Andrew ni memang asal dari Kapit lah. Aku jumpa kebetulan aku lepak di depan xxxxxx. Andrew cadangkan aku pergi jauh lagi ke pendalaman, hingga ke hujung Sg Rajang untuk melihat dengan mata sendiri buaya-buaya yang muncul di permukaan air. Dia boleh arrange kan dengan. Kena baya la bro, kau ingat pree ke..

Aku bertanyakan tentang mitos Bujang Senang pada Andrew ni. Menurutnya kepercayaan terhadap mitos ini masih menebal di sebelah pendalaman sana. Seandainya pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan lepaskan sambil memohon maaf di atas ketidak sengajaan itu. Ini semua adalah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka. Menarik juga tu…

Andrew invite aku ke rumahnya yang cuma di seberang Sg Rajang. Aku kata next time la kalau ada umur panjang.

Ok apa yang ada di Kapit ni..
Mana-mana tempat yang aku sampai di Sarawak ni, aku akan cari di mana tamu. Tamu ni pasar bang.. Pasar.
Aku suka tengok apa yang mereka jual di tamu. Sebab aku mencari yang original di situ. Ada buah-buahan, sayuran dan akar-akar kayu yang dia orang tanam sendiri, cara kampung.

Aku dah lama duk kat bandar, sayur, buah-buahan semuanya di tanam secara modern dah. Kalau buah-buahan tu tak sah kalau takde rasa ubat awet mayat. Gezzzz… Bussiness punya pasal nak kasi cepat masak. Sama la dengan ayam, mesti cucuk punya.

So di tamu inilah yang aku cari.
Aku suka tengok makcik pakcik tempatan yang duk menjual tu. Berbagai kaum ada dengan rupa paras yang berbeza mengikut keturunan kaum mereka. Aku suka dengar slange yang dia orang ni tuturkan, memang la aku sik paham bah tapi syok dengar hehehe..
Aku kak nuan – I love u
Nuan bajiek – kamu cantik
Udah makai ka bedau – sudah makan ke belum.
Kimi nuan – mau ka mana
Dah mandik ka bedau – dah mandi ke belum
Deik jaik amai – kau ni jahat la
Aku ngetil dik – aku cubit kau
Anang jejet dik – jgn degil.
Gamal nuan jaik amal – muka kau buruk
Belit amai – bodo betul.
Baka mayas – mcm monyet
Jalan-jalan lagi sekitar bandar Kapit sambil-sambil snap gambo sekitar bandar dan orang-orangnya.

Masa aku gi tu orang ramai turun town sebab hari enam. Hari enam tu hari Sabtu lah. Sini tak sebut nama hari bro, dia orang sebut pakai nombor jer.
Apa yang aku perhatikan di sini, masyarakat di sini putih-putih jer kulit mereka. Kiut kiut. Aku rasa kulit aku yang paling kelabu asap kat Bandar Kapit tu. Satu lagi, tubuh mereka rendah jer, kebanyakkannya giteww..
Di sini ada satu banggunan peninggalan sejarah. Xxxxxx ni dibina dalam tahun xxxx oleh xxxx. Boleh masuk tapi tak bleh amik gambar. Aku nak masuk tapi hari Sabtu tak bukak. So tengok dari luar jer lah…

Ok lah. Aku dah nak balik. So beli return tiket Kapit – Sibu. Ferry nak depart jam 3 lebih. Aku rasa nak pitam menaham panas, dah la bulan puasa cenggini.

Entah bila pulak aku akan sampai lagi ke sini. At least tertulis dalam sejarah bahawa aku telah menjejak kan kaki di Kapit, menyusuri Sg Rajang.. Cewah.

Kadang-kadang rasa macam tak percaya aku dari Semenanjung, drive kete dari Miri hingga ke Sibu.. kemudian naik boat selama 3 jam hingga sampai ke Kapit.

So on the back tu aku cukup keletihan.

Tiba di pengkalan ferry Sibu sekitar jam 5.45pm. Bergegas amik kereta yang aku park depan hotel. Nasib baik tak kena curi. Sibu pun boleh tahan ooo kes-kes macam ni.
Orait.. Drive kete slow-slow menuju ke town center. Cantik jugak bandar Sibu ni. Siap ada square lagik. Pergh kebetulan malam tu ada mini concert nak celebrate merdeka.

Landscape Bandar Sibu pun boleh tahan la, menarik jugak dengan patung-patunh menatang di square ni.
Tak jauh dari sini, ada Pagoda. Nak juga stop tengok tapi masa tak mengizinkan. View kat sini cantik, ada kapal, boat di tepi Sg Rajang.

Cadang nak ke Bukit Uud, boleh tengok view bandar Sibu dari jauh. Takpa lah lain kali. Aku nak lama-lama di sini pun dah rasa macam mati kutu dah. Bimbang juga gangster ramai kat sini.
Menu berbuka hari ini ialah nasi yang dibeli dari xxxxx.

Dah beli tu drive lagi sampailah dekat park ni, tepi Sg Rajang juga. Ramai juga orang. Aku cari pot yang baik dan berbuka puasa lah aku seorang diri. Hmmm… Aku sedang berbuka puasa, di belakang aku ada couple tengah duk geli-geli. Belasah la kau nak buka puasa ke atau nak buka apa-apa pun.
At least sejarah sekali lagi tercipta, aku buka puasa di tepi Sg Rajang.
So malam tu aku nak keluar juga dari Sibu.
Bersambung..




pergi hari ke bro? baguih baguih….bestnyer travel-travel…saya kene tunggu anak2 besar la
kat atas sebelah buah durian kampung tu samada buah ‘pangin’ atau buah ‘binyu’
ya THeEdge.. day trip sajak.. pegi pagi balik petang.. letih yang amat.. nama buah tu saya tak tahu tapi buah tu rasanya takda di semenanjung..
cerita perjalanan ke sibu pulak pasni…
SELAMAT HARI RAYA boss…….maaf zahir jh, batin xdop
salam bro….ada ketupat palas Raya kat sana ni. Nasi dagang ke…
bila balik raya?start cuti?
salam ramadhan..
ejah keje sarawak sorang..
bro selamat hari raya..
maaf zahir dan batin…lama sungguh tak singgah eddyra..
selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. semoga amalan saya dan amalan kamu diterima olehNya
selamat hari raya maaf zahir batin..
OMG! that is my home town bro..you make my day! thank for that..! lain kali kalau bro nak jln-jln kat sarawak tu ajaklah aku sekali..nanti aku guide bro FOC..