 14 hari keran berkursus iaitu tahun 94 pada masa itu dataran labuan baru hhendak di bangun kan sebenar nya saya bekerja sebagai pegawai dakwah di Sabah kami seramai 60 oarang berkersus di situ 30 dari semenanjung dan 30 dari Sabah taip seorang dari semenanjung di beri satu pasangan dari sabah,saya sebilek deng ustaz mohd sidek awang adi yang kemudian nya menjawatan pengarah NCR ( NIKAH CERAI DAN ROJOK) di MUIS KK dan saya telah teputus hubungan dengan nya sampai sekarang

  • myfault
    September 3, 2009

    [quote comment="9383"]saya pernah tinggal di hote labuan.Labuan selama 14 hari keran berkursus iaitu tahun 94 pada masa itu dataran labuan baru hhendak di bangun kan sebenar nya saya bekerja sebagai pegawai dakwah di Sabah kami seramai 60 oarang berkersus di situ 30 dari semenanjung dan 30 dari Sabah taip seorang dari semenanjung di beri satu pasangan dari sabah,saya sebilek deng ustaz mohd sidek awang adi yang kemudian nya menjawatan pengarah NCR ( NIKAH CERAI DAN ROJOK) di MUIS KK dan saya telah teputus hubungan dengan nya sampai sekarang[/quote]
    teruskn usha dakwah, u diri dan umat.
    semoga ustaz jmpa balik kwn yg tlh loss contact.
    good luck.

  • striding_cloud
    December 28, 2009

    labuan oh labuan…..skrg aku kat labuan…aku budak kapal…..labuan yang murah semuanye yang cepat mati…lagi satu yang paling menarik banyak kebayan….boleh ambil muda2 lagi…

  • staticpulse
    November 30, 2012

    good info bro..baru nak kene g sane for a week huhuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *