Satu catatan perjalanan yang pernah aku siarkan di forum CARI sekitar tahun 2003. Aku publishkan di blog aku ni. (Post masih under construction, sorry banyak photo belum di upload kan)
9th July 1997
Aku bermula dari Newcastle Upon Tyne (Tempat aku study) menaiki bas selama 6 jam dan tiba di Victoria Station, kat tengah Kota London. Tido semalaman kat rumah member di North London. Malam tu discuss nak ke negara dulu, Belgium ka, Holland ka, bukak Europe map tengok route yang paling cun.. sebab duit pun bukan banyak sangat, biasa lah student MARA. Target kalau boleh nak round semua negara kat Europe.
10th July 1997
Aku gi empat orang, berbebankan backpack, sleeping bag dan beberapa helai pakaian menuju ke London Charing Cross, iaitu train terminal yang membawa aku ke Dover, travel time approx 1hr 45mins.

Berpandukan European Travel Guide Handbook yang kita orang beli, kami naik Stena Line Ferry dan menyeberangi English Channel atau pun Strait of Dover, sama la tu.. ingat tak Dato Malek Maiden berenang selama 17 jam tu.. hingga sampai kat Ferry terminal di Calais, dah masuk France dah. Permandangan pinggir pantai Dover cantik, nampak putih jer tebing tinggi, batu kapur kalau tak silap aku.
Setiba kami di Calais tuh, kami amik train menuju ke Lille, France. Sebab kami bercadang nak masuk ke Belgium dulu, masa nak balik semula ke England nanti baru kami nak pusing France tu. Yang menarik di France ni, sesetengah tempat takde tiang electric, sebab dia orang guna under ground cable. Puak2 French ni sombong lah sikit kalau kita bertanya dalam English, nak bercakap kena dalam bahasa mereka kalau tak, maaf tak layan. Eloknya cakap bahasa Melayu je.. hahahaha.. OK lah, tinggal kan dulu France.
Hari yang sama juga, kami tiba Brussel central Station, stesyen keretapi yang membawa kami dari Lille tadi. Dah petang sangat dah, lapor perut jangan cakap lah. Jangan mimpi nak cari nasik, air tebu ka, nasik dagang ka.. piirah.

So malam tu kami lepak kat hotel cikai. Letih jangan cakap, merayau lah malam tu sekitar Brussel, sekor muka Malaysia pun tak nampak, kut-kut boleh tanya kat mana jual nasik ka, halal food ka.. malam pertama tu kita orang makan pizza dan fish n chip jer.. yang menarik kat Brussel ni, ada banyak kedai cam kalau kat Malaysia ni kat Bukit Bintang tu, style cofe bean.. pastu siap ada orang mainkan musik sambil berdiri, main gitar ka, piano ka.. pehh kami backpacker empat orang ni mampu tengok jer.
11th July 1997
Masih lagi di Brussel, Belgium.
Lupa nak cerita, sesampai jer kami di Brussel Central Station dari Lille semalam tu, tengah2 duk lepak tengok orang lalu lalang tup tup tengok ada sorang mamat tu berlari dari Central Station, dua tiga orang kejar dia dari belakang. Kejar punya kejar siap bawak pistol lagi, ahhh kami dah suspend dah. Akhirnya dapatlah tangkap mamat tu, entah case apa tak tau lah.. ishh cuak jugak sebab kat tempat orang ni banyak sangat dengar cerita tembak tembak free ni..
Keesokkannya dah bangun pagi, breakfast roti jer lah. Check out dan keluar mengembara eecehh.. kami simpan backpack kami kat luggage locker kat Central Station, nak bawak berat sangat meh.
Oleh kerana hotel yg kami tumpang semalam di tengah-tengah bandar, maka banyaklah jugak tempat yg sempat kami sighseeing. Brussel – Bruxelles – Brussels, semua mempunya maksud yg sama. Brussels is the bilingual capital of Belgium. Maknanya, French and Dutch are the official languages of the city. Sebab tu nama jalan pun ada 2-3 sebutan. Brussel ni more than 1000 years old, kalau tengok buku sejarah Julius Caesar pun pernah extend power nya sampai ke sini,
Kami sempat ke The Grand Place – tapis de fleurs ataupun flower carpet. Tempat ni setiap tahun akan dihiasi dengan permaidani yang sungguh cantik dan berseri, kiri kanan kawasan ni terdiri dari banggunan lama dan penuh dengan sejarah. Yang menariknya Kerajaan Belgium ni masih mengekalkan / preservation of its ancient buildings and historical traditions. Di sinilah terletaknya Town Hall, is widely considered to be one of the most beautiful town squares in Europe….



