Home » Story » Perjalanan Miri – Kapit – Part 2

9

Perjalanan diteruskan. Menyusuri Sg Rajang yang penuh dengan misteri dan mitosnya.

Permulaan perjalanan tu kita dapat lihat sepanjang tebing sungai sebelah kirinya dipenuhi dermaga dan jetty-jetty kapal-kapal balak, kapal-kapal korek pasir dan heavy lifting cranes. Sawmill pun banyak yang duk process kayu balak. Memang pun Sarawak ni kaya dengan tokey balak.

Sebelah kiri perjalanan tiada apa melainkan hutan. Sesekali terpandang rumah panjang. Hmm.. Ini yang aku nak cari sebenarnya. Walaupun tak original tapi locationnya kependalaman nampak unik giteww. Kalau boleh aku nak tengok rumah panjang yang original, tapi ini siap dengan parabola bro hehehe…

Express Kapit Boleh 268 terus menyusuri Sg Rajang. Laju la jugak. Ada aircond. Ada tayangan video. Kalau boring boleh keluar boat untuk tengok dengan lebih jelas permandangan sekitarnya. Tapi kalau jatuh aku bimbang kena ketik di bujang senang jer.

Sesekali boat yang aku naiki ni berselisih dengan kapal korek pasir. Aku tak tau ngapa dia korek pasir, samada nak dalamkan sungai atau nak jual pasir.

Semakin jauh ke pendalaman, melepasi bandar xxxxxx aku dapat tengok kiri kanan sungai ni dah semakin mengecil dari mula-mula perjalanan tadi. Kiri kanan sungai hanya hutan. Sesekali jumpa rumah panjang. Sesekali berselisihan dengan perahu kecil. Eiii… Tak takut ke tetiba bujang senang muncul kat air…. auu cakk dia tegur…

Bro… Korang yang duk kat KL tu best sangat ke bau asap lori asap taxi asap kilang gezzzz… Datang sini la bro, kita tengok keindahan alam semula jadi. Sini cool bro, takde jalan jam. Sungai punya la luas takde nye nak jam. Awek awek pun cantik-cantik bro. Putih mak aiiii… Gebu-gebu. Awek kat KL tu harap pakai fair n lovely jer ler nak kasi putih. Jangan marah yer… :p.

Best sangat ke tengok KLCC tu? Hek eleh.. Meh sini kita tengok rumah panjang, kita kenali mereka, budaya mereka, cara hidup mereka. Tak kira siapa mereka, mereka adalah masyarakat peribumi yang unik, bagi aku la kan.

Aku suka tengok life dia orang di sebelah Sabah dan Sarawak ni. Aku tak cari Melayu di sini, buang karan. Melayu ramai di Semenanjung, letih. Kita tengok kaum-kaum yang takda di sana. Kalau masa kita isi form, dekat RACE tu ada column OTHERS tu. Malay, Chineese, Indian or OTHERS. Haa… Kita kenali kaum OTHERS ni.

Kaum-kaum OTHERS ni termasuklah Iban, Dusun, Melanau, Kedayan, Orang Ulu (piwettttttt!), Bajau, Kelabit, Bidayuh dan banyak lagi lah. Kalau la korang nak cari bini la, aku boleh cadangkan korang meh datang Sabah and Sarawak ni. Nak berbini lebih pun datang la sini. Aku tak bleh dah, aku sign mati dengan bini aku dah. Ehemm.. Lain la kalau wife aku tak baca blog aku ni muahahahahhahaa…

Ok jauh dah aku mengarut. Kalau buat essay ni mesti dah kena potong markah.

Akhirnya sampailah aku di bandar Kapit. Aku mati mati ingat Kapit pekan kecil yang kuno dan masih traditional. Rupanya tak. Aku salah.

Keluar je dari boat tu, naik anak-anak tangga jetty menuju ke bandar Kapit. Aku di sapa oleh makcik makcik tempatan yanh jual air dan makanan di tangga. Makcik, aku puasa la makcik.

Dari atas jetty ni boleh nampak boat yang aku naiki tadi. Boleh nampak Sg Rajang di depan mata.

