Home » Story » Sibuk seorang aku.. part 5

20

Lama pulak aku stop cerita ni, malas pun ada sibuk pun ada, idea pun takde.. apatah lagi nak refresh balik apa yang dah berlaku. Banyaknya email dan comments yang aku tak sempat nak reply.. adeh macam pejabat buruh pulak. Kalau aku kenakan consultancy fee boleh buat duit dah tu.. :)

26hb December 2008 – Friday
OK sambung..

Pagi tu entah pukul berapa aku bangun, semalam tido lambat sebab siapkan tender. Car dealer called, kereta wife aku dah boleh angkat. So lunch time tu aku menuju ke Sunway, angkat kereta wife aku. OK lah tu, tak mahal dan tak murah.. hadiah untuk dia tapi monthly installment dia la bayo hahaha..

Petang tu abis kerjakan tender tu aku balik ke hotel, balik bilik mandi manda sembahyang apa-apa yang patut pastu turun makan Nasi Ayam Hainan tepi RHB bank kat Bukit Bintang.. ada tulis HALAL tu.. entahlah labu.. dah masuk perut pun.

Esok Saturday cuti bro malam ni boleh enjoy, tapi nak enjoy apa kebendernya tender aku masih banyak, dan semakin banyak yang dia orang tu suruh aku buat. Aku nak tolak pun tak sampai hati tengok si Ckin dan Yati dah pusing ketang dah..

HR Petronas KLCC dah hantar email 5-6 kali nak follow-up dan reminded aku, 5th January 2009 kalau aku nak report duty kat KLCC maka secara automaticnya aku dikira tidak berminat untuk join Petronas. Aduhai….


From: X xxxxxx B xxxxx (MD/PCSB)
Sent: Tuesday, 23 December, 2008 10:39 AM
To: ‘xxxxxxxx@streamyx.com’

Subject: Reporting date Dateline: 5th January 2009.
Dear En. xxxxxxxx,

My communication with En. xxxx refers.

With this, we?re regret to inform you that the Management has decided to accept your reporting date only on the 05th January 2009 - Monday.

Kindly be informed that failure to report for duty on the said dateline will deem that you do not wish to accept the opportunity to work in our organization.

Please revert to us your acceptance before Tuesday, 23th December 2008 from the date of this email. We look forward to a favorable response from you and if you need further clarification, please contact the undersigned.

Note: Tried to contact you through mobile but was unreachable. Will also try on Monday.

Thanks & Regards,
xxxx xxxxxx bin xxxxx
Recruitment Taskforce
HRM Department
Corporate Service Division
PETRONAS Carigali Sdn. Bhd
Lvl 26, PETRONAS Twin Tower 1
Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
50088 Kuala Lumpur
Malaysia

D/Line : 03-xxxxxxx
Fax : 03-xxxxxxx
E/mail : xxxxxx_xxxxx@petronas.com.my

Otak aku ni dah tepu duk fikir nak join je tidak Petronas ni, tak gi karang kena blacklist sampai seumur hidup, gi karang banyak benda tak settle lagi. Dah berapa bulan aku fikir-fikir ayam nak ke tidak masuk Petronas ni.. tengok sebelah ini tengok sebelah sana.. ada pro and contra.. ahh esok-esok la pikir.

Malam ni apa aku nak buat, entah lah abis je makan terus naik bilik sambung kerja-kerja tender aku tu. Kuat pulak godaan suruh turun bawah tengok apa yang ada..

DDD call ajak cuci mata.. aduhaii.. tergoda lah pulak, hantu betul lah. Tak lama kemudian DDD datang dengan kereta dia, dengan wife dia sekali.. kemana kita nak gi, kita gi KL Sentral. Centro ka apa nama clubbing punya tempat.. aduhai disco lagi. Layan jer lah.. ramai pulak orang dalam Centro ni.. 2-3 orang kawan-kawan DDD sertai group kami. Aaku duk setengah jam.. aku pun keluar amik angin, pa kejadah duduk dalam memekak telinga.. berasak-asak dengan bau beer, ada jugak yang bengong betul bila sendawa siap cakap Alhamdulillah huhuhu.. lantak korang lah..

Aku bukan lah nak ex kan, aku pun manusia biasa yang inginkan hiburan tapi kalau sampai berpeluh-peluh berasak-asak, bau yang tengik, gung gang gung gang bunyik music macam tarian naga nak masuk rumah baru tu.. aku lebih rela duk kat luar dengar bunyi mat rempit punya exhaust.. korang boleh ler kepala penuh dengan pil dengan beer boleh lah layan music cam tu.. aku penuh denganh coke jer.. takpe lah itu bukan dunia aku.