Ada sesuatu yg menarik di The Grand Place ni, iaitu The Mannekin Pis – Patung budak tengah kencing. Cisss.. aku pun tak tahu lah budak tengah kencing pun dia orang boleh buat statue. The Mannekin Pis ni sebenarnya di katakan di ukir dalam tahun 1388. Selepas tu beberapa kali kena curi, dan beberapa kali juga ianya dijumpai semula. Ada satu occasions tu, mereka memakaikan patung tu dengan 600 jenis pakaian, tak tahu lah kenapa mereka adore kat dia ni.
Photo bawah ni Menneken Piss – budak tengah syok kencing..

Masih lagi di Brussel, Belgium.
Hari tu jugak kami visited Jardin Botanique Kruid Tuin iaitu taman bunga, bukan visit sangat pun sekadar lepak berhenti penat ooo..
Next, kami ke The Atomium iaitu monument atom yang di bina dalam tahun 1958. Monument atom ni diperbesarkan sebanyak 165 billion times untuk jadi sebesar tu.. ni aku paste kat bawah.. tinggi monument ni 100 meter.

Pastu kami melarat sampai kat The Cinquantenaire Park , biasalah taman dan ada ler beberapa banggunan peninggalan sejarah.. takde yg menarik sangat kecuali taman yang cantik dan terpelihara.
Last sekali sebelum kami blah, kami ke Mini Europe. Kat sini semua monument dan building yg ada seluruh Europe, ada di sini.. cantik dan err.. apa nak kata aaaa.. memang unik lah..


Petang tu kami membuat keputusan untuk terus ke Amsterdam, so amik train ke Antwerpen, utk tukar stesyen keretapi.
Malam tu kami amik train dan bertolak ke Amsterdam, Holland.. sampai dah agak nak malam dah.. dalam tourist guide handbook berpesan, supaya berhati-hati kat Amsterdam.. heheheheh!
AMSTERDAM!!
Amsterdam selalunya di kaitkan dengan one of the most colorful cities in the world.
Free sex and free drug! Malam tu, setibanya kami kat Centraal Station, itu lah Amsterdam! Oleh kerana dah agak lewat malam, so kami bercadang nak tido kat tepi kaki lima jer, kalo amik hotel pun tak worth lah, buang duit jer.. banyak lagi duit nak pakai nii hehhehe..
Kami pun cari luggage service dan simpan backpack kami, tak larat nak kendung. Pastu jalan-jalan melihat sekitar dekat-dekat jer. Sebenarnya kami tak berapa berani sangat kat Amsterdam ni, sebab banyak sangat penjahat dan perompak.
Dalam kami berjalan cari makanan tu, tetiba ada sorang mamat ni tegur aku. “Excuse me, do ya wanna hass? Ganja? Mariuana?”
Warggg! Macam Chow Kitt bebbbb! Tapi kat chow kit dia angguk-angguk beri signal jer. Aku pun kata “No thank!” .
Where you from, Philiphine? dia tanya aku lagik..
Aku jawab Indonesia hahahaha.. sebab kat Amsterdam ni ramai orang Indon atau mix Indon, ingat tak dulu2 punya cerita Belanda takluk Indonesia? So ramai yg kahwin dgn orang Indon dan bawak balik ke Belanda atau Holland nih..

Salah satu cafe yang menjual ganja.. layannnnnn!

