Home » Story » Conteng sikit..

5

Salam semua..

Lama tak menyonteng di blog aku ni. Busy sangat dengan kerja dan life. Banyak email masuk tanya itu dan ini dan kebanyakkannya berkaitan dengan oil and gas. Maaf lah ada yang sempat di reply dan ada yang tak. Tak sempat la bro..

Terima kasih kerana masih lagi duk ngadap blog ni walaupun ianya tak sekecoh dulu. Cerita-ceritanya pun ala kadar jer kan.. tapi OK la tu hit perday ada ler 2000 hits .. boleh lah cukup-cukup makan.

Entah lah.. Orang nak ada blog, aku pun nak ada blog tapi nak update malas, comment orang pun aku tak reply. Abis tu camana lah kan..

Lately ada rasa nak update dengan cerita yang sensasi tapi tak tau nak cerita pasal apa.. Pasal buang anak ke, pasal GAS Gabungan Anti Samy Vello ka, pasal kekalahan Malaysia kepada China ka… Pasal layan blues ka hmmm.. Last-last hilang macam tu jer bila idea tak mari..

Pengalaman aku lah jadi blogger cap ayam ni kan.. Ada manis dan ada pahitnya bro.. Pahitnya bila content aku di copy and paste 100% ke dalam blog dia orang.. cap ayam betul lah.

Aku pun pernah dapat surat tunjuk sebab dari HR company lama disebabkan kenyataan aku di blog ni dianggap menjatuhkan maruah individu di atas sana.. Hmmm.. case closed bila aku resigned dari company tu.

Yang manis pada aku tapi pahit bagi orang lain pun ada, especially wife aku lah.. hehehe .. terpaksa duk baca cerita-cerita karat zaman budak-budak sekolah dulu. Apatah lagi kalau opismate dia baca, mak sedara pak sedara, ipar duai pun baca.. aku nak mengarut-ngarut dalam ni pun kena limit kan jugak lah kan..

Kalau lah takde orang yang kenal aku rasanya banyak benda-benda karut aku dah letak kat sini.. he he he

OK lah bro…. aku punya blog ni rasanya dah macam blog entah apa-apa.. dulu diawal-awal dulu ingat nak blog pasal offshore oil and gas, last-last entah camana abis topic lain pun masuk..

Adehh.. jem pulak idea tak mari oooo.. entah la lately idea payah nak mari lah.. stop la dulu.. hahaha

5 Responses to “Conteng sikit..”

  1. 1
    Shahrulsite says:

    Rilek boh…biaso la tu, kadang2 mari kadang2 tak

  2. 2
    sipuri says:

    Lama dah tak komen..sebab baca ikut feed. Hahaha..Itu yang tak seronok kalau keluarga, sedara mama, colleague tahu ada blog, kan?

  3. 3
    wakaka says:

    boh ,…ada lubang2 dok bab2 wastes handling nie..lubang2 exxon ke?

  4. 4
    hang nadim says:

    mula-mula aku tulis blog kenal blog pun sbb ko bro, terjumpa sbb tag yang melayu tu…hahaaha, blog ko memang Blues

  5. 5
    remi says:

    salam bro cte pasal safety issue

Leave a Reply