Entah pukul berapa entah puak-puak tu keluar dari syurga tu, pukul 2.30am agaknya.. mata stim kuyu belaka, aku jugak yang kena drive bawak puak-puak ni. Bersubahat jugak la kan..

Sampai hotel, aku bersihkan tubuh.. aieee melekit-lekit.. pastu ZzZZzzzzZ.

27hb December 2008 – Saturday
Bangun entah pukul berapa, drive ke Seri Kembangan buat kerja tender lagi.. gila apo sampai nak senja ngadap pc.. kalau boleh aku nak stay terus sampai subuh tapi aweks dua orang tu tak nak stay back.. tak kan aku nak stay back sorang diri di building yang besar gitu.. dah lah banyak sangat kisah seram kat situ.. hehehe

Malam, takde apa activity menarik.. malam minggu aku duk kat bilik siapkan kerja, wah baik pulak aku malam ni.. kerja aku dah banyak dah siap, harap-harap boleh balik awal, bini aku dah bising kuang kuang kuang..

28hb December 2008 – Sunday

Pagi morning tu, turun bawah layan kopi jantan dengan roti canai kedai mamak tepi hotel.. aduhai hari Ahad semua orang rilex, bangun lambat-lambat duk kat rumah main dengan anak, main dengan bini.. tapi aku duk kat bilik main sendiri-sendiri jer. Lepas Zohor terus ke Seri Kembangan, aduhai bestnya orang lain beruti panjang, Sabtu, Ahad dan Isnin (awal Muharram) tapi aku satu haram takde cuti pun. Mood pun tak takde sebenarnya..

Malam tu takde benda menarik pun.. layan live band tepi BB Plaza jer ..

29hb December 2008 – Monday

Bersiap untuk ke KB, amik anak-anak dan isteri melalui jalan Karak – Gua Musang. Jauhnya perjalanan. Sampai KB pukul 1.00 pagi.. letih yang amat..

30hb December 2008 – Tuesday
Dari KB menuju ke Kuala Terengganu, rumah Ma aku.. Ma aku siap mandikan kereta baru wife aku. Kereta pun kena mandi juga.. doa-doa sikit untuk keselamatan.. OK apa.

Teruskan perjalanan hingga ke Kemaman.. aduhai macam nak tercabut kepala lutut aku ni.. maklum lah nak masuk umur 20an memang lah gini kann..

31hb December 2008 – Wednesday

Aku masih dikehendaki ke Seri Kembangan semula untuk siapkan tender tu.. so peluk cium anak-anak dan si dia tu, drive menuju ke KL seawal pagi yang hening cewah.. sampai KL terus gi hotel, check in.

Sebenarnya ada sesuatu yang bakal membuatkan hati aku hancur luluh pada hari ni. Aku hanya sempat memegang sekeping cheque bernilai RM47,000.00 milik aku buat beberapa minit sebelum aku menyerahkannya kepada seseorang pada pagi tu. Duit itu duit aku, milik aku, titik peluh aku selama 12 tahun bekerja.. bayangkan duit sebanyak itu aku hanya mampu melihatnya bertukar tangan menjadi hak milik orang lain.. bayangkan.. bayangkan.. kerana apa? Kerana seorang kawan.. dan kerana seorang kawan, aku terpaksa menanggung risikonya.. Hmm.. aku pasrah, ini lah takdir untuk aku, ini lah kifarah untuk aku.. aku terima dan aku redha..


RM47,000.00 … cakap pun tak guna punya..

Sayu rasanya melihat cheque itu pergi.. tapi apakan daya.. Tuhan punya kuasa.. biarlah.. aku nak lupakan cerita ni, aku tak nak ingat lagi sampai bila-bila. Ingatlah tidak semua kawan kita adalah sahabat kita..

So lepas tu, amik cab terus ke Seri Kembangan, kalau bawak kete sendiri rasanya malam ni tak boleh balik sebab Jalan Sultan Ismail akan ditutup, sebab ada orang nak celebrate new year kat Bukit Bintang.. hahahaha..

Sampai di opis, cam biasa lah kena hulur lemang Kijal kat dia orang tu.. macam tak pernah makan lemang hahaha..

So petang tu abis kerja aku naik LRT dan tukar monorail sampai di Bukit Bintang, fullamakk baru nak masuk maghrib dah ramai tak sabar-sabar nak celebrate new year 2009.. berasak-asak depan Maybank dan sekitar monorail station.. balik la dulu weii semayang Maghrib Isyak dulu ka entah lah kalau korang ni buat jamak takhir.. :)

Aku naik bilik, mandi manda solat apa-apa yang patut.. turun bawah gi McD makan fillet O fish dengan bubur McD.. aiyaaa McD pun sesak dengan orang-orangan.. DDD call ajak gi karaoke. Karaoke pulak dah.. aku cakap tak nak sebab aku nak tengok orang-orangan KL ni cara dia orang celebrate new year.. kalau ada pesta baling spray can, aku nak join jugak.. perh!