Sebenarnya, di Amsterdam ni, dia orang agak mengamalkan free drug and sex. Kalau kita masuk kat cafe di Red Light District, kita boleh order daun ganja! Balut ganja dan kita free nak tarik, nak stim ganja dalam cafe tu.. it’s legal! Macam kat Malaysia ni, masuk kedai mamak, kita order teh tarik satuuu bang!! Lebih kurang cam tu lah.. walau bagaimana pun jual beli drug secara terbuka macam jual ubat tu adalah dilarang sama sekali di Amsterdam.
Pengalaman aku ketika cross satu bridge di Amsterdam tu, aku sempat nampak sorang mat drug tengah cucuk jarum kat betisnya.. selamba jer tepi bridge tu.. kalu kat KL dah kena cekup dah.
Kat kedai yang tertentu siap ada jual paipon, ataupun ‘dapur’ untuk hisap ganja ni.. heheheheh! Member aku siap beli benih pokok ganja dan tanam dalam biliknya kat UK.
OK lah, malam tu kami tak tahu nak tido kat mana, nak tido kat kaki lima tak boleh, sebab ‘DBKL’ kat Amsterdam tak bagi. Nak tido dalam centraal station pun tak boleh gak.. so kami cari port baik kat tepi terusan kat tengah town tu. Jumpa bangku panjang dan tido sampai ke pagi, tido-tido ayam jer sebab tak sedap hati, penjahat dan perompak banyak sangat..
Sedar-sedar pagi esok, kena sembur di DBKL Amsterdam yang cucikan jalan dan kaki lima dari sampah, muntah dan jarum yang mat drug ni sepahkan.. hampeh sungguh!!
12th July 1997, Pagi yang mengantuk mata, masih lagi di Amsterdam.
Kami bercadang untuk pusing Amsterdam dalam masa satu hari dan bermalam di situ, so kami pun merayap lah cari Youth Hotel ka, Bed and Breakfast ka (BB) .. at last kami dapatlah satu hotel yg kira OK lah..
Kami mandi manda, makan roti dan keluar merayap. Sambil berjalan tu, aku asyik2 toleh ke belakang sebab kat Amsterdam ni merupakan bandar yang dipenuhi dengan penunggang basikal.. penuhhhh dengan basikal. Basikal macam dah jadi pengangkutan utama bagi penduduk kat town utk memudahkan pergerakkan mereka, atau memang mereka tak de duit kot? kalau tak berhati-hati boleh kena langgar dek mereka.
Apa yang menarik di sini ialah, kereta Merc di jadikan taxi, Merc lampu mata belalang, lampu bulat semuanya dijadikan taxi, nak cari taxi yang cokia pun susah.. kalau kat Malaysia ni Merc tahun 70an banyak ler jadi taxi.
OK, jalan punya jalan, tup tup kami terbehenti ke sebuah museum. SEX MUSEUM! Ahaaaa! Nak masuk ke tak nak? Tak masuk rasanya sampai bila-bila kita tak akan tahu, so masuk jugak lah.. hehehe! Sebenarnya sex museum ni merupakan international collection of historical erotic and pornographic art, literature and artefacts. Kat situ lah gambar dan patung Marilyn Monroe di abadikan..

Di situ jugak terdapat comprehensive selection of manuscripts dan lukisan dari Kama Sutra to twentieth-century comics and a vast film and photographic library sebagai sumber rujukan yang penuh dengan porno dan sex.. hahahah! Aku nak paste gambar kat dalam museum tu pun tak sesuai lah kat sini… ..
(Tip: Jangan lupa untuk gi kat mana-mana tourist information utk dapatkan map dan guide, sebab ianya lagi detail tentang place to visit.)
Masih lagi di bandar Amsterdam..
Kami berempat ni dah set malam semalam tu untuk gi tengok windmill.
Sejak aku bebudak lagi, dalam hidup aku ni, selain dari kubah kaabah di Mekah tu, windmill di Belanda (Holland), Coloseum di Italy, Eiffel Tower kat Paris, Pyramid di Mesir, Grand Canyon di US, merupakan antara impian tempat yang aku nak pergi nak melihat dengan mata sendiri. Dari kecik lagi aku nak sangat sangat ke tempat-tempat tu.
So tengahari tu, kami menaiki train dari Amsterdam menuju ke Alkmaar. Selepas lebih kurang 20 batu perjalanan, kami berhenti sebentar di Alkmaar ni dan menuju ke Alkmaar Cheese Market. Apa yang menarik di bandar ini ialah cheese (keju). Di sinilah terletaknya pasar keju yang cukup besar lebih dari 600 tahun lalu. Kami tidak berkebetulan dengan masa pertunjukkan membuat dan menjemur keju di square di pasar tu, apa nak buat. Setakat amik gambar pasar jer lah.. anyway, aku paste jer lah dari satu site mengenai Alkmaar Cheese Market ni.

Kat sini jugak terdapatnya wooden shoe iaitu Dutch wooden clogs. Kalo kat Malaya ni terompah kut?? Bentuknya macam kasut jugak, tapi diperbuat dari willow dan poplar wood dan dihiasi dengan decoration art yang sudah pastinya menarik. Keseluruhannya adalah diperbuat dengan menggunakan tangan sehingga tahun 1918, pas tu teknologi dah developed depa buat dengan machine lah pulak. Kilang wooden shoe ni kat Holland Zaanse Schans, tapi aku tak pergi lah. Aku tak tahu lah apa cerita di sebalik wooden shoe ni, tapi mungkin sama ceritanya dengan terompah kut?
Abis melawat bandar Alkmar tu, kami lepak sekejap. Rindukan nasi jangan cakap lah.. makan ajer lah roti cicah air kopi. Opss roti dia orang kat Europe tak sama dengan kat Malaya ni, kat sini roti semuanya manis-manis kat sana tawar, original bread. Kalau kat Malaya ni banyak jugak aku terjumpa roti style sana, rasanya pun lebih kuranglah.