Adeh kering tekak. Minum air batu pun best ni, puasa ke tak orang ingat aku Dayak apa hahaha.. tak baik bro. Korang jangan ponteng puasa, lain la kalau korang jantan kabaret yang datang bulan hahaha…

Gezzzz… Sampai la aku di Kapit square. Ada orang jual juadah buka puasa seawal jam 12 tengahari. Hehehe… Rasa macam nak makan je. Lapar bro. Panas pulak tu matahari atas kapala.

Aku lepak dulu kat sini sambil mengeringkan pahala puasa. Aduhaiiiii putihnya, cantiknyaaaa…. Rilex la Ummi ya, awak lagi cantik. Hehehe

Hmmm.. Apa yang aku dapat perhatikan lah, masyarakat di sini kebanyakkanya dari kaum Iban. Aku tanya dengan Andrew, lelaki iban yang converted to muslim sebab mengahwini seorang wanita muslim ni.

Dia ngaku dia Islam la, tak kisahlah sambil bercakap dengan aku tu dia sambil merokok. Haha..

upload photo later..

9 Responses to “Perjalanan Miri – Kapit – Part 2”

  1. 1
    Uwais says:

    hahah…..macam best je cari bini org sana bro….huhuhu tapi payah laa plak nak balik kampung nanti… :(

  2. 2
    THeEdge says:

    dah sampai kapit pun enche eddy…saya orang sarawak pun tak sampai lagi…

  3. 3
    THeEdge says:

    Aku mati mati ingat Kapit pekan kecil yang kuno dan masih traditional. Rupanya tak. Aku salah.
    —hehehe boleh dikata ayat standard saya dengar dari orang semenanjung. bukan kapit aje, bandar-bandar lain jugak. teringat lecturer dulu orang semenanjung siap bawak kicap dan makanan tin mcm2 lagi bila transfer ke kuching, ingat kat sarawak kuno lagi dan orang2nya duduk umah pokok lagi…hmmm aduhaiii kesiannya…

  4. 4
    fara says:

    lama sy x dtg kapit. sejak ditukarkan balik ke semenanjung, operasi di kapit adalah kerja terakhir sy sepanjang bertugas setahun di sarawak. last time sy ke sana bulan mei lepas. bandar kapit ok wpun kecik je. nk cari mknan halal no problem, cuma kena sesuaikan diri dgn selera sarawak je la.

    kalau ke sarawak, takat gi bandar2 utama xde hal nk cari mkn halal, insyaallah mesti ada. tp kalau ke pedalaman je susah. mcm tugasan last sy… kena pergi nanga merit di hulu sg rajang. wpun xde kedai makan mahupun kedai runcit, tp penduduk kg sana baik hati. diaorang bwkkan ikan sungai dan sayur tanam sndri (kena bayar ler). pemandangan sana (esp masa sunset) mmg cantik. best woo tgk sunset dari rumah panjang org beketan. btl2 tp sg rajang. the locals were also friendly despite the language barrier. sy fhm bhs iban sikit2, diaorang lak tau melayu pun sikit2 (ramai yg xtau lgsung).

    personally, i’d say sarawak is the best place to work for the adventurous person.

  5. 5
    THeEdge says:

    nak kahwin orang sarawak kena ready tekak selera fusion. setakat selera limited to semenanjung edition saja memang payah (diakui oleh husband sendiri)

  6. 6
    eddyra says:

    best ke kahwin dengan orang Sarawak THeEdge.. bole tanya husband you tak hehehe

  7. 7
    eddyra says:

    theEdge apasal tak boleh reply dalam blog you erkk? ada error la kut..

  8. 8
    THeEdge says:

    [quote comment="9449"]theEdge apasal tak boleh reply dalam blog you erkk? ada error la kut..[/quote]
    nak try check. dah la saya baru nak celik IT ni huhuhu baru tukar kornea

  9. 9
    PianoFan says:

    PianoFan…

    Megacool Blog indeed!… if anyone else has anything it would be much appreciated. Great website Enjoy!…

Leave a Reply