Keadaan semakin panas.. dengan gang-gang punk, puak-puak middle east dan semua warga kota yang berada di Bukit Bintang standby nak jerit new year.. aku tak tau apa nak buat.. so aku buat bodo jer lah sambil tunggu kalau-kalau ada yang bertumbuk sampai pecah kepala ke, pecah perut ke.. aduhai ..

Semakin menghampiri detik 12.00 malam, keadaan semakin terasa dengan suku sakat warga KL dan pelancung-pelancung asing membanjiri kawasan Jalan Sultan Ismail.. aku jugak sebatang karat orang lain semuanya ada couple.. takpe aku tak kisah pun.

Puak-puak ni sejak pukul berapa ntah dah start spray snow, abis berselerak spray can .. yang untung tokey spray snow dengan puak-puak menjual tin..

Tepat 12.00 malam, maka bersoraklah warga KL dan mereka yang berada sekitar kawasan tu.. siap dengan bunga api yang kelihatan di langit Kolumpo.. Happy new year!.. Happy new year!.. adulaa itu je lah..

Itu jer lah rupanya celebration kat KL.. tunggu jugak kalau ada yang pecah kepala.. takde pulak cuma ada sikit kekecohan antara budak-budak punk dengan puak-puak middle east kat depan Pizza Hut.. lantak korang lah..

DDD called ajak gi merayap.. hati nak jugak merayap tapi dalam hati teringat kat tender yang belum siap, tapi dah alang-alang tu ikut jer lah DDD dengan bini dia.. masuk Thai Club bawah Cabana Inn tu.. tak payah cerita lah..

1hb January 2008 – Thursday
After lunch, gi Seri Kembangan lagi, kena siapkan juga sebelum 3hb January sebab boss nak check sebelum submit. GM nak kena present pada CEO pada 4hb January. Maka public holiday new year pun terpaksalah aku ngadap pc. Sampai ke tengah malam aku, ckin, Yati, Mar, Hana, Suria dan bro sorang tu entah apa nama, nama awek boleh la aku ingat hehehe.. so kerja aku 100% dah siap.. tapi aku tak bleh balik lagi.. tido lah aku kat opis sampai jam 4.30am.. bayangkan.. aku rasa korang pun pernah alami benda yang sama..

2hb January 2008 – Friday

Ngantuk semalam belum abis lagi.. opis call suruh datang lagi untuk tolong compile ka atau apa-apa yang patut.. bayangkan.. aku kena buat portion Bidder’s workload pulak.. aduhaii bila la aku boleh stop ngadap pc ni.. semakin banyak la kerja aku..

3hb January 2008 – Saturday

Tengahari tu aku melencong ke Kelang, cari kedai papan jual sport rim tapi dah bertukar jadi kedai batu dah.. pilih punya pilih.. dapat satu sport rim baik punya.. 255/40/R17 abis jugak RM1800.00 dah alang-alang pakai Tanabe punya spring, masuk je lah rim 17.

Entah apa yang berlaku, otak aku dah letih, tepu dah. Siap pasang rim, aku blah terus menuju ke Seri Kembangan untuk siapkan sisa-sisa kenangan.. eh sisa-sisa kerja yang ada… letih otak bro.. tido tak cukup, makan entah apa-apa, mata senak hari-hari ngadap pc duk perah otak cari idea nak tulis..

4hb January 2008 – Sunday
Hari ni hari pertama persekolahan anak-anak aku di Pasti, terasa jugak aku tak dapat tengok hari pertama dia orang.. aku serahkan semuanya pada wife aku camana nak handle. Pandai-pandai lah..

Opis call lagi, mintak tolong datang opis untuk final touch up.. adeh ingatkan dah boleh balik Kemaman dah..

5hb January 2008 – Monday
Today is submission date. Maka tender Carigali Hess selamat di hantar ke office Carigali Hess di KLCC… aduhai letih aku. Dan hari ini juga sepatutnya aku report duty di Petronas KLCC, tapi aku tak gi.. aku tak sempat nak fikir tentang offer tu.. bayangkan, aku terlepas satu peluang yang datang hanya sekali.. aku terlalu busy untuk fikir soal itu.. entah lah aku harap aku dah buat satu keputusan yang betul…

Bungkus kain baju, check out.. blah balik ke Kemaman. Aku cukup letih, badan letih, otak letih.. aku nak rest. Esok malas masuk opis, aku nak rilex dengan anak-anak. Malas aku nak fikir yang yang telah berlaku hampir 2 minggu di KL.. cukup membuatkan otak aku tepu.