Kemudian, dari Alkmaar kami ambil train ke Koog-Zaandijk station dan berjalan beberapa kilometer untuk sampai ke Windmill Village. Impian aku hampir menjadi kenyataan. Dari jauh sudah nampak windmill yang cukup unik dan mempersonakan.. pehh! Macam tak percaya!

Windmill tu dikelilingi bunga tulip yang mengingatkan aku masa aku kecik-kecik dulu cerita fairy tales yang selalu aku tengok kat TV, di mana kincir angin bertiup ketika bunga tulip mengelilinginya serta rumah-rumah kayu countryside.

Aku kini seolah-olah have traveled several hundreds of years back into time to reach. The village dates from the 1300s dan keadaan village tu remains as it was centuries ago and some of the people still wear the traditional old costumes. Ahh .. tercapai jugak impian aku sejak aku masih bebudak lagi.

Dah lewat petang, aku pun menaiki train menuju ke Amsterdan semula. Sampai di town tu, kami merayap mencari nasi, sebab orang Indonesia ramai yang jual nasi kat sini. Member aku dah nak kebulur sangat dah sebab beberapa hari tak jumpa nasi. Tup-tup terjumpa lah kedai indonesia jual nasi, macam2 menu ada, macam aku cakap nasi goreng with pork!
At last jumpa lah kedai makan orang Bangladesh kat tengah-tengah town, siapa sangka. Member aku beli nasik, biasalah kari jugak.. dan makan macam orang tak jumpa nasik setahun. Aku tak selera nak makan, banyak sangat minyak. Abis makan, lepak sekejap dan pusing-pusing town.. banyak sangat sex shops, dan kedai jual alat-alat utk hisap ganja.
Malam tu, malam mencuci mata!
Malam tu kami keluar ke Red Light District, menyusuri beberapa canal. Amsterdam pernah di gelar Vanice on the North di sebabkan di tengah city of Amsterdam terdapat banyak canal, macam di Vanice Austria.
Kenapa di gelar Red Light District?
Menurut satu sumber, term “red-light district” bermula ketika awal 20th century oleh pekerja di stesyen keretapi. Railroad crew ni menggunakan red lanterns (tanglung warna merah) for signaling and lighting, dan kebanyakan pekerja ni membawa atau menggunakan satu red lantern ketika meninggalkan stesyen keretapi. So, bila pekerja ni pergi kawasan pelacuran, mereka meninggalkan red lantern tu kat laman rumah prostitute tu, mungkin sebagai signal prostitute itu sedang busy.
Sebenarnya kegiatan pelacuran di Holland telah menjadi legal ketika pemerintahan Napolean dalam tahun 1815. Dan bermula 1996 kerajaan Holland memulakan cukai ke atas bisness pelacuran tu.
According to statistics there are now more than 25,000 prostitutes in Holland dan separuh darinya adalah pendatang haram. Yang menariknya di Red Light District ni, pelacur pun mempunyai Postitutes Union.
On the way ke Red Light District tu, kami singgah kat Hard Rock Cafe, beli baju sehelai dua. Sepanjang perjalanan ke Red Light District, kami sering di sapa oleh penjual dadah, mat drug offer ganja. Jangan layan, kalau layan big mistake lah!
Masih lagi sekitar Amsterdam..

