Yahoo! Balik raya..

Akhirnya aku meninggalkan bandaraya Miri tepat jam 10.25am. Sepatutnya jam 10.05am tapi biasalah airasia now everyone can fly. Takde class langsung, apa nak buat dah company aku kasi aku airasia.

Aku start cuti 16/09/09 sampai 28/09/09 uiii lama tu 12 hari. Alang-alang amik cuti. Lain kali dah payah dah..

Geeezzz… Boss call, marah pasal job di St Joseph platform ada problem!! Email masuk dari client. Panas punya email… Aduiiii… Aku nak raya weiiii.. Nak raya ni… Nak tak nak kena la layan gak email tu. Ini lah operation engineer punya life. Call masuk dan email masuk.. Berserabut sekejap kepala ni..

Dalam flight, aku dapat hot seat tapi hampeh betul duduk tepi wing. Apa view aku nak tengok. Ada kamera besar kepala lori pun tak de gunanya. Bukan boleh snap gambo kat bawah pun.

Flight pun meninggalkan ruang angkasa Miri. Masa makan pun tiba, hehehe ada Melayu kabaret tak puasa. Eiiii tak malu sungguh.

Puasa aku kering lagi sebab flight attendance tu pakai skirt. Lain kali pakai la tudung labuh dan jubah. Eeiii..

Sampai LCCT pukul 12.25pm.. Delay jugak. Lalu tepi mcD ehh ada awek pakai tudung dengan selamba makan. Excuse la tu.. Hehe belasah saja bah.

Amik bus, bayar RM1.50 menuju ke KLIA.
Sampai KLIA, flight ke Kuantan jam 05.50pm mak aiiii lama nyer duk tercanguk kat KLIA.

Ok lah.. At least aku dah ready untuk balik raya. Esok baru nak cari baju raya, entah masih ada atau dah takde.

Kemaman.. Here I am.