20 Responses to “Sibuk seorang aku.. part 5”

  1. 1
  2. 2
    eddyra says:

    mekasih akulaa.. :)

  3. 3
    adik abang says:

    caya lah bro nice story

    bro memang pandai menulis

  4. 4

    [...] aku dah boleh angkat. So lunch time tu aku menuju ke Sunway, angka See the original post here: Sibuk seorang aku.. part 5 Tags: about-me, bapak-berdasi, design, development, documentation, fairy-tail, kartu-keluarga, [...]

  5. 5
    jaja behh says:

    bro 47k tuh sbb jadik guarantor ker ? HAMPEH nya manusia tuuuu

  6. 6
    jaja behh says:

    bro apsal 2 3 ari lepas tak leh bukak blog ni?

  7. 7
    mandiawan says:

    Salam Ed, semoga apa yang dilalui ni …..akan menambahkan rezeki buat istri & anak3………

  8. 8
    mama_mia says:

    knape dgn cheque tue? sedihnyee.. mm sabar ya enche’eddy.. :)

  9. 9
    mama_mia says:

    [quote comment="6857"]bro 47k tuh sbb jadik guarantor ker ? HAMPEH nya manusia tuuuu[/quote]
    kwn sy sedang melaluinye.sesiape yg bekenaan,tanggunglah akibatnye nnt.xkan senang idupnye..

  10. 10
    eddyra says:

    [quote comment="6860"]knape dgn cheque tue? sedihnyee.. mm sabar ya enche’eddy.. :) [/quote]
    hmmm.. dengan erti lain membayar kejahatan seseorang ..

  11. 11
    eddyra says:

    [quote comment="6859"]Salam Ed, semoga apa yang dilalui ni …..akan menambahkan rezeki buat istri & anak3………[/quote]
    insyallah mandiawan .. terima kasih .. Tuhan jadikan sesuatu itu ada hikmahnya..

  12. 12
    eddyra says:

    [quote comment="6852"]caya lah bro nice story

    bro memang pandai menulis[/quote]
    yaa terima kaseyy.. tau tau :P

  13. 13
    eddyra says:

    [quote comment="6858"]bro apsal 2 3 ari lepas tak leh bukak blog ni?[/quote]
    pasal ada masalah dengan hoster la jaja.. hampeh giler

  14. 14
    eddyra says:

    [quote comment="6857"]bro 47k tuh sbb jadik guarantor ker ? HAMPEH nya manusia tuuuu[/quote]
    memang hampeh tahap tenuk.. bengkak hati ni jaja..

  15. 15
    jaja behh says:

    [quote comment="6868"][quote comment="6857"]bro 47k tuh sbb jadik guarantor ker ? HAMPEH nya manusia tuuuu[/quote]
    memang hampeh tahap tenuk.. bengkak hati ni jaja..[/quote]
    tabah kan ati bang…..hidup cam roda….ALLAH maha adil and penyayang…tu semua ujian…moga lepas ni lagi murah rezeki…amin

  16. 16
    manntia says:

    Good Luck..

  17. 17
    mama_mia says:

    [quote comment="6875"][quote comment="6868"][quote comment="6857"]bro 47k tuh sbb jadik guarantor ker ? HAMPEH nya manusia tuuuu[/quote]
    memang hampeh tahap tenuk.. bengkak hati ni jaja..[/quote]
    tabah kan ati bang…..hidup cam roda….ALLAH maha adil and penyayang…tu semua ujian…moga lepas ni lagi murah rezeki…amin[/quote]

    tuhan pasti gantikan yg lebih baik.insyaallah..

  18. 18
    nadzim says:

    terlepas yg petronas tuu takpe… mesti ada yg lebih baik akan tiba. dan lebih sesuai dgn saudara. yg penting keje keras…. hidup ni kalau takde option tu susah la, tapi kalau byk sgt option pun susah. asalkan jgn yg dikejo tak dapat, yg dikendong berciciran, udahle….

  19. 19
    babyhma says:

    musti sebab jd guarantor… xpe, Allah da gantikan baby boy utk en.eddyra SEKELUARGA, ITU LEBIH BERNILAI LG KAN? :-)

  20. 20
    aidaElias says:

    good luck ler what ever pilihan ko… insyaAllah.. rezeki ada dimana2…

Leave a Reply