Mungkin benarlah kata-kata Bad Girls Go To Amsterdam..
On the way to Red Light District tu aku lihat banyak shops yang jual smoking device. Pipe, bongs (dapur untuk isap ganja). Dan kat sini juga lah aku berhenti di depan “smoking coffee shops” yang tertera gambar Bob Marley .. penyanyi Regea yang mati tengah lalok ganja. Dua orang waiter duk depan pintu cafe tu invite kami masuk dengan hanya memakai bra dan panties berwarna merah. Korang tak percaya, korang pergi la.. hahahah! Dari luar jer kami tengok keadaan kat dalam tu, nak masuk pun kami tengok customer yang ada tu, kami rasa bimbang jugak, kang kena belasah kang.. dah ler tempat orang. Di kawasan ini jugalah ramainya pick pocker, street crime dan street beggar. Aku di maklumkan supaya berhati-hati dengan street beggar ni, sebab ada di antara mereka yang ada pisau atau pistol. Dan kalau nak beli drug jangan beli kat kaki lima, itu illegal! Yang legal kat dalam cafe shop.
So kami pun menapak lagi. Permandangan di kiri kanan penuh dengan gemerlapan lip-lap lip-lap lampu kat theater building, bar, panggung wayang, sex show shop, cofee shops, serta sex shop yang jual apa-apa sahaja tools yang berkaitan dengan sex. Nak dildo ka, gamba sex ka, movie sex ka, patung plastic wanita (doll) setinggi 6 kaki yang ‘hidup’ kat pangkal peha nya! Semua ada!!
Sebenarnya, di siang hari laluan kami tu (Ketika kami gi Hard Rock Cafe) kawasan ini semacam mati, takde music atau lagu-lagu , suram macam lorong belakang kat KL tu. Ini utk anda yang sudi baca experience aku, ada gambar sendiri dan ada gambar dari site lain.. nak paste gamba aku nanti jadi cerita lain pulak.

Red Light District di siang hari.. nampak tak bermaya. Tapi masih lagi nampak beutiful dengan canal nya.

Cantik tempat orang..
Masuk jer time nak azan maghrib (heheheh) kawasan ni bertukar wajah. Cafe yang dihiasi dengan lampu lip lap, cafe Regea music Regea.. pehh!
Akhirnya sampailah aku kat kawasan building yang mempunyai window glasses. Sepanjang building tu terdapat beberapa partitions seperti bilik dan dapat dilihat dari luar pelacur yang hanya memakai bra dan panties menari-nari, gelek-gelek di dalamnya!

nampak tak ?

Aku telah dimaklumkan bahawa mengambil gambar, sama ada dengan menggunakan camera, video camera adalah dilarang sama sekali. Kalau anda berani, anda mungkin akan didatangi lelaki yang akan meminta film dari camera anda!
Cuba teka, apa dia? hahahah ..

Aku tengok bukannya semua cantik, yang tak cantik pun ada jugak. Kebanyakkan prostitutes ni datangnya dari Uckraine, Russia dan banyak lah tu. Sempat gak aku tanya pricenya, dia kata kalau tak silap aku dalam 20-30 dollar gitu. Covert RM ada ler dalam RM100.00 kut..
So malam tu kami sampai pukul berapa ntah ke hulur ke hilir pusing-pusing area tu duk tengok tengok, sebijik macam tengok pertandingan ayam serama. Dosa betul la, tapi yer lah.. pengalaman di tempat orang. Apatah lagi, ni tempat di mana sebuah negara mempunyai Prostitution Information Center.
Kami akhiri sessi melawat Red Light District entah pukul berapa, dan kembali ke hotel kami. Aisey man, melalui tingkap hotel kami, kami skodeng pelacur low class buat bisness kat bawah, kat lorong belakang hotel. Kat dinding bilik kami, tertulis lebih kurang camni ” Jangan ganggu kerja mereka dan jangan ambik gambar!”
Esok bangun pagi, check out dan breakfast.. nak kemana pulak nii??
Kami kini menghala ke Munchen, Germany. .. orang kita sebut Munich!
13th July 1997
Sebenarnya plan asal kami bercadang ke Praha, Czech Republic. Tapi, sebab train dah tak de (kalau aku tak silap ler) kami pun tukar plan B, iaitu ke Germany.
Jam 19.25, menaiki train ke Rotterdam untuk tukar train yang menuju ke Munchen, Germany. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan aku pun tak tahu, sedar-sedar sampai kat Frankfurt, sekitar 2.00 pagi. Aku dah masuk Germany dah. Ni Nazi punya tempat lah ni.
Sebenarnya, lupa pula aku nak bercerita. Sepatutnya dari mula topic ni aku cerita benda ni dah. Ini TIP aku nak bagi lah.
Sepanjang pengembaraan aku dari Calais (France) tu, aku hanya menaiki train. Aha.. mengenai train ni. Aku menggunakan INTER RAIL CARD. INTER RAIL CARD ni merupakan PASS ticket untuk kita menggunakan kemudahan train seluruh Europe! Hanya dengan menunjukkan INTER RAIL CARD ini kita akan dapat menuju ke sesuatu destinasi di beberapa zone dalam Europe, walau bagaimana pun sekiranya train yang kita naiki itu ada extra charge, kena bayar lah, tak mahal pun.
Harga INTER RAIL CARD ni bergantung kepada zone. Ada Global ada Zonal. Kalau Global kita buleh gunakannya untuk ke seluruh negara di Eropah. Kalau Zonal ni, hanya group countries jer. Aku beli 3 Zones, maknanya ada 3 zones negara ( 3 groups negara, bukan 3 negara! ) yang aku boleh pergi dgn CARD ni. Masa tu harga CARD ni £275.00 – (RM 1,182.00, exchange rate masa itu 4.3 lebih kurang). Aku beli kat Connect Travel, London, kalau nak amik phone number ni 0171-7535188 ..
Tapi, the fact is, ini lah cara kebanyakkan student / tourist gi tour di Europe. Cuma perlu masukkan date and time of departure, train number and destination. Maaf Eurostar train tak terima CARD ni.. cerita bab Eurostar tak sampai lagi, ending nanti baru ada.
Walau bagaimana pun, CARD ni ada term and condition nya, seperti at least she/he has lived in Europe for a minimun of 6 months and under 26 years of age . Masa tu aku baru 26 tahun.
Masih mengenai train lagi. Train ni ada banyak jenis la jugak. Ada sleeping car, couchette car dan jenis yang paling cokia sekali ialah jenis unadjustable, tak boleh nak turunkan seat, demam la kalau dapat seat tu! Ada restaurant car etc. Itu semua tak penting, yang penting mesti ada sleeping car atau couchette car untuk kita baring dan tidur sehingga sampai ke destinasi.. kalau depart pukul 8.00 malam tak kan sanggup duduk sehingga jam 6.00 pagi.. so perjalanan kami amat bergantung kepada Thomas Cook European Time Table (Summer Rail Services) ada dinyatakan time departure, train departure, connecting train, origin and destination of train, and seat type, ahaaa itu yang paling penting!! Kira-kira ganti hotel untuk bermalam.
Sebagai student, korang imagine lah student, bukannya kaya, papa kedana ada ler. Jadi untuk save kan budget, kita orang dah set kan tour kami ni siang untuk berjalan dan melawat tempat, dan waktu malam untuk tido di dalam train, save duit tido hotel. Sebab itu route kami berterabur kerana kami nak match dgn train departure tu.
Itu untuk TIP kepada sesiapa yang nak gi tour Europe.
OK lah.. jam 6.30 pagi aku buat pertama kalinya memijak kaki ke bumi Munchen. Munchen, tempat yang paling bersih, dan orang-orangnya penuh tertib dan berhemah, kenapa yer?
14th July 1997 Munchen, Germany.
Satu sebab kenapa aku nak ke Germany ialah aku nak ke Tembok Berlin. Tapi apa nak buat, route aku jauh menyimpang. Tak tahu kenapa, tapi bagi aku tembok Berlin ni mempunyai cerita yang tersendiri. Hajat di hati nak ambik seketul dua serpihan batu tembok tu buat sourvenir.
OK lah cerita di Munchen.
Munich atau Munchen ni sebenarnya terbentuk dalam tahun 1158 oleh Henry the Lion. The city’s name is actually München, yang mana datangnya dari expression “Bei den Mönchen” or “near the monks”, sebab Monks dah tinggal kat sana for 108 years before Henry came along.
Apa yang menarik di Munchen ini ialah kebersihan di city ni. Aku hampir-hampir tidak kelihatan sampah sarap di taman, di town, di train station malah boleh di katakan Munchen, atau seluruh Germany merupakan tempat yang bersih dan indah. (Aku bertanya kepada kawan aku yg study di German selama 5 tahun, dan memang benar, Germany merupakan negara yang bersih dan indah.) Aku pernah perhatikan di depan satu kawasan tu, daun-daun gugur dari pokok lepas tu datang lah sorang mak cik ni cepat-cepat pi sapu dan bersihkan tempat tu.
Bersih dan indah, walo pun ditengah-tengah town..
Ada satu perkara lagi yang menarik mengenai penduduk tempatan di sini. Ketika aku dan kawan-kawan aku serta beberapa orang tempatan nak menyeberang jalan, betul-betul di hadapan kami ada trafic light. So kereta dah takde, tapi lampu pedastrian (Lampu Signal orang berjalan) masih lagi merah, kami pun dengan selamba menyeberangi jalan tu. Yang hairannya, mereka masih lagi duk tepi jalan dan berpaling memerhatikan kami ketika kami menyeberang tadi. Bila lampu dah hijau baru mereka berjalan.
At last kebingungan kami terjawab bila kami terbaca dalam satu pamplet, lebih kurang begini “Jangan hairan kalau melihat local people tidak berganjak walaupun tiada kereta yang melintas”.
(Juga aku bertanya kpd kawan aku tu, dan katanya memang penduduk tempatan mempunyai tata-tertib yang tinggi.)
Ini kalau kat KL ni, jangan duk imagine lah…
Okeh, pagi-pagi morning tu, kami ke Tourist Information, senang jer kalau nampak tanda i tu dalam map, Tourist Information lah tu. Cari info mana nak pergi, tempat menarik dan apa-apa lah.
Kami pun pusing-pusing town dan macam aku ceritakan tadi, bandar ini memang bersih. Dalam pusing-pusing bandar tu, terjumpa lah aku FC Bayern Fan House dan teringat lah aku akan Bayern Munich FC, kaki bola tentu tahu. Ambik gambar ajer lah di depan shop tu.

Sampailah kami kat Marketplace, dan terpegun melihat “Glockenspiel” yang famous di seluruh dunia tu. terletak di Town Hall, Marienplatz. Setiap jam 11.00am,12.00 and 5.00pm are the times to see the full dance routine. Glockenspiel ni merupakan orchestra bells yang di”play” dengan menggunakan tuned bar, macam piano tu.. menarik jugaklah. So akan keluar lah patung orang naik kuda dan penari-penari yang meraikannya perkahwinan Duke William V and Renate of Lorraine in 1567.
Ini ler Glockenspiel yang famous tu.. kuat gak bunyi bells tu. Nampak tak ada patung-patung kecik tu..

Marketplace Marienplatz – yang ni photo dari satu site yg aku jumpa. Camera aku tak muat nak amik semua building tu. Di bina dalam tahun 1447 .. aku berada di tempat yang pernah diduduki manusia sekitar 600 tahun yang lalu. Marienplatz atau pun pasar ni asalnya merupakan tempat menjual garam dan jagung dan tempat pertandingan. Sekarang ni jadi square, tempat orang minum beer dan lepak-lepak.
Left : Marienplatz in 1900.
Karlstor – Charles’ Gate, yang di bina di abad ke 14. Hari ini menjadi land mark kepada Marketplace Marienplatz.
Jalan-jalan lagi, dan kami akhirnya sampai lah kat tram center. Entah kat mana aku pun tak ingat dah. Tram ni macam train jugak tapi yang jenis ada cable kat atas bumbungnya dan ada rail keretapi, routenya untuk dalam kawasan town sahaja. kalau kat KL tu macam monorail, tapi monorail kat KL tu tak guna rail keretapi. Tram ni pendek jer, ada ler 2 gerabak. Kat Amsterdam pun ada lupa nak cerita..

Ini tram di Munich..
Englischer Garten
One of the largest municipal parks in the world, the English Garden terletak antara city center dan the Isar river. Di bina dalam tahun 1789, tahun di mana Chinese Tower di buat. Di katakan, Chinese Tower ini menjadi tempat sohor untuk minum beer, hingga mampu adakan 7000 seats pada satu masa. kat sini semua jenis orang ada, dari set punk gila babi rambut mencacak, hippies hinggalah orang-orang yang smart dengan briefcase nyer..
Pehh..
The Chinese Pagoda at Chinesischer Turm.
Yang kat atas ni Monopteros, a pillared monument,yang di bina di atas bukit pada 1838.. tak jauh dari Chinese Pagoda . Bersih park ni, nak jumpa sampah pun susah. kalau nak berguling-guling cam citer hindustand pun boley.
Apa yang menarik sangat kat sini aaaa? Aaaa kat sini ler park di mana kalau nak tengok orang sun bath.. free naked! Kalau tak percaya pergi ler bang.. . Apa ler dia orang tuh, nak bogel pun kena kat public juga. Apa-apa hal pun aku tak berkesempatan dengan keadaan tu, cuma ada ler nampak dari jauh orang duk melepak ..
kalau kat Dataran Merdeka ada orang cam tu, camana yer Malaysia ni?
Sebenarnya banyak lagi tempat di Munich yang kami tak sempat nak cover sebab kesuntukkan masa. Dari UK lagi, aku dah pasang angan-angan nak bergambar di Neuschwanstein Castle, seperti gambar di bawah ni. Apa nak buat..

Tak de rezeki la tu.. cantik wooo, biasanya tempat ni menghiasi kalendar atau pun menjadi pc screen saver. Kat dalam tu ler cerita mengenai Chenderella.. Kalau kat Disneyland Paris ada ler Walt Disney buat replica castle ni, Cinderalla’s Castle ke apa nama entah! Cantik lah jugak tempatnya masa aku gi 1996 dulu.
Apa yang menarik mengenai Neuschwanstein Castle ni, ianya di bina antara 1869 dan 1886 oleh King Ludwig II. Terletak di hutan Bavaria, (Ingat tak Bavarian?) dan di tepinya ada sungai dan di kelilingi oleh hutan belantara. Walau bagaimanapun, King Ludwig tidak pernah menggunakan bilik di castle tersebut, kenapa aaa?:stp:
Ok lah, memang banyak tak sempat nak cover di Munich ni, museum Bavarian Motor Work (BMW) pun tak sempat nak tengok gak.. hampeh tuh la. Olimpic Stadium pun tak sempat gak..
Walau bagaimana pun sempat lah jugak aku bergambar di monument dan building sekitar Munich yang menjadi peninggalan Adolf Hitler dan tempat kelahiran Nazi movement, 1923.

Geschwister-Scholl-Platz
Tugu peringatan Students Hans and Sophie Scholl, iaitu ahli ‘Weisse Rose’ (White Rose), group yang menentang cara Nazi di Germany. Mereka distributed leaflets yang mengecam Nazi ke university dan akhirnya di jatuhkan hukuman mati oleh Nazi Court selepas 18 February 1943. Leaflets tu ada dipamerkan di main entrance university itu. Hampeh tul la Nazi tu..
Okeh, time’s up, jam 23.40 kami naik train menuju ke destinasi seterusnya.. kemana yaaa.. ITALY!
Di Italy… aku di rampok oleh mafia Italy ..
To be continued..




I have been an avid gardener for years. Due to wicked hot weather in the summer, and pests that are out of control, I have deceided to move my garden indoors, and use hydroponics. I have read some blogs, and someone reccomended as they make hydroponics grow boxes. What do you think of these?
[...] From Wikipedia – The Colosseum or Coliseum, originally the Flavian Amphitheatre, is a giant amphitheater in the center of the city of Rome, Italy. Originally capable of seating around 50,000 spectators, it was used for gladiatorial contests and public spectacles.I have been here.. [...]
Syiok nyer baca pengalaman awak.Panjang mcm crite Hindustan, dah tu kena tunggu continuation pulak. Cepat sikitlah.
hohoho..ralik duk bace..beshnye gih obersea..hehehe…
[quote comment="573"]hohoho..ralik duk bace..beshnye gih obersea..hehehe…[/quote]
eh macam kenal je miah ni.. tokey cake ni..
ahahha.. giler tol.. sempoii!
best!!.. tak dpt pegi.. tapi dpt baca citer org pun jadik la..
alhamdulillah~ ehehhe
alah ucu.. cerita 10 tahun lepas. Cerita lama.. kalau tak tulis cerita ni, nanti saya sendiri akan lupa. So blog je lah..
10 taon pun.. bukan senang nak dpt pegi beb…
dan bukan semua org ade peluang utk dpt pengalaman mcm bro.. so u r so lucky.. heh!
teruskan memblog bro~ sy mmg suka baca bronye gaya penulisan.. sempoi!
good one! syok baca pengalaman backpacking ko nih. tak rasa nak ulang sejarah ni sekali lagi ker?
i daaa bca story u tour europe dlm cari..tp bru smpai page 5. best sgt jln citee siap ade history n d date, iskk cam baca sejarah pn ade..thank u laa share d experience.. i bru nk pegi tp bkn tour europe heheh my hubby ajk jmpa kt london end of nov ni… then balik ikut paris. skang ni i tgh survey which part in london&paris must see! hope u bole bg suggestion!
perhh.. ada jugak orang hargai cerita silam aku ni..
of course ade org appreciate
asalnya nak cari info “benda” lain.. sini plak masuk.. tapi layan la bro baca blog lu.
detour..
thanks bro.. makan lah apa yang ada..
cari ‘benda apa’ tu..
hoaa..Awang Ganu..
aku tengah carikcarik pasal backpackers kat cari.com
sekali jumpe topik lama kau laa..haha..
bestbest..ada lagi?tak sambung ker? ;p
kau keje ngan pet ke?
aku ngan pcsb..
opis saja…..
Hannan mana ni.. Nik Norhannan?
hehe..bukan la..
nama aku “hannan” je..
eh..tada sambugnan lagi ker?
aku tengah planplan nak backpack eropah
hutang la hannan.. hutang dulu
senyum pinjam, senyum bayar la..haha
banyak foto kau kat cari dah tak ada
Mal so nebenbei, schon geh?rt, dass der FC Bayern M?nchen scheinbar van Gaal als Trainer will…?
Bila cerita ni nak sambung yer?